Showing posts with label AinMaisarah Berkongsi Cerita. Show all posts
Showing posts with label AinMaisarah Berkongsi Cerita. Show all posts

02 January 2012

Selamat Tinggal Memori 2011 - Bahagian 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, Kak Ain amat bersyukur diberi peluang hidup setahun lagi. Diberi kepanjangan umur sehingga ke hari ini. Diberi kesempatan bekerja dan berusaha hingga mencapai umur 30 tahun mengikut kalendar Masihi.
Errr.... ada gaya AinMaisarah sudah 30 tahun? @____@


Secara peribadi, tahun 2011 adalah tahun yang penuh warna-warni buat Kak Ain. Kak Ain akan cuba buat rumusan bergambar bagi entri kali ini ya!

JANUARI 2011



Tahun 2011 amat manis pembukaannya kerana pada tarikh 1 Januari 2011, Kak Ain menerima paparan media muka hadapan di Berita Harian. Waktu itu gambar Kak Ain lebih besar daripada gambar PM Dato' Seri Najib Tun Razak, tahu! Hehehe.... ia memang penyuntik semangat ala-ala Livita buat Kak Ain mengharung 2011!

Pada Januari 2011 juga, Kak Ain memulakan penulisan novel bersiri selama 40 minggu bertajuk 'Jutawan Gedik'. Sungguh Kak Ain berterima kasih kepada pihak Berita Harian kerana membuka peluang kerjasama dan promosi. InsyaAllah, moga-moga ia berterusan pada tahun-tahun mendatang. Amin!




FEBRUARI 2011

Bulan Februari, Kak Ain keluar majalah. Sebelum ini memang pernah beberapa kali keluar majalah, namun kali ini lebih istimewa kerana Kak Ain dipilih menjadi cover girl muka hadapan majalah tersebut.

Inilah gambarnya:



Ops... silap-silap! Perasan diva setaraf Dato' Siti Nurhaliza sekejap =) Hehehe... baiklah, kepada yang terlepas isu Februari 2011 Majalah Anis... inilah gambar dan sisipan cerita mengenai AinMaisarah sebagai penulis novel.



Bulan Februari 2011 juga menyaksikan Kak Ain mengorak langkah berbeza apabila membuka penerbitan sendiri. Sebelum ini semua buku-buku tulisan Kak Ain diterbitkan di bawah naungan PTS Sdn. Bhd. Bermula Februari 2011, Kak Ain mempunyai penerbitan sendiri yang diberi nama BLINK BOOK Sdn. Bhd.



Sebenarnya Kak Ain dapat banyak pertanyaan. Mengapa Kak Ain tidak menulis dengan PTS lagi? Merajuk? Bergaduh? Atau sudah tidak sehaluan?

Oh, bukan... bukan... bukan! Sebenarnya Blink Book Sdn. Bhd. adalah syarikat gabungan antara Kak Ain dan 2 orang pemegang saham PTS sendiri iaitu Puan Ainon Mohd. dan Tuan Arief Hakim Sani. Mereka juga menjadi pelabur utama syarikat ini dengan memberi suntikan modal. Malah syarikat besar PTS masih lagi merupakan syarikat yang mengedarkan buku-buku BLINK ke seluruh Malaysia.

Ini kenyataan rasmi oleh Puan Ainon Mohd. iaitu pengasas PTS di laman webnya. InsyaAllah, Kak Ain sangat berpuas hati bekerjasama dengan penerbitan PTS dan harapnya hubungan baik ini kekal hingga bila-bila.

Bulan Februari juga, Kak Ain akan ingat kenangan manis dijemput ke Pesta Buku Brunei. Ini kali kedua Kak Ain ke sana dan ia lebih istimewa kerana Kak Ain pergi bersama sasterawan negara iaitu Dato' A. Samad Said! Berharga sungguh pengalaman ini kerana dapat mendengar cara Bapak Samad bekerja dan berusaha menjadi penulis lagenda.




Satu yang hebat tentang Bapak Samad, orangnya sangat menepati masa! Apabila berjanji mahu ke mana-mana, Bapak akan menunggu di lobi hotel, 15 minit sebelum masanya. Dan nasihat yang paling Kak Ain semat dalam hati adalah supaya terus kuat mengharungi dunia buku dan penerbitan... walau apapun cabaran.




Moga-moga akan ada lagi jemputan majlis bersama Bapak Samad yang sangat Kak Ain hormati karisma, kejayaan, ketabahan dan kehebatan penulisannya!

MAC 2011

Setiap tahun, Kak Ain menyambut ulangtahun kelahiran pada tarikh 5 Mac. Tahun ini Kak Ain dapat hadiah Mac Book Air daripada Cik Abang suami. Yeay!


Namun hadiah ini sebenarnya diterima kerana komputer riba Kak Ain hilang dicuri! Cermin kereta dipecahkan dan perompak begitu laju melarikan komputer yang diletak di tempat duduk belakang! Walhal kami hanya pergi makan sekejap selama 20 minit sahaja. Waktu itu, 10 siri Jutawan Gedik (bersamaan 80 mukasurat penulisan) hilang langsung kerana Kak Ain tidak sempat buat salinan. Huhuhu!

Itu sebabnya suami Kak Ain gantikan dengan Mac Book Air yang ringan. Buat pengajaran... jangan sesekali tinggalkan komputer dalam kereta!

