Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pihak Pengurusan AinMaisarah membuat keputusan untuk menutup Kedai Pink AinMaisarah pada hari Isnin, 6 Julai 2009.
Kedai Pink AinMaisarah akan dibuka kembali pada 15 Ogos 2009 setelah buku terbaru AinMaisarah masuk ke dalam pasaran.
Kedai Pink AinMaisarah ditutup kerana :1) Beberapa naskah buku AinMaisarah sudah kehabisan di gudang PTS.2) Novelcomel yang belum siap dicetak dikilang.3) AinMaisarah ingin fokus kepada program Jelajah Sekolah dan menyiapkan buku terbaru.
.
Kepada pembaca yang telah membuat pembayaran, jangan risau. Kami akan membuat penghantaran buku terakhir pada 6 Julai. Sesiapa yang telah menempah tetapi belum membuat pembayaran, sila buat pembayaran hari ini atau esok sahaja.
Kepada pembeli yang belum menerima buku tetapi telah membuat pembayaran, sila maklumkan kepada e-mel ini : kedaipink@gmail.com
Kepada pembeli yang belum mendapat Novelcomel, jangan risau. Nama anda telah kami masukkan dalam senarai hutang Novelcomel AinMaisarah. Kami akan mula menghantar Novelcomel tersebut pada 15hb Ogos 2009.
Sebarang urusan pembelian buku, sila e-mel kepada kedaipink@gmail.com.
AinMaisarah tidak akan menjawab emel berkaitan pembelian buku.
Sekian terima kasih.
Syaizul
Tokei Kedai Pink AinMaisarah
Pengurus AinMaisarah














