Showing posts with label Aku Mahu Teman Tapi Mesra. Show all posts
Showing posts with label Aku Mahu Teman Tapi Mesra. Show all posts

17 October 2008

4 Buku AinMaisarah Menjadi Best Seller PTS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Semoga sihat, ceria, sejahtera dan dilindungiNya sentiasa. Itu doa Kak Ain kepada pengunjung dan pembaca yang ikhlas menyokong Kak Ain selama ini.

Hari ini Kak Ain nak berkongsi cerita buku pula. Kisah di Sabah dan Sarawak masih banyak nak dilaporkan, tapi gambar-gambarnya belum edit pula.

Oleh sebab itu Kak Ain nak berkongsi dengan semua tentang info jualan buku yang baru Kak Ain terima.

Alhamdulillah, empat daripada tujuh buku Kak Ain masuk senarai best seller syarikat penerbitan PTS Sdn. Bhd.

Nota penting:
Rekod jualan mengambil kira jualan buku selama tempoh setahun (Okt 2007 - Sept 2008)
RM yang disebut adalah setelah ditolak 35% diskaun ejen pengedar.

TOP BEST SELLER PTS


1. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman - RM211,714.88

2. Quran Saintifik - RM168,020.18

3. Motivasi Alihan Pelajar - RM130,123.06

4. Minda Muslim Super - RM120,546.28

5. Tip-Tip Cemerlang daripada Quran - RM112,815.17

6. Bacakan Saya Satu Cerita - RM101,477.60

7. Salju Sakinah - RM95,849.36

8. Dato' Dr. Haron Din: Menjawab Persoalan Fiqah Harian - RM84,334.00

9. Ahmadenejad Singa Islam - RM84,178.69

10. Dear Yayah 4 - RM83,852.15

11. 99Q: Kecerdasan Berdasarkan Asmaul Husna - RM81,437.86

12. Terapi Solat Tahajud - RM77,934.24

13. Pengurusan Disiplin Murid - RM71,401.81

14. Master Your Mind Design You Destiny (Ed. Melayu) - RM67,887.52

15. Sains Pemikiran dan Etika - RM64,115.65

16. Tunnels - RM63,658.08

17. Rahsia Bisnes Orang Cina - RM62,337.18

18. Aku Mahu Saiz S - RM60,827.38


19. Khadijah: Cinta Abadi Kekasih Nabi - RM59,142.38

20. Aku Mahu Teman Tapi Mesra - RM58,156.28


21. Perubatan Islam dan Bukti sains Modern - RM57,896.78

22. Tak Bisa Memilihmu - RM57,688.35


23. 55 Petua Orang Berjaya - RM57,473.83

24. Solat Khusyuk Solat Smart - RM56,380.65

25. Aku Mahu Buli - RM56,034.38


26. Change! (ed. Melayu) - RM54,433.94

27. Rahsia Islam di China - RM53,525.61

28. 55 Silap Mata Mudah - RM53,415.44

29. Teknik Memotivasi Anak Cara Positif - RM52,032.45

30. Sarah dan Anting-anting - RM51,906.71

Buku yang tak masuk senarai adalah buku IMPIANA, IMPIANA II dan AKU MAHU POPULAR.

Kak Ain tahu sebab Aku Mahu Popular tak masuk senarai. Ini kerana ia buku paling terawal dalam karer penulisan Kak Ain. Sudah masuk lima kali ulang cetak tetapi rentak jualannya tidaklah sehebat buku baru.

Kak Ain sedikit kecewa apabila IMPIANA dan IMPIANA II tak masuk senarai. Hmm.. nak ikutkan dalam banyak-banyak buku, buku IMPIANA yang paling susah nak ditulis. Lama Kak Ain rangka plot dan jalan ceritanya. IMPIANA juga novel paling tebal yang pecah-pecah kepala nak disiapkan. Kak Ain tak tidur malam dan minum berpuluh-puluh cawan kopi demi IMPIANA dan IMPIANA II.

Hmm... ketika ini Kak Ain terasa-rasa nak melewatkan penulisan IMPIANA III. Memang tak ada semangat langsung! =( Huh!

Kemungkinan besar... selepas buku Aku Mahu ke New York I dan Aku Mahu ke New York II selamat berada di pasaran hujung tahun ini, Kak Ain nak sambung menulis buku Aku Mahu Bergaya. Selepas itu, mungkin buku Aku Mahu Jadi Romeo.