APRIL 2011

Tahun 2011, Pesta Buku Antarabangsa PWTC bermula pada tarikh 22 April. Tahun 2011 juga merupakan tahun kedua Kak Ain mengambil bahagian. Keluar duit poket sendiri sebanyak RM10,400 bagi menyewa dua gerai selama 10 hari Pesta Buku. Itu belum lagi masuk kos hiasan gerai, hadiah-hadiah buat pembaca dan gaji pekerja. Oh! Ikutkan memang banyak modalnya!




Macam biasa, Kedai Pink AinMaisarah tampil berbeza kerana dekorasi gerainya memang over. Hehehe.... ^___^ Ini antara gambar kenangan sewaktu Kak Ain pasang langsir blink-blink. Semangat ala-ala hari raya Aidilfitri!



Penatnya menyiapkan gerai, hanya Allah yang tahu! Dari 10 pagi hingga 10 malam, barulah segalanya siap. Namun segala penat terasa berbayar apabila Kedai Pink menerima kunjungan pelanggan yang penuh sesak!



Sebenarnya Kak Ain selalu berbahagi perasaan apabila mahu menghadapi pesta buku. Seronok mahu jumpa pembaca buku, tetapi pada masa yang sama... takut menghadapi suasana stress melayan terlalu ramai orang. Bayangkan, beginilah suasana pembaca yang beratur meminta tandatangan, setiap kali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.




Sampaikan bergambar pun sudah sakit-sakit mata... kerana banyak kamera dan berposing dengan berlainan pembaca!




Apapun, rasa seronok tetap memonopoli kerana tahun 2011... Kak Ain menang gerai terbaik di PWTC. Jualan buku-buku juga amat menggalakkan. Paling hebat tentulah peluang berjumpa pembaca yang datang dari jauh dan dekat. Kak Ain memang amat menghargainya!

Bagi tahun 2012 ini, Kak Ain sudah menempah 3 gerai di ruang legar PWTC. Harap semua pembaca doakan supaya dapat tempat strategik ya!

MEI 2011

Bulan Mei merupakan bulan rezeki kerana Cik Abang suami serta syarikatnya Cardyna Sdn. Bhd. terpilih menjadi syarikat yang menerima kemudahan kilang di bawah fasiliti usahawan MARA. Hanya 18 syarikat yang terpilih dan kilang seluas 5000 kaki per segi ini tidak perlu berbayar sewa selama 2 tahun! Wuhuuuu.... jimat duit sewa! (Sekiranya menyewa kilang sebesar keluasan tersebut di kawasan sekitar KL/Selangor, sewanya boleh mencecah RM10,000 sebulan!)




Kilang ini akan menghasilkan jus roselle, jus buah-buahan dan RO Drinking Water. Sekarang Kak Ain sedang bodek-bodek, meminta keluarkan air minuman The Wannababes, mengambil inspirasi air minuman Hello Kitty ini:




Bolehlah semua pengunjung dan pembaca yang singgah Kedai Pink AinMaisarah di Pesta Buku PWTC hilangkan dahaga dengan meminum air yang berpakej cantik sebegini! Harapnya impian Kak Ain dapat direalisasi!

JUN 2011

Oh.... rasanya setakat ini dahulu entri memori 2011 dan ianya perlu bersambung ke Bahagian 2. Ini kerana Kak Ain sudah penat sangat mencari satu per satu gambar kenangan sepanjang 2011! @____@

Bila mahu sambung ya? Hmm... sekiranya ramai memberi komen pada entri blog ini, maka Kak Ain akan buat sambungannya secepat mungkin! Sekiranya kurang komen, Kak Ain buat sambungan cerita tahun 2013 pula! Hehehe! ^___________^ 

Salam Sayang Jumpa Lagi,
AinMaisarah

06 November 2011

Selamat Hari Raya AidilAdha, ucapan dari AinMaisarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pagi ini Kak Ain sudah siap-siap memakai telekung 'pink' mahu pergi ke masjid. Mari kita menunaikan solat sunat AidilAdha. Jangan lupa mandi sunat hari raya dan memakai baju yang paling elok bagi menghadap Tuhan ya!


Selamat hari raya AidilAdha kepada semua! Tahun ini Kak Ain berdoa, mohon dimurahkan rezeki supaya dapat kembali ke dua tanah suci menunaikan umrah dan haji dalam masa terdekat. Ya Allah, mohon permudahkan. Ya Allah, mohon kabulkan.



Ini gambar Kak Ain sewaktu singgah di Laut Merah, dalam perjalanan kembali ke Malaysia setelah menunaikan umrah. Rindu mahu pergi lagi =(


Salam Sayang,
AinMaisarah

26 September 2011

Pembukaan Semula Kedai Pink AinMaisarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Moga semua pembaca buku AinMaisarah ceria-ceria selalu dan berada dalam lindunganNya.

Okey, hari ini Kak Ain buat satu entri pemberitahuan. Pemberitahuan khas mohor besar Raja-raja bahawa sesungguhnya... Kedai Pink AinMaisarah kini dibuka kembali seperti biasa!

Yeay! Sudah ada banner baru juga =)




Mari shop-pink dengan cara mudah. Mari beli buku hanya dari rumah. Mari beli buku-buku terbaru yang siap bertandatangan oleh AinMaisarah. Tandatangan original seperti ini =)




Paling seronok, pembaca-pembaca boleh dapatkan buku-buku terbaru Blink Book Sdn. Bhd. bertajuk AKU MAHU SAIZ XL dan AKU MAHU LAWAN HANTU.

