Showing posts with label Aku Mahu Saiz S. Show all posts
Showing posts with label Aku Mahu Saiz S. Show all posts

29 October 2009

Berita Gembira Pengubat Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini Kak Ain akhirnya dapat juga masukkan entri baru. Setelah lama sangat senyap sunyi Rumah Pink ini. Sebenarnya Kak Ain beberapa kali ada masalah kesihatan. Demam sampai seminggu. Keracunan makanan sampai 5 hari. Apa yang dimakan, semua muntah kembali.

Aduhai! Cubaan sungguh! Dalam pada Kak Ain ada banyak kerja-kerja penulisan yang tertangguh, Kak Ain anggap ini cubaan. Menulis dan memeriksa manuskrip dengan menyapu minyak Yu Yee cap limau pada perut yang kembung semacam.


Alhamdulillah, keadaan sudah pulih kembali. Kak Ain sudah sihat 100% dan bertambah bersemangat apabila baru sahaja mendapat berita gembira. Berita gembira ini adalah tentang buku Kak Ain yang dipilih untuk pembelian 2009 Kementerian Pelajaran Malaysia.

Buku yang terpilih adalah buku bertajuk Aku Mahu Saiz S:




Memang Kak Ain bersyukur apabila buku ini terpilih. Ini kerana buku ini sudah dua tahun umurnya sejak diterbitkan PTS One, sudah lima kali diulangcetak dan jualannya masih laju di pasaran.

Harapnya buku ini terus evergreen dan dibeli orang walau sepuluh tahun lagi. Kak Ain teringin nak jadi macam Enid Blyton (penulis siri The Famous Five) dan Francine Pascal (penulis siri Sweet Valley) yang seumur hidup menyara kehidupan dengan duit royalti penulisan buku semata-mata. Harapnya impian Kak Ain tercapailah hendaknya!

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Siapa sudah memiliki buku ini, sila angkat tangan!


17 October 2008

4 Buku AinMaisarah Menjadi Best Seller PTS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Semoga sihat, ceria, sejahtera dan dilindungiNya sentiasa. Itu doa Kak Ain kepada pengunjung dan pembaca yang ikhlas menyokong Kak Ain selama ini.

Hari ini Kak Ain nak berkongsi cerita buku pula. Kisah di Sabah dan Sarawak masih banyak nak dilaporkan, tapi gambar-gambarnya belum edit pula.

Oleh sebab itu Kak Ain nak berkongsi dengan semua tentang info jualan buku yang baru Kak Ain terima.

Alhamdulillah, empat daripada tujuh buku Kak Ain masuk senarai best seller syarikat penerbitan PTS Sdn. Bhd.

Nota penting:
Rekod jualan mengambil kira jualan buku selama tempoh setahun (Okt 2007 - Sept 2008)
RM yang disebut adalah setelah ditolak 35% diskaun ejen pengedar.

