31 May 2008

AinMaisarah Mahu Semangat Menulis - Bahagian II

Salam buat semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah,

Seperti dijanjikan, hari ini Kak Ain sudah berikrar mahu menulis dan menulis. Jadi Kak Ain buat keputusan mahu ke pejabat dan menulis dengan jayanya!

Berasap juga Kak Ain menulis hari ini. Apabila jam menunjukkan pukul 6.00 petang, Cik Abang ajak berehat sebentar ke Pavilion. Kak Ain ikutkan sahaja sebab kepala pun dah penat. Berjalan kaki ke Pavilion yang jaraknya hanya sekangkang kera dari pejabat kami, Cik Abang tiba-tiba berkata... "Sebenarnya, ada satu hadiah suprise lagi."

Kak Ain laju bertanya. "Hadiah lagi? Hadiah apa? Beg GUESS?"

Cik Abang membalas, "Wah! Wah! Wah! Banyak cantik. Asyik beg GUESS sahaja yang difikir dalam kepala."

Kak Ain tersengih. Memang kepala Kak Ain selalu ada imej beg GUESS. Susah nak dipadam! Kak Ain tanya lagi, "Habis tu, hadiah apa?"

"Nanti sekejap lagi boleh tahu." Cik Abang terus berahsia. Iskk! Mendera minda sungguh dibuatnya. Kak Ain mula menyenaraikan segala macam benda dalam Pavilion yang mungkin akan jadi hadiah itu. Tapi masih beg GUESS juga yang menghiasi minda. Heheh... =D

Akhirnya kami sampai ke bahagian ruang legar Pavilion. "Hadiahnya ada di sini."

Di depan kami, syarikat komputer HP sedang membuat pelancaran model terbaru komputer riba. Kak Ain menurut sahaja langkah Cik Abang yang mendekati salah satu komputer yang dipamerkan. Komputer riba kecil itu dipanggil HP Mini. Memang kecil. Memang comel.

"Hah... inilah hadiahnya." Cik Abang mengumumkan juga kejutan yang disimpannya.

Tak ada angin, tak ada ribut... tiba-tiba dapat komputer riba baru??? Iskk... Cik Abang demam agaknya!

"Kenapa tiba-tiba nak hadiahkan laptop baru?"

"Biar tambahkan semangat nak menulis. Lagipun laptop lama Ain tu berat sangat."

Huh? Itu saja sebab utamanya? Hai... tak sia-sia Kak Ain hilang semangat menulis selama beberapa minggu ini! Cik Abang jadi terlebih risau dan terus nak suntik semula semangat Kak Ain dengan bermacam cara. Kalau tahulah... Kak Ain buat angin tak mahu menulis ini setiap tiga bulan sekali. Barulah dapat hadiah kejutan selalu! Heheh!

Inilah rupanya hadiah Cik Abang. Cik Abang sempat berpesan, dengan laptop baru ini mesti menghasilkan 100 tajuk buku lagi. Baik, Tuan!




Buat pengetahuan semua, laptop HP Mini ini masih belum sampai ke Malaysia. Dua minggu lagi barulah Kak Ain akan terima hadiahnya. Cik Abang sudah buat tempahan dan bakal menjadi 100 pelanggan pertama seluruh Malaysia yang membeli model terbaru HP ini.

Setelah puas bergambar, Kak Ain balik semula ke pejabat dengan semangat yang berganda. Malam ini Kak Ain akan menulis lagi. Kak Ain akan buktikan, Kak Ain mampu siapkan novel ke-lapan dengan jayanya. Kak Ain akan pastikan di masa hadapan, AinMaisarah muncul dengan 100 judul buku buat tatapan pembaca. Amin!

Salam Semangat,
AinMaisarah

25 comments:

Anonymous said...

