Showing posts with label Pesta Buku 2011. Show all posts
Showing posts with label Pesta Buku 2011. Show all posts

22 May 2011

Di Balik Tabir: Kedai Pink AinMaisarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semoga pengunjung Rumah Pink sentiasa sihat dan ceria. Kak Ain sendiri baru baik demam =( Demam paling lama dalam sejarah kehidupan. Hampir berbelas hari suhu badan turun naik. Sekejap sihat. Sekejap rasa betul-betul tidak larat.

Alhamdulillah, kini keadaan Kak Ain semakin okey setelah makan suplement berbotol-botol secara konsisten. 

Pasa masa yang sama, merehatkan diri kerana sebelum ini begitu hebat bekerja membuat persiapan Pesta Buku 2011. Oh! Cerita fasal Pesta Buku, Kak Ain belum tulis laporan blog lagi! =( Ish... ish... ish! Banyak sungguh kenangan manis sepanjang tempoh 10 hari yang telah berlalu. Bermula 22 April 2011 hingga 1 Mei 2011, ianya betul-betul seperti sebuah perayaan bagi pencinta buku!


Sebenarnya seminggu sebelum pesta buku lagi, Kak Ain sudah berdebar semacam. Pelbagai persiapan perlu dibuat. Usaha menjayakan gerai bukanlah satu kerja yang senang.

Oleh itu, dalam entri blog kali ini, biarlah Kak Ain ceritakan tentang segala persiapan di belakang tabir Kedai Pink AinMaisarah. Haaa... ini cerita eksklusif yang hanya diketahui oleh 9 orang individu. Individu-individu inilah yang sama-sama berusaha menjayakan Kedai Pink hingga menjadi realiti.

Alhamdulillah, ini merupakan tahun kedua Kak Ain menyewa gerai sewaktu Pesta Buku PWTC. Tahun lepas Kak Ain sudah berkampung di Dewan Tun Abdul Razak. Ingat lagi dekorasinya dan memorinya?


(foto ihsan www.abuafham.blogspot.com)

Tahun ini Kak Ain berubah angin. Menyewa tapak gerai di ruang legar PWTC pula. Sama seperti tahun lalu, Kak Ain masih menyewa sebanyak dua gerai. Inilah rupa gerai kosong yang belum dihias.



Mungkin ada yang bertanya, mengapa Kak Ain tidak tambah bilangan gerai? Tahun lepas ambil dua... tahun ini ambil dua juga. Mengapalah tidak luaskan lagi tanah jajahan menjual?

Secara jujurnya, kos menyewa gerai di PWTC adalah sangat mahal. Bagi dua gerai pun, Kak Ain bayar RM 11,600. Sekiranya sewa tiga gerai, sudah mencecah RM16,000. Itu belum lagi masuk kos tenaga pekerja, kos cetak merchandise, kos hiasan, kos hadiah dan segala macam lagi kos yang memerlukan banyak sangat 'ongkos'!

Haa... satu lagi kos yang tertinggal mahu Kak Ain sebut adalah kos menyewa lori. Sehari sebelum Pesta Buku, sebuah lori disewa khas bagi mengangkut semua buku-buku dan keperluan. Kami  bertolak dari rumah Kak Ain ke PWTC seawal pukul 7.30 pagi. Pukul 8.00 pagi sudah mula mengangkat-angkat barang. 


Huh! Memang macam proses pindah rumah! Siap bawa dua kerusi pink dari rumah Kak Ain =)




Mujur kerja angkat mengangkat barang-barang berat dilakukan oleh petugas lelaki Kedai Pink AinMaisarah yang sangat berdedikasi.



Alhamdulillah, kerja mengangkat siap dalam masa satu jam. Pukul 9.00 pagi, semua sudah berkumpul bagi memulakan usaha menghias. Tahun ini Kak Ain dan Tuan Pengurus bersetuju menggunakan tema 'blue + pink'. Bukan 'pink' semata-mata walaupun nama kedai adalah 'Kedai Pink AinMaisarah'. 

Ia bagi meraikan juga pelancaran penerbitan baru milik Kak Ain sendiri iaitu Blink Book Sdn. Bhd. Nama 'Blink' diambil dari gabungan perkataan 'blue + pink'. Malah empat buah buku baru AinMaisarah ketika Pesta Buku adalah di bawah penerbitan Blink Book. 

Bagi gerai tahun ini, kami menggunakan prop utama lampu-lampu LED yang dibeli di I-City, Shah Alam. 



