15 June 2008

Pemenang Bantal Pink Bulan Mei Menerima Hadiah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini hari Ahad. Tentu para pengunjung Rumah Pink AinMaisarah ada senarai kerja yang perlu dilangsaikan. Kasut jangan lupa basuh sampai putih melepak. Kerja sekolah mesti siapkan. Baju-baju seragam bolehlah digosok dan digantung awal-awal.

Kak Ain pula hari ini ada bengkel penulisan PTS. Hadir bersama ketika bengkel ini adalah En. Imran Yusuf, penulis buku 'Meredah Samudera'. En. Imran membawa anaknya bersama. Buat pengetahuan semua, anak En. Imran bernama Cik Adik Hafizatul Naimah adalah pemenang peraduan bantal pink AinMaisarah bagi bulan Mei 2008.

Jadi kak Ain berkesempatan menyampaikan sendiri hadiah kepada pemenang bertuah sejurus sahaja selesai bengkel. Di bawah ini Kak Ain siarkan gambar-gambar yang diambil.



Kak Ain berharap Cik Adik Imah akan menggunapakai bantal pink itu ke jalan kebaikan dan kebenaran. Peluklah ia ketika sudah letih belajar. Gunakanlah bantal itu laksana rehal bagi mengalas buku sewaktu mengulangkaji. Itu sahaja pesanan ringkas dari Ustazah AinMaisarah =D Heheh.

Kepada pembaca lain, jangan bimbang dan tidak perlu bermuram durja. Ada lagi empat bantal pink menunggu di dalam stor rumah Kak Ain. Teruskan menghantar borang penyertaan asal yang boleh didapati di bahagian belakang buku bertajuk Aku Mahu Teman Tapi Mesra.
(Nota kepada semua: Soalan peraduan dan kata laluan TIDAK AKAN DITUKAR. Ini bagi memberi keadilan kepada semua pembaca yang mahu menyertainya)

Salam Hujung Minggu,
Senyum Selalu,
AinMaisarah

14 comments:

Anonymous said...

Salam Kak Ain,

Sara sungguh jelous.
Sebenarnya Sara memang dah tau perkara ini, ada dipostkan dalam blog Hafizatul ( nama panggilannya imah ) sendiri.

Saya Sangat JEALOUS !!!!

ya, kak ain, memng Sara bercadang nak melangsaikan kerja Sara yang sudah separuh sudah siap dan separuh lagi belum siap.

Borang Peraduan sara ? Insya-Allah, sampai lambat LAGI ..

Harap-harap sampai ke tangan kak ain.

AinMaisarah said...

Salam Sara,

Janganlah cemburu. Baru 2 bantal pink yang sudah ada pemilik. 4 lagi bantal masih single & available. Jadi peluang masih secerah suria untuk Sara!

Kak Ain tak ingat link blog Imah. Boleh Sara tuliskan di sini?

Wassalam,
AinMaisarah

.imah. said...

Salam Kak AIn....
Kak Ain minta tolong sara tuliskan link blog imah kan?
tak apa...imah tolong tuliskan..
ima95.blogspot.com

Anonymous said...

salam kkAinMaisarah...sye x kisah sye masuk ke x....sye cumer nk ckp yg baju kkAinMaisarah nmpak so fit.. nmpak ketat sesangat.. sori klu terasa ati ya....

yang prihatin,
Nur Fara Asyiqin

IZZ HAZWANI. said...

Wah!Kalau 4 bantal masih single,bolehlah
saya jadi kekasih dier.!!
huahuahua..

IZZ HAZWANI. said...

Kak Ain janji nak dtg ke blog saya,tapi tak datang pun??

Sob sobs..
sedih nya hati ini.

AinMaisarah said...

Dear Imah,
Terima kasih atas link yang diberi. Amboi, lebih cepat dan tangkas memasukkan entri berbanding Kak Ain! Syabas! =D

Dear Fara Asyiqin,
Terima kasih atas teguran yang membina itu. Sebenarnya baju yang Kak Ain pakai itu jenis kemaja wanita yang potongan bajunya melepasi bahagian punggung dan tudung dilabuhkan menutup bahagian dada. Itu memang syarat-syarat Cik Abang (suami Kak Ain) dalam menentukan cara Kak Ain berpakaian.

Mungkin posisi Kak Ain bergambar kurang sesuai dan menampakkan baju itu tampil ketat. Lagi-lagi pula materialnya memang berkilat. Hah! Kena salahkan jenama ELLE kalau macam ni! Heheh.

Apapun, terima kasih Kak Ain ucapkan atas teguran prihatin tersebut. Ianya akan jadi peringatan.

Dear Izzati,
Memang 4 lagi bantal sedang single & available dan juga kesunyian. Cepatlah hantar borang peraduan! (Atau Izzati sudah menghantar?)

Wassalam,
AinMaisarah
p/s: Oh! Tambahan info. Kak Ain memang naik berat 1.2kg :( Inilah jadinya setiap kali musim menghantar manuskrip. Kak Ain banyak sangat minum kopi bercampur krimer, Ah! Pilunya!

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain ,

Wah ! Seronoknya Imah !
Adakah Hanis salah seorang pemenang bertuah itu?
Erm.. :D

Anonymous said...

best nyer dpt bantal pink tuh jeles saye dibuat nye kkk saye blom anta lg borah tuh x de mase nak pos kan borang tuh huhuhu





salam....

nurul hidayah roslan said...

Salam kak ain,

Wah! untungnye kak imah dapat jumpe kak ain...:(

Kak ain,
Bals emel dayah yek!!:)

wasalam...
dayah

Farah Hanum said...

salam kak ain....
wah..jealousnye...saye...tahniah imah!!saye sudah berangan ingin memiliki bantal tu...adakah saye bertuah ingin memiliki bantal tu???

yang memikir...
farah_hanum.

Anonymous said...

salam hanis..
minta maaf kalau tertiru perkataan awak....

wasallammmm..
farah_hanum.

MIRA said...

Tahniah Imah!!!Mseti best dpt bantal tu?

Apapun,nasib baik tinggal 4 bantal lagi!!!

AinMaisarah said...

Dear Hanis,
Doa banyak-banyak ye. Kalau ada rezeki tak ke mana!

Dear Nuha,
Adakan masa pos borang tu. Bersenam sedikit ke Pos Malaysia. Heheh.

Dear Dayah,
Nanti kita jumpa waktu Pesta Buku 2009 ye. Kak Ain cuba cari masa balas e-mel Dayah nanti. Tunggu! =D

Dear Farah Hanum,
Jangan jeles-jeles. Kalau tak menang bantal, banyak lagi pertandingan di masa depan. Teruskan mengunjung Rumah Pink bagi mengetahui perkembangan terbaru.

Dear Mira,
Memang kasihan nasib 4 bantal yang kesunyian dalam stor. Kak Ain tak pakai. Takut nanti comot sebab tona warnanya muda. Jadi Kak Ain masukkan baik-baik dalam plastik. Simpan dalam stor. Cepatlah ada pemenang!

Salam Sayang,
AinMaisarah