Showing posts with label Jelajah Sekolah AinMaisarah. Show all posts
Showing posts with label Jelajah Sekolah AinMaisarah. Show all posts

20 May 2010

Maklumat Untuk Jemputan Program Jelajah Sekolah AinMaisarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri kali ini khas Kak Ain tujukan buat semua para pembaca AinMaisarah yang mahu Kak Ain datang ke sekolah cik adik semua. Banyak sungguh permintaan di Facebook yang mahu Kak Ain datang dan melaksanakan Program Jelajah Sekolah AinMaisarah.

Sebenarnya Kak Ain mahu memberi prioriti kepada para pembaca buku AinMaisarah yang selama ini menyokong dan setia mengikuti perkembangan Kak Ain di Rumah Pink dan Facebook. Itu sebabnya Kak Ain mahu ke sekolah yang ada pembaca setia AinMaisarah terlebih dahulu.

Kak Ain hanya perlukan maklumat-maklumat berikut bagi membolehkan Kak Ain datang ke sekolah para pembaca semua.

1) Nama guru Pusat Sumber atau guru subjek bahasa Melayu.
2) Nombor telefon guru tersebut.
3) Nama sekolah

Tiga maklumat di atas bolehlah dihantar melalui e-mel kepada pihak pengurusan AinMaisarah di syaizul@meta-dome.com

Selepas itu, pihak pengurusan AinMaisarah sendiri akan berbincang secara terus dengan pihak sekolah mengenai tarikh dan aktiviti yang bakal dilaksanakan.

Sekiranya Kak Ain ke sekolah yang terpilih, Kak Ain akan mengadakan aktiviti yang berkenaan:

Ucapan di perhimpunan


Kebiasaannya AinMaisarah membuat ucapan di perhimpunan sesi pagi dan sesi petang selama 15 minit mengenai kerjaya penulisan dan kempen membaca buku sebelum pelajar masuk ke kelas.

Membuka gerai pameran buku



AinMaisarah akan membuka gerai pameran buku menjual novel remaja dan buku motivasi selama berada di sekolah. Lokasi cadangan adalah di kawasan kantin. AinMaisarah dan tim promosinya hanya membawa buku-buku terbitan PTS yang terbukti dijaga tatabahasa dan diterima oleh guru-guru dan ibubapa sebagai bahan bacaan tambahan yang membantu meningkatkan kemahiran menulis di kalangan para remaja. Keperluan bagi mengadakan pameran buku ini hanyalah tiga buah meja di kawasan kantin sekolah.

Bengkel mula menulis novel.



Sekiranya pihak sekolah bersetuju menjemput AinMaisarah, maka AinMaisarah akan memberi bengkel PERCUMA mengenai kerjaya penulisan dan menerangkan proses menulis dan menerbitkan sebuah novel selama SATU JAM kepada pelajar sekolah yang berminat. Terpulanglah kepada pihak sekolah menentukan masa dan tarikh yang sesuai.

Itulah aturan aktiviti yang terkandung dalam Program Jelajah Sekolah AinMaisarah sepanjang Kak Ain menjelajah ke 22 buah sekolah.

Kak Ain harap para pembaca boleh dapatkan maklumat yang diperlukan secepat mungkin supaya Kak Ain sempat ke sekolah sebelum cuti sekolah bulan Jun bermula.

Salam Sayang,
AinMaisarah

28 December 2009

Tentatif Program Jelajah Sekolah AinMaisarah 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kak Ain doakan semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah berada dalam keadaan sihat dan ceria-ceria selalu.

Sekarang ini tahun 2009 semakin sampai ke penghujungnya. Kak Ain sendiri bakal memasuki tahun 2010 dengan debaran yang makin menggila. Apa tidaknya, terlalu banyak perancangan dan program yang sudah dijadualkan perlu dilaksanakan. Apapun, Kak Ain sudah berazam sesungguh hati... tahun 2010 mesti menjadi tahun paling produktif AinMaisarah dalam bidang penulisan! Semoga Tuhan mempermudahkan. Amin.

Antara yang paling besar adalah rancangan Program Jejalah Sekolah AinMaisarah yang bakal berlangsung mulai Januari 2010 hingga Jun 2010.



