Showing posts with label Pesta Buku 2009. Show all posts
Showing posts with label Pesta Buku 2009. Show all posts

30 May 2009

Jumpa AinMaisarah di Pesta Buku Read Malaysia!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini Kak Ain singgah sekejap di Pusat Pameran dan Konvesyen Antarabangsa MINES (MIECC) bersebelahan dengan Mines Wonderland. Buat pengetahuan semua, di sini berlangsungnya Pesta Buku Read Malaysia '09. Memang besar dewannya dan banyak sungguh buku-buku yang dipamerkan!

Kepada para pengunjung, sebaik sahaja memasuki dewan MIECC.... carilah kain rentang ini:


Di sinilah terletaknya bahagian pameran buku-buku Melayu. PTS menguasai sehingga 12 gerai. Sekiranya mencari buku PTS, jangan ketinggalan datang ke Pesta Buku Read Malaysia '09 yang berlangsung dari 29 Mei 2009 - 7 Jun 2009. 

Kak Ain juga diberitahu oleh pihak PTS bahawa iklan Pesta Buku Read Malaysia '09 di dalam Berita Harian ada memaparkan wajah Kak Ain. Sila klik gambar untuk paparan yang lebih besar ya!



Seperti yang tertera di dalam jadual iklan, inilah butiran sesi bertemu pembaca AinMaisarah:

Tarikh: 5 Jun 2009

Hari: Jumaat

Masa: 5.30 petang - 7.00 malam

Tempat: Pentas Utama, MIECC


Berikut adalah peta untuk ke Mines Wonderland :


Kak Ain dan Cik Abang sudah merancang mahu mengadakan Gathering Pelajar Sri Bangsaryang pertama di MIECC itu nanti. Jadi datanglah beramai-ramai ya!

InsyaAllah butiran program dan apa yang ingin kita lakukan selama satu setengah jam itu nanti akan Kak Ain beritahu dalam entri seterusnya.

Salam Sayang,
AinMaisarah

19 April 2009

Ulasan Berita Pelancaran Buku ke-10 AinMaisarah


Ulasan dipetik daripada laman web PTS.

Peminat Fanatik Ain Maisarah Menggemparkan Dewan


Kuala Lumpur, 18 April 2009. Suasana Dewan Johor/Kedah yang pada mulanya memang lengang, sunyi dan dingin bertambah hangat dengan kehadiran peminat penulis remaja popular Ain Maisarah. Keadaan di luar dewan sememangnya sesak dengan laluan trafik pengunjung yang masuk dan keluar menuju gerai PTS dan Hijjaz Records Publishing.

Namun bermula jam 12,00 tengah hari, peminat Ain Maisarah sudah mula menunggu di luar dewan. Mereka yang sabar menunggu akhirnya diberi kebenaran oleh pihak urus setia supaya masuk sahaja walaupun keadaan dewan belum siap sepenuhnya.  

Gembira hati si ibu bersama anak gadisnya yang memang pantang diajak masuk. "Hilang penat saya menungggu, datang dari jauh ini," respons mak cik itu dengan riang selepas menjadi pengunjung pertama memasuki dewan. 

Penulis blog www.ainmaisarah.com ini berjaya meghimpunkan lebih 200 pengunjung pada program itu. Bilangan kerusi disediakan hanya 100 kerusi sahaja. Apabila peminat mula datang, mula-mula ada yang malu-malu mahu masuk. Hadirnya Cik Ann selaku pemanis majlis menjemput pengunjung yang berdiri supaya maju dan duduk bersila di hadapan. 


Sambutan itu menggembirakan hati ibu bapa, wartawan Berita Harian dan Pn. Ainon Mohd selaku Pengerusi Kumpulan PTS. Peminat mula teruja apabila diperkenalkan laman web www.buletinsribangsar.com yang mengandungi butiran, lencana forum, dan lagu sekolah sri bangsar.

Menariknya pelancaran buku Sri Bangsar ini dilancarkan oleh peminat Ain Maisarah yang setia, Tiga peminat bertuah dipilih bagi membuka kotak beracun yang berisi buku Sri Bangsar. Hanya seorang yang terpilih apabila mendapat buku itu dan terus mengucapkan ucapan perasmian. Juga ada sesi nyanyi lagu Sekolah Sri Bangsar, memang menggamatkan. 


Pelbagai info seperti buku yang diterbitkan Ain maisarah. perancangan menulis dan cabutan bertuah. Peminat mula hilang teruja apabila diberi peluang membeli edisi pertama Buletin Sri Bangsar yang dijual dalam pakej RM30, RM20 dan RM10. Jualannnya memang memberangsangkan dan tidak terkawal. 

Habis beli buku terus dapatkan tanda tangan secara eksklusif Ain Maisarah. Peminat beliau sanggup ,menunggu sehingga setengah jam berbaris sabar mendapatkan tanda tangan, bergambar dan bergurau senda. Begitu dekat di hati peminat, penulis idola ini. Membawa angin transformasi baru dalam dunia penulisan kreatif yang ala glamor tetapi tetap mengekalkan unsur nasihat dan idola contoh tauladan.

16 April 2009

Tarikh dan masa AinMaisarah di Pesta Buku PWTC.

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya ingin memaklumkan maklumat mengenai tarikh, masa dan lokasi AinMaisarah sepanjang Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2009.

18 Apr | Sabtu - 12pm hingga 1pm
Kak AinMaisarah akan berada di dalam bilik Kedah/Johor, PWTC untuk persiapan Majlis Pelancaran Buku.

18Apr | Sabtu - 1pm hingga 2pm
Kak AinMaisarah akan berada di dalam bilik Kedah/Johor, PWTC untuk Majlis Pelancaran Buku.

20Apr | Isnin - 10am hingga 3pm
Kak Ain akan membuat lawatan ke semua booth di Pesta Buku. Ronda-ronda seluruh kawasan.

26 Apr | Ahad - 2pm hingga 3pm
Sesi autograf AinMaisarah dan Lily Haslina Nasir di booth PTS.

Ini no telefon Kak AinMaisarah : 019-2061976 

-AinMaisarah hanya hidupkan no ini hanya untuk tarikh 18 Apr - 26 Apr SAHAJA.
-AinMaisarah hanya terima SMS SAHAJA.
-AinMaisarah akan baca semua SMS tetapi akan jawab yang penting SAHAJA.

Okaylah, itu sahaja makluman yang ingin saya berikan.


Terima Kasih,

Wasalam,
Pengurus AinMaisarah