TOP BEST SELLER PTS


1. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman - RM211,714.88

2. Quran Saintifik - RM168,020.18

3. Motivasi Alihan Pelajar - RM130,123.06

4. Minda Muslim Super - RM120,546.28

5. Tip-Tip Cemerlang daripada Quran - RM112,815.17

6. Bacakan Saya Satu Cerita - RM101,477.60

7. Salju Sakinah - RM95,849.36

8. Dato' Dr. Haron Din: Menjawab Persoalan Fiqah Harian - RM84,334.00

9. Ahmadenejad Singa Islam - RM84,178.69

10. Dear Yayah 4 - RM83,852.15

11. 99Q: Kecerdasan Berdasarkan Asmaul Husna - RM81,437.86

12. Terapi Solat Tahajud - RM77,934.24

13. Pengurusan Disiplin Murid - RM71,401.81

14. Master Your Mind Design You Destiny (Ed. Melayu) - RM67,887.52

15. Sains Pemikiran dan Etika - RM64,115.65

16. Tunnels - RM63,658.08

17. Rahsia Bisnes Orang Cina - RM62,337.18

18. Aku Mahu Saiz S - RM60,827.38


19. Khadijah: Cinta Abadi Kekasih Nabi - RM59,142.38

20. Aku Mahu Teman Tapi Mesra - RM58,156.28


21. Perubatan Islam dan Bukti sains Modern - RM57,896.78

22. Tak Bisa Memilihmu - RM57,688.35


23. 55 Petua Orang Berjaya - RM57,473.83

24. Solat Khusyuk Solat Smart - RM56,380.65

25. Aku Mahu Buli - RM56,034.38


26. Change! (ed. Melayu) - RM54,433.94

27. Rahsia Islam di China - RM53,525.61

28. 55 Silap Mata Mudah - RM53,415.44

29. Teknik Memotivasi Anak Cara Positif - RM52,032.45

30. Sarah dan Anting-anting - RM51,906.71

Buku yang tak masuk senarai adalah buku IMPIANA, IMPIANA II dan AKU MAHU POPULAR.

Kak Ain tahu sebab Aku Mahu Popular tak masuk senarai. Ini kerana ia buku paling terawal dalam karer penulisan Kak Ain. Sudah masuk lima kali ulang cetak tetapi rentak jualannya tidaklah sehebat buku baru.

Kak Ain sedikit kecewa apabila IMPIANA dan IMPIANA II tak masuk senarai. Hmm.. nak ikutkan dalam banyak-banyak buku, buku IMPIANA yang paling susah nak ditulis. Lama Kak Ain rangka plot dan jalan ceritanya. IMPIANA juga novel paling tebal yang pecah-pecah kepala nak disiapkan. Kak Ain tak tidur malam dan minum berpuluh-puluh cawan kopi demi IMPIANA dan IMPIANA II.

Hmm... ketika ini Kak Ain terasa-rasa nak melewatkan penulisan IMPIANA III. Memang tak ada semangat langsung! =( Huh!

Kemungkinan besar... selepas buku Aku Mahu ke New York I dan Aku Mahu ke New York II selamat berada di pasaran hujung tahun ini, Kak Ain nak sambung menulis buku Aku Mahu Bergaya. Selepas itu, mungkin buku Aku Mahu Jadi Romeo.

Buku IMPIANA III nak letak tepi dulu walaupun idea dan rangka cerita sudah ada. Tunggu semangat sahaja datang menjelma.

Boleh atau tidak wahai pembaca-pembaca semua?

Salam Sayang,
AinMaisarah

02 June 2008

Kisah Guru Meminjam Buku AinMaisarah

Salam hujung minggu buat semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah.

Hari ini Kak Ain memang sibuk. Kak Ain sudah merancang akan menulis-menulis dan menulis. Kak Ain sudah bertekad mahu menyiapkan manuskrip novel ke-lapan ini secepat mungkin.

Apabila sudah penat menulis, Kak Ain akan memeriksa kotak e-mel. Selalunya, semangat menulis Kak Ain datang daripada e-mel dan kata-kata dorongan para pembaca. Ini salah satu e-mel yang berjaya membuat Kak Ain tersenyum gembira di waktu pening kepala menyiapkan cerita.

Salam buat Kak Ain Maisarah,

Kak Ain, saya ingin berkongsi cerita tentang novel kak Ain. Kejadian ini berlaku pada tahun lepas. Ketika itu kelas saya tiada guru mengajar. Jadi, datanglah seorang guru pengganti. Kebetulan saya sedang membaca buku 'Aku Mahu Saiz S'. Saya baru sahaja baca separuh ceritanya. Tiba-tiba, guru ganti itu nak meminjam dan membacanya sebentar. Saya pun beri sahaja buku itu kepadanya. Lama juga beliau membaca buku 'Aku Mahu Saiz S' itu.
Apabila rehat,guru itu memulangkan buku itu kepada saya.

Setelah habis rehat, guru itu sekali lagi memasuki kelas saya. Beliau hendak membaca dan meminjam lagi buku saya. Urghhh!!! Parahlah begini! Iskk... ingat itu buku diakah?? Mahu tak mahu, saya terpaksa berikan juga. Kalau tidak, boleh dikira tak hormatkan guru. Apabila habis sekolah, guru itu memulangkan buku 'Aku Mahu Saiz S'. Beliau sudahpun khatam sebuah buku itu! Beliau berkata "Bestlah buku ini. Sorrylah kalau cikgu lama sangat membaca. Terima kasih, ya."

