Showing posts with label Ainmaisarah di Brunei. Show all posts
Showing posts with label Ainmaisarah di Brunei. Show all posts

28 February 2011

AinMaisarah di Brunei - Pengalaman Berharga

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah! Setelah tiga hari dua malam Kak Ain ke Brunei bagi memenuhi jemputan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei sempana Pesta Buku Brunei 2011... malam ini Kak Ain selamat sampai rumah.

Oh, letihnya tidak terkira! Namun pengalaman yang dikutip sungguh berharga. Kak Ain rasa bertuah kerana dipilih berada di sebelah Sasterawan Negara yang amat dikenali iaitu Dato' A. Samad Said. 


Kami berkongsi pengalaman dalam sesi bual bicara bersama kelompok penulis, penyajak, penyair dan penggiat seni di Brunei.

InsyaAllah, gambar-gambar juga ceritanya bakal menyusul di blog ini dan tentunya Facebook AinMaisarah.

Sekarang Kak Ain minta diri mahu berehat dahulu ya! =)

Salam Sayang,
AinMaisarah