Ini laman web rasmi KEDAI PINK AINMAISARAH... klik jangan tidak klik ya!

Paling penting, bacalah bahagian CARA BELI supaya memudahkan para pembaca membuat pesanan.






Namun kepada pembaca yang masih tidak faham cara pembelian, Kak Ain nasihatkan agar minta bantuan ibubapa, kakak abang dan saudara-mara yang lebih berusia bagi mempermudahkan urusan pembelian. 

Okey semua. Sekali lagi Kak Ain ingin war-warkan... inilah pautan Kedai Pink ya! 


Salam Shop Pink,
AinMaisarah

17 July 2011

AinMaisarah & Kesibukan, Tidak Dapat Dipisahkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semoga semua pengunjung Rumah Pink berada dalam kesihatan dan keceriaan berpanjangan. Itu doa Kak Ain untuk semua. Kak Ain sendiri kurang sihat dan membuatkan keadaan bertambah stress apabila terpaksa melalui waktu sibuk sebegini. Sibuk buat apa? 

Kak Ain sibuk memenuhi jemputan bagi Program Jelajah Sekolah yang berjalan dengan giatnya! Malah Kak Ain sudahpun menjelajah hingga 100 sekolah sepanjang program ini dijalankan! Alhamdulillah!

Semua sekolah yang menjemput juga mahu memastikan program dilakukan sebelum Ramadhan. Ia membuatkan sepanjang dua minggu lepas, hari-hari Kak Ain seperti hari persekolahan! Bangun pukul 5.00 pagi dan 7.20 pagi sudah ada di tapak perhimpunan. Kak Ain akan memberikan ceramah di perhimpunan selama 20 minit mengenai kempen membaca dan menulis serta memperkenalkan  buku-buku PTS.




Selepas itu, Kak Ain akan bertemu pelajar ketika waktu rehat. Waktu ini... bersiap-sedialah mahu tandatangan berpuluh-puluh buku dan beratus-ratus kertas kosong. Ada ketika perlu tandatangan atas duit, telapak tangan dan t-shirt! Pada waktu yang sama, Kak Ain mesti bersiap-sedia mahu beramah mesra dengan barisan beratur murid-murid yang panjang.




Haaa.... selesai semuanya, Kak Ain bolehlah menarik nafas sekejap. Tetapi kerja belum selesai! Ini kerana Kak Ain bertanggungjawab menjalankan bengkel penulisan selama satu setengah jam secara percuma kepada pelajar-pelajar yang berminat.




Habis bengkel, barulah Kak Ain boleh meninggalkan sekolah pada pukul 1.00 tengah hari. Waktu itu sudah lembik seperti sayur! Hehehee.... tetapi selalunya Kak Ain ambil tenaga kembali dengan minum kopi. Yeay! Kita minum dahulu! =)

Waktu petang pula adalah masa Kak Ain menyiapkan kerja-kerja penulisan. Kak Ain perlu mengejar produksi buku-buku di bawah penerbitan Blink Book Sdn. Bhd. Setakat ini ada dua buku baru yang sudah siap diedit, dimasukkan dalam layout dan menunggu ke mesin cetak bertajuk:

Aku Mahu Saiz XL



dan Aku Mahu Lawan Hantu (kulit novel ini belum lagi yang final)



Selepas siap dua buku itu, Kak Ain belum boleh bersenang-lenang kerana ada manuskrip-manuskrip baru yang menunggu. Kak Ain akan mula mengerjakan manuskrip 'Aku Mahu Cincin di Jari' dan turut sama pecah kepala memikirkan cadangan kulit novel yang terbaik.

Aduh-aduh-aduh... sekiranya boleh, Kak Ain mahu selesaikan manuskrip ini sebelum Ramadhan menjelma. Mampukah mengejar masa? Kak Ain sendiri akan cuba sedaya upaya!

Paling-paling-paling sibuk dalam kalendar AinMaisarah adalah apabila diberi peluang menyertai Pesta Buku Negeri Sembilan di Seremban. Ianya bakal berlangsung 19 Julai 2011 hingga 24 Julai 2011. Gerai akan dihias ala-ala pink-blink-blink seperti di PWTC juga.




Teringatkan bebanan kerja menghias gerai sahaja sudah buatkan Kak Ain pening kepala bercampur teruja! Harapnya ramailah orang Negeri Sembilan yang akan datang memeriahkan Pesta Buku di Jaya Jusco Seremban 2 ini ya!

Selain berada di Pesta Buku Negeri Sembilan, Kak Ain juga akan menjelajah sekolah-sekolah sekitar Negeri Sembilan sepanjang minggu hadapan. Seminggu Kak Ain jadi orang Nogori dan duduk di sebuah rumah homestay supaya tidak perlu berulang-alik ke KL.

Memang jadual kerja Kak Ain padat betul sekarang ini. Namun harapnya apabila Ramadhan menjelma, Kak Ain sudah boleh menarik nafas lega. Lebih-lebih lagi tahun ini Kak Ain merancang mahu mengerjakan umrah bersama keluarga. Jadi semua kerja-kerja penulisan mesti selesai sebelum pergi. Di sana Kak Ain mahu fokus buat ibadah sahaja. Kak Ain harap sangat semua pembaca Kak Ain dapat doakan Kak Ain selesai tugasan menulis, diberi keluasan masa bekerja dan kesihatan tubuh badan yang optima.

InsyaAllah selepas ini Kak Ain akan masukkan entri baru berkaitan info Pesta Buku Negeri Sembilan ya!