Saya hanya mampu tersenyum sahaja. Tapi, baguslah dia baca buku idola saya iaitu Ain Maisarah!! Saya juga pernah beritahu Kak Ain, mama saya juga suka sangat membaca buku Kak Ain. Mama saya kata buku kak Ain mampu membuat hidupnya ceria!

Cerita ini disumbangkan oleh ahli Kelab Teman Tapi Mesra:


Nama: Najwa Amira bt Muziram (mahu dikenali dengan nama glamor ~ Mira)

E-mel: amira_coolstar@yahoo.com.my
Blog: http://najwaamira.blogspot.com/

Bagi sesiapa yang mahu berkenalan dengan Mira, bolehlah menjenguk laman blog miliknya atau menghantar e-mel. Terima kasih Kak Ain ucapkan kepada Mira kerana berkongsi cerita. Lepas ini harapnya guru dalam kisah di atas akan terus membaca karya AinMaisarah.

Salam Sayang,
AinMaisarah

10 April 2008

Ulasan Pembaca 1 : AKU MAHU SAIZ S

Salam semua,

Kak Ain ingin berkongsi ulasan oleh Cik Adik Riha mengenai novel AKU MAHU SAIZ S.

Ulasan novel Aku Mahu Saiz S

Salam kak Ain,

Riha memilih untuk mengulas novel ke-2 kak An yang bertajuk Aku Mahu Saiz S. Riha rasa novel tu banyak memberi pengajaran. Antaranya ialah bersyukur dengan paras rupa yang dikuniakan Allah dan menerima takdir dengan hati terbuka.

Kedua, menghargai persahabatan. Seterusnya, tolong-menolong. The Size S menolong Kelab Size XL menguruskan badan, betul tak? Banyak lagi pengajarannya. Riha bagi 4 bintang pada novel ini. Jalan ceritanya menarik, cara mengakhiri ceritanya pun, agak baik.

Novel novel kak Ain yang lain pun bagus juga, seperti Tak Bisa Memilihmu. Novel tu membolehkan kita mengetahui serba sedikit tentang masyarakat Indonesia.

Kesimpulannya, novel Kak Ain memang best dan bagus! Tapi, buku sekolah jangan dilupakan!


Ulasan oleh :

Nurfarihah Bt Jamil, berumur 11 tahun adalah salah seorang ahli Kelab Teman Tapi Mesra AinMaisarah, yang kini menetap di Rawang, Selangor.

Mahu berkenalan dengan beliau? Silalah ke blog comelnya : firataurus.blogspot.com

Ataupun boleh menghantar e-mel : riha97@yahoo.com.my

Kak Ain akan berkongsi ulasan daripada ahli-ahli kelab Teman Tapi Mesra AinMaisarah di Rumah Pink ini. Selalu-selalulah hadir di Rumah Rink ini untuk membacanya.

Untuk mendaftar sebagai Ahli Kelab Teman Tapi Mesra AinMaisarah sila klik di sini. >>AKU MAHU JADI AHLI<<

Jika anda ingin membuat ulasan buku sila klik di sini. >> AKU MAHU BUAT ULASAN <<

wasalam
AinMaisarah

14 November 2007

Senarai Pemenang Peraduan Bergambar AKU MAHU SAIZ S

Assalamualaikum adik-adik,

Seperti yang dijanjikan, entri kali ini Kak Ain nak umumkan pemenang PERADUAN BERGAMBAR KREATIF BERSAMA BUKU 'AKU MAHU SAIZ S'

Tiga hari tiga malam Kak Ain menilai. Kak Ain juga telah meminta pendapat 3 orang juri bebas lagi profesional bagi menentukan senarai 10 pemenang. Setelah kata sepakat dicapai, inilah dia keputusan muktamad lagi mutakhir dari AinMaisarah.

HADIAH UTAMA jatuh kepada:

Adik Hanis Solehah.