Buku IMPIANA III nak letak tepi dulu walaupun idea dan rangka cerita sudah ada. Tunggu semangat sahaja datang menjelma.

Boleh atau tidak wahai pembaca-pembaca semua?

Salam Sayang,
AinMaisarah

06 July 2008

Pemenang Bantal Pink Bulan Jun 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung Rumah Pink.

Selamat hujung minggu dan semoga ceria! Ribuan maaf Kak Ain pinta kepada semua kerana terlewat memasukkan entri ini. Seperti dijanjikan, hari ini Kak Ain akan mengumumkan pemenang bantal pink bagi bulan Jun 2008.

Kali ini cara cabutan tidaklah melalui balingan ke udara. Kak Ain gunapakai cara gaul dan menang pula. Terima kasih kepada penaja tempat penggambaran iaitu Metadome Sdn. Bhd.

Nak tahu pemenang bertuah kali ini? Sila tonton video di bawah.



Seribu tahniah diucapkan kepada pemenang bertuah bulan Jun iaitu:

Nama: Farah Amira bt Ab. Hamid
Umur: 13 tahun
Alamat: Kuarters 312, Sek. Men. Teknik Slim River, 35800, Slim River, Perak.
E-mel: jajaungu@yahoo.com

Semoga bergembira dengan hadiah ini. Tunggu Encik Posmen menghantar bungkusan bantal pink pada minggu hadapan. Congrats dear!

Kepada yang kurang bernasib baik, jangan sedih-sedih. Ada tiga lagi bantal pink yang boleh dimenangi. Kepada yang belum menghantar borang penyertaan, cepat-cepat berbuat demikian! Kak Ain tunggu penyertaan anda semua!

Salam Sayang,
AinMaisarah

15 June 2008

Pemenang Bantal Pink Bulan Mei Menerima Hadiah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini hari Ahad. Tentu para pengunjung Rumah Pink AinMaisarah ada senarai kerja yang perlu dilangsaikan. Kasut jangan lupa basuh sampai putih melepak. Kerja sekolah mesti siapkan. Baju-baju seragam bolehlah digosok dan digantung awal-awal.

Kak Ain pula hari ini ada bengkel penulisan PTS. Hadir bersama ketika bengkel ini adalah En. Imran Yusuf, penulis buku 'Meredah Samudera'. En. Imran membawa anaknya bersama. Buat pengetahuan semua, anak En. Imran bernama Cik Adik Hafizatul Naimah adalah pemenang peraduan bantal pink AinMaisarah bagi bulan Mei 2008.

Jadi kak Ain berkesempatan menyampaikan sendiri hadiah kepada pemenang bertuah sejurus sahaja selesai bengkel. Di bawah ini Kak Ain siarkan gambar-gambar yang diambil.



Kak Ain berharap Cik Adik Imah akan menggunapakai bantal pink itu ke jalan kebaikan dan kebenaran. Peluklah ia ketika sudah letih belajar. Gunakanlah bantal itu laksana rehal bagi mengalas buku sewaktu mengulangkaji. Itu sahaja pesanan ringkas dari Ustazah AinMaisarah =D Heheh.

Kepada pembaca lain, jangan bimbang dan tidak perlu bermuram durja. Ada lagi empat bantal pink menunggu di dalam stor rumah Kak Ain. Teruskan menghantar borang penyertaan asal yang boleh didapati di bahagian belakang buku bertajuk Aku Mahu Teman Tapi Mesra.
(Nota kepada semua: Soalan peraduan dan kata laluan TIDAK AKAN DITUKAR. Ini bagi memberi keadilan kepada semua pembaca yang mahu menyertainya)

Salam Hujung Minggu,
Senyum Selalu,
AinMaisarah

02 May 2008

Pemenang Bantal PINK bagi bulan April

Assalamualaikum kepada para pengunjung Rumah Pink AinMaisarah.

Hari ini tanggal 2 Mei 2008 bersamaan dengan hari Jumaat yang mulia, Kak Ain ingin mengumumkan PEMENANG BANTAL PINK BAGI BULAN APRIL.

Kak Ain telah membuat cabutan bertuah bagi memilih seorang pemenang. Dan inilah pemenang bantal pink gebu itu.


