Showing posts with label Komen Dan Ulasan Pembaca. Show all posts
Showing posts with label Komen Dan Ulasan Pembaca. Show all posts

19 June 2009

Pembaca 1Malaysia AinMaisarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat pagi Sabtu semua!

Apa khabar semua pembaca AinMaisarah? Kak Ain rasa semuanya sedang sibuk mengasah pensil, membasuh kasut dan mengulangkaji pelajaran kerana sudah kembali ke sekolah.

Kak Ain pula seperti biasalah, sibuk menulis. Walaupun stress menulis, Kak Ain sentiasa dihiburkan dengan emel-emel yang dikirimkan oleh pembaca buku AinMaisarah. Salah satu yang menarik perhatian Kak Ain adalah emel yang dihantar oleh seorang pembaca berbangsa Cina. Namanya Cik Adik Tricia Wong.

Hello Sis Ain Maisarah,

Thank you for reading my email. I know you are super busy writing your superb books.

Actually, I'm your loyal reader since you came up with the book Aku Mahu Popular. At that time, I was 16 years old and your book was the first Malay book that I bought. Your writing was interesting! I felt like reading teenlit novel from an oversea writer!

From that, I followed your novels without fail like Aku Mahu Saiz S and Aku Mahu Teman Tapi Mesra. I was really amazed when you came out with Impiana and Impiana II. It was a thriller novel and I like it too!

I never thought of reading a Malay book, but your book is an exception. Now I'm 18 years old and entering my college years, yet I'm still waiting for your new book.

Keep writing your novel, because I enjoy it! Congrats!

Sincerely,
TW (my initial is the same like The Wannababes!)
Kepong.


Haaaa..... inilah e-melnya yang Kak Ain rasa memang sweet sangat! Kak Ain harap satu hari nanti dapat berjumpa dengan Cik Adik Tricia ya! Terima kasih atas kiriman e-mel semangat ini. Ianya amat membantu Kak Ain yang sememangnya sedang pecah kepala melangsaikan manuskrip-manuskrip tertangguh =(

Dulu-dulu waktu baru mula menulis, Kak Ain tidak menyangka novel tulisan Kak Ain akan dibaca oleh masyarakat berbangsa lain. Kak Ain pernah berangan-angan dengan Cik Abang. Apabila sudah ada banyak judul novel AinMaisarah versi Bahasa Melayu di pasaran, Kak Ain mahu beralih menulis novel remaja dalam Bahasa Inggeris pula.

Tujuan dan matlamatnya cuma satu.... mahu menarik dan memikat hati pembaca remaja berbangsa Cina dan India pula. Itulah cita-cita Kak Ain. Kak Ain mahu buku-buku Kak Ain dapat dibaca, difahami dan disukai oleh masyarakat Cina dan India juga!

Kak Ain sendiri mengambil bidang TESL. Jadi tak ada masalah nak menulis dalam Bahasa Inggeris. Cumanya.... perlu kukuhkan nama dalam kategori novel remaja melayu dahulu, kemudian jika ada rezeki, Kak Ain akan masuk ke dalam kategori novel remaja berbahasa Inggeris pula.

Itulah matlamat Kak Ain selama ini. Tetapi matlamat itu jadi berubah ketika Pesta Buku baru-baru ini. Ketika Pesta Buku 2009, buat kali pertama Kak Ain berjumpa dengan beberapa pembaca berbangsa Cina yang membaca buku AinMaisarah walaupun ianya dalam bahasa Melayu!

Salah seorangnya adalah Cik Adik Nathlyn.


Nathlyn sanggup datang ke majlis pelancaran buku AinMaisarah dan membawa sebeg besar buku-buku Kak Ain yang dimiliki rakan-rakannya untuk ditandatangani. Kawan-kawan Nathlyn kebanyakannya berbangsa Cina.

Salah seorang rakan Nathlyn juga turut hadir ke Pesta Buku iaitu Cik Adik Ching Wei.


Ching Wei ada menulis di blognya mengenai Kak Ain:

Here's a shocked news!
U know wat?
AinMaisarah, my FAVOURITE author had visited my blog!
She had leave a comment too.

It's totally unaware babe~
All her books are very interesting!
Me and my classmate had addicted to it!
We are holding her books all the time!
Me, Wan, Er, Izzyani, How Yee, Naziera, Nisa, Amirah, Fariha!

Wanna know more about her?
Visit her blog! And do register yourself at Sri Bangsar school!