9 HADIAH SAGUHATI jatuh kepada:

Adik Wafa
Adik Intan
Adik Shafizah
Adik Nurul Maizura
Adik Umi Qistina
Adik Sharifah Nabila
Adik Aminah (amie)
Adik Irdayu Maslina
dan
Adik Nur Aisyah

Kesemua nama di atas akan menerima email pemberitahuan daripada Kak Ain. Hadiah yang dijanjikan akan dipos ke rumah adik-adik. Inilah hadiah yang akan diterima oleh adik-adik yang bertuah,

~HADIAH UTAMA~


~9 HADIAH SAGUHATI~


Kepada yang sudah menghantar penyertaan tetapi kurang bernasib baik, jangan gusar dan jangan risau. Banyak lagi peraduan yang akan Kak Ain anjurkan. Peraduan yang paling hebat hadiahnya adalah peraduan AKU MAHU BULI. Jangan ketinggalan dapatkan buku AKU MAHU BULI yang akan berada di pasaran Disember ini.

Tahniah sekali lagi kepada pemenang-pemenang.

Adik-adik yang tak sempat nak masuk dan tak berpeluang nak menang, jangan lupa masuk peraduan seterusnya. Jangan putus asa dan teruskan mencuba.

Sampai Jumpa Lagi,
Selamat Malam,
AinMaisarah

03 October 2007

AKU MAHU SAIZ S ~ BUKU TERLARIS PTSONE!

Assalamualaikum adik-adik comel semua,

Amboi! Amboi! Amboi! Kak Ain tak update blog...semua menghilang, Kak Ain update blog, terus semua serbu JOM HEBOH-HEBOH di sini ye! :p Nakal betul adik-adik semua!

Sebenarnya Kak Ain sibuk sangat sekarang, jadi harap adik-adik faham. Email berpuluh-puluh masuk yang Kak Ain tak sempat lagi nak balas. InsyaAllah hujung minggu ni Kak Ain akan luangkan masa membalas semuanya. Kepada adik NurulSyaza, sabar ye. Nanti Kak Ain akan balas juga email adik.

Hari ini Kak Ain update lagi blog sebab nak berkongsi berita gembira. Kak Ain baru sahaja lawat laman web www.pts.com.my. Bila lihat carta jualan buku terlaris bagi bulan September 2007, Kak Ain rasa nak melompat gaya Ribena!

Kenapa agaknya Kak AinMaisarah yang dah tua bangka ni nak melompat-lompat juga? Tak sedar dirikah agaknya?

Huh! Kak Ain tak kira! Kak Ain nak melompat jugak! Sebabnya buku kedua Kak Ain bertajuk AKU MAHU SAIZ S yang baru berada di pasaran sudahpun menduduki carta teratas! AKU MAHU SAIZ S dapat tempat pertama dalam carta buku remaja PTSONE! Kak Ain senyum-senyum sampai ke telinga tau! Walaupun tidaklah menjuarai Carta Era atau Carta Muzik-Muzik...tapi Kak Ain sungguh bersyukur AKU MAHU SAIZ S diterima ramai.


Teruskan sokongan adik-adik. Kak Ain akan terus menulis dan menulis lebih banyak buku lagi, InsyaAllah.

Salam sayang teramat sayang..tiada lain melainkan sayang,
AinMaisarah

24 August 2007

PERADUAN AKU MAHU SAIZ S

Assalamualaikum adik-adik comel semua,

Terima kasihlah sebab sudi menunggu. Kak Ain di JB...sibuk sangat melayan anak-anak saudara. Tu yang terlewat sikit. Maaf ye!

Bagi peraduan AKU MAHU SAIZ S kali ini, Kak Ain nak buat kelainan. Oleh kerana Kak Ain teringin nak berkenalan dengan adik-adik yang hanya Kak Ain tahu nama tapi tak pernah bersua muka...jadi Kak Ain akan adakan peraduan bergambar.

Bergambar? Bergambar macam mana?

Bergambar macam inilah!! ~contoh sahaja ye!~


PERADUAN BERGAMBAR KREATIF BERSAMA BUKU AKU MAHU SAIZ S akan bermula dari 24 Ogos 2007 hingga 24 Oktober 2007. Kak Ain beri masa dua bulan untuk membolehkan adik-adik yang nak UPSR sertai juga pertandingan ini. 10 pemenang yang menghantar gambar paling kreatif dan unik akan menerima hadiah.

