Hari ini Kak Ain ingin mengumumkan satu projek dari pihak PTSOne. PTSOne akan menerbitkan satu buku iaitu Remaja@PTSOne. Buku ini akan diterbitkan sebanyak 10 ribu naskah sahaja sempena Hari Raya 2008 ini. Tahun depan, buku ini akan diterbitkan dengan isi yang berlainan.
Projek Menulis Cerpen Hari Raya.
PTSOne ingin mengajak semua pengunjung Rumah Pink untuk meluangkan masa menulis karangan yang ada kena mengena dengan Hari Raya. Kak Ain pasti semua orang ada pengalaman yang tidak dapat dilupakan pada Hari Raya.
Sekiranya anda ingin menjadi penulis, Kak Ain rasa ini adalah peluang yang terbaik untuk mengasah bakat masing-masing. Cerpen Hari Raya ini hanya 8-10 mukasurat sahaja. Satu hari tulis satu muka surat. InshaAllah, siaplah cerpen tersebut.
Untuk maklumat lanjut silalah ke laman web ini >>PTSOne<<
Buku yang pertama Kak Ain tulis adalah Aku Mahu Popular, semasa menulis buku tersebut Kak Ain sentiasa merasa was-was kerana tidak tahu adakah penulisan Kak Ain akan diterima pembaca. Nasib baik Kak Ain pernah menulis versi pendek cerita Aku Mahu Popular sepanjang 20 mukasurat. Dari situ Kak Ain dapat melihat penerimaan pembaca dan yang paling penting, ia meningkatkan keyakinan Kak Ain untuk menghabiskan buku Aku Mahu Popular sepanjang 230 mukasurat.
Jadi Kak Ain berharap semua yang membaca entri ini, agar mula menulis cerpen versi pendek ini. Manalah tahu sekiranya berjaya keluar di dalam buku Remaja@PTSOne, maka cerpen tersebut boleh dipanjangkan menjadi satu novel setebal Aku Mahu Popular.
Okay, jangan tidak mencuba pula. CUBA dahulu baru kita tahu. Ini adalah peluang terbaik, hantarkan karangan anda kepada editor PTSOne iaitu Kak Ann, ini e-melnya : nurismaliza@pts.com.my
Kak Ann adalah seorang yang baik lagi comel. Oleh itu jangan malu-malu sekiranya ingin bertanya kepada Kak Ann mengenai Projek Cerpen Hari Raya ini. Hantarkan tajuk serta ringkasan cerpen kepada Kak Ann dahulu untuk mendapat persetujuan editor.
Kak Ain pun diwajibkan menghantar satu cerpen Hari Raya, tarikh akhir menghantar cerpen tersebut adalah 7 Julai 2008. Ini adalah contoh tajuk dan ringkasan cerpen Kak Ain, harapnya Kak Ann akan terima.
RAYA PERTAMA ATAS LEBUHRAYA.
Mengisahkan Paei dan abangnya telah berjanji membawa kereta klasik ayah mereka pulang ke kampung bagi membawa pengantin lelaki pada hari raya kedua di Terengganu.
Kereta itu belum pernah digunakan untuk perjalanan jauh. Kereta tersadai di lebuhraya Karak.
Pelbagai dugaan telah mereka lalui, menarik kereta dengan lembu. Menanti mekanik sambil memasak lemang.
Paei dan abangnya bertekad walau apapun mereka akan menunaikan janji untuk membawa kereta klasik pulang ke kampung sebelum majlis pernikahan sepupu mereka.
Sesiapa di sini yang ada tajuk dan ringkasan cerpen Hari Raya yang hendak dikongsikan bersama? Sila masukkan dibahagian komen dibawah.
Yang Menyahut Cabaran Cerpen Hari Raya,
AinMaisarah