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Kredit gambar di PWTC buat Puan Asniza. Terima kasih kerana sudi memberikan gambar yang cantik sekali.

20 March 2011

Debaran Pesta Buku Kian Menghambat dan Menakutkan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Doa Kak Ain, semoga semua berada dalam lindungan dan rahmatNya. Apa khabar semua?

Semoga semua sihat ya? Kak Ain sendiri sihat walafiat. Semakin tembam... hehehe!

Alhamdulillah, AinMaisarah pemilik blog ini mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan berterusan yang ditunjukkan oleh pembaca buku dan pengikut di blog. Selalu Kak Ain dapat banyak e-mel peringatan, minta masukkan entri baru di blog. 

Sebenarnya bukan Kak Ain sengaja tidak mahu menulis catatan di sini. Ikutkan hati, Kak Ain rindu mahu berkongsi kisah dan cerita kehidupan. Banyak gambar-gambar menunggu mahu dibuat penceritaan.

Namun... sungguh Kak Ain tidak berkesempatan menulis yang panjang-panjang!

Tambah lagi, sekarang ini tarikh Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2011 makin mendekati. Tarikh 22 April 2011 makin menghantui. Kak Ain jadi takut mahu memeriksa kalendar. Kak Ain sakit dada  melihat hari-hari berlalu pergi dan timbunan kerja menjelang Pesta Buku.

Kerja apa yang banyak sangat? Oh! Tidak percaya ya? Okey... mari Kak Ain senaraikan:

1) Menjaga kerja-kerja produksi buku-buku yang akan terbit ketika Pesta Buku.


Ikut perancangan, sempena Pesta Buku nanti... AinMaisarah dan dua orang penulis bersama iaitu Kak Izanor Sharif dan Abang Azanil Fitri akan keluarkan empat buku baru.

Keduanya adalah siri baru iaitu 'Siri Dongeng Sri Bangsar' dan 'Siri Superhero Sri Bangsar'

Kak Ain perlu edit, buat penulisan tambahan dan baca empat manuskrip. Setiap manuskrip adalah sepanjang 200 mukasurat. Ini bermakna Kak Ain perlu membuka mata seluas-luasnya, mengawalselia 800 mukasurat penceritaan!

Hingga saat ini, tiga manuskrip sudah selesai ditekuni. Ada satu lagi. Ada satu lagi. Ada satu lagi @__@ (Sebut berulangkali dengan nada beri motivasi pada diri sendiri!)

2) Menulis enam novelcomel baru sempena Pesta Buku




Seperti biasa, keunikan produk novel remaja AinMaisarah adalah koleksi novelcomel kami.

Kali ini, pakej jualan buku di Gerai Pink AinMaisarah sudah ditetapkan disertai dengan novelcomel terbaru. Satu sahaja masalahnya... Kak Ain belum siap menulisnya! (Huh! Panik... panik... panik!)

Buat pengetahuan, setiap satu novelcomel adalah setebal 20 mukasurat. Maka tuntutan menulis keseluruhan enam buah novelcomel adalah sebanyak 120 mukasurat. Mesti siap dalam dua minggu lagi supaya boleh dicetak sebelum 22 April 2011!

3) Persiapan hiasan Gerai Pink AinMaisarah




Membuka gerai ketika Pesta Buku, tentunya mesti ada perhiasan gerai. Haa... ingat lagi contoh dekorasi gerai Kak Ain pada tahun 2010? Memang semua pink. Memang meriah kerana mahu tarik perhatian pembaca buku remaja. 

Tahun ini, tentunya Kak Ain mahu ada pembaharuan. Mestilah dekorasi berbeza. Barulah semua pembaca tertanya-tanya dan mahu datang ke PWTC bagi melihat kelainannya. Jika boleh, Kak Ain mahu hias gaya butik fesyen! Baru ada stail dan sinonim dengan gaya remaja masa kini yang jadi pembaca buku Kak Ain!

Namun pada yang sama, Kak Ain tidak boleh berlebih-lebih mengatasi bajet yang ditetapkan pihak pengurusan. Tuan Pengurus berulangkali mengingatkan. Dekorasi mesti praktikal, cantik dan tidak membazir. Jika boleh, segala bahan mesti dikitar semula. Bolehlah digunakan bagi menyertai pameran buku berikutnya.

Huh! Memang susah mahu jadi ala-ala interior designer, pada masa yang sama... kerja penulisan masih menimbun menanti diselesaikan! Hingga saat ini, Kak Ain masih belum dapat kata putus, gaya bagaimana mahu digunakan bagi menghias Gerai Pink AinMaisarah di PWTC tahun 2011 ini.

Jadi, antara kesibukan penulisan dan edit cerita, Kak Ain perlu buat lawatan ke IKEA, Nilai 3 dan kedai-kedai dekorasi terkemuka bagi menyiapkan gerai pink secantik mungkin, buat tatapan semua.


4) Persiapan hadiah dan pakejing 





Satu yang membuatkan Gerai Pink AinMaisarah unik adalah setiap pembeli berpeluang menerima hadiah-hadiah menarik. Tahun lepas, kita ada teddybear dan kuda laut pink yang boleh dimenangi. Tahun ini Kak Ain mahu tambah hadiah yang menarik minat remaja. Tetapi hadiah apa ya? Aduh... mesti buat kajian dan sebut harga lalu diserahkan kepada Tuan Pengurus.