Jadi apa tunggu lagi, gambar adik-adik bolehlah dihantar kepada:

~ EMAIL:
maisarah_ain@yahoo.com

~ POS KE ALAMAT :
AinMaisarah
Metadome Sdn Bhd,
Suite 3B-18-6, Level 18,
Plaza Sentral,
KL Sentral 50470, KL

Kak Ain tak sabar nak tengok gambar adik-adik comel semua! Harapnya dengan cara ini Kak Ain akan dapat berkenalan dengan adik-adik secara lebih dekat lagi.

Sampai jumpa lagi,
AinMaisarah

19 August 2007

HADIAH KUIZ AKU MAHU SAIZ S

Assalamualaikum adik-adik comel semua,

Kak Ain Alhamdulillah semakin sihat. Baru sahaja pulang dari MidValley. Makan-makan dan sempat menjenguk MPH Bookstore. Seronok betul bila lihat buku AKU MAHU SAIZ S sudahpun berada di atas rak bersama-sama buku PTS One yang lain! Rasa macam nak melompat gaya Ribena! :)



Kepada Najwa dan Amie
, terima kasih kerana sudah mendapatkan buku terbaru Kak Ain. Adik-adik yang lain bila pula? Kalau tak dapatkan buku AKU MAHU SAIZ S, nanti takkan dapat jawab soalan-soalan kuiz.

Coretan kali ini, Kak Ain sertakan bersama gambar hadiah-hadiah kuiz. Akan ada 10 pemenang yang dipilih dan satu hadiah utama.

HADIAH UTAMA



Pemenang akan menerima satu set stationery buku nota berbentuk baju..sesuai dengan tema buku terbaru Kak Ain kali ini iaitu AKU MAHU SAIZ S. Disertakan juga bingkai gambar berbentuk baju.

9 PEMENANG LAIN


9 lagi pemenang juga akan menerima set stationery buku nota berbentuk baju. Tapi tak ada frame ye.


Hadiah-hadiah akan Kak Ain pos ke rumah adik-adik yang berjaya menjawab soalan dengan tepat.

Jadi apalagi, dapatkanlah buku AKU MAHU SAIZ S sekarang juga!

Hingga berjumpa lagi, next update Kak Ain akan siarkan soalan-soalan kuiz. TUNGGGU!!

Wassalam,
AinMaisarah

23 July 2007

15 OGOS 2007

Assalamualaikum adik-adik comel semua,

Minggu lepas setelah ke pejabat PTS sendiri, Kak Ain diberitahu ada masalah teknikal bahagian percetakan yang menyebabkan buku AKU MAHU SAIZ S tidak dapat keluar pada tarikh yang ditetapkan sepatutnya iaitu 20 Julai 2007. Ia akan hanya berada di rak buku kedai-kedai pada tarikh 15 0gos 2007.



Sedih sangat sebenarnya sebab Kak Ain pun tak sabar-sabar nak tengok buku kedua ni.Tapi tak apalah, mungkin ada hikmah disebalik setiap kejadian. Mungkin buku kedua AKU MAHU SAIZ S nak keluar dekat-dekat dengan adiknya yang ketiga...iaitu buku IMPIANA keluaran PTSSyok, yang InsyaAllah akan berada di pasaran bulan September.

IMPIANA dahulu Kak Ain nak berikan nama AKU MAHU BALAS DENDAM, tapi pihak penerbitan PTS tak setuju...kerana tak mahu dibayangi buku-buku AKU MAHU THE SERIES keluaran PTSOne. IMPIANA lebih tebal (harga pun mahal sikit ye) dan kali ini Kak Ain cuba sesuatu yang baru...

IMPIANA ini kisah misteri tau! IMPIANA juga sebenarnya kisah 10 tahun akan datang...apa yang akan terjadi kepada karektor-kerektor kisah AKU MAHU seperti The Wannababes, Farah, Fahrin, Tengku Affin dan lain-lain. Kiranya IMPIANA akan mengungkai kisah hidup pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sri Bangsar, 10 tahun akan datang.

Haa..best tak agak-agaknya? Kak Ain harap adik-adik akan suka juga buku IMPIANA ni walaupun cara Kak Ain menulis agak berbeza...Apa-apapun, kita nantikanlah bulan Ogos dan September ni, moga-moga buku kedua dan ketiga Kak Ain akan mampu membuatkan adik-adik seronok membaca!

