Showing posts with label AinMaisarah Menjawab Soalan. Show all posts
Showing posts with label AinMaisarah Menjawab Soalan. Show all posts

08 April 2008

AinMaisarah Menjawab Soalan

Assalamualaikum,

Kak Ain sememangnya sedang sibuk sehingga minggu hadapan. Melihat komen dan email yang banyak, Kak Ain mengambil keputusan untuk menjawab beberapa persoalan penting di sini.

Kenapa saya tidak mendapat novelcomel apabila membeli buku AinMaisarah daripada Pesta Buku?
Novelcomel hanyalah usaha Kak Ain untuk mengalakkan adik-adik membeli buku terus daripada Kak Ain. Kak Ain tidak boleh memberikan novelcomel bagi buku yang dibeli daripada PTSOne atau di kedai-kedai buku.

Bila nak umumkan pemenang peraduan AKU MAHU BULI?
Kak Ain akan umumkan pemenang peraduan AKU MAHU BULI pada hari Sabtu, 12 April 2008, jam 5 petang, di rumah PINK AINMAISARAH.

Berapa harga buku AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA dan TAK BISA MEMILIHMU ?
AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA - RM16.00
TAK BISA MEMILIHMU - RM18.90

Apa kriteria pemilihan pemenang bulanan BANTAL PINK ?
Jika semua yang menyertai menjawab dengan betul. Kak Ain akan membuat undian untuk 1 pemenang.

Itu sahaja soalan yang Kak Ain jawab pada hari ini.

wasalam
AinMaisarah