Pakejing buku juga penting. Tahun lepas, kita tawarkan Set Box The Wannababes. Hitam anggun yang bergaya. Kak Ain sendiri suka sangat desainnya!

Tahun ini bagaimana pakejing buku-buku di Gerai Pink AinMaisarah? Kita belum boleh tunjuk lagi kerana ianya suprise! =)

Jika mahu tengok... mesti datang sendiri ke gerai pada 22 April 2011 hingga 1 Mei 2011 nanti bagi mengetahui pakejing menarik buku-buku kami!

Ini maklumatnya :

  1. Kedai Pink AinMaisarah di PWTC Kuala Lumpur.
  2. Kedai Pink AinMaisarah berdekatan dengan Bank CIMB atau Restoran Riverside di dalam bangunan PWTC.  Ruang ini dipanggil "ruang legar" PWTC.
  3. Tarikh dan masa : 10 pagi hingga 9 malam setiap hari dari 22 April hingga 1 Mei 2011.
  4. Kak Ain akan berada setiap hari di kedai. InshaAllah.


5) Tanggungjawab menulis dengan Berita Harian 





Dalam kesibukan menjelang Pesta Buku ini, Kak Ain tetap tidak boleh meninggalkan rutin-rutin lain yang menjadi tanggungjawab Kak Ain.

Satu yang paling genting dan penting adalah tanggungjawab menulis untuk Berita Harian. Kak Ain mesti menulis 10 mukasurat setiap minggu. Ini adalah bagi mengisi kolum 'Ruangan Novel' yang diberikan kepada Kak Ain. Haaa... jangan lupa beli Berita Harian setiap hari Sabtu ya! Boleh baca kisah The Wannababes novel bersiri bertajuk 'Jutawan Gedik'

6) Program Jelajah Sekolah AinMaisarah tetap diteruskan





Tahun 2011 ini, Kak Ain meneruskan program bertemu pembaca di sekolah-sekolah. Program yang dinamakann 'Program Jelajah Sekolah AinMaisarah' masih dijalankan dengan giatnya. Hingga ke hari ini, sudah ada 69 buah sekolah yang Kak Ain lawati.

Kadangkala, sampai demam-demam Kak Ain dibuatnya. Ini kerana, setiap kali pergi ke sekolah... Kak Ain akan membuat ucapan di perhimpunan, memberi bengkel 1 jam dan menandatangan buku-buku di meja pameran.

Bayangkan... setiap satu sekolah, Kak Ain perlu tandatangan, berjumpa, bersalam, bergambar dan bermesra-mesraan dengan sekurang-kurangnya 400 orang pelajar!

Apabila balik ke rumah, Kak Ain penat sangat dan sudah jadi selembik lempeng. Hehehee... =) Tetapi Kak Ain tetap teruskan aktiviti ini kerana melalui aktiviti inilah Kak Ain dapat bertemu pembaca dan bakal pembaca. Kak Ain dapat beritahu perkembangan terkini. Kak Ain dapat mengenali pembaca dengan lebih erat lagi!

Haaa... banyak sungguh tuntutan kerja AinMaisarah. Itu belum lagi cerita tentang tanggungjawab menjaga hamster, basuh baju, kemas rumah, kawalselia kontraktor di rumah dan tuntutan berkeluarga. Oh... sampai esok pun tidak habis menulis di blog ini.

Namun, inilah kehidupan. Inilah tanggungjawab. Kak Ain selalu pegang kata-kata azimat yang dititipkan oleh suami Kak Ain.

"Usaha biasa-biasa... dapat kejayaan biasa. Usaha luar biasa, memberi kejayaan luar biasa juga."


Jadi AinMaisarah... berusahalah! Nanti habis segala penat-lelah, boleh pergi bercuti! Oh... tidak sabar mahu pergi bercuti lagi!



Salam Sayang,
AinMaisarah

17 September 2010

Kisah Syawal AinMaisarah: Bahagian 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Oh! Hari ini sudahpun masuk 8 Syawal 1431 Hijrah.

Selama 8 hari berpesta makan-makan di Bukit Jalil, Kuala Kangsar dan Johor Bahru... hari ini Kak Ain kembali semula ke rumah sendiri. Memulakan rutin hidup sehari-hari. Apa rutin AinMaisarah?

Tentulah menulis! Selain menulis manuskrip, Kak Ain juga perlu masukkan cerita terbaru di dalam Rumah Pink ini. Sambil-sambil menulis blog, Kak Ain sedang mengunyah muruku dan kerepek pisang. Iskk... sedapnya! (Tak mahu fikir soal kolestrol dan berat badan!) Hehehe.

Mengenang kembali sambutan raya tahun ini, membuatkan Kak Ain tersenyum sendiri. Sungguh bersyukur kerana diberi kesempatan bertemu ramai saudara-mara. Ada yang jauh. Ada yang dekat. Ada yang tidak pernah bersua langsung sebelum ini. Memang itulah keseronokan sebenar Aidilfitri.

Raya pertama AinMaisarah disambut di rumah mertua berlokasi di Bukit Jalil.




Ramai bertanya, bagaimana Kak Ain dan Cik Abang menentukan giliran berhari raya. Sememangnya Kak Ain dan Cik Abang bukan seperti pasangan suami isteri biasa. Kami tak perlu gaduh-gaduh baling dadu atau melancarkan perang nuklear demi berebut giliran balik kampung. Cara kami membuat keputusan mudah sahaja: capai kata sepakat balik kampung ikut keperluan keluarga masing-masing.

