Showing posts with label Menang Hadiah. Show all posts
Showing posts with label Menang Hadiah. Show all posts

27 February 2009

Bertemu Pemenang Duta Aku Mahu: Bhg 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Malam ini Kak Ain ingin berkongsi pautan alamat blog pemenang utama Duta Aku Mahu iaitu Cik Adik Aina Yasmin. 


(nota gambar Kak Ain bersama Aina Yasmin: Haishhh.... senyuman Kak Ain terlebih senget!)

Cik Adik Aina Yasmin lebih tangkas nampaknya memasukkan gambar-gambar kejadian ketika penyampaian hadiah pemenang Peraduan Duta Aku Mahu.

Kak Ain pula masih tak sempat mengedit gambar =(

Jadi para pengunjung sila cuci mata melihat gambar-gambar kejadian di blog Cik Adik Aina Yasmin dahulu ya!

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Petang tadi Kak Ain juga sudah berjumpa para pemenang kedua dan ketiga Peraduan Duta Aku Mahu di Subang Parade. Aduhai.... banyaknya laporan tertangguh dan gambar-gambar yang nak dikongsikan dengan pengunjung semua! Sabar menanti ya!

18 November 2008

Lagi dan Lagi Gambar Peraduan Duta Aku Mahu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Okey! Petang ini Kak Ain masukkan gambar-gambar kiriman Cik Adik Aina Yasmin dari Negeri Sembilan pula. Yasmin adalah pelajar SMK Tunku Kursiah. Terima kasih kerana menghantar dua penyertaan sekaligus.


Kak Ain suka cermin mata Cik Adik yang berdiri di tengah gambar. Nak pinjam boleh? ;p


Kepada yang belum menghantar gambar, ketahuilah kalian bahawa hadiah yang menunggu adalah set box buku terbaru AinMaisarah bertajuk Aku Mahu ke New York I dan Aku Mahu ke New York II.

Gambar-gambar penyertaan yang diterima juga akan dimasukkan dalam BUKU TAHUNAN SRI BANGSAR iaitu buku penutup siri AKU MAHU setelah cukup 10 episod.

Salam Sayang,
AinMaisarah

15 November 2008

Gambar Peraduan Duta Aku Mahu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kak Ain nak ucapkan terima kasih kepada semua pembaca sporting yang telah menghantar gambar menyertai Peraduan Duta Aku Mahu. Kak Ain akan sentiasa memasukkan gambar-gambar penyertaan yang diterima dari masa ke semasa. Jadi selalu-selalulah menjenguk ke sini ya!

Gambar pertama yang diterima adalah kiriman Cik Adik Hidayah. Ikutkan cerita, Hidayah mengambil gambar ini ketika majlis Hari Kantin di sekolahnya. Hai! Muka kekenyangan semuanya ye! Heheh =D


Gambar seterusnya kiriman Cik Adik Liyana Nadhirah. Ada yang memegang papan tanda tertulis 'PTS SEMPOI' =D I like!


Gambar ketiga adalah kiriman kreatif Cik Adik Syafika. Amboi! Syafika dan rakan-rakan bergambar dan berposing bentuk LOVE. Comelnya!


Gambar keempat ini pula dikirim oleh Cik Adik Aqilah bt Suhaizam. Ini adalah penyertaan kedua yang dihantarnya. Bagus! Kak Ain puji usaha Aqilah.


Gambar kelima adalah kiriman Cik Adik Solehah atau nama glamornya Sol. Kak Ain nak tanya... sekolah Sol semuanya memang perempuan sahaja ya? Ataupun pelajar lelaki malu-malu kucing nak bergambar?


Cik Sol juga menghantar dua penyertaan. Penyertaan yang lagi satu ini berbentuk kolaj pula. Kreatif sungguh pembaca buku Kak Ain ni!


Gambar yang terakhir tetapi tak kurang comelnya adalah kiriman Cik Adik Halimatus Saadiah atau lebih mesra dikenali sebagai Ima (bertudung merah di barisan hadapan) Ima seorang pengawas rupanya! =D


Kepada para pembaca lain, masih belum terlewat mahu menyertai peraduan Duta Aku Mahu yang berlangsung ini. Tarikh tutupnya adalah pada 24 November 2008.

Hadiah yang menanti adalah set box buku terbaru AinMaisarah bertajuk Aku Mahu ke New York I dan Aku Mahu ke New York II.

Cepat - Cepat - Cepat! Hantarkan gambar anda sekarang juga!

