Showing posts with label AinMaisarah di Berita Harian. Show all posts
Showing posts with label AinMaisarah di Berita Harian. Show all posts

22 January 2011

Hujung Minggu Bersama Berita Harian dan The Wannababes

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Selamat berhari minggu! Semoga sihat sejahtera dan ceria sentiasa ya!

Pagi-pagi Sabtu begini, Kak Ain mempunyai tugas khas. Bangun lepas Subuh, terus bergegas ke kedai mamak berhampiran. Pesan kopi panas berasap, roti canai garing cicah dal dan mendapatkan senaskah surat khabar Berita Harian. Terus buka di mukasurat ini:




Oh, heaven! Membaca tulisan sendiri terpapar di suratkhabar arus perdana, memang tidak tergambar perasaannya. Sekejap Kak Ain hanyut dalam angan-angan... menjadi wartawan tersohor seperti Kak Cham yang terkenal mengendalikan Anugerah Bintang Popular Berita Harian.




Ini gambar kenangan Kak Ain bersama Kak Cham sewaktu bermesyuarat di pejabat Berita Harian. Sungguh berbesar hati AinMaisarah dapat bertemu wartawan tersohor ini! Satu hari nanti... Kak Ain mahu tuntut ilmu kewartawanan daripada Kak Cham. Mana tahu boleh bertukar profesyen... daripada penulis novel remaja kepada wartawan fesyen! Hehehehe.... tingginya angan-angan!

Alhamdulillah, tahun 2011 ini permulaan yang baik buat AinMaisarah. Membaca cerita The Wannababes di akhbar Berita Harian membuatkan senyuman Kak Ain terukir secara automatik. Watak The Wannababes sudah makin popular kerana masuk berita! Oh, makin diva perangai mereka! Hehehe... =)

InsyaAllah nanti The Wannababes akan direalisasi menjadi drama TV pula. Perbincangan sedang giat dijalankan dan Kak Ain mengharapkan doa semua pembaca agar urusan ini dipermudahkan.

Okey! Siapa belum baca kisah The Wannababes dalam novel bersiri terbaru AinMaisarah... mesti dapatkan Berita Harian hari ini kerana cerita Kak Ain dipaparkan setiap hari Sabtu. Minggu ini sudah masuk episod ke-dua.

Jika tertinggal siri episod pertama, jangan risau... jangan khuatir. Boleh baca di sini www.jutawangedik.com

Namun Kak Ain hanya boleh paparkan episod siri pertama sahaja. Siri seterusnya, jika ingin tahu samada The Wannababes berjaya dalam cabaran RM1 juta... mesti dapatkan Berita Harian setiap hari Sabtu ya!

Jaga diri semua!

Salam Sayang,
AinMaisarah

15 January 2011

15 Januari 2011: Episod Pertama The Wannababes dalam siri 'Jutawan Gedik'

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kak Ain doakan semua pembaca berada dalam keadaan sihat dan ceria. Kak Ain sendiri, Alhamdulillah.. terlebih sihat hingga sudah naik 2kg lagi berbanding tahun 2010 =) Hehehe!

Sememangnya tahun 2011, tahun yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya buat AinMaisarah. Buat pengetahuan, ini tahun keempat AinMaisarah bergelar penulis sepenuh masa.

Tahun ini juga, seawal dua minggu pertama bulan Januari... Kak Ain asyik keluar suratkhabar dan saluran TV arus perdana.

Dan hari ini menjadi sejarah manis lagi. Novel bersiri Kak Ain mula disiarkan dalam Berita Harian. Mula disiarkan hari ini 15 Januari 2011!



Selama 40 minggu Kak Ain akan dapat 'spreadsheet' iaitu 2 mukasurat akhbar tersebut. Kiranya macam seorang kolumnis! Wah... rasa seronok sangat! =)

Di dalam dua mukasurat yang diperuntukkan ini, Kak Ain akan menulis novel bersiri 'Jutawan Gedik' dan kali ini The Wannababes akan jadi mangsa buli AinMaisarah lagi. Heheheh =)



Inilah EPISOD PERTAMA kisah The Wannababes dalam 'Jutawan Gedik'.

Jika sebelum ini sudah mengikuti kisah kumpulan ini dalam novel 'Aku Mahu ke New York', 'Aku Mahu Popular', 'Aku Mahu Buli' dan siri Impiana... mesti jangan ketinggalan baca kisah terbaru ini. Kisah The Wannababes yang dicabar menjadi jutawan dengan usaha mereka sendiri.

Bukan dengan kabel ayah Fasha, Tan Sri Hisham. Bukan dengan kewangan ayah Shasha iaitu Dato' Saidini. Bukan juga dengan bantuan ayah Sazzy yang merupakan duta luar negara.

Hah! Mampukah mereka berjaya? Bacalah kisah lucu The Wannababes dengan segala macam idea gila-gila mereka mahu dapatkan RM1 juta! Jangan ketinggalan ya!