Raya pertama dan kedua, keluarga Cik Abang lebih memerlukannya sebagai ketua keluarga. Cik Abang memang diberi gelaran 'beruang tambatan' keluarganya (ala-ala sama fungsi dengan ayam tambatan)

Kak Ain pula lebih diperlukan di Johor Bahru pada raya keempat dan ke atas bagi membantu emak Kak Ain memasak hidangan hari raya buat tetamu-tetamu yang datang bertandang.

Emak Kak Ain sudah 59 tahun umurnya. Walaupun ada bantuan bibik di rumah, emak Kak Ain panik juga apabila perlu menyambut kedatangan adik-beradiknya yang datang menziarah. Sekali kena serbu, hingga 60-70 orang!

Gambar yang diambil di bawah ini adalah gambar kenang-kenangan bersama dua buah keluarga yang datang berziarah. Kesemuanya ada lima buah keluarga besar yang datang melawat. Memang penuh rumah!




Tahun ini Kak Ain sekali lagi mengambil tugas sebagai 'chief de mission' di dapur. Memasak hidangan untuk semua. Sambil-sambil memasak, Cik Abang sempat ambil gambar Kak Ain ketika mengacau kuah dalca atas dapur.




Walaupun hakikatnya Kak Ain jarang memasak pada hari-hari biasa, tetapi Kak Ain sangat bersyukur kerana menu yang dimasak iaitu nasi beryani, dalca, ayam masak merah, ayam goreng halia dan daging pedas yang dihasilkan selamat dimakan, selamat dihadam dan tiada keracunan makanan yang dilaporkan. Fuh! Lega! Hehehe....

Cik Abang juga sangat membantu. Bahagia sungguh Kak Ain dapat suami yang melayan keluarga Kak Ain sama seperti dia melayan keluarga sendiri. Dua tiga kali Cik Abang ulang-alik pergi kedai beli ais, aiskrim dan tembikai. Thank you dearest husband!

Tahun ini juga pertama kali Kak Ain memberi duit raya menggunakan sampul angpow pink AinMaisarah. Ada gambar AinMaisarah yang tembam di setiap sampul. Semoga tahun depan ada rezeki, Kak Ain boleh tempah sampul raya dengan desain yang lain pula.




Sebenarnya banyak lagi cerita Aidilfitri yang Kak Ain ingin kongsikan bersama. Kisah beraya di Kuala Kangsar. Pengalaman manis menziarah saudara-mara di Muar. Terselit juga keseronokan bertemu semula rakan-rakan sekolah rendah yang sudah 16 tahun tidak bersua muka.

InsyaAllah Kak Ain sambung dalam entri seterusnya. Sekarang ini perlu basuh baju yang menimbun setinggi Gunung Himalaya! =(

Salam Aidilfitri,
AinMaisarah

04 September 2010

Kisah AinMaisarah & Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semoga semua pembaca buku AinMaisarah berada dalam lindungan dan rahmatNya. Moga mendapat limpahan kerahmatan dan keampunan dalam bulan Ramadhan yang mulia.

Sedar tidak sedar... kita sudahpun sampai ke penghujung bulan Ramadhan. Tinggal beberapa hari sahaja lagi, Syawal pula akan menjelma.

Tahun ini Kak Ain sambut Ramadhan pada usia 28 tahun. Tahun ini juga, Ramadhan terasa amat berbeza.

Apa yang berbeza?

(1) Kak Ain baru sedar... sekarang Kak Ain tak boleh berbuka puasa dengan makanan yang banyak-banyak. Cukuplah sepinggan nasi dan segelas air panas.




Kalau ada kuih depan mata pun, Kak Ain takkan larat nak sentuh. Kenyang sangat rasanya!

(2) Namun begitu, walaupun AinMaisarah makan pada kadar biasa-biasa... tahun ini juga buat pertama kalinya berat badan Kak Ain tak turun-turun langsung.




Hatta 1 kilogram, 500 gram mahupun 100 gram! Berat Kak Ain statik sahaja =( Oh! Stress sungguh! Selalunya berat badan Kak Ain senang turun ketika bulan Ramadhan. Hmm... ini mungkin bermakna, kadar metabolisma badan makin menurun sejajar dengan peningkatan usia. Nampaknya lepas ini Kak Ain kena rajin bersenam gaya lari-lari anak dan lompat bintang demi untuk kuruskan badan!

(3) Ramadhan kali ini turut rasa berbeza kerana setiap kali bersolat terawikh... mesti Kak Ain berjumpa dengan pembaca yang kenal AinMaisarah.




Tahun lepas, tiada pula Kak Ain ditegur ketika bersolat. Hmm... rasanya makin ramai boleh cam muka Kak Ain kerana Kak Ain sudahpun menanggalkan spek PRADA apabila memasukkan gambar di blog dan Facebook.

Haaa... ingat lagi spek PRADA yang suatu ketika dahulu menjadi imej AinMaisarah di blog?


Heheheh... zaman kegemilangan dulu-dulu, rajin betul edit semua gambar! =)

(4) Ramadhan tahun ini juga buat pertama kali Kak Ain tetap menjalankan Program Jelajah Sekolah AinMaisarah. Sekolah pertama yang Kak Ain pergi dalam bulan Ramadhan adalah SK Bukit Jalil. Malah tarikh program jatuh betul-betul pada tanggal 1 Ramadhan!

