15 May 2007

teaser 2 ~ AKU MAHU SAIZ S

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri kali ini, Kak Ain berikan teaser kedua Aku Mahu Saiz S pula.

“Seronoknya!” Hatinya betul-betul berbunga riang.

Email yang dikirim oleh kawan siber bernama Mr. LobakLobak itu benar-benar menceriakan hari. Terasa berseri-seri bagai diwarnai pelangi!

Jarinya menekan butang tetikus itu dengan pantas. Tidak sabar mahu membaca isi kandungan email hari ini. Mr. LobakLobak yang sudah dikenalinya lebih satu tahun melalui internet kini sudah menjadi rakan paling akrab.

***********************************************************************************

Suject: Gambar

Assalamualaikum puteriku!
How are you today?
Saya terlebih sihat…berkat makan lobak yang banyak!
Diam tak diam dah setahun kita kenal sebagai kawan di internet kan? Saya seronok dapat kawan dengan awak, Puteri!
Bila kawan dengan awak, awak bukan macam kawan-kawan perempuan saya yang lain. 24 jam asyik control cun! Menyampah!
Awak selalu berkongsi kisah sebenar hidup awak.
Awak tak hipokrit.
Awak tak emosi (macam perempuan-perempuan lain yang tiba-tiba kena angin kus-kus)
Awak juga sangat-sangat mengambil berat.
Pendek kata….awak memang da bomb!

Saya teringin sangat nak berkenalan dengan lebih dekat dengan awak. Setahun asyik tukar-tukar email, rupa masinh-masing pun tak pernah kenal. Apakata sempena ulangtahun perkenalan kita yang pertama ni, kita tukar-tukar gambar?

Kerana saya yang mencadangkan…saya juga akan mulakan dulu. In this email, I enclosed with it my very own picture. Saya tak hensem, kacak pun tidak. Cuma manis tu adalah!

I can’t wait to see your picture in the next email! Jumpa lagi lain kali puteriku! Till then, you take care!

Regards,
~mr.lobaklobak~


*************************************************************************************

Ketika membaca email kali ini, bunga-bunga keriangan pada hatinya lenyap serta-merta! Sekelip mata dadanya berdebar kencang.

Nak tukar-tukar gambar???

Ketika itu dia sudah terasa sesak nafas. Dia terasa nak pengsan. Dia terasa nak mati!!

2 comments:

Anonymous said...

bestnyer!!! tak sabar nak tunggu keluar!

ira said...

best nyer..tapi knaper akak tak wat prkenalan melalui SMS???mcm tu la ira...