Bagi tugas memasang lampu, ia dilakukan oleh penulis baru iaitu Azanil Fitri. Panjat tangga sana sini... memang seperti seorang Superhero Super 3G yang sejati! =)




Tugas Kak Ain pula memasang langsir biru dan merah jambu. Kak Ain gunakan kain organza yang dibeli di Jackel.




Tetapi malangnya kain organza yang dibeli tidak mencukupi =( Aduh.... sudah beli 30 meter organza pink dan 30 meter organza biru... ia tetap tidak cukup! Memang banyak yang diperlukan bagi menutup papan-papan putih di belakang gerai. Lalu Kak Ain dan Tuan Pengurus segera bergegas ke Jalan TAR.




Sudah terlanjur berada di Jalan TAR, kami singgah ke kedai karpet. Mahu cari apa? Tentunya karpet pink bagi menghias gerai supaya nampak glamor ala-ala The Wannababes! =)




Selesai membeli-belah dengan begitu ekspress di Jalan TAR, kami kembali semula ke PWTC. Waktu itu, begitu banyak lagi belum dilakukan. Buku belum disusun. Pakej-pakej belum disiapkan. Hadiah-hadiah belum digantung. Memang... memang waktu itu Kak Ain sendiri merasakan segalanya tidak mungkin siap!

Namun dengan kerjasama semua staff Kedai Pink dan juga penulis Izanor Sharif yang sudi bersusah payah membantu. Sudahlah Kak Izanor datang jauh dari Seremban... TQ so much Izanor for your effort and time!




Akhirnya... tepat pukul 8.30 malam, segalanya selesai!




Setelah 12 jam berhempas pulas, akhirnya langsir siap dipasang. Lampu semua menyala dengan baik dan terang. Meja dan segala susun atur kedai sudah betul-betul terletak. Maka secara rasminya, segala urusan hiasan dapat dijayakan!

Buku-buku dan pakej juga sudah disusun siap-siap bagi menanti kehadiran para pembaca yang menyerbu pada hari pertama Pesta Buku iaitu 22 April 2011.



Paling Kak Ain bersyukur kerana semua empat buku baru yang dijadualkan keluar ketika Pesta Buku 2011, sempat siap dan dapat menemui pembaca tepat pada masanya! Alhamdulillah... terasa berbaloi dan berbayar segala usaha sebaik melihat empat anak kembar Blink Book Sdn. Bhd. selamat dilahirkan.




Sungguh, walau tersangat penat dengan segala persiapan... pengalaman sepuluh hari berkampung di PWTC merupakan sesuatu yang tidak mungkin dilupakan. Memang segala penat lelah dan pengorbanan waktu tidur kerana menulis terasa berbayar sebaik bertemu pembaca di Pesta Buku!

Dan inilah wajah-wajah yang menjayakan Kedai Pink AinMaisarah bagi tahun 2011. Terima kasih tidak terhingga Kak Ain ucapkan. Selepas ini... atas usaha semua dan kejayaan gerai tahun ini, kita akan ke Genting Highlands bagi meraikan! =) Yippie!


(dua lagi staff iaitu Ira Hazira dan Ikhram tiada dalam gambar)

Oh... panjangnya entri blog kali ini! Maklumlah... jarang-jarang update blog! Hehehe...

Nanti Kak Ain sambung lagi entri tentang kenangan ketika Pesta Buku yang tidak mungkin dilupakan ya! Jumpa lagi....

Salam Sayang,
AinMaisarah

30 April 2011

Pesta Buku Antarabangsa, TINGGAL 2 HARI LAGI!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Kak Ain mendoakan semua pembaca dan pengunjung Rumah Pink sihat-sihat ceria di hari Sabtu.

Hari ini baru Kak Ain sempat masukkan entri baru dalam blog. Entri khas mengucapkan terima kasih kepada semua yang datang ke KEDAI PINK AINMAISARAH PWTC. Terima kasih kerana sudi ke PWTC bertemu Kak Ain. Bergambar dan mengambil tandatangan sempena pesta buku yang hanya setahun sekali.

Kedai Kak Ain memang pink dan mudah dicari. Ada papan tanda besar dengan langsir berkelap-kelip.


Memang seperti suasana hari raya Aidilfitri!

Lokasi tahun ini juga mudah. Bukan dalam dewan yang bersimpang-siur dan banyak lorong. Tahun  ini Kak Ain berada di ruang legar PWTC. Tidak perlu naik lif. Tidak perlu naik tangga bergerak. Nampak pentas utama, terus bergerak ke hadapan bagi mencari Restoren Riverside (satu-satunya restoren besar dalam PWTC)

Kemudian tolehkan kepala ke kiri. Pasti nampak kedai pink Kak Ain yang bling-bling! 

