14 January 2011

JUTAWAN GEDIK - Novel Bersiri AinMaisarah di Berita Harian

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hai hai hai! Lama tidak bertandang di blog sendiri, mohon ampun beribu ampun, AinMaisarah banyak sangat kerja penulisan yang terhimpun! =(

Yang paling terbaru, Kak Ain bakal menulis dengan BERITA HARIAN dalam projek novel bersiri bertajuk 'JUTAWAN GEDIK'. Bakal keluar episod pertama pada 15 Januari 2011 di suratkhabar Berita Harian.

Mahu tahu ceritanya? Jom kita baca sinopsis cerita Kak Ain! =)



Kali ini AinMaisarah akan menulis novel bersiri berkisarkan tentang kisah Kelab Jutawan Sri Bangsar.

Kelab Jutawan Sri Bangsar? Wow! Ekslusifnya nama kelab terbaru yang ditubuhkan di Sekolah Sri Bangsar! Membuatkan semua berbisik teruja. Mesti sertai kelab baru yang cool bunyinya!
Tidak ketinggalan sibuk mahu turut serta tentulah kumpulan The Wannababes. Yalah, siapa lagi yang layak digelar jutawan jika bukan mereka bertujuh? Mereka sememangnya tujuh pelajar paling kaya dan paling bergaya di seluruh antero sekolah. Selayaknya mereka dilantik jadi teraju utama!

Sewaktu pertemuan pertama, misi kelab diterangkan dengan lebih terperinci. Kelab Jutawan Sri Bangsar sebenarnya penjenamaan baru bagi Kelab Usahawan. Kelab yang mahu mendidik ahlinya berniaga. Berusaha sendiri mendapatkan kewangan supaya nanti boleh bergelar jutawan berjaya.

Sebaik mendengar misi bosan lagi skema itu, tujuh The Wannababes serentak bangun angkat kaki. Urgh! Mereka tidak mahu sertai Kelab Usahawan. Bosan, tidak trendi dan tidak minat mahu berniaga sendiri! Lagipun mengapa perlu bersusah-payah? Mereka sudah dilahirkan dalam keluarga kaya-raya. Tidak perlu kerja pun tidak mengapa! Tiada class jika disuruh berniaga!

Kelakuan The Wannababes membangkitkan rasa marah ahli-ahli lain. Membuatkan guru penasihat kelab itu sendiri mencabar mereka. Mesti jadi jutawan dengan usaha sendiri, bukan dengan duit ibubapa!

Kata-kata cabaran itulah memulakan segalanya. Satu tugasan diberi kepada semua. Misi mencapai RM1 juta menjadi matlamat utama. Buatlah apa cara sekalipun. Asalkan dengan usaha sendiri mencapai RM1 juta.

Maka bermulalah pengalaman lucu, kelakar dan menyedihkan dalam usaha mendapat RM1 juta. Ada yang mencari cicak bintik yang dikatakan boleh mengubat AIDS. Ada yang berniaga cupcake. Ada yang buat perkhidmatan pos surat layang Sri Bangsar. Isk! Macam-macam rupanya idea berniaga para pelajar demi mendapatkan RM1 juta.

Dan The Wannababes sendiri mahu mencapai RM1 juta dengan cara paling gedik bergaya. Mereka mahu buka salun dan spa kecantikan remaja. Mampukah mereka jadi jutawan dengan usaha mereka sendiri?

Bacalah kisah lucu gedik dunia remaja. Paling penting, dapatkan moral utama, hargai dana kewangan yang diberikan ibubapa! Ikuti nukilan AinMaisarah dalam novel bersiri Berita Harian bertajuk ‘Jutawan Gedik’

Jika mahu tahu lebih lanjut, apa bakal terjadi pada The Wannababes, dapatkan suratkhabar Berita Harian pada 15 Januari 2011.

Terima kasih atas sokongan semua.

Salam Sayang,
AinMaisarah

23 comments:

Syamimi Zaini said...

malam ni dah ingatkan ayah awal-awal beli Berita Harian esok. Ngeehee. ;D

Fatihah N. said...

Yes saya akan pergi singgah 7E esok sebelum masuk sekolah, hee XD

Anonymous said...

wah wah wahhh! mesti best ni :)
i like~ kak ain selalu je ade idea bagus. wohooo

http://shutupstupidcupid.blogspot.com/

A.I.N.N.A. S.T.O.R.Y. said...

sy suda bg tau mak sy untuk beli Berita Harian esk hari,,,hehe...x saba nak bce ni..i love u kak ain

s0ul95 said...

Saya tidak sabar mahu membacanya,saya sentiasa ingatkan ibu saya supaya beli BH awal-awal.

manda said...

sure esok semua jadi first customer beli paper. hehhe. thanks kak Ain for Jutawan Gedik :)

Anonymous said...

tak sabar nak baca Jutawan Gedik, hehe~

Anonymous said...

x sbrnyer nk bce! =D

AinMaisarah said...

Dearest All pembaca-pembaca yang Kak Ain sangat hargai,

TERIMA KASIH, jika sudah dapatkan Berita Harian.

SILA BERLARI KE KEDAI MAMAK, jika belum dapat akhbarnya. Nanti tertinggal membaca kisah The Wannababes yang gedik lagi lucu! =)

Aliah said...

x sabarnye nak bace XD

Aina Basyirah said...

best siri 1 aye dah beli dah, congrats kak ain

Kak Ain , keratan berita harian bahagian manakah yang perlu dikumpul untuk mendapatkan minyak wangi tuh?

Unknown said...

OMG!!!arghhh!!!ni kes dh lmer x bkak blog kk ain,smpai cter trbru pon x thu:( kk ain,ayna akn brlri prgi pjbt NSTP kt Larkin Perdana,JB esk pgi2...sdiakn dwet utk bli berita harian 15 jan smpai esk...klu x smpat esk,ayna akn pstikn ayna akn ttap bli smua 2uh.; D

Anonymous said...

kat mane nak dapat kan buku tu?

balqis said...

salam kak ain,
berapa harga buku jutawan gedik tu?

Anonymous said...

kak ain ade entry baru tak saye pun rasa dah ketagih nak cek blog kak ain {cam Nur Haness dlm Projek fesyen}he he k klu ade entry baru hello hello saye ye {XP}

fatin aqilah ( qie-lha) said...

cane ni episod ketiga tertinggal....

bettysweet said...

bestnye.......lepas nie kak ain buat lah cerite yg best2 pulak,harap2 adelah. saye suke sume buku2 novel kak ain~

Unknown said...

saya amat minat membaca siri jutawan gedik yang disiarkan di akhbar berita harian. tahniah!

irna said...

kak ain, saya nak baca novel bersiri jutawan gedik kat berita harian tpi saya dh termiss byk epsd nyer.kak ain ade x cadangan camner nk dapatkan full story cite tusampai ari nie.

Amy Amira said...

wow,boleh buat drama bersiri ni,hi3 mcm best je,hu3

always kecik said...

cerita ni tak ada buku ke?
baru nak baca

dewiizzaty@gmail.com said...

i love ain maisarah kak

Adeeba Nur Iman said...

cam best lha cerita nie. mama sy ta gi beli sbb ad perktaan gedik. hik! sy kte ap slh nya. bkn sy jdi gedik pun. akhirnya dpt jgak beli buku tu dri papa sy setelah ter'mkn' dgn pujuk rayu sy. semua buku kak ain maisarah sy dah beli, tgh tunggu novel kembar Aku Mahu Jadi Romeo dgn Aku Mahu Jadi Juliet jeh!