Showing posts with label Pesta Buku 2008. Show all posts
Showing posts with label Pesta Buku 2008. Show all posts

23 May 2008

AinMaisarah di Pembukaan Pesta Buku Popular

Salam buat pengunjung Rumah Pink AinMaisarah,

Hari ini Kak Ain sempat singgah menjenguk KL Convention Centre berdekatan dengan rumah ikan jerung Aquaria tu. Apa yang ada di sana? Tentulah Pesta Buku Popular yang akan berlangsung sepanjang minggu cuti persekolahan nanti. Majlis perasmian pembukaannya berlangsung petang tadi. InsyaAllah esok dewan pameran akan dibuka kepada pengunjung umum pula.

Dewan pameran di sini memang luas. Kak Ain sukakan cara pihak POPULAR menyusun buku-buku. Cantik, kemas dan mudah dicapai. Ada dua dewan pameran. Satu dewan khas mempamerkan buku-buku bahasa Cina. Satu dewan lagi menggabungkan pameran buku Melayu dan Inggeris.

Lihatlah sendiri betapa luasnya dewan ini!


Kak Ain seperti biasa tentulah akan membuat lawatan ke bahagian buku remaja. Alhamdulillah kesemua tujuh buku Kak Ain ada di sana. Sesiapa yang mencari buku AinMaisarah, sila dapatkan dengan tawaran istimewa diskaun 10%. Cepat, cepat! Sebelum stok kehabisan!


Kepada pengunjung Pesta Buku Popular, pencarian buku juga dimudahkan dengan label-label kategori. Jadi pergi sahaja ke bahagian Novel Remaja bagi mendapatkan novel-novel PTSOne yang meletup ceritanya!


Setelah menjelajah ke seluruh dewan pameran, Cik Abang cuit supaya melihat jam di tangan. Pukul 7.45 malam. Nampaknya Kak Ain tak dapat tunggu majlis makan-makan sempena perasmian kerana perlu keluar menunaikan solat Maghrib. Kak Ain sempat capai apa yang nak dibeli dan terus ke kaunter bayaran. Staf-staf kedai buku POPULAR yang bersemangat mahu bertugas kelihatan beramai-ramai berbaris dan berkampung di dewan ini!


Kepada semua peminat buku, jangan lepaskan peluang ke dewan KL Convention Centre bagi merasai sendiri kehebatan pameran buku besar-besaran. Bermacam buku ada. Pelbagai tajuk menunggu di sana.

Apa tunggu lagi? Pergi jangan tak pergi! =D

Salam Sayang,
AinMaisarah

28 April 2008

Video : AinMaisarah di Pesta Buku

Assalamualaikum,

Kak Ain nak kongsi video yang di ambil semasa Pesta Buku 2008 baru-baru ini. Maaf kerana Kak Ain lambat upload video ini ke laman Youtube [Cik Abang yang lambat sebenarnya!]

Kali ini gambar tak ada pakai cermin mata PRADA. huhuhu. Kak Ain main O-SOM dengan pembaca. Siapakah yang menang? Sila lihat video ini.



wasalam
AinMaisarah

14 April 2008

Koleksi Gambar di Pesta Buku Lagi

Assalamualaikum semua,

Malam ini Kak Ain masukkan lagi beberapa gambar yang sudah diedit. Gambar-gambar ini diambil bersama adik-adik yang membeli novel AinMaisarah.

Terima kasih daun keladi,
Tahun depan belilah lagi.
:D






Adik-adik yang sudah bergambar dengan Kak Ain, sudilah kiranya berkongsi gambar itu dengan Kak Ain. Hantarkan ke maisarah_ain@yahoo.com

Salam Mesra,
AinMaisarah

13 April 2008

Berakhirnya Pesta Buku 2008

Assalamualaikum semua,

Hari ini tepat pukul 9.00 malam, maka secara rasminya berakhirlah Pesta Buku Antarabangsa 2008. Pesta Buku kali ini Kak Ain bertemu dengan segenap pembaca. Ada yang datang dari Perak, Pahang dan Negeri Sembilan.

Terima kasih kerana sudi bersusah payah datang dari jauh dan bertemu Kak Ain. Namun ada juga yang tidak dapat berjumpa. InsyaAllah kita bertemu di Pesta Buku tahun hadapan.

Kak Ain ingin berkongsi beberapa gambar sepanjang hari ini. Sesiapa yang ada bergambar dengan Kak in, silalah e-melkan gambar tersebut. Kak Ain akan cuba siarkan.






Ada beberapa gambar lagi. Cik Abang tengah edit, nanti dia tolong uploadkan.