Program kali ini lebih bersifat menyeluruh. Bukan lagi menjelajah sekolah-sekolah di sekitar KL sahaja, kali ini Kak Ain akan pusing satu Malaysia! InsyaAllah, Kak Ain akan berada selama satu minggu di setiap negeri berikut:

1) Selangor
2) Negeri Sembilan
3) Pahang
4) Terengganu
5) Kelantan
6) Pulau Pinang
7) Kedah
8) Perak
9) Melaka
10) Johor

Jumlah keseluruhan sekolah yang Kak Ain akan lawati pada tahun 2010 nanti adalah 40 buah sekolah. Memang banyak. Oleh itu, Kak Ain amat mengharapkan kesihatan berada pada tahap optimum supaya Kak Ain benar-benar dapat beramah mesra dengan pembaca. Kak Ain juga akan berkempen memperkenalkan jenama penerbitan PTS serta buku-bukunya kepada 1200 pelajar sekolah pada satu-satu masa.



Sasaran pihak pengurusan AinMaisarah, sepanjang enam bulan menjalankan misi Program Jelajah Sekolah ini... 52,000 pelajar sekolah seluruh Malaysia akan didedahkan dengan senarai buku-buku AinMaisarah, jenama penerbitan PTS dan buku-buku terbitan PTS. Kak Ain juga akan membuat pencarian bakat-bakat pengarang muda supaya pada masa hadapan boleh menjadi 'penulis dan pengarang bersama' AinMaisarah.

Oh! Tentunya Kak Ain akan gunakan peluang ini juga untuk memberitahu para guru-guru di sekolah tentang kualiti dan mutu bahasa yang digunakan dalam semua buku-buku PTS.



Selain melawat sekolah-sekolah terpilih, Kak Ain juga akan menerima jemputan kedai-kedai buku di setiap ibu negeri yang Kak Ain lawati. InsyaAllah di Kedah, Kak Ain akan melawat Kedai Buku Hasani Edar. Di Johor Bahru, Kak Ain akan bertemu pembaca di Badan Cemerlang. MPH dan Popular juga akan jadi tempat persinggahan Kak Ain untuk bertemu pembeli dan pembaca di lokasi-lokasi terpilih.

Kak Ain harapkan Program Jelajah Sekolah yang akan berlangsung tahun 2010 nanti akan memuaskan hati semua pihak. Kak Ain tahu, selama ini ramai benar pembaca yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana AinMaisarah hanya memenuhi jemputan-jemputan sekolah di sekitar KL sahaja.

Jadi kali ini Kak Ain betul-betul pusing Malaysia bagi memastikan pembaca dari segenap negeri dapat berjumpa Kak Ain dan pada masa yang sama berkenalan dengan lebih rapat lagi. Kita boleh bergambar kenangan-kenangan juga! =D



InsyaAllah, harap semua yang dirancang berjalan lancar. Moga-moga tahun 2010 Masihi/1431 Hijrah ini akan menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua!

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Bagi para pembaca dari Sabah dan Sarawak, Kak Ain berbesar hati memenuhi jemputan ke sana sekiranya ada pihak yang sudi menaja! Heheheh!

02 August 2009

Laporan 2: Program Jelajah Sekolah AinMaisarah: SMK Bukit Sentosa, Rawang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini Kak Ain memasukkan laporan kedua bagi Program Jelajah Sekolah AinMaisarah di SMK Bukit Sentosa. Ini ada sedikit sedutan pendek video ceramah kerjaya penulisan AinMaisarah di SMK Bukit Sentosa. Video penuh akan dikeluarkan apabila Cik Abang selesai mengeditnya.




Di SMK Bukit Sentosa, ribuan terima kasih Kak Ain ucapkan kepada Puan Rofidah. Puan Rofidah adalah guru yang bertanggungjawab menjaga kebajikan dan mempermudahkan urusan program sepanjang dua hari Kak Ain berada di sana. Segala budi baik beliau sememangnya tidak dapat Kak Ain balas. InsyaAllah sekiranya ada rezeki, harapnya dapat berjumpa Puan Rofidah lagi.


Selain itu, pada hari kedua di SMK Bukit Sentosa juga.... Kak Ain berjumpa dengan seorang pembaca setia buku-buku AinMaisarah. Namanya Farihah atau lebih mesra dikenali sebagai Riha. Ini kali ketiga Kak Ain berjumpa dan bertentang mata dengan Riha.


