11 July 2008

AinMaisarah & HP Mini

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah.

Maaf kerana Kak Ain tidak memasukkan entri ini semalam (Kak Ain tahu hari Sabtu ramai yang jadi penunggu setia depan komputer) Seharian Kak Ain di Mid Valley. Pagi teman Cik Abang pergi gim di California Fitness. Tengahari ke MPH menyaksikan pertunjukan silap mata oleh En. Amar, penulis PTS yang menghasilkan buku 55 Silap Mata Mudah. Petang hari Kak Ain sudah keletihan.

Sebenarnya sudah lama Kak Ain nak masukkan entri ini. Namun Kak Ain perlu tunggu Cik Abang edit gambar dan Cik Abang pula baru berkesempatan menyiapkannya malam ini. Entri kali ini adalah susulan cerita Kak Ain sebelum ini. Jika tidak ingat bolehlah klik di >>sini<<.

Kisah bermula pada hari yang cukup indah. Telefon bimbit Kak Ain berdering. Nombornya Kak Ain tak kenal, jadi Kak Ain buat suara garang sedikit bila menjawab panggilan. Rupanya pihak HP telefon nak beritahu tentang ketibaan 100 produk komputer riba HP Mini.

Dengan senyum simpul, terus Kak Ain heret Cik Abang pergi Pavilion dan menuntut hadiah seperti yang dijanjikan.

Inilah rupa HP Mini yang ditunggu-tunggu selama ini.





Memang kecil. Memang mini.

Oleh kerana komputer riba ini bersaiz mini, maka Kak Ain perlu ada mouse yang sepadan. Mouse lama Kak Ain warna merah, sama warna dengan komputer riba yang lama. Jenuh juga pusing satu Plaza Low Yatt semata-mata mencari mouse yang berkenan di hati. Kak Ain nak cari yang stylo dan berwarna kelabu, tetapi tak jumpa-jumpa. Akhirnya, mata Kak Ain terlihat mouse kecil molek jenama Canon.

Kak Ain tak fikir panjang dan terus bayar di kaunter. Suka sungguh tengok gabungan dua alat teknologi kecil ini. Memang sepadan sekali!

Tapi pada masa yang sama, Kak Ain tetap akan merindui komputer riba berwarna merah yang juga hadiah pemberian Cik Abang, masa zaman Kak Ain belajar dulu. Ianya masih berfungsi dengan baik. Ianya juga menjadi alat Kak Ain menyiapkan tujuh novel terdahulu. Hmm... memang besar jasanya pada Kak Ain. Kak Ain tak mahu jual, sebaliknya bercadang nak jadikan komputer kerja di rumah kerana saiznya yang besar dan berat.

Kak Ain harap komputer HP Mini ini akan berkhidmat dengan baik. Jangan rosak-rosak. Jangan nak meragam. Ada banyak lagi novel mesti dihasilkan. Cik Abang di sebelah dah jeling semacam nak pastikan Kak Ain tunaikan janji menghasilkan 100 novel yang menanti.

Salam Hujung Minggu,
AinMaisarah

9 comments:

Alya said...

tahniah k ain sbb dpt laptop baru!!
sekarang ni pon alya dok pakai laptop mini ayah .. serupa saiz cam k ain punya!!
jenama eesus kowt nama dia..

salam,
alyathewonders

seasonywonders.blogspot.com

Farah Hanum said...

salam kak ain....
tahniah juga buat kak ain dapat laptop yang comel macam kak ain...hehehe cute laa geram.saye guna komputer je....

wassallam...
farah_hanum...

Anonymous said...

kak ain,saya pn ada laptop yang sama dengan kak ain.memang kecik,nak tengok ayatnya pun kena dekat2 sebab kecik sangat.

nurul hidayah roslan said...

Salam kak ain,


Wah! lawanye laptop tu......AKU MAHU LAPTOP!!!!:):) heheheh..

tak pe yang penting kak ain dpt siapkan 100 buah buku!!!

wasalam,
dayah

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain ,

Wah! Dah dapat HP Mini er ?
Comel dan kecillah dia.
Mesti mahal kan ?

Kak Ain harus tunaikan janji untuk siapkan 100 buku dengan HP Mini tu yer ;)

Anonymous said...

K.Ain,

jual komputer merah tu pd saya boleh tak?
saya berkenan sangat..pls ;(

lagipun mana tau blh dpt warisi bakat menulis k.ain... ;p

hihih,
miszqiqin

BalqisBasri (^^,)v said...

Balqis pun nak sokong laa Cik Abang...
Kak Ain kena tunaikan janji nak siapkan 100 buah buku tu...
hehehehe...

Nape Kak Ain tak ambil HP Mini yang ade corak warna pink ?
Balqis rasa yang tu lagi cantik...
Tapi citarasa Kak Ain tak sama laa ngan Balqis...hehehehe

MIRA said...

Salam,

Bestnya dpt laptop baru.Saya baru saje dpt komputer flat screen+bilik besar berwarna pink!Hujung thn baru nak pindah.

Anonymous said...

K.Ain jawaplah soalan saya...boleh tak kalau saya nak beli laptpo k.ain warna merah tu?