Apabila Kak Ain melawat blog Ching Wei, dapat dilihat majoriti rakan-rakannya adalah berbangsa Cina. Kak Ain harapkan rakan-rakan Ching Wei yang lain juga akan mengikuti buku karya AinMaisarah ya!

Sekarang ini, setelah dua tahun menjadi penulis dan mempunyai sepuluh buku..... rasanya matlamat dan cita-cita Kak Ain sudah berubah. Mendapat maklumbalas daripada beberapa orang pembaca seperti ini membuatkan Kak Ain sedar bahawa Kak Ain berada di landasan yang betul.

AinMaisarah mahu menjadi penulis buku-buku remaja berbahasa Melayu yang dibaca oleh bangsa-bangsa lain juga.

Oh! Buku AinMaisarah bukan sahaja dibaca oleh pembaca berbangsa Cina. Pembaca berbangsa India juga tidak dilupa =D


Ini gambar Kak Ain bersama pembaca di Pesta Buku 2009. Mereka membeli buku BSB: Kini Berwajah Baru. Ketika bersalam, salah seorangnya berkata pada Kak Ain, "Keep on writing. Your book is the best."

Okey! Matlamat sudah jelas. Matlamat AinMaisarah mahu menjayakan buku-buku berkonsepkan 1 Malaysia! Sekarang ini hanya perlu fokus dan kerja kuat! (Ceh ceh ceh! Cakap macam orang politik!)

Doakan Kak Ain berjaya ya!

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Haa.... siapa ada kawan-kawan di sekolah yang berbangsa Cina dan India tetapi membaca buku Bahasa Melayu tulisan Kak Ain? Boleh kongsikan bersama? Kak Ain nak tahu juga.

25 April 2009

Komen Pembaca Tentang Buku ke-10 AinMaisarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini Kak Ain ingin kongsikan ulasan Cik Adik Aina Yasmin tentang buku ke-10 AinMaisarah bertajuk Buletin Sri Bangsar: Kini Berwajah Baru. Buat pengetahuan semua, inilah buku paling baru AinMaisarah. Baru sahaja dilancarkan ketika Pesta Buku 2009.

Assalamualaikum Kak Ain,

Saya sudah pun habis membaca buku Kak Ain yang ke 10 pada 23 April (Hari Buku Sedunia) di sekolah (guru lambat masuk).

Memang tidak jemu saya membaca. 

Kini, mungkin kerana 'kewujudan' Sekolah Seri Bangsar di www.buletinsribangsar.com, pembacaan saya menjadi makin seronok dan kadang-kala saya rasa yang saya sendiri berada di situ. Contohnya, saya juga sedang beratur di dewan mendengarkan pengumuman Betty dan Umie Aidah.

Memang rasa 'real'!

Buku kali ini memang sesuai dengan temanya, edutainment. Saya mendapat pengetahuan dalam menghasilkan buletin dalam masa yang sama buku itu memang sangat seronok di baca. Bolehlah nanti saya cadangkan penghasilan buletin yang lebih menarik di sekolah saya. (Buletin PSS di sekolah tidak menarik dan ditampal di setiap kelas sahaja)

Apa-apa pun, saya hendak mengucapkan tahniah atas penghasilan buku Kak Ain yang ke 10 dan terima kasih kerana mengadakan
gathering yang sangat menarik hari itu...

Jujur dan ikhlas,
Aina Yasmin

Kak Ain ucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Adik Aina Yasmin yang sudah membaca dan memberi komen terhadap buku terbaru Kak Ain ini.

Okey, Kak Ain mahu dengar ulasan para pembaca lain pula. Sila tinggalkan ulasan anda di bahagian komen ya!

Oho! Jangan lupa juga rasai sendiri kewujudan Sekolah Sri Bangsar di www.buletinsribangsar.com 

603 pelajar sudah mendaftar! Mari sertai forum paling happening komuniti para pelajar Sri Bangsar hari ini juga! 

Salam Hujung Minggu,
AinMaisarah

23 April 2009

Carrie Kirana Mengulas Novel Aku Mahu Popular

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini Kak Ain nak kongsikan bersama ulasan buku yang dibuat oleh blogger terkenal Carrie Kirana. 

Haaa... kalau nak tahu, Kak Carrie ini memang tersohor sebagai pengulas buku yang dikenali di kalangan para novelis Malaysia. Dengar khabar, ulasan dan rating bintang yang diberikan oleh Kak Carrie juga sangat berpengaruh. Mampu meningkatkan atau merudumkan jualan sesebuah novel yang berada di pasaran! Wah! Memang hebat! 

