11 April 2008

Surat Memohon Maaf The Wannababes.

Assalamualaikum semua,

Hari ini Kak Ain dan pihak PTSOne melalui proses memilih pemenang bagi Peraduan Aku Mahu Buli.

Kak Ain asyik ketawa sahaja apabila membaca surat memohon maaf The Wannababes yang ditulis oleh adik-adik.

Ada yang berikan tip-tip kuruskan badan kepada Mimi Monira.


Oleh Cik Adik Nureen Azian

Ada pula surat yang berwarna warni. Memang kreatif sungguh.


Oleh Cik Adik Nur Amalina Farhana

Ada yang mengarang pantun. Sakit perut Kak Ain ketawa dibuatnya.


Oleh : Cik Adik Foo Kah Men

Ada juga yang buat surat hingga jadi jin kepala toncit.


Oleh Cik Adik Aifa Rosli

Memang adik-adik semua pandai meminta maaf dalam masa yang sama terselit sindiran kelakar.


Oleh Cik Adik Nurul Izzah Abd Malik.

Tak cukup menyindir, siap beri rasuah tiket konsert lagi.


Oleh Cik Adik Nornajwa Amira

Memang kreatif dan kelakar. Kak Ain dan pihak PTSOne menghadapi kesukaran memilih pemenang. Namun seperti yang dijanjikan, kami telah berjaya memilih pemenang peraduan ini.

Kak Ain akan umumkan pemenangnya pada hari Sabtu jam 1 petang. Jeng-jeng-jeng. Tunggu..........

Wasalam
AinMaisarah

9 comments:

IZZ HAZWANI. said...

Ish!Ruginyalah saya tak masuk peraduan ini.Tak apa.Lain kali,buku lain,kak ain ada buat lagi,kan?Akak,harini tak ada keluar kat Berita Harian ke??Saya ttak beli lagi suratkhabar...balas cepat ye?

MIRA said...

Kak Ain,saya dah dikira sebagai pemenang ke?Ataupun saya dah dikira sebagai pemenang tapi x tahu lagi kedudukan no berapa?

Anonymous said...

aik....

tadi kata 10 pagi lepastu 1 petang pula...
alaa...sara minta tolong kak ain....
tolonglah jangan bertangguh-tangguh...
tak kira lah sara menang ke tidak...
sekurang-kurangnya hati taklah tertunggu-tunggu.

AinMaisarah said...

Salam,

Sara punya pasal, Kak Ain umumkan sekarang.

wasalam
AinMaisarah

Anonymous said...

nasib bek gue pnyer k.ain x tnjukkan..

buat malu jer..
anyway yang menang tu congratulation yer..

sayalah! said...

saya tak sangka idea diorang lagi hebat! siap berpantun-pantun ++ bagi tips semua. memang tabiklah!!

p/s: saya suka surat Amalina!!

Anonymous said...

kreatif sungguh surat-surat para pemenang.
tak tau pula kak ain terus umumkan nama pemenang.
jadi waktu tu sara dah berura-ura tutp komputer.

Sara tak kisah..
memang itu adat bertanding...
lagipun ini kali pertama sara masuk peraduan...
sebelum ni, yang masuk pun anjuran sekolah...

Unknown said...

KELAKA LA... PANDAI DIOWNG BUAT SURAT TU..

Allie Foster said...

kak ain the wannababes mmg benar2 wujud ke kak ain....