Salam K.Ain,

Bestnyeee dapat laptop baru!!!!!
Mesti K.Ain tgh happy sgt tuh kan??
Saya pun suka tengok K.Ain gembira sebab nanti K.Ain akan menulis cerita yang lebih meletup lagi! Saya doakan.
Harap ingat lagi pada saya,
Aleesa (jumpa K.Ain di Alamanda)

cutegirl_balqis said...

Salam Kak Ain,

Wah....bestnya Kak Ain dapat laptop baru....Balqis pun teringin nak laptop tapi takde rezeki lagi laa nak dapat....

Kak Ain...boleh pujukkan cik abang supaya beli laptop untuk Balqis juga ???? Nak yang sama macam Kak Ain punya...hehehehe
Nanti Balqis suruh ayah Balqis bayar ansur-ansur kat cik abang....[gurau je tapi Balqis memang teringin sangat laptop tu]

Laptop tu punya corak cantik laa Kak Ain,saya suka sangat [berapa kali laa saya nak cakap saya suka]

Apa-apa pun,harap Kak Ain bersemangat untuk menulis buku dengan laptop baru tu...Pandai cik abang pujuk Kak Ain....

Kirim salam kat cik abang [hehehehe,Kak Ain tak marahkan ???]


p/s:Balqis rasa laptop tu lagi best kot dari beg Guess...

:::~~Izzati Hazwani~~::: said...

Bertuah Kak Ain ye?

Ini dia::-
Aku Mahu Kak Ain Lebih Bersemangat

puteri said...

Askum kak ain...wah laptop kak ain suba sebesar 2 novel ...wah hebat blh masuk beg sandang sy ..hehe....blh la kak ain sambil buat kerja sambil minum2 kat starbuck ke ....heheh...kan kecik senag dibawa kemana-mana....semoga kak ain akan sentiasa bersemangat menyiapkan novel2 yg meletup..

puteri said...

kak ain kat atas ni sy tersalah tulis...sy nak tulis 'askum kak ain...wah laptop kak ain suma sebesar 2 novel..wah hebat blh masuk beg sandang sy..hehe...blh kak ain sambil buat kerja sambil minum2 kat starbuck ke..heheh...kan kecik senang dibawa kemana-mana...

nana said...

salam kak ain,
wah!!dapat laptop baru.kalau kak ain hilang semangat tiga bulan sekali,saya rasa boleh bankrap cik
abang tuh..hehehe.assalamualaikum..

nurul hidayah roslan said...

Salam kak ain,


Wah dapat laptop baru???Dayah pon nak jugak!!!heheheh:)oklah kk ain asalakan kk ain dapat buat 100 novel tu ye???ramai peminat kak ain tgh tunggu novel kak ain tuh..GOOD LUCK yee...GO kak ain!!!


wasalam,
dayah

farah said...

salam kak ain..
bestnyer dapat laptop baru..
ayah fara ada tanye..
kalau dapat 5A UPSR nak hadiah ape?
nanti fara akan jawab nak laptop yang cute macam kak ain punye tu..
nanti dah besar Fara nak suami yang perangai die macam cik abang kak ain..
wah..romantiknya..

farah said...

salam kak ain
Hah! sekarang fara dah tau rahsia KAk Ain..
Kak Ain tak pakaikan cermin mata PRADA tu sebenarnya..bile nak edit gambar baru kak ain letak cermin mate tu?
kak ain mesti seronok dapat laptop baru kAn?
kalau kak ain seronok dapat laptop baru, fara pulak seronok dapat kamera sendiri baru. sebab fara dapat 5A ujian pertengahan. saya doakan kak ain sentiasa berjaya terutamanya dah dapat laptop baru ni kan..

p/s: semoga kak ain membalas kedua-dua komen yang saya berikan

Sara Imanina said...

Salam kak ain,

wahh, bestnya kak ain dapat laptop baru. keluaran yang terbaru HP lagi tu. Sara pun ada laptop sendiri.tapi laptop Apple warna putih.

