Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Semoga sihat, ceria, sejahtera dan dilindungiNya sentiasa. Itu doa Kak Ain kepada pengunjung dan pembaca yang ikhlas menyokong Kak Ain selama ini.
Hari ini Kak Ain nak berkongsi cerita buku pula. Kisah di Sabah dan Sarawak masih banyak nak dilaporkan, tapi gambar-gambarnya belum edit pula.
Oleh sebab itu Kak Ain nak berkongsi dengan semua tentang info jualan buku yang baru Kak Ain terima.
Alhamdulillah, empat daripada tujuh buku Kak Ain masuk senarai best seller syarikat penerbitan PTS Sdn. Bhd.
Nota penting:
Rekod jualan mengambil kira jualan buku selama tempoh setahun (Okt 2007 - Sept 2008)
RM yang disebut adalah setelah ditolak 35% diskaun ejen pengedar.
TOP BEST SELLER PTS
1. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman - RM211,714.88
2. Quran Saintifik - RM168,020.18
3. Motivasi Alihan Pelajar - RM130,123.06
4. Minda Muslim Super - RM120,546.28
5. Tip-Tip Cemerlang daripada Quran - RM112,815.17
6. Bacakan Saya Satu Cerita - RM101,477.60
7. Salju Sakinah - RM95,849.36
8. Dato' Dr. Haron Din: Menjawab Persoalan Fiqah Harian - RM84,334.00
9. Ahmadenejad Singa Islam - RM84,178.69
10. Dear Yayah 4 - RM83,852.15
11. 99Q: Kecerdasan Berdasarkan Asmaul Husna - RM81,437.86
12. Terapi Solat Tahajud - RM77,934.24
13. Pengurusan Disiplin Murid - RM71,401.81
14. Master Your Mind Design You Destiny (Ed. Melayu) - RM67,887.52
15. Sains Pemikiran dan Etika - RM64,115.65
16. Tunnels - RM63,658.08
17. Rahsia Bisnes Orang Cina - RM62,337.18
18. Aku Mahu Saiz S - RM60,827.38
19. Khadijah: Cinta Abadi Kekasih Nabi - RM59,142.38
20. Aku Mahu Teman Tapi Mesra - RM58,156.28
21. Perubatan Islam dan Bukti sains Modern - RM57,896.78
22. Tak Bisa Memilihmu - RM57,688.35
23. 55 Petua Orang Berjaya - RM57,473.83
24. Solat Khusyuk Solat Smart - RM56,380.65
25. Aku Mahu Buli - RM56,034.38
26. Change! (ed. Melayu) - RM54,433.94
27. Rahsia Islam di China - RM53,525.61
28. 55 Silap Mata Mudah - RM53,415.44
29. Teknik Memotivasi Anak Cara Positif - RM52,032.45
30. Sarah dan Anting-anting - RM51,906.71
Buku yang tak masuk senarai adalah buku IMPIANA, IMPIANA II dan AKU MAHU POPULAR.
Kak Ain tahu sebab Aku Mahu Popular tak masuk senarai. Ini kerana ia buku paling terawal dalam karer penulisan Kak Ain. Sudah masuk lima kali ulang cetak tetapi rentak jualannya tidaklah sehebat buku baru.
Kak Ain sedikit kecewa apabila IMPIANA dan IMPIANA II tak masuk senarai. Hmm.. nak ikutkan dalam banyak-banyak buku, buku IMPIANA yang paling susah nak ditulis. Lama Kak Ain rangka plot dan jalan ceritanya. IMPIANA juga novel paling tebal yang pecah-pecah kepala nak disiapkan. Kak Ain tak tidur malam dan minum berpuluh-puluh cawan kopi demi IMPIANA dan IMPIANA II.
Hmm... ketika ini Kak Ain terasa-rasa nak melewatkan penulisan IMPIANA III. Memang tak ada semangat langsung! =( Huh!
Kemungkinan besar... selepas buku Aku Mahu ke New York I dan Aku Mahu ke New York II selamat berada di pasaran hujung tahun ini, Kak Ain nak sambung menulis buku Aku Mahu Bergaya. Selepas itu, mungkin buku Aku Mahu Jadi Romeo.
Buku IMPIANA III nak letak tepi dulu walaupun idea dan rangka cerita sudah ada. Tunggu semangat sahaja datang menjelma.
Boleh atau tidak wahai pembaca-pembaca semua?
Salam Sayang,
AinMaisarah
Showing posts with label Buku Tak Bisa Memilihmu. Show all posts
Showing posts with label Buku Tak Bisa Memilihmu. Show all posts
17 October 2008
04 May 2008
Sinopsis Novel Tak Bisa Memilihmu
Salam hujung minggu buat semua,
Baru-baru ini telah diadakan penggambaran rancangan pertandingan realiti TV antarabangsa iaitu IKON. Set penggambaran dibuat di pejabat Kak Ain iaitu di Metadome Sdn Bhd. Selain membuat penggambaran untuk IKON, 6ixth Sense juga tidak ketinggalan mempromosikan novel Tak Bisa Memilihmu.