Salam Hujung Minggu,
AinMaisarah

14 November 2008

Tentang Borang Peraduan Duta Aku Mahu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini Kak Ain mahu menerangkan tentang borang peraduan Duta Aku Mahu. Banyak e-mel yang Kak Ain terima, menyatakan bahawa borang peraduan yang disediakan tidak dapat dimuat turun.

Okey! Sekiranya tidak dapat muat turun borang tersebut, tidak mengapa. Jangan risau! Jangan susah hati!

Para pembaca yang ingin menyertai peraduan hanya perlu menaip sahaja butiran diri di dalam e-mel yang disertakan dengan gambar penyertaan. Beritahu Kak Ain:

Nama duta:
No. tel duta:
Tarikh lahir:
Alamat surat menyurat:
Alamat e-mel:
Nama guru kelas:
No. tel wakil guru:
Alamat sekolah:
Senarai nama-nama rakan di dalam gambar:

Kepada yang mengepos gambar pula, tuliskan butiran diri yang diperlukan di atas sehelai kertas kosong (tidak mengapa sekiranya tidak boleh menggunakan borang yang dicetak)

Gambar yang dihantar (samada melalui medium e-mel atau pos) perlulah disertakan bersama dengan butiran diri bagi memudahkan pihak PTS One menghubungi pemenang.

Kak Ain harap semua dapat menyertai pertandingan mudah ini. Hadiah lumayan menanti. Boleh menang box set novel berkembar Ain Maisarah bertajuk Aku Mahu ke New York I dan Aku Mahu ke New York II. Gambar-gambar penyertaan juga akan dimasukkan dalam Buku Tahunan Sri Bangsar iaitu buku yang menjadi penutup kepada 10 siri Aku Mahu.

Ini adalah tiga gambar yang confirm masuk Buku Tahunan Sri Bangsar. Glamorlah jawabnya! =D

Ini adalah kiriman Cik Adik Aqilah bt Suhaizam. Guru pun bergambar sama? Sporting betul!


Ini pula kiriman gambar Cik Adik Anis Syaza. Kak Ain sudah tahu yang mana satu orangnya. Comel sungguh pengawas kita ;D Terima kasih kerana memperkenalkan diri pada Kak Ain ya!


Gambar terakhir yang Kak Ain ingin kongsikan adalah kiriman Cik Adik Nabilah. Amboi! Pelbagai bangsa pelajar di kelas Nabilah! Tentu meriah!


Kepada yang belum menghantar gambar, cepat-cepat-cepat! Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 November 2008.

Jangan ketinggalan!

Salam Sayang,
AinMaisarah

12 November 2008

Gambar-Gambar Penyertaan Duta Aku Mahu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Adoi! Hari ini Kak Ain baru nak bernafas semula setelah hutang-hutang berkaitan buku Aku Mahu ke New York I dan Aku Mahu ke New York II selesai dilangsaikan. Alhamdulillah!

Hari ini, lapang sedikit masanya. Oleh itu Kak Ain ingin kongsikan bersama, gambar-gambar penyertaan Peraduan Duta Aku Mahu yang Kak Ain terima melalui medium e-mel.

Penyertaan pertama datangnya dari Cik Ira Hazira atau nama glamornya Peya. Cik Peya menghantar dua penyertaan sekaligus! Wah! Bagus! Bagus! Inilah semangat yang Kak Ain mahukan!


Penyertaan kedua pula dihantar oleh Cik Farah. Kak Ain cuma nak tahu... yang mana satu Cik Farah dalam gambar yang diberi? Kak Ain nak berkenalan dengan lebih dekat ni =D


Penyertaan ketiga dari Cik Eleen Zulkarnain. Ceria sungguh anda semua. Hmm... Kak Ain tak tahu yang mana satu Eleen dalam gambar ni. Beritahu Kak Ain dalam e-mel ya!


Penyertaan yang baru Kak Ain terima hari ini pula adalah kiriman Cik Adik Puteri Iman. Kak Ain harapkan Puteri Iman akan menghantar e-mel sekali lagi kepada Kak Ain kerana gambar yang diterima tidak disertakan dengan sebarang maklumat peribadi. Nanti sekiranya penyertaan Puteri Iman dipilih sebagai pemenang, Kak Ain perlukan alamat bagi menyerahkan hadiah kepada pemenang. Harap maklum kepada Cik Adik Puteri Iman ya!


Kepada semua para pembaca, cepat-cepat-cepat! Hantarkan penyertaan anda sekarang. Hadiah set buku berkembar AinMaisarah menanti!