Wahh, bestlah cik abang ni. Sara nak hadiah juga ! Cik Abang ni memenag baik lah...Kak Ain buatlah angin lagi..biar cik abang bagi hadiah banyak-banyak dekat kak ain.. hihi bankrup lah cik abang...

fazlin said...

salam kak ain,

wah... besnya dpt laptop baru..
cik abang kak ain ni mmg syg kat kak ain..
bertuah kak ain dpt dia kan...
kak ain mesti tunaikan janji kak ain tau..
100 buah novel.
semoga kak ain dpt menghasilkan novel yg bes2...
dh dpt hadiah yg gempak hasil kerja pon mesti gempak..

buat yang terbaik..
kak ain boleh buat..
cayalah..

aini said...

salam k.ain

best nyew dapat laptop baru..
cute plak tu..

skrg dh ade smgt?
bgos!
kite akan sokong akk sampai bile2..
and pastikan akk tulis 100 buah buku..

kite nak bcer..
and harap nyew akk buat cte yg lbh meletop lg!!

Aimi Nadhrah. said...

salam, kak ain!
wahh.. comelnyee laptop tu. kecik je. salah satu benda yg saya idamkan selama nie ialah utk memiliki satu laptop secomel tu. tp, duit tak cukup lg apa boleh bwt. hehee

waah.. dh nak dapat laptop baroo yg cute miut nie, harap2 hasilan kak ain melalui komputer trsebut menjadi lebih... lebih mantap lah! insya-allah!

P/s: kita blum prnh berjmpe lg kak ain. sy bkn aimi yg kak ain jmpe di alamanda. sy x berpeluang hndk ke alamnda atas dasar saya sedang menghdpi DARURAT. kui3. :P

ainmaisarah said...

Dear Aleesa,
Kak Ain ingat lagi Aleesa yang kecil molek tapi pendiam tu. Terima kasih kerana sudi jumpa Kak Ain. Ada masa kita jumpa lagi ye!

Salam Balqis,
Kak Ain sebenarnya tak menduga Cik Abang nak belikan laptop baru. Ini kerana laptop Kak Ain yang merah itu masih sihat walafiat lagi. Cuma laptop merah Kak Ain memang berat. 2.3kg. Laptop HP Mini ini 1kg sahaja. Kak Ain dah sampaikan salam Balqis pada Cik Abang. Dia gelak baca mesej Balqis.

Dear Izzati Hazwani,
Oh! Terima kasih kerana mahu Kak Ain menulis dengan lebih bersemangat! Kak Ain akan berusaha sedaya upaya bagi memenuhi permintaan Izzati!

Dear Puteri,
Memang salah satu sebab utama Cik Abang nak belikan laptop HP Mini itu kerana saiznya yang kecil dan ringan. Cik Abang kasihan apabila bahu Kak Ain jadi merah-merah setiap kali bawa beg komputer ke sana sini. Eh? Mana Puteri tahu Kak Ain selalu menulis di Starbuck ni?

Dear Nana,
Jangan risau. Selama 2 tahun menulis...ini kali pertama Kak Ain tak ada semangat nak menulis. Cik Abang risau dan tak pernah lihat keadaan Kak Ain yang begitu. Itu sebabnya dia sudi bangkrap sedikit.. asalkan Kak Ain kembali aktif menulis =D Heheh

Dear Dayah,
GO DAYAH TOO! Iskk..Kak Ain rasa kita patut minum minuman khasiat Ali Go Cocoa, supaya kita sentiasa GO GO GO! =D

Dear Farah,
Memang Kak Ain tak pakai spek PRADA tu. Apabila nak masukkan gambar dalam laman web Rumah Pink AinMaisarah... mesti edit letak spek tu. Ini supaya ada unsur misteri nusantara! =D Kak Ain doakan Farah mendapat 5A dalam UPSR ye! Yakin boleh!

