Showing posts with label AinMaisarah di Media. Show all posts
Showing posts with label AinMaisarah di Media. Show all posts

30 March 2009

AinMaisarah Dalam Majalah IRemaja, April 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri kali ini, Kak Ain ingin kongsikan bersama petikan artikel dalam majalah IRemaja, bulan April 2009 yang memaparkan kisah AinMaisarah sebagai seorang penulis novel remaja.

Kak Ain suka SANGAT-SANGAT-SANGAT dengan cara penyampaian maklumat dan penceritaan artikel dalam majalah ini. Ianya sangat ceria dan positif sekali. Gambar-gambar yang dipilih juga dipamerkan pada kadar besar-besaran! Mujur tak nampak dua setengah biji jerawat di pipi Kak Ain! =D

Jutaan terima kasih Kak Ain ucapkan kepada wartawan yang menulis artikel ini iaitu Cik Puan Seri Senja. Sesungguhnya jasamu amat-amat-amat dihargai!

Inilah laporan mukasurat pertama dalam majalah IRemaja. Laporannya tentang AinMaisarah mahu jadi penulis jutawan? Wah! Besarnya angan-angan! InsyaAllah Kak Ain sedang berusaha mencapai impian itu. Tiada apa yang mustahil sekiranya diiringi dengan usaha dan doa yang berpanjangan. 


Ini pula ada terselit gambar AinMaisarah ketika di alam persekolahan. Waktu itu Kak Ain berada dalam tingkatan tiga. Siapa bermata tajam, bolehkah mencari yang mana satu AinMaisarah? Hehehe... macam mission imposible pula sebab muka AinMaisarah sudah banyak berubah! =D


Di sini adalah sedikit sedutan artikel tersebut:

"Jika mengikut jurusan pengajian, tentu saya sudah menjadi guru Bahasa Inggeris sekarang. Sebenarnya ada juga angan-angan di hati, mahu jadi jurumekap profesional!" kata anak guru besar, keempat daripada lima beradik ini.

"Saya memang menulis sejak menuntut pada 2005. Awalnya, suami yang menyuruh saya menulis secara sambilan dengan Maxis. Setiap cerpen akan dimasukkan dalam aplikasi Fonovela Maxis (kini dikenali sebagai Mbook). Alhamdulillah cerpen karya saya mencatat jualan muat turun tertinggi. Itu membuat suami menyedari isterinya berbakat dan terus memberi galakan," jelasnya.

Hah! Nak baca lebih lanjut? Dapatkan majalah ini di pasaran segera! Dalam majalah sebenar, Kak Ain tidak memakai spek PRADA. Para pengunjung juga boleh klik gambar bagi melihat imej paparan yang lebih besar.

Salam Sayang,
AinMaisarah

14 March 2009

Jumlah Buku Dalam Setahun.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada semua pengunjung, Kak Ain minta maaf kerana tertinggal keretapi. Lambat memberitahu tentang artikel yang mempamerkan wajah AinMaisarah dan Puan Ainon di akhbar utama Berita Harian.
 

Artikel ini dipaparkan dalam ruangan sastera, Khamis, 12 Mac 2009. Ianya memberi liputan forum bicara buku yang Kak Ain hadiri di ASWARA.

Dalam bicara buku itu, Puan Ainon selaku Pengerusi Kumpulan PTS menerangkan tentang perkembangan positif dunia buku. Kak Ain pula berkongsi pengalaman sebagai penulis muda serta potensi menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya sepenuh masa.

Sila klik sini bagi membaca berita sepenuhnya.

Hujung minggu begini, Kak Ain sendiri nak buat tinjauan.

Kak Ain nak tahu juga... berapa banyak jumlah buku telah dibaca dalam tempoh:

a) sebulan 
b) setahun (rekod bacaan buku tahun 2008)

Sila jawab di bahagian komen ya! Selamat menjawab soalan survei!

Salam Hujung Minggu,
AinMaisarah
p/s: *** ehem... ehem... berapa banyak buku AinMaisarah yang sudah dibaca? ***

16 June 2008

Entri terakhir sebelum ke Singapura

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua Pengunjung Rumah Pink AinMaisarah,

Malam ini Kak Ain ingin berkongsi satu lagi gambar yang diambil ketika bengkel PTS pagi tadi. Ini adalah gambar bersama En. Roslan, pegawai Eksekutif PR PTS. Encik Roslan menemuramah Kak Ain bagi mengumpul maklumat menulis sebuah artikel. Artikel itu nanti akan menyentuh latarbelakang Kak Ain sebagai penulis, buku-buku semasa dan juga perancangan masa depan.


InsyaAllah bila sudah keluar artikelnya di halaman media, Kak Ain akan maklumkan kepada semua. Tunggu.... =D

Di sini, Kak Ain juga ingin memberitahu bahawa ini adalah entri terakhir Kak Ain sebelum ke Singapura. Kak Ain ke Singapura pada hari Selasa. Tetapi hari Isnin Kak Ain ada banyak senarai kerja yang perlu dilunaskan. Antaranya membasuh baju (mungkin tiga kali pusing), mengemas baju ke Singapura, mengemas rumah, membuang sampah dan memastikan makanan di peti ais dibersihkan sebelum rumah ditinggalkan.

Oh! Paling penting, manuskrip 1/4 yang sedang diperiksa itu perlu dihantar seberapa segera!