Salam Sayang,
AinMaisarah

30 October 2008

Penyertaan Pertama Peraduan Duta Aku Mahu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada semua pengunjung, Kak Ain ingin berkongsi sama satu penyertaan bergambar Peraduan Duta Aku Mahu. Ianya telah dikirim oleh Cik Adik Syarifah Aimi Nadhrah atau nama glamornya Cik Pah.
(sila klik gambar jika mahu melihat imej yang lebih besar dan jelas)


Kak Ain ucapkan terima kasih kepada Cik Pah dan rakan-rakan sekelas yang sangat sporting dan selamba. Lihat! Mudah sahaja mahu menyertai Peraduan Duta Aku Mahu. Jadi, tunggu apa lagi? Hantarkan gambar kepada Kak Ain sekarang!

Dalam entri kali ini juga, Kak Ain akan menjawab beberapa soalan yang diutarakan oleh pengunjung semua.

TENTANG PERADUAN

~Tarikh tutup peraduan adalah pada 24 November 2008.

~Peraduan ini dibuka kepada semua umur tak kira pembaca sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, universiti. Semua dibenarkan menyertai.

~Rakyat Malaysia, Singapura dan Brunei, semuanya dialu-alukan menyertai.

TENTANG HADIAH PERADUAN

~Pihak PTS One sangat bermurah hati mahu menaja hadiah peraduan kali ini.

~PTS ONE akan memilih DUA ORANG duta yang menghantar gambar paling unik. Jadi, ada dua pemenang utama akan dipilih dalam peraduan ini.

~Dua pemenang utama ini akan memenangi box set buku berkembar AinMaisarah bertajuk 'Aku Mahu ke New York I' dan 'Aku Mahu ke New York II' (bagi diri masing-masing dan kedua-dua kelas)

~PTS One juga akan memilih SEORANG pemenang hadiah saguhati.

~Pemenang hadiah saguhati akan menerima sebuah buku 'Aku Mahu ke New York' bagi dirinya dan seluruh kawan kelasnya.

TENTANG PENGHANTARAN HADIAH

~Kak Ain akan menghantar sendiri hadiah kepada tiga orang duta yang memenangi peraduan kali ini. Tidak kiralah di mana pun lokasi pemenang iaitu di Perak, Terengganu, Sabah atau Sarawak.

~Pada masa yang sama, Kak Ain berharap dapat berjumpa dengan semua wajah-wajah dalam gambar.

~Pihak PTS One akan menghubungi duta sahaja bagi urusan penghantaran hadiah.

TENTANG MENGEDIT GAMBAR

~Ada perubahan syarat tentang mengedit gambar.

~Gambar boleh diedit sepertimana yang dilakukan oleh gambar yang dihantar oleh Cik Pah di atas.

~Namun begitu, gambar yang diedit perlu memberi makna.

~Jangan pula tambah kerawang bunga-bunga hanya kerana mahu nampak cantik.

TENTANG SYARAT BERPAKAIAN

~Hanya tiga jenis pakaian dibenarkan iaitu:
1) Baju seragam sekolah
2) Baju sukan sekolah
3) Baju uniform sekolah

~Di dalam gambar tersebut, pemakaian baju seragam sekolah yang berlainan adalah dibenarkan.

~Di dalam gambar tersebut juga, pemakaian baju bercampur-campur juga dibenarkan (Contoh: 5 orang pakai baju sukan, 5 orang pakai baju Pandu Puteri, 5 orang pakai baju Pengakap, 5 orang pakai baju pengawas Pusat Sumber)

~Aksesori tambahan seperti topeng, topi, cermin mata ala-ala Paris Hilton dan sebagainya adalah dibenarkan.

TENTANG MEMBAWA KAMERA KE SEKOLAH

~Sekiranya pihak sekolah tidak membenarkan membawa kamera ke sekolah, maka tunjukkanlah borang peraduan PTS One itu.

~Beritahu guru bahawa kamera dibawa bagi tujuan menyertai peraduan yang dianjurkan oleh PTS One.

TENTANG GURU

~Guru juga dibenarkan mengambil bahagian dalam gambar sekelas. Tak ada masalah. Kak Ain faham, guru-guru juga mahu popular.

~Sekiranya guru kelas pergi haji, bercuti di Hawaii, bercuti kahwin, bercuti bersalin dan sebagainya, berikanlah nombor telefon guru yang paling rapat dengan kelas anda.

TENTANG GAMBAR, BORANG DAN CARA PENGHANTARAN

~Sekiranya menghantar gambar melalui pos, saiz gambar berukuran 3R, 4R, dan 5R semuanya diterima. Apa yang penting, gambar terang dan jelas. Pastikan nampak satu-satu wajah dalam gambar tersebut. Hanya sekeping gambar sahaja diperlukan. Tetapi sekiranya ingin menghantar lebih dari satu gambar, itu dibenarkan.