Seribu tahniah Kak Ain ucapkan kepada pemenang bulan ini iaitu Cik Adik Qaidatul Intan Syamimie Bt Muhd! Hadiah bantal pink itu akan Kak Ain poskan secepat mungkin ke alamat No 135, PAKR Pengkalan Durian, Fasa 2, 71150 Linggi, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kepada pembaca lain yang telah menghantar borang penyertaan dan tidak terpilih sebagai pemenang bagi bulan April, jangan sedih-sedih. Penyertaan bulan ini akan dibawa ke bulan hadapan pula. Maknanya, masih ada lima kali peluang borang itu dicabut. Lima bantal pink yang gebu dan sedap dipeluk begitu sahaja masih menanti.

Wassalam,
AinMaisarah

25 April 2008

Ulasan Pembaca 2 : Aku Mahu Teman Tapi Mesra

Salam semua,

Hari ini Kak Ain nak berkongsi ulasan buku daripada Cik Balqis. Kak Ain terpaksa edit ulasan Cik Balqis kerana semua perkataan dalam huruf kecil. Harapnya Cik Balqis boleh perbaiki lagi kaedah penulisan tersebut.


Assalamualaikum Kak Ain,

Balqis dah baca buku AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA. Saya rasa geram, marah, kasihan dan kelakar.

Saya geram sebab widya yang berubah sebegitu drastik. Saya tidak menyangka itu akan berlaku. Saya ingat setelah menjalinkan hubungan dengan Mr.Lobak-Lobak, Widya akan menjadi lebih baik. saya rasa kecewa dengan sikap Widya.

Saya juga rasa tak puas hati dengan Edrina kerana tidak berterus-terang kepada 5 orang kawan rapatnya bahawa dia menyukai Zaidi. Setelah Huda menyukai Zaidi baru Edrina berasa tergugat.

Saya juga berasa kelakar hingga tidak berhenti-henti ketawa ketika membaca perbualan di antara Huda dan Edrina. Ketika mereka berdua berbual tentang "Robert Kiyosaki" yang kelakarnya, semasa Huda menyebut tentang ROBERT BERDAKI memang kelakar sangat.

Saya berasa kasihan melihat Hana, Huda dan Nita menjadi penyebab berlakunya kerenggangan di antara Widya dan Edrina serta Umi.....

Setelah membaca buku Kak Ain,saya mendapat bermacam-macam feelings. Sesungguhnya buku Kak Ain memang best. Saya tabik kepada Kak Ain dan Kak Ain adalah penulis novel kegemaran dan kesukaan saya.

Thank you Kak Ain because you make my day more happy with your book !!!



Oleh Cutegirl_Balqis
e-mel : cutegirl_balqis@yahoo.com
Blog : http://balqis95.blogspot.com
Dari Taman Puchong.

Terima kasih Balqis atas ulasan buku AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA.

Wasalam
AinMaisarah

09 April 2008

Satu Pemenang Setiap Bulan

Assalamualaikum,

Kak Ain ingin memberikan sedikit penjelasan mengenai pemilihan pemenang bagi peraduan Bantal Pink, di dalam buku AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA.

Setiap bulan Kak Ain akan memilih 1 orang pemenang untuk memenangi 1 bantal pink.

Pemenang bulan April : Qaidatul Intan Syamimie Bt Muhd Yusof dari Port Dickson.
Pemenang bulan Mei : Akan diumumkan pada 7 Jun.
Pemenang bulan Jun : Akan diumumkan pada 7 Julai.
Pemenang bulan Julai : Akan diumumkan pada 7 Ogos.
Pemenang bulan Ogos : Akan diumumkan pada 7 September.
Pemenang bulan September : Akan diumumkan pada 7 Oktober.

Adik-adik boleh memilih ingin menyertai pada bila-bila masa yang adik mahu, tetapi Kak Ain akan menukar soalan setiap bulan.

Wasalam
AinMaisarah

06 April 2008

SOALAN PERADUAN AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA

Salam,

Ini adalah lima soalan peraduan Aku Mahu Teman Tapi Mesra. Adik-adik perlu menuliskan jawapannya sahaja di atas borang peraduan yang original (boleh didapati di dalam buku Aku Mahu Teman Tapi Mesra)

1) Zaidi bin Zed dahulunya menetap di luar negara. Sila nyatakan negara itu.

2) Apakah nama singkatan Zaidi bin Zed?

3) Apakah filem kegemaran Zaidi bin Zed?

4) Berapakah markah ujian bulanan subjek kimia yang diperolehi oleh Widya?

5) Apakah hadiah Hana bagi memujuk Widya?

