Showing posts with label Laman Web BSB. Show all posts
Showing posts with label Laman Web BSB. Show all posts

23 June 2009

Sekolah Sri Bangsar Punyai 2000 Pelajar.

Assalamualaikum,

Hari ini Sekolah Sri Bangsar telah mempunyai 2000 orang pelajar yang mendaftar sejak pelancarannya 18 April 2009. Setiap hari ada lebih kurang 10-15 orang yang mendaftar. Tahniah Kak Ain ucapkan kepada sekolah online kita yang baru berusia 2 bulan ini.



Sepanjang dua bulan ini, Kak Ain selalu memantau perkembangan SSB. Banyak kali juga berlaku kerosakan teknikal, sehingga ramai yang jadi tidak keruan kerana tidak boleh masuk. Kita doakanlah supaya keadaan ini tidak berlaku lagi.

Kak Ain ingin meminta maaf sekiranya tidak menjawab mesej peribadi yang dihantar kepada Kak Ain. Dulu Kak Ain jawab, sekarang ni Kak Ain sibuk mendahulukan penulisan buku. Bila lapang nanti Kak Ain jawab soalan-soalan di dalam SSB tu ya?

Kak Ain lihat ramai juga yang aktif di dalam perbincangan di bahagian kantin SSB. Perbincangan yang sememangnya amat-amat menarik. Kak Ain banyak mendapat idea penulisan daripada perbincangan di sini.

Berikut adalah 5 orang pelajar yang paling banyak mesej dan juga paling aktif :

alyiafarzana - 2255
sheqah - 2234
Aina Amanina Abdul Jalil - 1668
Nisa - 1517
izUmi KonatA - 894

Masih ramai yang berstatus pelajar tingkatan satu dengan mesej 500 ke bawah. Kak Ain rasa pelajar tingkatan satu SSB ini memang sengaja tak mahu naik tingkatan. Takut kena ambil PMR-lah tu.

Kak Ain ingin meminta kerjasama pelajar-pelajar SSB agar memberitahu rakan-rakan anda yang lain mengenai kewujudan sekolah ini. Mengikut kata pengurus AinMaisarah, SBB adalah komuniti online pertama di Malaysia yang mengumpulkan pelajar-pelajar sekolah yang sebaya ke satu tempat seperti ini.

Kak Ain membayangkan suatu hari nanti, bila Kak Ain jadi Billionaire nanti, Kak Ain boleh beli satu bangunan sekolah dan namakannya Sekolah Sri Bangsar. Sekolah ini akan jadi sebuah sekolah yang paling disukai oleh pelajar.

Kak Ain akan sediakan perpustakaan dengan semua buku yang best-best. Ada katil dan tilam dalam perpustakaan besar itu, boleh baca sambil berbaring, tergolek, tertonggeng.

Mata pelajaran yang di ajar adalah matapelajaran teknik fotografi, make-up, kenali diri dan bakat, masak kek, fesyen, penulisan novel, buat scrapbook dan pelbagai matapelajaran yang seronok sahaja.

Seronok juga berangan-angan untuk SSB ni. Mmhhh apa lagi? Jom bantu Kak Ain berangan di bahagian komen.

Salam Sayang,
AinMaisarah

26 May 2009

Buku PTS di Perpustakaan Sekolah Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini Kak Ain berkesempatan menjenguk-jenguk ruangan perbincangan Kantin Sekolah Sri Bangsar di "Ruangan Perpustakaan Dan Buku".


Berikut adalah tajuk-tajuk perbincangan menarik di laman web Sekolah Sri Bangsar:


Apabila membaca perbincangan di situ, Kak Ain dapati rata-rata pelajar tidak berpuas hati dengan tajuk-tajuk buku yang terdapat di perpustakaan sekolah masing-masing. Ada yang memberitahu, tiada langsung buku-buku baru di perpustakaan. Ramai juga yang mengadu, tiada buku-buku menarik untuk dibaca.

Oleh itu, kali ini Kak Ain ingin membuat survei dan mengumpul data. Kak Ain meminta jasa baik para pengunjung yang masih bersekolah rendah dan menengah supaya memberikan respon ya!