~Sekiranya menghantar gambar melalui pos, maka borang penyertaan hendaklah disertakan bersama (jangan terlupa pula!) Nanti susah PTS One nak hubungi dan jejaki pemenang. Borang penyertaan perlu dicetak menggunakan kertas saiz A4. Lampirkan sekali gambar beserta borang peraduan dan poskan kepada:

PTS ONE: PERADUAN DUTA AKU MAHU,
No 3, Jalan Industri Batu Caves 1/6,
Taman Perindustrian Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor.


~Sekiranya menghantar gambar melalui e-mel di maisarah_ain@yahoo.com sila pastikan saiz gambar adalah besar melebihi 600KB.

Okey! Harapnya semua faham. Peraduan ini mudah sahaja. Kak Ain tunggu gambar anda semua. Oh! Ada dua orang pembaca comel bernama Ima dan Wahidah yang berjanji dengan Kak Ain nak hantar gambar.


Katanya, sudah mengumpulkan rakan-rakan sekelas dari minggu lepas lagi. Kepada Ima dan Wahidah, cepat-cepat hantarkan gambar pada Kak Ain ye!

Salam Sayang,
AinMaisarah

06 July 2008

Pemenang Bantal Pink Bulan Jun 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung Rumah Pink.

Selamat hujung minggu dan semoga ceria! Ribuan maaf Kak Ain pinta kepada semua kerana terlewat memasukkan entri ini. Seperti dijanjikan, hari ini Kak Ain akan mengumumkan pemenang bantal pink bagi bulan Jun 2008.

Kali ini cara cabutan tidaklah melalui balingan ke udara. Kak Ain gunapakai cara gaul dan menang pula. Terima kasih kepada penaja tempat penggambaran iaitu Metadome Sdn. Bhd.

Nak tahu pemenang bertuah kali ini? Sila tonton video di bawah.



Seribu tahniah diucapkan kepada pemenang bertuah bulan Jun iaitu:

Nama: Farah Amira bt Ab. Hamid
Umur: 13 tahun
Alamat: Kuarters 312, Sek. Men. Teknik Slim River, 35800, Slim River, Perak.
E-mel: jajaungu@yahoo.com

Semoga bergembira dengan hadiah ini. Tunggu Encik Posmen menghantar bungkusan bantal pink pada minggu hadapan. Congrats dear!

Kepada yang kurang bernasib baik, jangan sedih-sedih. Ada tiga lagi bantal pink yang boleh dimenangi. Kepada yang belum menghantar borang penyertaan, cepat-cepat berbuat demikian! Kak Ain tunggu penyertaan anda semua!

Salam Sayang,
AinMaisarah

15 June 2008

Pemenang Bantal Pink Bulan Mei Menerima Hadiah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini hari Ahad. Tentu para pengunjung Rumah Pink AinMaisarah ada senarai kerja yang perlu dilangsaikan. Kasut jangan lupa basuh sampai putih melepak. Kerja sekolah mesti siapkan. Baju-baju seragam bolehlah digosok dan digantung awal-awal.

Kak Ain pula hari ini ada bengkel penulisan PTS. Hadir bersama ketika bengkel ini adalah En. Imran Yusuf, penulis buku 'Meredah Samudera'. En. Imran membawa anaknya bersama. Buat pengetahuan semua, anak En. Imran bernama Cik Adik Hafizatul Naimah adalah pemenang peraduan bantal pink AinMaisarah bagi bulan Mei 2008.

Jadi kak Ain berkesempatan menyampaikan sendiri hadiah kepada pemenang bertuah sejurus sahaja selesai bengkel. Di bawah ini Kak Ain siarkan gambar-gambar yang diambil.



Kak Ain berharap Cik Adik Imah akan menggunapakai bantal pink itu ke jalan kebaikan dan kebenaran. Peluklah ia ketika sudah letih belajar. Gunakanlah bantal itu laksana rehal bagi mengalas buku sewaktu mengulangkaji. Itu sahaja pesanan ringkas dari Ustazah AinMaisarah =D Heheh.