Seorang pemenang akan dipilih setiap bulan (bermula April 2008 hingga Oktober 2008)
Untuk maklumat lanjut mengenai pemilihan pemenang. Sila klik sini.
Okey semua! Cepat-cepat! Sertai sekarang!

Wassalam,
AinMaisarah

28 March 2008

Sedutan Aku Mahu Teman Tapi Mesra

Salam semua,

Entri kali ini Kak Ain nak kongsi tentang gambar-gambar ilustrasi dalam novel Aku Mahu Teman Tapi Mesra. Kak Ain sengaja buat adik-adik geram dan mencucuk lagi sifat tidak sabar nak dapatkan buku ini :-D

Ini gambar-gambarnya.

Konflik I:


Widya mula menyisihkan kawan-kawan kerana Mr.LobakLobak, si Teman Tapi Mesranya. Edrina pula tak tahan sabar dan melancarkan perang besar-besaran dengan Widya. Widya makin menjauh dan mula ditimpa pelbagai masalah dengan guru-guru Sri Bangsar. Apa masalahnya? Dapatkah mereka berbaik semula?

Konflik II:


Edrina brkenalan dengan pelajar baru bernama Zaidi bin Zed, hensem persis pelakon Zed Zaidi! Hensemnya pelajar baru itu telah membuatkan ramai yang terpikat. Edrina sendiri tak faham kenapa lidahnya kelu dan tubuhnya kaku setiap kali bertemu. Tetapi Edrina makin keliru apabila hatinya marahkan Huda juga. Huda yang sudah mengumumkan mahu melupakan Tengku Affin serta beralih minat kepada Zaidi. Huda kini dianggap pesaing. Huda dilabel si pengacau daun. Siapa agaknya yang berjaya merebut hati Zaidi?

Itulah sedikit sedutan novel Kak Ain yang terbaru bertajuk Aku Mahu Teman Tapi Mesra. Dapatkan di pasaran ya.

Wassalam,
AinMaisarah

26 March 2008

Akan Datang April: Aku Mahu Teman Tapi Mesra

Assalamualaikum semua,

Entri kali ini Kak Ain ingin berkongsi cerita tentang novel terbaru Kak Ain.
Alhamdulillah, sekarang sudahpun selamat berada di kilang cetak.
Harapnya sempatlah siap sebelum Pesta Buku 2008 yang dijadual bermula
5 April 2008 ini. (Amin... Amin Ya Rabbal Alamin)

Novel ini adalah novel keempat dalam Siri AKU MAHU. Tajuknya adalah 'Aku Mahu Teman Tapi Mesra'.

Ikutkan sejarah, novel ini adalah novel yang terpendek waktu penulisannya. Kak Ain mengambil masa satu bulan memerah otak menyiapkannya. Novel ini juga disiapkan berselang-seli dengan penulisan plot Impiana II.

Adik-adik nak tengok rupa novel itu nanti? Inilah kulit bukunya.
(Cantik tak? Secara peribadi, Kak Ain sukakan kulit buku kali ini)


Ini pula Kak Ain berikan sinopsis ceritanya.

Widya melancarkan perang dunia ketiga dengan Edrina?
Semata-mata kerana Edrina menegur kemerosotan pelajaran Widya.
Widya diberi kata dua.

Memilih Mr.LobakLobak, si Teman Tapi Mesra atau mementingkan keputusan peperiksaan demi masa depan.

Apa yang berlaku antara mereka sebenarnya? Kata best friend forever? Ketahui segalanya dalam Aku Mahu Teman Tapi Mesra.


Kak Ain harap sangat buku ini akan menepati citarasa pembaca.

Salam Sayang,
AinMaisarah

15 March 2008

AKU MAHU BANTAL PINK

Assalamualaikum,

Berita gembira untuk semua!

Kali ini Kak Ain ingin mengumumkan mengenai peraduan terbaru, iaitu peraduan AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA. Buku terbaru ini akan berada di pasaran InsyaAllah pada bulan April.

Sesiapa yang membeli buku AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA apabila ia berada di pasaran nanti bakal berpeluang memenangi bantal peluk PINK yang cute dan chubby.


Comel tak bantal peluk hadiah ini?

Ada 6 bantal peluk PINK untuk dimenangi. Setiap bulan bermula bulan April, Kak Ain akan memilih seorang pemenang. Borang peraduan boleh didapati di dalam buku AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA.

Nantikan kemunculan buku terbaru ini dan jangan lepaskan peluang memenangi hadiah bernilai RM50 setiap satu.

Wasalam
AinMaisarah