Soalan surveinya:
 
1) Nama sekolah anda :
2) Buku PTS di perpustakaan : Ada / Tiada

Jika buku PTS ada di perpustakaan sekolah anda, Kak Ain nak minta tolong jawab lagi 2 soalan.

3) Berapa jumlah buku PTS di dalam perpustakaan tersebut? Kurang dari 10? Kurang dari 20?atau kurang dari 50?

4) Berapa pula buku AinMaisarah di perpustakaan tersebut? Kurang dari 10? Kurang dari 20? Kurang dari 50? 

Terima kasih kerana menjawab soalan survei AinMaisarah! =D

Salam Sayang,
AinMaisarah

10 May 2009

1000 Pelajar Dalam Masa 22 Hari

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Hari ini Kak Ain ingin mengumumkan satu berita gembira.

Hari ini genaplah 1000 orang jumlah pelajar Sekolah Sri Bangsar. Nombor pendaftaran pelajar telah mencecah 1000 unit dalam masa tak sampai 1 bulan atau secara lebih spesifiknya, dalam masa 22 hari sahaja.


Hah... kalau nak tahu dalam masa 1 minggu sahaja pembukaan laman web Sri Bangsar, Kak Ain terpaksa upgrade website Sekolah Sri Bangsar kerana terlalu ramai pengguna yang online pada satu-satu ketika.

Kos pembinaan laman web ini juga mencecah RM1000 selepas mengalami proses upgrade. Selain itu, Kak Ain perlu membayar kos hosting setiap bulan.

Segala jumlah pembinaan laman web ini juga Kak Ain tanggung menggunakan duit poket sendiri. Nak ikutkan, duit berjumlah RM1000 itu kalau dibelanjakan di KLCC... boleh dapat dua beg GUESS kegemaran Kak Ain! Tapi Kak Ain rasa lebih berbaloi melaburkan duit itu membina laman web yang membolehkan golongan remaja dan pembaca Kak Ain berkumpul di internet.

Oleh itu Kak Ain amat berharap pelajar-pelajar Sekolah Sri Bangsar dapat menggunakan kemudahan ini dengan lebih bertanggungjawab.

Setakat ini Kak Ain amat berpuas hati memantau segala perbincangan di dalam Sekolah Sri Bangsar. Pelbagai perbincangan positif berlangsung. Namun Kak Ain perhatikan, penggunaan Bahasa Melayu secara betul di kalangan para pelajar masih lagi berada di tahap yang rendah. Penggunaan bahasa-bahasa SMS seperti sy, km, awk, spt, sdg, skewl terlalu banyak. Kak Ain mahu amalan menggunakan bahasa SMS ini dapat diminimakan pada masa hadapan ya!

Kak Ain juga ingin menyeru agar para pelajar sedia ada yang sudah mendaftar menjemput pula rakan-rakan lain untuk bersama-sama menjadi pelajar Sri Bangsar. Bersama-sama kita capai jumlah 2000 pelajar Sri Bangsar pula!

Pada masa yang sama, Kak Ain dan Cik Abang sebenarnya sedang merancang pelbagai aktiviti sebagai pengisian kepada para pelajar semua. Antaranya tentulah gathering pelajar, hari sukan Sri Bangsar dan juga perkhemahan motivasi diri. Tunggu sahaja pengumuman dari Kak Ain ya!

Selain itu, para pelajar juga boleh terlibat secara langsung dalam perancangan buku-buku yang Kak Ain bakal tulis. Para pembaca juga boleh jadi wartawan Sekolah Sri Bangsar seperti Betty, Masmawil dan Helizah. Hah! Bagaimana caranya?

Mudah sahaja. Sila klik di >>SINI<< tetapi mesti mendaftar dulu.

Kepada semua pembaca yang sudah mendaftar menjadi pelajar Sri Bangsar, ribuan terima kasih Kak Ain ucapkan. Kepada yang belum mendaftar, tunggu apa lagi? Sertai komuniti para pelajar Sri Bangsar yang paling happening sekarang juga! =D

Salam Sayang,
AinMaisarah