Kepada pembaca lain, jangan bimbang dan tidak perlu bermuram durja. Ada lagi empat bantal pink menunggu di dalam stor rumah Kak Ain. Teruskan menghantar borang penyertaan asal yang boleh didapati di bahagian belakang buku bertajuk Aku Mahu Teman Tapi Mesra.
(Nota kepada semua: Soalan peraduan dan kata laluan TIDAK AKAN DITUKAR. Ini bagi memberi keadilan kepada semua pembaca yang mahu menyertainya)

Salam Hujung Minggu,
Senyum Selalu,
AinMaisarah

07 June 2008

Pemenang Bantal Pink Bulan Mei 2008

Salam buat semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah,

Seperti dijanjikan, Kak Ain akan mengumumkan pemenang bagi bulan Mei yang telah berjaya memiliki sebuah bantal pink yang gebu lagi comel. Ribuan maaf Kak Ain ucapkan kerana terlewat sedikit membuat pengumuman. Talian 3G Celcom yang buat aniaya pada Kak Ain. Sekejap-sekejap terputus. Ini menyebabkan proses download video ke youtube asyik tergendala. Penat Kak Ain cuba beberapa kali. Alhamdulillah baru kini berjaya.

Bagi mengetahui pemenang bertuah bantal pink itu, sila tonton video di bawah:


Sekalung tahniah diucapkan buat:

Nama : Cik Adik Hafizatul Naimah bt. Ammran
Alamat : Taman Sri Serdang, Seri Kembangan
E-mel : imah_cumel@yahoo.com.my


Kepada yang sudah menghantar borang penyertaan, jangan kecewa dan jangan merana. Ada lagi empat bantal pink yang menunggu. Peraduan ini akan berlangsung sehingga bulan Oktober 2008.

Kepada yang belum menyertai, cepat-cepat dapatkan buku bertajuk Aku Mahu Teman Tapi Mesra. Pada bahagian akhir buku tersebut, ada disisipkan borang peraduan Aku Mahu Bantal Pink. Ingat, Kak Ain hanya mahukan borang peraduan yang asli sahaja. Fotostat-fotostat Kak Ain tak main ye! =D

Salam Hujung Minggu,
AinMaisarah

02 May 2008

Pemenang Bantal PINK bagi bulan April

Assalamualaikum kepada para pengunjung Rumah Pink AinMaisarah.

Hari ini tanggal 2 Mei 2008 bersamaan dengan hari Jumaat yang mulia, Kak Ain ingin mengumumkan PEMENANG BANTAL PINK BAGI BULAN APRIL.

Kak Ain telah membuat cabutan bertuah bagi memilih seorang pemenang. Dan inilah pemenang bantal pink gebu itu.


Seribu tahniah Kak Ain ucapkan kepada pemenang bulan ini iaitu Cik Adik Qaidatul Intan Syamimie Bt Muhd! Hadiah bantal pink itu akan Kak Ain poskan secepat mungkin ke alamat No 135, PAKR Pengkalan Durian, Fasa 2, 71150 Linggi, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kepada pembaca lain yang telah menghantar borang penyertaan dan tidak terpilih sebagai pemenang bagi bulan April, jangan sedih-sedih. Penyertaan bulan ini akan dibawa ke bulan hadapan pula. Maknanya, masih ada lima kali peluang borang itu dicabut. Lima bantal pink yang gebu dan sedap dipeluk begitu sahaja masih menanti.

Wassalam,
AinMaisarah

20 April 2008

Penghantaran Hadiah Aku Mahu Buli

Assalamualaikum,

Malam ini Kak Ain bergotong-royong dengan Cik Abang membungkus dan menulis kad-kad tahniah buat mereka yang telah memenangi peraduan Aku Mahu Buli.

Seperti yang sedia maklum, Nor Hazira telah memenangi peraduan ini. Surat Cik Adik Nor Hazira akan dimasukkan dalam buku IMPIANA III. Hadiah yang dimenangi adalah satu set minyak wangi dari The Body Shop. Baunya memang wangi. Untungnya Cik Hazira kita ni.



Tidak lupa juga hadiah juri khas yang dimenangi oleh Cik Adik Nur Amalina Farhana. Kak Ain sudah menyampaikan sendiri hadiah ini kepada Amalina kerana kebetulan berjumpa di Pesta Buku tempohari.


Kak Ain juga menyediakan 9 hadiah saguhati. Masing-masing akan mendapat 1 botol minyak wangi comel The Body Shop. Kak Ain ucapkan tahniah kepada yang adik-adik yang akan mendapat hadiah ini. Kak Ain telah menyediakan kad-kad yang cute untuk semua.


Kepada mereka yang telah menyertai pertandingan, Kak Ain ucapkan terima kasih kerana sudi bersusah payah menyertainya. Kak Ain akan simpan semua surat tersebut sebagai cenderahati dari adik-adik kepada Kak Ain. Itulah hadiah untuk Kak Ain pula.

Banyak lagi pertandingan yang akan dianjurkan pada masa hadapan. Oleh itu selalu-selalulah ke Rumah Pink Kak Ain ini.