Sepanjang Kak Ain tak ada, pengunjung Rumah Pink masuk sajalah seperti biasa. Pintu tak berkunci. Jaga diri semua. Jangan nakal-nakal!

Salam Banyak Kerja,
AinMaisarah

16 April 2008

Tak Bisa Memilihmu di Harian Metro

Assalamualaikum,

Kak Ain pun tak perasan akan artikel ini di surat khabar. Nasib baik Cik Abang menyimpan keratan akhbar ini untuk Kak Ain.


Kepada sesiapa yang belum lagi mendapatkan buku Tak Bisa Memilihmu ini, anda boleh membeli terus daripada Kak Ain. Kak Ain akan beri 1 buku profail kumpulan 6ixthSense yang penuh dengan gambar ekslusif berwarna dan lirik lagu-lagu mereka yang popular.


Sila buat pesanan di sini ya. >>klik<<

10 April 2008

Siri AKU MAHU menjadi drama TV.

Assalamualaikum semua,

Kak Ain baru sahaja selesai berbincang dengan sebuah syarikat produksi TV. Mereka berminat untuk menukarkan novel-novel di dalam siri AKU MAHU ke dalam bentuk drama bersiri.

Kak Ain memang gembira dengan berita ini. Cik Abang sedang sibuk membuat persiapan agar semuanya berjalan lancar. Semua ini masih lagi dalam peringkat perbincangan. Kak Ain berharap kerjasama ini akan berjaya.

Bolehlah kita melihat karektor-karektor daripada novel AKU MAHU dilakonkan oleh pelakon remaja kita.

Siri drama ini akan disiarkan dalam 13 episod. Jadi Kak Ain sedang sibuk menyiapkan sinopsis untuk 13 buah buku. Mhhh, sekarang ini Kak Ain ada 10 tajuk sahaja. Kena cipta lagi 3 tajuk buku.

Berikut adalah 10 tajuk yang Kak Ain sudah rancangkan :

1. AKU MAHU POPULAR
2. AKU MAHU SAIZ S
3. AKU MAHU BULI
4. AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA
5. AKU MAHU BERGAYA [Tajuk ni tak best, boleh bagi idea tak?]
6. AKU MAHU LESEN P
7. AKU MAHU BERTUDUNG
8. AKU MAHU JADI ROMEO
9. AKU MAHU BAHAGIA
10. AKU MAHU JADI JUTAWAN

Adik-adik boleh beri cadangan tambahan bagi 3 tajuk novel AKU MAHU?

Wasalam
AinMaisarah

22 March 2008

AinMaisarah - Berita Harian Hari Ini.

Assalamualaikum,

Hari ini berita mengenai AinMaisarah telah dikeluarkan di dalam surat khabar Berita Harian.

Terima kasih kepada wartawan pengulas Berita Harian tersebut iaitu Salbiah Ani yang telah memberikan 4 bintang kepada buku AinMaisarah, Aku Mahu Popular.


Kepada adik-adik yang belum membeli surat khabar berita itu boleh melihat keratan surat khabar tersebut di sini.

AinMaisarah di Berita Harian

Jika ingin membaca apa yang telah ditulis oleh wartawan, sila klik sini :

Berita Harian Online


wasalam
AinMaisarah

18 March 2008

AinMaisarah di Selamat Pagi Malaysia RTM1

Assalamualaikum semua,

Kak Ain dalam perjalanan ke pejabat apabila menerima beberapa SMS daripada rakan dan saudara menyatakan Kak Ain sedang ke udara "LIVE" di RTM 1 jam 8.25 pagi tadi.

Sebenarnya ia adalah satu episod rakaman ruangan RESENSI di dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia. Aiseyman! Kak Ain pun tak sempat nak tengok.


Lepas daripada rakaman tersebut disiarkan, Kak Ain ada menerima beberapa emel menyatakan hasrat untuk membeli buku-buku Kak Ain, Alhamdullilah, murah rezeki.

Salah seorang adalah cikgu di sebuah sekolah di Singapura yang ingin memesan buku bagi perpustakaan sekolah tersebut.

Siapa yang dapat tengok rakaman tersebut angkat tangan dan bagi komen di
bawah. Rasa Kak Ain semua adik-adik sedang tekun belajar di dalam kelas. Betul tak?

Wasalam
AinMaisarah

03 March 2008

AinMaisarah di Berita Harian 8/3/2008

Assalamualaikum adik-adik,

Hari ini setelah terlalu lama tidak memasukkan entri baru, Kak Ain ingin memberitahu perkembangan terbaru Kak Ain kepada semua.

InsyaAllah sebuah artikel tentang AinMaisarah sebagai seorang penulis novel remaja akan disiarkan dalam suratkhabar Berita Harian pada hari Sabtu, 8 Mac 2008.

Gambar di atas adalah gambar yang akan disiarkan. Tapi dalam suratkhabar itu nanti, gambarnya tidaklah bercermin mata seperti selalu. Jadi kepada sesiapa yang mahu melihat wajah sebenar AinMaisarah, sila dapatkan Berita Harian pada tarikh tersebut ya!

Wassalam,
AinMaisarah

p/s: Buat pengetahuan semua, Kak Ain ada masalah nak melayari internet sekarang. Entri ini pun dimasukkan atas belas ehsan Cik Abang. InsyaAllah dalam minggu ini Kak Ain akan cuba baiki HP 3G yang tiba-tiba mogok tu. Maaf Kak Ain ucapkan pada semua.