Paling penting, simpan keratan akhbar selama 40 minggu kerana nanti kita akan umumkan pertandingan dan cabutan bertuah. Hadiahnya sangat lumayan. Antaranya minyak wangi Pacco Rabbane yang sungguh eksklusif jenama 1 Million. Sesuai sangat dengan tajuk 'JUTAWAN' yang ditulis oleh Kak Ain =)



Ada juga 40 baucer hadiah buku-buku PTS bernilai RM100 setiap satu. Ianya menanti pembeli dan pembaca Berita Harian yang bertuah. Cara pertandingan akan mula diumumkan dalam Berita Harian, minggu hadapan.

Jadi simpan keratan akhbar episod pertama itu ya! Dan jangan lupa dapatkan Berita Harian minggu hadapan untuk baca episod kedua dan menyertai pertandingan ini. Pastikan beli Berita Harian setiap hari Sabtu, selama 40 minggu ya!

Selamat berhujung minggu semua. Jaga diri!

Salam Sayang,
AinMaisarah

14 January 2011

JUTAWAN GEDIK - Novel Bersiri AinMaisarah di Berita Harian

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hai hai hai! Lama tidak bertandang di blog sendiri, mohon ampun beribu ampun, AinMaisarah banyak sangat kerja penulisan yang terhimpun! =(

Yang paling terbaru, Kak Ain bakal menulis dengan BERITA HARIAN dalam projek novel bersiri bertajuk 'JUTAWAN GEDIK'. Bakal keluar episod pertama pada 15 Januari 2011 di suratkhabar Berita Harian.

Mahu tahu ceritanya? Jom kita baca sinopsis cerita Kak Ain! =)



Kali ini AinMaisarah akan menulis novel bersiri berkisarkan tentang kisah Kelab Jutawan Sri Bangsar.

Kelab Jutawan Sri Bangsar? Wow! Ekslusifnya nama kelab terbaru yang ditubuhkan di Sekolah Sri Bangsar! Membuatkan semua berbisik teruja. Mesti sertai kelab baru yang cool bunyinya!
Tidak ketinggalan sibuk mahu turut serta tentulah kumpulan The Wannababes. Yalah, siapa lagi yang layak digelar jutawan jika bukan mereka bertujuh? Mereka sememangnya tujuh pelajar paling kaya dan paling bergaya di seluruh antero sekolah. Selayaknya mereka dilantik jadi teraju utama!

Sewaktu pertemuan pertama, misi kelab diterangkan dengan lebih terperinci. Kelab Jutawan Sri Bangsar sebenarnya penjenamaan baru bagi Kelab Usahawan. Kelab yang mahu mendidik ahlinya berniaga. Berusaha sendiri mendapatkan kewangan supaya nanti boleh bergelar jutawan berjaya.

Sebaik mendengar misi bosan lagi skema itu, tujuh The Wannababes serentak bangun angkat kaki. Urgh! Mereka tidak mahu sertai Kelab Usahawan. Bosan, tidak trendi dan tidak minat mahu berniaga sendiri! Lagipun mengapa perlu bersusah-payah? Mereka sudah dilahirkan dalam keluarga kaya-raya. Tidak perlu kerja pun tidak mengapa! Tiada class jika disuruh berniaga!

Kelakuan The Wannababes membangkitkan rasa marah ahli-ahli lain. Membuatkan guru penasihat kelab itu sendiri mencabar mereka. Mesti jadi jutawan dengan usaha sendiri, bukan dengan duit ibubapa!

Kata-kata cabaran itulah memulakan segalanya. Satu tugasan diberi kepada semua. Misi mencapai RM1 juta menjadi matlamat utama. Buatlah apa cara sekalipun. Asalkan dengan usaha sendiri mencapai RM1 juta.

Maka bermulalah pengalaman lucu, kelakar dan menyedihkan dalam usaha mendapat RM1 juta. Ada yang mencari cicak bintik yang dikatakan boleh mengubat AIDS. Ada yang berniaga cupcake. Ada yang buat perkhidmatan pos surat layang Sri Bangsar. Isk! Macam-macam rupanya idea berniaga para pelajar demi mendapatkan RM1 juta.

Dan The Wannababes sendiri mahu mencapai RM1 juta dengan cara paling gedik bergaya. Mereka mahu buka salun dan spa kecantikan remaja. Mampukah mereka jadi jutawan dengan usaha mereka sendiri?

Bacalah kisah lucu gedik dunia remaja. Paling penting, dapatkan moral utama, hargai dana kewangan yang diberikan ibubapa! Ikuti nukilan AinMaisarah dalam novel bersiri Berita Harian bertajuk ‘Jutawan Gedik’

Jika mahu tahu lebih lanjut, apa bakal terjadi pada The Wannababes, dapatkan suratkhabar Berita Harian pada 15 Januari 2011.

Terima kasih atas sokongan semua.

Salam Sayang,
AinMaisarah