Wasalam
AinMaisarah

12 April 2008

Pemenang Peraduan AKU MAHU BULI

Assalamualaikum,

Kak Ain, Cik Abang dan pihak PTSOne, ingin mengumumkan pemenang UTAMA peraduan AKU MAHU BULI iaitu Nor Hazira Binti Hanapi daripada Subang Jaya, Selangor.[irahazira_93@yahoo.com]



Kak Ain mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada adik Nor Hazira yang telah memenangi hadiah utama iaitu set minyak wangi daripada Body Shop.

Kak Ain ingin mengumumkan satu kejutan. Cik Abang telah sepakat untuk memberikan hadiah naib juara, kerana ada satu surat yang amat kreatif hiasannya. Markah naib juara ini sememangnya amat hampir dengan juara.

Naib Juara dimenangi oleh Cik Adik Nur Amalina Farhana Binti Sharifuddin dari Temerloh Pahang. Kak Ain akan membeli sebotol minyak wangi khas daripada The Body Shop untuk adik Nur Amalina.

Dan 9 hadiah saguhati, iaitu sebotol minyak wangi comel setiap seorang telah dimenangi oleh :

- Nurul Izzah Bt Abd Malik dari Arau Perlis.
- Nureen Azian Bt Noor Hamzah dari Lahat Perak.
- Nornajwa Amira Bt Mohamad Muziram dari Kuala Lumpur.
- Syifa' Bt Zainal Arifin dari Kajang Selangor.
- Aifa Bt Rosli dari Merlimau Melaka.
- Farah Nabila Bt Abd Razak dari Rawang Selangor.
- Foo Kah Men dari Seremban Negeri Sembilan.
- Nor Fatin Fathiah Bt Mohd Amin dari Shah Alam Selangor.
- Nur Hanis Aqilah Bt Mohd Noh dari Ampang Selangor.

Kak Ain ingin menyatakan penghargaan kepada semua yang telah menyertai peraduan ini. Kepada yang tidak menang, Kak Ain harap cuba lagi. Ada lagi peraduan AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA dan pelbagai peraduan yang menanti di dalam novel AinMaisarah pada masa akan datang.

Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang. Kak Ain akan menghantar hadiah-hadiah melalui POS. InshaAllah minggu hadapan.

Wasalam
AinMaisarah

11 April 2008

Surat Memohon Maaf The Wannababes.

Assalamualaikum semua,

Hari ini Kak Ain dan pihak PTSOne melalui proses memilih pemenang bagi Peraduan Aku Mahu Buli.

Kak Ain asyik ketawa sahaja apabila membaca surat memohon maaf The Wannababes yang ditulis oleh adik-adik.

Ada yang berikan tip-tip kuruskan badan kepada Mimi Monira.


Oleh Cik Adik Nureen Azian

Ada pula surat yang berwarna warni. Memang kreatif sungguh.


Oleh Cik Adik Nur Amalina Farhana

Ada yang mengarang pantun. Sakit perut Kak Ain ketawa dibuatnya.


Oleh : Cik Adik Foo Kah Men

Ada juga yang buat surat hingga jadi jin kepala toncit.


Oleh Cik Adik Aifa Rosli

Memang adik-adik semua pandai meminta maaf dalam masa yang sama terselit sindiran kelakar.


Oleh Cik Adik Nurul Izzah Abd Malik.

Tak cukup menyindir, siap beri rasuah tiket konsert lagi.


Oleh Cik Adik Nornajwa Amira

Memang kreatif dan kelakar. Kak Ain dan pihak PTSOne menghadapi kesukaran memilih pemenang. Namun seperti yang dijanjikan, kami telah berjaya memilih pemenang peraduan ini.

Kak Ain akan umumkan pemenangnya pada hari Sabtu jam 1 petang. Jeng-jeng-jeng. Tunggu..........

Wasalam
AinMaisarah

09 April 2008

Satu Pemenang Setiap Bulan

Assalamualaikum,

Kak Ain ingin memberikan sedikit penjelasan mengenai pemilihan pemenang bagi peraduan Bantal Pink, di dalam buku AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA.

Setiap bulan Kak Ain akan memilih 1 orang pemenang untuk memenangi 1 bantal pink.

Pemenang bulan April : Qaidatul Intan Syamimie Bt Muhd Yusof dari Port Dickson.
Pemenang bulan Mei : Akan diumumkan pada 7 Jun.
Pemenang bulan Jun : Akan diumumkan pada 7 Julai.
Pemenang bulan Julai : Akan diumumkan pada 7 Ogos.
Pemenang bulan Ogos : Akan diumumkan pada 7 September.
Pemenang bulan September : Akan diumumkan pada 7 Oktober.