Kak Ain tak sangka, sambutan di SK Bukit Jalil begitu menggalakkan. Mungkin kerana para pelajar tidak perlu makan ketika rehat, maka semua menyerbu meja pameran. Kak Ain sendiri dikerumuni para pelajar tidak henti-henti.




Paling Kak Ain tidak boleh lupa... ketika sesi petang, seluruh pelajar dari darjah 1 hingga darjah 3 diaturkan supaya bertemu Kak Ain.




Ya! Pada hari pertama Ramadhan, Kak Ain menandatangan, bersalaman dan bercakap-cakap dengan hampir 400 orang pelajar selama tiga jam... tanpa henti!

Ya Allah, ketika itu Tuhan sahaja yang tahu betapa keringnya tekak Kak Ain! Tetapi pada masa yang sama, ianya satu peluang dan ruang promosi yang sangat Kak Ain hargai. Tidak pernah lagi ada sekolah yang mengatur supaya SEMUA pelajarnya bertemu AinMaisarah. Selalunya hanya pelajar yang berminat dengan buku atau bidang penulisan sahaja akan berjumpa dengan Kak Ain di meja pameran.

Sememangnya Kak Ain begitu menghargai usaha dan inisiatif tambahan yang dilakukan oleh guru-guru SK Bukit Jalil. Ianya turut membuatkan pengalaman 1 Ramadhan AinMaisarah tahun ini sungguh berbeza sekali!

(5) Tahun ini juga, Ramadhan Kak Ain dan Cik Abang disambut di rumah baru. Walaupun rumah masih berselerak dengan bermacam kotak dan kerusi-kerusi pun belum dibuka pembalutnya...




... hati Kak Ain tetap rasa tenang. Mungkin ianya timbul daripada kesyukuran terhadap nikmatNya yang begitu melimpah-ruah. Betapa selama ini hidup Kak Ain terlalu dipermudahkanNya.

Selalu Kak Ain bisikkan pada hati sendiri, "Maka nikmat Tuhan yang manakah mahu aku dustakan lagi?"

=( Memang terlalu banyak nikmatNya... tetapi terlalu sedikit amalan Kak Ain sebagai hambaNya. Bilalah agaknya Kak Ain boleh berubah menjadi manusia yang lebih baik? Harapnya biarlah perubahan itu berdikit-dikit tetapi berkekalan. Itu yang Kak Ain mahukan.

Itulah kisah Ramadhan AinMaisarah pada usia 28 tahun. Tahun hadapan... moga-moga ada entri blog Kak Ain menyambut Ramadhan pada usia 29 tahun pula.

Kepada semua pembaca blog AinMaisarah, Kak Ain mengambil kesempatan untuk meminta maaf sekiranya Kak Ain pernah melakukan kesilapan. Kak Ain hanyalah insan lemah yang punya 1001 kekurangan. Jadi sempena Ramadhan ini, Kak Ain mohon ampun dan maaf pada semua.

Jika ada terkasar bahasa,
Jika ada tersilap dalam berkata-kata,
Jika ada perbuatan yang tidak kena,
AinMaisarah memohon maaf yang tidak terhingga.

Salam Ramadhan,
AinMaisarah

20 August 2010

TIGA SEBAB MENGAPA AINMAISARAH TIDAK KEMASKINI BLOG

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sila jangan klik ke laman web lain.
Ini memang blog AinMaisarah.
Ya! AinMaisarah, penulis novel remaja itu.

Kalau ada yang sudah terlupa...
Inilah muka tembamnya. Oh, berminyak juga.
Dan sedikit terlebih bedak untuk gambar ini =(




Hmmm... mesti ramai yang ragu-ragu.
Betulkah AinMaisarah seorang penulis?
Jika seorang penulis... tentulah rajin menulis di blognya sendiri, kan?
Tapi blog ini teruk sangat senyap sunyinya!

Tarikh terakhir dikemaskini adalah pada 7 Jun 2010.
Sekarang 20 Ogos 2010.

Maknanya.... sudah berapa lama AinMaisarah tidak kemaskini blog?
Haaa... cepat-cepat! Congak dan kira dalam kepala!
Jawapannya ialah... 64 hari.

Tapi... mesti ada sebab kenapa AinMaisarah tidak kemaskini blog selama 64 hari, kan? Ya! Memang ada sebab utama. Tidak syak lagi!

Makanya pagi ini AinMaisarah akan buat kenyataan blog (ala-ala kenyataan akhbar gitu) menerangkan tentang:

TIGA SEBAB MENGAPA AINMAISARAH TIDAK KEMASKINI BLOG:

Sebab (1)
AinMaisarah tersekat dalam penulisan buku Impiana IV.




- I always hate to admit, menulis siri Impiana adalah yang paling susah. Dalam banyak-banyak fail manuskrip yang ada dalam komputer, bila buka sahaja fail siri Impiana... hati Kak Ain mesti rasa berdebar semacam. Entahlah. Macam ada sumpahan. (Serius!) Menulis lima mukasurat. Padam. Menulis tiga plot. Buang. Akhirnya manuskrip tidak siap-siap.

Padahal, bila menulis cerita lain (contohnya manuskrip Aku Mahu Jadi Romeo yang sudah siap 70%) terasa mudah sahaja.

Tetapi dalam banyak-banyak buku juga... semua pembaca AinMaisarah asyik tanya sambungan kisah Impiana. Jadi editor PTS tentulah mengejar Kak Ain dengan hebatnya supaya menyiapkan Impiana cepat-cepat dan menyelesaikan hutang yang sudah dijanjikan. Memang Kak Ain tidak boleh mengelak lagi!