Wasalam
AinMaisarah

Hari Terakhir Pesta Buku PWTC 2008

Assalamualaikum semua,

Di pagi ini Kak Ain ingin membuat satu pengumuman penting. Kepada sesiapa yang masih belum ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC, ini adalah peluang terakhir ke sana.

13 April 2008 bersamaan hari Ahad, adalah hari terakhir Pesta Buku. Kak Ain akan berada di sana sepanjang hari, InsyaAllah.

Kak Ain ada sesi autograf bersama penulis-penulis PTS SYOK! yang lain.

Masa = 11 pagi - 1 tengahari
Tempat = Gerai PTS, nombor 2071, Dewan Tun Razak 2

Bagi sesi kali ini Kak Ain akan mempromosikan novel IMPIANA dan IMPIANA II. Buku-buku ini akan dijual dengan harga diskaun 15%. Jadi kepada sesiapa yang belum dapatkan dua buku ini, datanglah ke PWTC esok bagi mendapatkan buku dan tandatangan Kak Ain.

Selepas pukul 2 petang, Kak Ain akan berada di gerai Hotlink bersebelahan.

Kak Ain amat berharap dapat berjumpa dengan para pembaca semua.

Lihatlah gambar-gambar di bawah bagi menyaksikan sendiri kemeriahan Pesta Buku PWTC 2008.











Salam Mesra,
AinMaisarah

06 April 2008

Gambar-Gambar Pesta Buku 2008

Assalamualaikum,

Kak Ain ingin berkongsi gambar-gambar yang Kak Ain terima daripada adik-adik yang hadir di Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2008.






Pesta buku masih berlangsung selama seminggu. Harapnya Kak Ain dapat berjumpa lebih ramai lagi pembaca-pembaca buku Kak Ain.

Sesiapa yang sudah bergambar dengan Kak Ain tu, harapnya dapatlah berkongsi gambar. Hantarkan kepada Kak Ain melalui e-mel maisarah_ain@yahoo.com.

Wasalam
AinMaisarah

Laporan Pesta Buku 1

Salam semua,

Hari ini adalah hari paling memenatkan tetapi begitu menyeronokkan buat Kak Ain. Pukul 3.00 petang, Kak Ain sampai ke PWTC. Alhamdulillah seronok rasanya berjumpa dengan adik-adik yang semua best-best dan cute-mute belaka.

Rasanya Kak Ain sudah tandatangan sambil beramah mesra dengan hampir 60 orang pembaca. Kak Ain sangat-sangat hargai waktu kita dapat berbual bersama. Oleh kerana waktu terlalu singkat, Kak Ain tidak dapat nak bersenggol-senggolan terlalu lama. Harapnya pada kesempatan lain kita dapat berjumpa lagi.

Kak Ain juga ingin meminta maaf sekiranya:

~ tersalah cakap
~ tersilap bicara
~ terkasar bahasa
~ tersinggung hati sesiapa
~ terkurang memaniskan muka

Maklumlah, Kak Ain juga manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan dan kealpaan.

Akhir sekali, Kak Ain meminta jasa baik mereka-mereka yang telah bergambar dengan Kak Ain di Pesta Buku supaya menghantarkan gambar adik-adik ke e-mel Kak Ain maisarah_ain@yahoo.com untuk tujuan disiarkan di Rumah Pink AinMaisarah. Kak Ain tak sempat nak keluarkan kamera kerana tangan asyik memegang pen untuk tandatangan sahaja.

Terima kasih daun keladi,
Semoga satu hari kita jumpa lagi.

Salam Sayang,
AinMaisarah

02 April 2008

AKU MAHU KE PESTA BUKU

Assalamualaikum semua,

Kak Ain ingin mengumumkan tarikh dan masa Kak Ain akan berada di PESTA BUKU ANTARABANGSA di PWTC yang akan bermula pada hari Jumaat ini 4hb April 2008.

Kak Ain akan berada di booth 2057 dan 2058. Sila cari booth Hotlink ya, berdepan dengan booth PTS ONE.


Sabtu, 5hb April - 3.00 petang hingga 8.00 malam
Ahad, 6hb April - 2.00 petang hingga 5.00 petang
Isnin, 7hb April - 5.00 petang hingga 7.00 malam
Rabu, 9hb April - 5.00 petang hingga 7.00 malam
Ahad, 13hb April - 11.00 pagi hingga 2.00 petang

Haaa, siapa yang nak pergi ke Pesta Buku kali ini? Sila nyatakan di bahagian komen di bawah. Jangan lupa perkenalkan diri apabila berjumpa dengan Kak Ain. Janganlah malu-malu yer.

wasalam
AinMaisarah