Ramai yang mahu tahu cerita disebalik kumpulan 6itxh Sense ini yang meletup dengan lagu Tak Bisa Memilihmu. Entri kali ini Kak Ain berkongsi tentang sinopsis novel Tak Bisa Memilihmu pula.
Wassalam,

SINOPSIS TAK BISA MEMILIHMU
Adi merupakan seorang buruh kasar di Indonesia. Kais pagi makan pagi, kais petang makan esok hari. Tidak pernah sekali dia berasa hidup senang. Tetapi apa yang lebih penting adalah hatinya senang. Senang dengan kehadiran seorang gadis bernama Dewi yang sentiasa menyinari hari-hari gelapnya umpama lampu suluh berbateri penuh.
Dewi penguat semangat, pengarang jantung dan pendorong hidup. Hanya Dewi yang mengetahui, budak kampung seperti Adi menyimpan cita-cita besar. Adi mahu jadi penyanyi. Namun berkali-kali menyertai ujibakat, hanya gagal yang ditemui.
Cuba punya cuba, nasib menyebelahi Adi akhirnya. Dia dipilih sebagai penyanyi utama kumpulan baru di Malaysia. DI MALAYSIA??? Ketika itu Adi berbelah bahagi. Meneruskan cita-citanya bererti meninggalkan Dewi si permata hati. Menolak tawaran itu pula seperti menyepak kasar tuah yang datang bergolek di kaki. Dewi rela membenarkan Adi jauh darinya. Adi pula dalam penuh terpaksa menjadi pendatang halal ke Malaysia.
Bermulalah kisah hidup Adi yang baru. Diubah penampilan. Dipaksa bergaya cara popular. Dikerumuni peminat. Dilimpahi sinaran cahaya kamera. Digilai ramai perempuan di luar sana. Mungkinkah Adi jadi lupa diri? Paling penting...mungkinkah Adi melupakan Dewi?
Dewi pula? Sampai bila dia harus menunggu? Sampai bila dia harus terus bersabar dengan segala gosip liar yang mendera telinga itu?
Adi juga punya persoalan besar yang bermain dalam hati. Kehadiran Sally anak pemilik syarikat muzik Rumpun Records itu terlalu banyak membantu. Adi jadi keliru. Dia harus membuat pilihan. Adakah pilihannya nanti bersandarkan pada kareer, nama, atau cinta?
Tak cukup dengan masalah pilihan hati, Adi dikejutkan dengan tindakan Pengurus Muzik bernama Encik Fuad yang busuk hati. Ada sahaja strategi Encik Fuad itu mahu menyingkirkan Adi. Encik Fuad juga ada agenda tersendiri. Agenda yang mampu melenyapkan nama kumpulan 6ixth Sense dari persada seni.
Ketahui kisah suka duka kumpulan 6ixth Sense dalam novel muzikal, Tak Bisa Memilihmu.
Wassalam,
AinMaisarah
Category :
Buku Tak Bisa Memilihmu
03 May 2008
Video Klip Tak Bisa Memilihmu
Assalamualaikum semua,
Malam ini Kak Ain mahu berkongsi cerita tentang novel ketujuh Kak Ain bertajuk Tak Bisa Memilihmu. Novel ini adalah cubaan pertama Kak Ain menulis tentang selebriti. Tak sangka sambutan novel ini memang hangat lagi sensasi.
Kumpulan 6ixth Sense sendiri diterjah oleh Nas Ahmad dalam rancangan Melodi di TV3. Kak Ain pula diterjah dengan e-mel para pembaca. Pening juga kami dibuatnya! Ramai berspekulasi dan bergosip, novel itu kisah benar kumpulan 6ixth Sense. Ada yang menyangka ianya biografi tentang ahli kumpulan.
Sebenarnya, novel ini adalah gabungan kisah benar dan kisah tak
berapa benar. Maklumlah, namanya pun novel. Kak Ain sendiri suka mengkategorikan novel yang satu ini sebagai novel FACTION (facts + fiction) .
Kepada yang ingin menghayati novel ini, Kak Ain cadangkan bacalah novel beserta iringan muzik lagu Tak Bisa Memilihmu. Barulah melayan perasaan gitu. Malam ini Kak Ain sertakan bersama video klip juga liriknya. Enjoy readers!

~TAK BISA MEMILIHMU~
Telah jauh terpisah,
Diriku dan dirimu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku,
Tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya.
Salahku,
Mencintai dirinya saat jauhku,
Terpisah darimu,
Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Untuk cintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu.
Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku.
c/o
Maaf ku tak bisa memilih dirimu,
Karena kuterhanyut mencintai dia,
Inilah salahku yang memberi ruang,
Di dalam hatiku untuk mencintainya.....
( terhanyut jiwa ini, terjatuh di hatinya )
Category :
Buku Tak Bisa Memilihmu
16 April 2008
Tak Bisa Memilihmu di Harian Metro
Assalamualaikum,
Kak Ain pun tak perasan akan artikel ini di surat khabar. Nasib baik Cik Abang menyimpan keratan akhbar ini untuk Kak Ain.

Kepada sesiapa yang belum lagi mendapatkan buku Tak Bisa Memilihmu ini, anda boleh membeli terus daripada Kak Ain. Kak Ain akan beri 1 buku profail kumpulan 6ixthSense yang penuh dengan gambar ekslusif berwarna dan lirik lagu-lagu mereka yang popular.

Sila buat pesanan di sini ya. >>klik<<

AinMaisarah di Media,
Beli Terus,
Buku Tak Bisa Memilihmu
Subscribe to:
Posts (Atom)