Kepada yang akan hadapi peperiksaan, jangan lupa baca buku pelajaran juga ya! Jaga diri, jangan nakal-nakal..LOVE YOU ALL!

Wassalam,
AinMaisarah

14 June 2007

Kulit Buku Belakang : Aku Mahu Saiz S

Haa.. sila berdiri tegak! Angkat tangan kanan ke paras bahu. Sila baca ikrar ini! Baca kuat-kuat! Amboi garangnya... siapa pula gang The Size S ni? Hebat bebenor ke mereka berbanding The Wannababes?
Ketahui segalanya di dalam buku Aku Mahu Saiz S, di kedai buku berhampiran anda bulan Julai ini.

11 June 2007

Kulit buku Aku Mahu Size S

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lamanya tak update blog ni!

Al-maklumlah cuti-cuti sekolah ini, banyak betul kerja-kerja sampingan seperti shopping dan bercuti di Terengganu. Hingga tak cukup tangan dibuatnya.

Nak pergi mengintip gang The Wannababes pun tak sempat. Entah apalah yang mereka buat waktu cuti-cuti sekolah macam ini ya!

Cerita tentang perkembangan kareer penulisan Kak Ain pula, minggu lepas pihak penerbit dah memaklumkan mahu mencetak buku Aku Mahu Size S pada 15 Jun ni. Alamak! Contoh kulit buku pun tak sempat nak bincang, kelam kabut juga kerana Kak Ain berada di Terengganu.

Nasib baik ada Cik Abang menolong desainkan 3 contoh kulit buku. Kak Ain suka contoh yang pertama.


Ini pula contoh kedua :


Kak Ain tak berapa suka yang ini, tapi baju tu memang kena tukar kepada Kebaya. Barulah nampak konsep Malaysia.

Berikut pula contoh ke - 3,


Konsepnya Kak Ain suka, tapiiii... mmmhh tapii.... kalau boleh tak mahulah. Seksi sangat! Jadi seksa pula melihatnya!

Apapun, nantikan kulit buku sebenar yang akan keluar di pasaran. Harapnya desainer syarikat penerbitan PTS boleh buat lebih baik berbanding contoh yang diberi.

Okey, minggu depan jangan lupa kembali ke blog AinMaisarah, InshaAllah Kak Ain akan masukkan gambar cover novel Aku Mahu Size S yang sebenar.

Salam Sayang,
AinMaisarah

15 May 2007

teaser 2 ~ AKU MAHU SAIZ S

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri kali ini, Kak Ain berikan teaser kedua Aku Mahu Saiz S pula.

“Seronoknya!” Hatinya betul-betul berbunga riang.

Email yang dikirim oleh kawan siber bernama Mr. LobakLobak itu benar-benar menceriakan hari. Terasa berseri-seri bagai diwarnai pelangi!

Jarinya menekan butang tetikus itu dengan pantas. Tidak sabar mahu membaca isi kandungan email hari ini. Mr. LobakLobak yang sudah dikenalinya lebih satu tahun melalui internet kini sudah menjadi rakan paling akrab.

***********************************************************************************

Suject: Gambar

Assalamualaikum puteriku!
How are you today?
Saya terlebih sihat…berkat makan lobak yang banyak!
Diam tak diam dah setahun kita kenal sebagai kawan di internet kan? Saya seronok dapat kawan dengan awak, Puteri!
Bila kawan dengan awak, awak bukan macam kawan-kawan perempuan saya yang lain. 24 jam asyik control cun! Menyampah!
Awak selalu berkongsi kisah sebenar hidup awak.
Awak tak hipokrit.
Awak tak emosi (macam perempuan-perempuan lain yang tiba-tiba kena angin kus-kus)
Awak juga sangat-sangat mengambil berat.
Pendek kata….awak memang da bomb!

Saya teringin sangat nak berkenalan dengan lebih dekat dengan awak. Setahun asyik tukar-tukar email, rupa masinh-masing pun tak pernah kenal. Apakata sempena ulangtahun perkenalan kita yang pertama ni, kita tukar-tukar gambar?

