Seperti yang diberitahu dalam entri terdahulu, Kak Ain sedang dalam proses mencari beg laptop yang sesuai. Kak Ain sudah pusing KLCC. Kak Ain sudah menjelajah Mid Valley. Kak Ain sudah letih kaki ke The Gardens.
Dalam banyak-banyak beg yang Kak Ain lihat, Kak Ain sukakan koleksi beg PUMA ini. Cantik rekabentuknya. Boleh dimasukkan dalam senarai MUNGKIN BELI.
1) Beg hitam ini ada span tebal di dalamnya. Laptop tentu selamat dari sebarang bahaya!

2) Beg ini pula bersaiz agak besar. Tetapi Kak Ain sukakan material serta warnanya.
.jpg)
3) Beg ini pula Cik Abang yang cadangkan. Cik Abang memang suka rekabentuk clean dan kemas.
.jpg)
Ia juga datang dalam empat warna berbeza. Ada pink-putih, purple-putih, hijau-putih dan hitam.
.jpg)
Sehingga kini Kak Ain masih lagi meneruskan pencarian. Kak Ain belum mahu membuat keputusan beg mana nak dibeli selagi belum menjejak kaki ke SOGO, Pavilion, The Mall dan One Utama.
Moga-moga kaki Kak Ain tahan menerima cabaran fizikal ini! (Oh! Harapnya kaki Cik Abang juga tidak melecet kerana terpaksa mengikut ke hulu dan hilir tanpa henti!) =D
Salam Hujung Minggu,
AinMaisarah
p/s: Kak Ain sempat memeriksa stok buku Aku Mahu ke New York di MPH, Mid Valley. Bilangan set box tinggal sikiiiiiiit sangat! Kepada sesiapa yang belum dapatkan set box eksklusif yang terhad itu, cepat dapatkannya! Sebelum kehabisan buat selama-lama!