Setiap kali menulis siri Impiana, ia buatkan Kak Ain pening kepala nak mengatur plot karektor yang pelbagai. Bagi manuskrip Impiana IV... ada kisah Fasha, Amir, Farah, Fahrin, Linda, Shasha, Yusri, Ina, Tengku Affin, Fazura, Sazzy, Adam, Diana, Nana, Pai'e, Mimi Monira, Syazel dan Syarikat Impiana.

Bila dikira-kira, ada 18 plot yang perlu digarap dalam satu novel. Huh! Patutlah Kak Ain selalu terasa panas dan berasap kepala bila menulis. Now I know why!

Apabila manuskrip Impiana IV tidak siap-siap, hati Kak Ain memang terasa tidak sedap. Mahu menulis dan mencoret di blog pun rasa bersalah kerana sepatutnya masa menulis itu ditumpukan bagi menyiapkan Impiana IV.

Kini apabila Kak Ain sudah secara rasminya menghantar keseluruhan manuskrip Impiana IV kepada editor PTS pada minggu lepas.... maka Kak Ain tidak rasa bersalah lagi mahu update blog. Kak Ain sudah MERDEKA! Yeay!


Sebab (2)
AinMaisarah sedang dalam proses berpindah rumah yang tidak selesai-selesai.

Memang sejak dari bulan Mei lagi, Kak Ain sibuk dengan hal RUMAH, RUMAH dan RUMAH. Mula-mula pening kepala kerana proses renovation. Lepas itu perlu buat pemilihan kontraktor. Kemudian pergi hampir 20 buah kedai hanya kerana nak cari jubin hot pink yang sesuai (tapi akhirnya tak jumpa juga).

Itu belum lagi cerita kisah cari mangkuk tandas, juling air tengok perabot yang pelbagai dan susah hati sebab langsir masih belum dipasang.

Paling Kak Ain pening sekarang... proses mengemas kotak. Ada kotak-kotak stok buku untuk Program Jelajah Sekolah. Ada kotak dokumen yang perlu diasingkan ikut kategori kepentingannya. Ada juga kotak kain yang isinya perlu dilipat kemas-kemas bagi memudahkan pemakaian seharian Kak Ain dan Cik Abang.




Memang Kak Ain perlu bantuan Superbibik! Terasa bercelaru kepala nak menulis di blog, jika kotak-kotak depan mata belum diselesaikan mengemasnya!

Hingga saat entri ini ditulis pun, kotak-kotak masih berlambak. Namun Kak Ain pejamkan mata sahaja kerana jika diikutkan kerja rumah yang tidak habis-habis ini... tentu sampai tahun 2011 pun blog AinMaisarah tidak akan dimasukkan dengan entri baru!

Rumahku memang syurgaku. Tetapi blog ini juga dipanggil Rumah Pink AinMaisarah. Ianya medium komunikasi Kak Ain dengan para pembaca (... selain di halaman Facebook ya)

Jadi InsyaAllah, selepas ini... walau macam mana sibuk pun Kak Ain dengan urusan rumah, Kak Ain tidak akan lupa dengan 'rumah online' ini juga ;D

Sebab (3)
AinMaisarah pergi bercuti tiga minggu tanpa capaian internet

Ini adalah sebab terakhir mengapa Kak Ain sudah lama tidak masukkan entri dalam blog ini. Sebenarnya pada 7 Julai hingga 28 Julai 2010 yang lepas, Kak Ain dan Cik Abang pergi bercuti. Cuti tiga minggu itu boleh diklasifikasikan sebagai ~ a very long awaited holiday.

Sepanjang tiga tahun jadi penulis, Kak Ain tidak pernah bercuti sehingga tiga minggu. Cik Abang pun sama... dia seorang businessman dan asyik sibuk menguruskan perniagaan.

Jadi apabila business partner Cik Abang di UK yang sudah 10 tahun berkenalan iaitu Brother Asif menjemput menghadiri perkahwinannya di Birmingham... Cik Abang terus merancang supaya kami boleh ke sana dan bercuti juga.

Rancang punya rancang, kami pun memulakan percutian tiga minggu ke empat buah lokasi.

LONDON



PARIS




DUBAI




SINGAPURA




Sepanjang tiga minggu bercuti itu juga, Kak Ain tidak ada capaian internet. Nak pakai CELCOM 3G... nanti bil telefon melambung naik. Jika di hotel pun, kos internet tersangatlah mahalnya. Ketika itu, kami hanya dapat capaian internet apabila berkunjung ke rumah Brother Asif ataupun apabila pergi ke Starbucks Cafe.

Oh, memang stress!

Kak Ain sememangnya mengumpul banyak cerita menarik sepanjang percutian tersebut. Nak kongsi tips cara-cara packing baju, di mana mencari tempat makanan halal (terutama di Paris) dan menyenaraikan pusat tarikan pelancong yang mesti dilawati serta kosnya sekali.

InsyaAllah Kak Ain akan kongsikan segalanyanya dalam Rumah Pink AinMaisarah ini. Rumah Pink yang tidak akan Kak Ain biarkan sepi lagi!

Okeylah, setakat ini dahulu kenyataan blog serta penjelasan AinMaisarah. Harapnya semua menerima alasan... ops... penjelasan Kak Ain ya! ;D

Dan harapnya belum terlewat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua =D

Salam Sayang,
AinMaisarah