Kerana saya yang mencadangkan…saya juga akan mulakan dulu. In this email, I enclosed with it my very own picture. Saya tak hensem, kacak pun tidak. Cuma manis tu adalah!

I can’t wait to see your picture in the next email! Jumpa lagi lain kali puteriku! Till then, you take care!

Regards,
~mr.lobaklobak~


*************************************************************************************

Ketika membaca email kali ini, bunga-bunga keriangan pada hatinya lenyap serta-merta! Sekelip mata dadanya berdebar kencang.

Nak tukar-tukar gambar???

Ketika itu dia sudah terasa sesak nafas. Dia terasa nak pengsan. Dia terasa nak mati!!

04 May 2007

teaser 'AKU MAHU SAIZ S'

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri kali ini, Kak Ain titipkan sedikit sedutan novel Aku Mahu Saiz S. Enjoy! =D

~Edrina merenung lama ke arah cermin besar di biliknya. Naik juling mata menatap imej yang terbias. Pandangannya 100% tertumpu kepada segenap perincian wajah miliknya.

~Bentuk mata yang sepet ala-ala Puteri Hang Li Po~

~Hidung yang mancung persis Ashwarya Rai~

~Kulit muka yang putih licin tidak berjerawat seumpama kulit Deanna Yusof~

~Rambut lurus yang hitam berkilat. Ada harapan kalahkan Ella Ratu Rock Malaysia!

~Riak wajah juga manis kerana diseri dengan tahi lalat bawah bibir. Betul-betul seperti Siti Nurhaliza!~

Seribu kesyukuran terucap di hati. Teringat akan nasib sepupunya, Fazila yang punya masalah kulit yang maha serius. Muka sepupunya jenis berminyak yang kalau diperah boleh dapat sebotol 1.5 liter minyak masak Sri Murni! Sudahlah begitu, mukanya juga penuh dengan pelbagai jenis baka jerawat! Ada yang jenis bernanah, ada jerawat pasir dan sebulan sekali jerawat batu akan memunculkan diri.

Puaslah sepupunya mencuba hampir kesemua jenis produk penjagaan muka yang wujud di Watson, Guardian mahupun PharmaCare. Namun jerawat-jerawat yang tumbuh seperti tidak pernah mahu pupus. Malah kumpulan jerawat itu kelihatan semakin sihat dan membiak dengan banyaknya membentuk koloni tersendiri! Menakutkan sungguh!

Lama Edrina membelek wajah kurniaan Ilahi. Beberapa saat kemudian, anak matanya mula mencerun ke bawah. Meneliti satu persatu kondisi tubuhnya pula.

Dua kaki miliknya itu sekali pandang macam dua batang kayu balak di hutan simpan Pahang!

Bahagian pinggangnya…. Eh! Dia tak ada pinggang langsung! Tak ada bentuk badan! Bukan ramping seperti kerengga tetapi straight cut seperti kotak!

Edrina merenung sayu pula kepada bahagian perutnya. Bahagian badan yang menghadapi masalah paling kronik. Perut anak daranya itu seolah-olah kembung mengandung 4 bulan! Boyot dan lembik berlemak!

Kenapa tubuhnya begini? Kenapa dia bersaiz XL? Kenapa bukan S? Kenapa? Kenapa? KENAPA???

Satu keluhan berat dilepaskan. Cermin itu tidak pandai menipu. Cermin itu menunjukkan realiti sebenar susuk tubuhnya. Itulah rupa sebenar dirinya. Edrina seringkali mempertikaikan. Kenapa takdir tidak menentukan badannya sekurus Paris Hilton? Kenapa dia tidak memiliki tubuh selangsing Erra Fazira?

Argh!! Edrina terasa mahu menjerit sekuat hati bila sahaja memandang ke arah cermin tersebut. Cermin yang menunjukkan tubuh berlemaknya. Tubuh gemuknya!

Lambat-lambat Edrina melangkah menjauhi cermin besar itu. Badannya dihempas kuat ke atas katil. Mujur juga katil kayu berwarna merah jambu yang dibeli di IKEA itu kukuh untuk menampung berat sebanyak 81.3kg. Matanya merenung siling. Mata yang sama juga mula mengeluarkan titisan demi titisan air mata kekecewaan…..~