Adik-adik boleh memilih ingin menyertai pada bila-bila masa yang adik mahu, tetapi Kak Ain akan menukar soalan setiap bulan.

Wasalam
AinMaisarah

06 April 2008

SOALAN PERADUAN AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA

Salam,

Ini adalah lima soalan peraduan Aku Mahu Teman Tapi Mesra. Adik-adik perlu menuliskan jawapannya sahaja di atas borang peraduan yang original (boleh didapati di dalam buku Aku Mahu Teman Tapi Mesra)

1) Zaidi bin Zed dahulunya menetap di luar negara. Sila nyatakan negara itu.

2) Apakah nama singkatan Zaidi bin Zed?

3) Apakah filem kegemaran Zaidi bin Zed?

4) Berapakah markah ujian bulanan subjek kimia yang diperolehi oleh Widya?

5) Apakah hadiah Hana bagi memujuk Widya?

Seorang pemenang akan dipilih setiap bulan (bermula April 2008 hingga Oktober 2008)
Untuk maklumat lanjut mengenai pemilihan pemenang. Sila klik sini.
Okey semua! Cepat-cepat! Sertai sekarang!

Wassalam,
AinMaisarah

15 March 2008

AKU MAHU BANTAL PINK

Assalamualaikum,

Berita gembira untuk semua!

Kali ini Kak Ain ingin mengumumkan mengenai peraduan terbaru, iaitu peraduan AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA. Buku terbaru ini akan berada di pasaran InsyaAllah pada bulan April.

Sesiapa yang membeli buku AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA apabila ia berada di pasaran nanti bakal berpeluang memenangi bantal peluk PINK yang cute dan chubby.


Comel tak bantal peluk hadiah ini?

Ada 6 bantal peluk PINK untuk dimenangi. Setiap bulan bermula bulan April, Kak Ain akan memilih seorang pemenang. Borang peraduan boleh didapati di dalam buku AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA.

Nantikan kemunculan buku terbaru ini dan jangan lepaskan peluang memenangi hadiah bernilai RM50 setiap satu.

Wasalam
AinMaisarah

23 January 2008

Hadiah Peraduan AKU MAHU BULI

Assalamualaikum adik-adik,

Semalam editor PTSOne telefon Kak Ain dan beritahu buku AKU MAHU BULI sudahpun siap dicetak dan masuk ke stor. Seperti kebiasaan apabila siap buku, Kak Ain sebagai penulis akan menerima 10 buku salinan untuk penulis. Sekarang hanya tinggal 8 sahaja buku yang ada pada Kak Ain kerana dua sudah dipesan oleh Adik Aini dan Adik Syafiqah.

Entri kali ini... sempena terbitnya buku ketiga Kak Ain dalam siri AKU MAHU, Kak Ain akan beritahu rahsia yang Kak Ain simpan selama ini. Kak Ain akan mendedahkan HADIAH UTAMA dan HADIAH SAGUHATI pertandingan AKU MAHU BULI. Boleh Kak Ain katakan, hadiah pertandingan kali ini paling lumayan. Ini hadiahnya :



Sesiapa pun boleh masuk pertandingan kali ini. Syaratnya, mesti beli buku AKU MAHU BULI. Didalam buku AKU MAHU BULI, ada disertakan borang penyertaan. Hanya borang penyertaan asli yang akan diterima. Fotostat-fotostat tak main ye! Ini contohnya :



Peraduan kali ini juga, adik-adik perlu menunjukkan kepada Kak Ain bakat menulis. Surat yang paling kreatif dan inovatif akan dipilih sebagai pemenang. Ada 1 hadiah utama dan 9 hadiah saguhati untuk dimenangi.

Kak Ain harap adik-adik semua jangan lepaskan peluang sertai peraduan ini ye!

Wassalam,
AinMaisarah

14 November 2007

Senarai Pemenang Peraduan Bergambar AKU MAHU SAIZ S

Assalamualaikum adik-adik,

Seperti yang dijanjikan, entri kali ini Kak Ain nak umumkan pemenang PERADUAN BERGAMBAR KREATIF BERSAMA BUKU 'AKU MAHU SAIZ S'

Tiga hari tiga malam Kak Ain menilai. Kak Ain juga telah meminta pendapat 3 orang juri bebas lagi profesional bagi menentukan senarai 10 pemenang. Setelah kata sepakat dicapai, inilah dia keputusan muktamad lagi mutakhir dari AinMaisarah.

HADIAH UTAMA jatuh kepada:

Adik Hanis Solehah.