Tinggal dua hari sahaja Kak Ain di sini. Di PWTC dan berkampung di gerai pink. Boleh ambil tandatangan dan beramah mesra. 


Boleh bergambar bersama dan posing kemudian masukkan dalam Facebook masing-masing.


Paling penting, boleh dapatkan dua sedutan manuskrip secara PERCUMA! Haaa... Kak Ain memang simpan dua manuskrip ini. Dijangka terbit tahun 2012 tetapi Kak Ain mahu beri kepada pembaca yang membeli buku baru AinMaisarah dan datang ke PWTC. Boleh baca lebih dahulu berbanding orang lain. Eksklusif gitu!

Manuskrip apa yang diberi percuma? Dua tajuknya adalah:

1) Mr. Right Selebriti (kisah Nana The Wannababes yang mencari jodoh hingga terpaksa masuk rancangan realiti TV

2) Zara Damansara - Lebih Hebat Berbanding Sri Bangsar (kisah sekumpulan pelajar Sri Bangsar yang terpaksa belajar di Zara Damansara selama 3 bulan. Sekolah Zara Damansara yang menjadi musuh utama ketika hari sukan!)

Ini pula buku-buku dan pakej yang dijual di Pesta Buku. Hanya esklusif di Kedai Pink AinMaisarah ya! Pakej ini juga terhad. Hanya ada 2000 pakej sahaja dan tinggal dua hari lagi mahu membelinya!

Ada pakerj RM80 (dapat barangan bernilai RM100)



Ada juga pakej RM70 (dapat barangan bernilai RM85)



Memang penjimatan terhebat! Memang tidak dijual di mana-mana yang lain kecuali Kedai Pink AinMaisarah. Jadi jangan ketinggalan. Dua hari sahaja lagi!

Kak Ain harap dapat bertemu ramai lagi pembaca di PWTC. Kak Ain akan berada di gerai dari pukul 9.00 pagi hingga 9.00 malam. Kita jumpa di sana ya!

Salam Sayang,
AinMaisarah


17 April 2011

Pesta Buku Antarabangsa PWTC - kurang seminggu lagi!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kak Ain harap pengunjung Rumah Pink AinMaisarah sihat-sihat selalu dan ceria sentiasa di hujung minggu ya!

Kak Ain sendiri sedang kelam-kabut, susah hati, teruja sangat, dan berdebar habis menjelang Pesta Buku PWTC. Ianya bakal berlangsung 22 April 2011 hingga 1 Mei 2011. KURANG SEMINGGU SAHAJA LAGI!

Punyalah stress sampai keluar jerawat besar betul-betul di tengah dahi! Hinggakan photoshoot yang dibuat di Serindit Photo turut terganggu dengan jerawat ini =(

Aduh! Apabila memikirkan senarai kerja yang banyak dan masa yang menyingkat, Kak Ain jadi panik. Tambah lagi, sudah seminggu Kak Ain demam selesema, belum baik-baik =( Tetapi jangan risau, Kak Ain sudah makan ubat, vitamin c, madu, buah-buahan dan suplemen bagi memastikan kembali sihat mahu berkampung di PWTC selama 10 hari. Hihihi... bersemangat Kak Ain mahu jumpa para pembaca semua!

Tahun ini, apa yang menarik dan mewajibkan pembaca buku AinMaisarah datang ke gerai adalah apabila Kak Ain mengeluarkan 4 buku serentak sempena Pesta Buku! Fuh... memang dijamin cerita-ceritanya sedap hingga menjilat buku!



Ini senarai buku-bukunya:

1) Dongeng Sri Bangsar : Cinderellah VS Rapunzellah (RM17)
2) Dongeng Sri Bangsar : Duyung Diva & Si Tanggang (RM16)
3) Siri Hero Sri Bangsar : Diari Super 3G (RM16)
4) Siri Hero Sri Bangsar : Hero Rebut Popular (RM16)

Entri seterusnya, Kak Ain akan masukkan himpunan pakej-pakej buku yang bakal ditawarkan. Lebih penjimatan dan boleh juga dapat buku percuma 'Mr. Right Selebriti' ... iaitu kisah Nana The Wannababes dan pencarian Mr. Rightnya.

Jadi jangan lupa jenguk selalu Rumah Pink AinMaisarah sepanjang countdown ke tarikh Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2011! =)

Jaga diri!

Salam Sayang,
AinMaisarah'