Riha sebenarnya bukanlah pelajar SMK Bukit Sentosa. Riha pelajar darjah enam di sekolah rendah berhampiran. Tetapi rumah Riha hanya sekangkang kucing dari SMK Bukit Sentosa sehinggakan Riha dapat mendengar ucapan Kak Ain ketika perhimpunan! Jadi pada hari kedua, Riha datang ke SMK Bukit Sentosa bersama ibunya.

Riha merupakan antara pembaca buku AinMaisarah yang paling awal. Mula membaca sejak darjah empat dan buku yang mula dibelinya adalah Aku Mahu Popular. Riha juga pemenang tempat ketiga Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan! Kalau nak tahu, Riha sudah menulis lebih 1000 ulasan buku dan majoriti buku-buku yang diulas adalah terbitan PTS One.

Oleh kerana kebanyakan buku PTS sudahpun Riha baca, Riha secara sukarela jadi promoter buku membantu Kak Ain pada hari itu. Nak lihat Riha beraksi, klik sahaja video di bawah ini.



Kepada Riha, terima kasih daun keladi. Lain kali promosilah lagi =D

Seorang lagi pelajar yang banyak sangat membantu Kak Ain adalah Farahein.


Farahein sudi berdiri di sebelah Kak Ain sambil menolong mengipas-ngipas menggunakan buku yang dipegangnya tatkala Kak Ain dikerumuni oleh para pembeli buku yang menyerang bagaikan garuda! Berkat kipasan Farahein, Kak Ain dapat bernafas dan dibekalkan dengan oksigen yang secukupnya. Kalau tidak, ada kemungkinan Kak Ain boleh pengsan kerana suasana sangat sesak, panas dan melemaskan!

Seorang lagi pelajar yang sudah berbudi pada Kak Ain adalah Fasya Rimi.


Fasya membantu Kak Ain menjadi cik cashier ketika waktu solat Jumaat. Kalau Fasya tak ada, memang tak tahulah Kak Ain nak mengawal para pelajar yang menyerbu ketika itu. Dua pembantu Kak Ain pergi solat Jumaat, meninggalkan Kak Ain keseorangan. Terkontang-kanting Kak Ain menerima bayaran buku, mengembalikan baki bayaran, menandatangan buku, memasukkan buku dalam plastik dan melayan permintaan bergambar. Memang Fasya superwomen of the day! Penyelamat AinMaisarah yang sebenar! TQ again Fasya!

Ketika di SMK Bukit Sentosa juga, Kak Ain menerima hadiah dua keping kek coklat yang sedap sekali. Adik Syakira menyambut harijadinya bersama rakan-rakan.


Sungguh Kak Ain tak tahan godaan melihat kek coklat yang mencair di mulut. Makanya, Kak Ain makan kek itu di situ juga!


Ini pula gambar Kak Ain bersama Syakira & the geng. Kami berbincang dahulu bagaimana mahu berposing depan kamera =D Biasalah! Orang perempuan!


Seronok sungguh Syakira kerana harijadi disambut bersama rakan-rakan rapatnya. Kepada Syakira dan rakan-rakan, terima kasih kerana sudi memberikan Kak Ain kek coklat yang sedap sekali! =D


Kak Ain juga tentu ingat dengan Adik Ezlan. Inilah pembaca buku AinMaisarah yang menerima Anugerah Pembaca Paling Comel Sekali!


Tengoklah. Kak Ain siap tangkap gambar Ezlan sampai dua kali! (sebab muka Ezlan ada iras-iras wajah Cik Abang waktu kecil dulu!) Huhuhu!


Kak Ain juga ingat sekali dengan adik Anuwar dan Azli. Dua pembaca ini sudah membaca semua buku AinMaisarah. Anuwar sedang tertunggu-tunggu Impiana III. Dua lagi sahabat Anuwar adalah Aina dan Afina.


Ini pula Asyraf. Membeli buku Aku Mahu Popular dan Janji Anak Yatim. Semoga seronok membacanya!


Di SMK Bukit Sentosa, guru-gurunya juga begitu sporting bergambar dengan Kak Ain.



Puan Mas Nura contohnya banyak betul memborong buku AinMaisarah.