9 HADIAH SAGUHATI jatuh kepada:

Adik Wafa
Adik Intan
Adik Shafizah
Adik Nurul Maizura
Adik Umi Qistina
Adik Sharifah Nabila
Adik Aminah (amie)
Adik Irdayu Maslina
dan
Adik Nur Aisyah

Kesemua nama di atas akan menerima email pemberitahuan daripada Kak Ain. Hadiah yang dijanjikan akan dipos ke rumah adik-adik. Inilah hadiah yang akan diterima oleh adik-adik yang bertuah,

~HADIAH UTAMA~


~9 HADIAH SAGUHATI~


Kepada yang sudah menghantar penyertaan tetapi kurang bernasib baik, jangan gusar dan jangan risau. Banyak lagi peraduan yang akan Kak Ain anjurkan. Peraduan yang paling hebat hadiahnya adalah peraduan AKU MAHU BULI. Jangan ketinggalan dapatkan buku AKU MAHU BULI yang akan berada di pasaran Disember ini.

Tahniah sekali lagi kepada pemenang-pemenang.

Adik-adik yang tak sempat nak masuk dan tak berpeluang nak menang, jangan lupa masuk peraduan seterusnya. Jangan putus asa dan teruskan mencuba.

Sampai Jumpa Lagi,
Selamat Malam,
AinMaisarah

24 August 2007

PERADUAN AKU MAHU SAIZ S

Assalamualaikum adik-adik comel semua,

Terima kasihlah sebab sudi menunggu. Kak Ain di JB...sibuk sangat melayan anak-anak saudara. Tu yang terlewat sikit. Maaf ye!

Bagi peraduan AKU MAHU SAIZ S kali ini, Kak Ain nak buat kelainan. Oleh kerana Kak Ain teringin nak berkenalan dengan adik-adik yang hanya Kak Ain tahu nama tapi tak pernah bersua muka...jadi Kak Ain akan adakan peraduan bergambar.

Bergambar? Bergambar macam mana?

Bergambar macam inilah!! ~contoh sahaja ye!~


PERADUAN BERGAMBAR KREATIF BERSAMA BUKU AKU MAHU SAIZ S akan bermula dari 24 Ogos 2007 hingga 24 Oktober 2007. Kak Ain beri masa dua bulan untuk membolehkan adik-adik yang nak UPSR sertai juga pertandingan ini. 10 pemenang yang menghantar gambar paling kreatif dan unik akan menerima hadiah.

Jadi apa tunggu lagi, gambar adik-adik bolehlah dihantar kepada:

~ EMAIL:
maisarah_ain@yahoo.com

~ POS KE ALAMAT :
AinMaisarah
Metadome Sdn Bhd,
Suite 3B-18-6, Level 18,
Plaza Sentral,
KL Sentral 50470, KL

Kak Ain tak sabar nak tengok gambar adik-adik comel semua! Harapnya dengan cara ini Kak Ain akan dapat berkenalan dengan adik-adik secara lebih dekat lagi.

Sampai jumpa lagi,
AinMaisarah

19 August 2007

HADIAH KUIZ AKU MAHU SAIZ S

Assalamualaikum adik-adik comel semua,

Kak Ain Alhamdulillah semakin sihat. Baru sahaja pulang dari MidValley. Makan-makan dan sempat menjenguk MPH Bookstore. Seronok betul bila lihat buku AKU MAHU SAIZ S sudahpun berada di atas rak bersama-sama buku PTS One yang lain! Rasa macam nak melompat gaya Ribena! :)



Kepada Najwa dan Amie
, terima kasih kerana sudah mendapatkan buku terbaru Kak Ain. Adik-adik yang lain bila pula? Kalau tak dapatkan buku AKU MAHU SAIZ S, nanti takkan dapat jawab soalan-soalan kuiz.

Coretan kali ini, Kak Ain sertakan bersama gambar hadiah-hadiah kuiz. Akan ada 10 pemenang yang dipilih dan satu hadiah utama.

HADIAH UTAMA



Pemenang akan menerima satu set stationery buku nota berbentuk baju..sesuai dengan tema buku terbaru Kak Ain kali ini iaitu AKU MAHU SAIZ S. Disertakan juga bingkai gambar berbentuk baju.

9 PEMENANG LAIN


9 lagi pemenang juga akan menerima set stationery buku nota berbentuk baju. Tapi tak ada frame ye.


Hadiah-hadiah akan Kak Ain pos ke rumah adik-adik yang berjaya menjawab soalan dengan tepat.

Jadi apalagi, dapatkanlah buku AKU MAHU SAIZ S sekarang juga!

Hingga berjumpa lagi, next update Kak Ain akan siarkan soalan-soalan kuiz. TUNGGGU!!

Wassalam,
AinMaisarah