Dear Sara Imanina,
Wah! Kak Ain suka laptop warna putih. Sekarang ini laptop Kak Ain warna merah. Usianya sudah 3 tahun. Sudah 7 buku terhasil menggunakan laptop merah itu. Sayang sangat! Sara tak perlu risau. InsyaAllah Kak Ain tak ada 'angin' lagi. Kak Ain perlu terus bersemangat menulis!

Dear Fazlin dan Aini,
Harapnya 100 judul buku itu menjadi satu realisasi. Mungkin ketika itu umur Kak Ain dah mencapai 50 tahun. Waktu itu adakah Cik Adik berdua masih nak membeli buku Kak Ain?

Dear Aimi,
Maafkan Kak Ain kerana tersilap orang. Kak Ain ingatkan ini Aimi kawan Syiqin di Alamanda Putrajaya. Nampaknya ada Aimi 1 dan Aimi 2. Harapnya nanti kita boleh berjumpa ye.

Salam Sayang,
AinMaisarah

Anonymous said...

wah wah wah! beshnye kak Ain dpt laptop br!
nk jugak!
Bgs la kak Ain happy, nanti buat novel besh2 lg k!
gud luck kak Ain!

~Nur Nadzirah
Seremban, Negeri Sembilan

::fatin:: said...

bestnya kak ain..
dpt laptop baru..
dengan laptop yg comel ni , mesti kak ain boleh bawa ke mana-mana sahaja kak ain pergi kan???

najwaamira said...

Salam kak Ain,

Comelnya notebook tu.Kak Ain,samalah kita.Mama Mira pun cakap dia nak beli notebook yg baru untuk Mira.Jenamanya ACER..

najwaamira said...

Teruskan semangat menulis!!Kalau dah dpt notebook baru,pastikan kak Ain menulis 40 mukasurat sehari!!!Huh,ini mendera namanya kan???Gurau je..Hehhe

ecah95 said...

K.Ain!
nape mesti pki spek tue? nape??
saya nak tgk muke k.ain.
plsss?
dari tepi saya tgk comel sgt.
nape mesti pki cermin mata??
(maaf saya tanya byk kali)

aini said...

salam k.ain

i-allah..beli punyer la.
don't worry..hahaha..

lg pun bk akk best2 belaka..
nanti kalo dh kawen bole tnjuk kt ank ni la penulis pts one yg popular..(wah..kecik lg dh ckp psl kawen..hahaha)

anyway..chaiyok2 ye k.ain..jgn hilang semngt lagi..nnti bankrup c.abg nak belikan something yg bole beri smgt..hahaha...

Syuhada Fadlia said...

Cantik nyer laptop tuh n_n...
Moga2 bile dah dapat laptop yg cantik tuh, dapat lah tambah ayat2 yg cun! hurm..saya org baru kat sini..kak ain x kenal saya lagi.tapi moga2 kite akan berjumpe..!
PEMINAT NOVEL KAK AIN,
Syuhada

:: Fatin Hanani :: said...

satu lg kak ain..
wah..
tinggi betul cita-cita kak ain..
100 buku..
insya-ALLAH akan jadi kenyataan kalau kak ain bersemangat tinggi untuk menulis..
kami di sini doakan kejayaan kak ain!

Ain Maisarah said...

terima kasih atas semua sokongan anda semua

~aqma_rockgurlz~ said...

Salam Kak Ain,

Wah, dapat laptop baru nampak...
Seronoknye Kak Ain dpt orang mcm cik abg tu... Cemburu saya tau... Cantik, comel... Alangkah seronoknye kalau sy dapat laptop tu... Tp x pe, sy akan belinya suatu hari nanti.. Semoga dengan adanya laptop baru, Kak Ain semakin rajin menulis lah ye...

Salam drpd peminat,
<~Aqma~>

irahazira said...

Caiyok Kak Ain!!

Kami semua pun dah tak sabar nak menambah koleksi novel ke-8 Ain Maisarah! =D