Ketika waktu petang pula, sempat membawa anaknya yang bersekolah rendah iaitu Adik Mira Syaira berjumpa Kak Ain. Apabila ditanya, buku apakah yang Adik Mira Syaira pernah baca.... jawapannya adalah Aku Mahu ke New York 1 dan Aku Mahu ke New York 2. Terima kasih Mira!


Puan Roziah juga adalah salah seorang guru di SMK Bukit Sentosa yang mengenali Kak Ain melalui anaknya. Sayang sekali Kak Ain tidak berkesempatan berjumpa dengan anak Puan Roziah.


Kak Ain juga ingin ucapkan terima kasih kepada Puan Roziah kerana menjadi MC ketika majlis perhimpunan dan memperkenalkan Kak Ain dengan begitu bersemangat sekali. Ini video yang sempat merakamkan suara Puan Roziah.





Kak Ain juga terharu kerana ada guru yang sanggup membawa anak-anaknya yang bersekolah rendah untuk berjumpa Kak Ain.


Ini pula gambar Kak Ain bersama pembaca bernama Fairuza. Kak Ain berkenan sangat tudung Fairuza. Cantik!


Ini pula gambar bersama pembaca-pembaca 1Malaysia.

AinMaisarah juga bergambar dengan hero SMK Bukit Sentosa iaitu Adzri (kanan) dan Syafiq (kiri)


Sempat juga bergambar kenang-kenangan dengan Cik Adik Hazmin (kawan baik Farhana)


Ini pula tiga pembaca pingitan yang sungguh mengkecohkan suasana!


Sekiranya tak percaya cakap Kak Ain, silalah lihat video ini:





Seperti biasa juga, Kak Ain akan bergambar lagi dan lagi dan lagi apabila sahaja ada permintaan bergambar bersama.

~bersama Hanis dan rakan-rakan~


~bersama Nur, Safiyyah dan Syahirah~


~bersama Lynn dan Farhana~


~bersama Hanum, Hidayah dan rakan-rakan~


~bersama Fatin Dalila dan Atikah~


~bersama Amelia, Fairuza (yang bertudung kelabu cantik itu) dan Khadijah~



Ini pula gambar-gambar terhad yang sempat dirakam ketika para pelajar lelaki mengunjungi meja pameran. Seronok sungguh Kak Ain kerana dapat memperkenalkan buku-buku PTS kepada sasaran pembaca remaja lelaki.


Harapan Kak Ain, semoga lebih ramai lagi pembaca remaja lelaki membaca buku PTS, Amin!


Fuh! Selesai juga laporan bergambar yang panjang lebar ini. Kepada pelajar-pelajar dan warga pendidik SMK Bukit Sentosa, terima kasih atas kebenaran memberikan ruang untuk AinMaisarah mempromosi buku.

Sekiranya terjumpa dan terserempak Kak Ain di mana-mana, jangan lupa tegur-tegur ya! =D

Salam Sayang,
AinMaisarah

30 July 2009

Laporan 1: Program Jelajah Sekolah AinMaisarah: SMK Bukit Sentosa, Rawang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pagi tadi Kak Ain sudah selamat menjejakkan kaki ke SMK Bukit Sentosa, Rawang seperti yang dijadualkan dalam rangka program Jelajah Sekolah AinMaisarah. Alhamdulillah.... walaupun demam selsema, Kak Ain kekal berada di sana dari pukul 7.15 pagi hingga pukul 4.30 petang seperti dijanjikan.

Kak Ain juga meneruskan ucapan kerjaya penulisan ketika perhimpunan sesi pagi. Sebelum naik ke pentas, Kak Ain banyak kali telefon ibu Kak Ain di Johor meminta doakan supaya Kak Ain cukup sihat nak bercakap depan orang ramai.


Janganlah terbatuk.
Janganlah terbersin.
Janganlah terpening.

Alhamdulillah, doa ibu memang makbul. Bercakap selama 20 minit di atas pentas, Kak Ain tampil sungguh sihat walafiat! Terasa kuman dalam badan itu tidur sekejap! =D


Seperti semua sedia maklum, apabila ke sekolah, Kak Ain diminta memberikan ceramah tentang kerjaya penulisan. Setiap kali memberi ucapan juga, Kak Ain ada simpanan rakaman videonya. Cuma tak sempat lagi memasukkan video dalam youtube. InsyaAllah apabila ada kelapangan, video akan dimasukkan ya!

Pada akhir ceramah kerjaya penulisan, Kak Ain berikan novel percuma kepada seorang pelajar yang dapat menjawab soalan kuiz. Kali ini Cik Adik Ain bertuah menerima hadiah berupa sebuah novel karya AinMaisarah.


Tepat pukul 9.00 pagi.... seperti dijanjikan, meja yang mempamerkan barisan buku-buku PTS sudah siap-sedia tersusun. Kak Ain mempromosikan sembilan novel AinMaisarah. Hanya novel Aku Mahu Teman Tapi Mesra sahaja tiada kerana sedang menunggu proses diulangcetak buat kali kelima.


Berbekalkan sekotak tisu, Kak Ain teruskan sesi tandatangan dan beramah mesra. Nasib baik hidung Kak Ain berdisiplin tinggi. Hidung hanya akan bersin apabila tiada orang di sekitar meja pameran =D Good nose!


Di SMK Bukit Sentosa, Rawang... tanpa disangka-sangka Kak Ain berjumpa dengan Cik Adik Farah@Farhana, pengunjung Rumah Pink AinMaisarah yang sangat-sangat setia.

Inilah gambar kami berdua yang sempat dirakamkan bersama. Terima kasih Farah@Farhana kerana sudi menegur Kak Ain. Kak Ain sudah simpankan buku Aku Mahu ke New York 1 dan Aku Mahu ke New York 2 seperti yang diminta ya!


Kak Ain seronok sangat berada di SMK Bukit Sentosa, Rawang. Para pelajarnya rata-rata sudahpun mengenali novel-novel AinMaisarah. Teruskan menyokong karya AinMaisarah ya!


Sebelum mengakhiri hari pertama di SMK Bukit Sentosa, ketika berkemas-kemas memasukkan buku ke dalam kereta (sila lihat meja yang sudah kosong tinggal alasnya sahaja) Kak Ain sempat lagi bergambar dengan sekumpulan pelajar tingkatan satu yang ceria sekali.


InsyaAllah esok kita berjumpa lagi! =D

Salam Sayang,
AinMaisarah

29 July 2009

Laporan 1 : Program Jelajah Sekolah AinMaisarah SMK Telok Panglima Garang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini Kak Ain tidak sihat =( Sudah terasa suam-suam kuku suhu badan. Hidung mula memerah macam badut. Tekak rasa gatal sangat, terasa nak digaru sahaja dengan garfu!

Inilah penangan apabila bekerja terlebih hadnya. Seperti semua tahu, Kak Ain tidak berhenti menjelajah sekolah sepanjang dua minggu ini. Walaubagaimana tak sihat pun badan ini, esok Kak Ain tetap akan meneruskan Program Jelajah Sekolah AinMaisarah ke SMK Bukit Sentosa, Rawang.

Kak Ain mohon doa para pengunjung Rumah Pink semua. Doakan Kak Ain sihat ya!

Kak Ain nak cuba tidur awal malam ini. Sudah makan Scotts Emulsion, Redoxon Vitamin C, Multivitamin, Spirulina, Panadol Soluble dan tiga biji buah oren. Harap demam ini akan terbantutlah hendaknya!

Oleh kerana itu, Kak Ain masukkan dahulu gambar-gambar di SMK Telok Panglima Garang yang baru selesai programnya petang tadi.

Kepada guru-guru dan pelajar-pelajar di SMK Telok Panglima Garang, terima kasih Kak Ain ucapkan kerana memberikan sambutan hangat macam pisang panas sepanjang kehadiran Kak Ain di sana.

Semoga kita ketemu lagi.

Haaa..... manalah pelajar-pelajar SMK Telok Panglima Garang yang janji nak ke Rumah Pink AinMaisarah ini? Sila kenalkan diri di bahagian komen di bawah ya.

Jika mahu mendaftar di Sekolah Sri Bangsar sila klik >>>sini<<<

Jika mahu melihat Bahagian Penulisan Kreatif Pelajar Sri Bangsar, sila klik >>>sini<<<





























Salam Sayang,
AinMaisarah