Jadi apabila Kak Ain bertemu dengan Kak Carrie di Pesta Buku PWTC pada hari Selasa lalu, Kak Ain terkejut apabila diberitahu buku nukilan Kak Ain turut diulas di dalam blog beliau.

Terus dada Kak Ain jadi berdebar-debar! Tak sabar nak balik rumah. Tak sabar nak buka komputer. Tentunya mahu memeriksa ulasan Kak Carrie terhadap novel Kak Ain. Kak Ain jadi ketakutan. Terasa macam seorang guru pemeriksa sudah memberi markah terhadap karangan Kak Ain!

Akhirnya... apabila sudah membaca ulasan tersebut, Kak Ain menarik nafas lega. Alhamdulillah, buku pertama nukilan AinMaisarah lulus periksa. Terima kasih Carrie Kirana!


Dalam buku pertama siri "Aku Mahu" - Aku Mahu Popular ini, Farah dan Ina adalah gadis "wallflower" di Sekolah Menengah Sri Bangsar yang mahu mengikut trend semasa supaya mereka diminati ramai seperti ahli The Wannababes. Plot yang santai dan gaya penulisan yang mantap ini tidak hairanlah menarik ramai remaja untuk memilik siri "Aku Mahu" Ain Maisarah,

Siri "Aku Mahu" tulisan penulis "teen" novel PTS yang dikenali, Ain Maisarah sebenarnya sudah lama berada di pasaran. Setakat ini, promosi novel-novel Ain Maisarah untuk Pesta Buku Antarabangsa kali ini yang saya kira paling menarik hati saya. Dekat di hati golongan peminat setianya, Ain Maisarah mencipta ikon pop "teen" melalui watak-watak yang digarap dalam Sekolah Menengah Sri Bangsar, Kuala Lumpur ala-ala versi Sweet Valley High.

Kewujudan kelab peminat Ain Maisarah, laman web interaktif, promosi-promosi menarik adalah inisiatif-inisiatif yang diusahakan untuk menjana permintaan terhadap novel-novel "Aku Mahu" dan ini patut dicontohi oleh penulis-penulis yang mahukan angka jualan bukunya meningkat. Dibantu oleh pengurusnya iaitu suami Ain Maisarah ini, pelbagai aktiviti dan acara semasa diatur untuk menarik lebih ramai peminat Ain Maisarah mengikuti perkembangan penulis kesayangan mereka.


Para pengunjung boleh juga membaca ulasan penuh Kak Carrie Kirana di blog rasminya. Klik sahaja http://novelcintamelayu.blogdrive.com/

Itulah ulasan Kak Carrie Kirana. Haaa.... sekarang Kak Ain ingin tahu ulasan para pembaca sendiri pula. 

Entri kali ini Kak Ain nak beri homework kepada para pengunjung semua. Sila taipkan ulasan anda tentang novel pertama AinMaisarah bertajuk Aku Mahu Popular di bahagian komen. 

Selamat mengulas!

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Tiba-tiba terasa nostalgia memagut hati. Teringat lagi dua tahun yang lalu. Buku Aku Mahu Popular ini merupakan buku pertama Kak Ain. Buku yang mengambil masa paling lama untuk dihasilkan. Selama empat bulan Kak Ain tonggang-terbalik menderita menulisnya. Alhamdulillah, sehingga hari ini jualan buku Aku Mahu Popular masih memberansangkan. Sudah masuk cetakan kelima. Terima kasih kepada semua pembaca yang sudah memilikinya.


20 January 2009

AinMaisarah & Cookies

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Malam ini Kak Ain berazam nak diet. Tak mahu makan nasi berlauk. Tak mahu makan nasi beriyani. Tak mahu makan mi goreng mamak. Tak mahu makan nasi goreng kampung pedas yang sangat sedap lagi menjilat jari di Serai Wangi.

Hmmm... tapi Kak Ain sangat lapar! =( Perut asyik bunyi keriuk-keriuk tanpa henti =(

Cik Abang dah makan 1 kilo anggur, jadi Cik Abang dah kenyang. Kak Ain tak makan anggur tu sebab masam sangat. Sejak azali lagi AinMaisarah memang tak suka makanan masam-masam.

Oleh kerana lapar, Kak Ain ke dapur mencari sumber makanan. Ternampak dua balang biskut comel yang Kak Ain terima pada hari Jumaat lalu. Kak Ain terus bancuh kopi O dan menikmati biskut yang sangat sedap itu!

Sekarang Kak Ain sudah tersenyum gembira. Kak Ain sudah kenyang setelah hampir separuh biskut hilang dari balang!

Inilah gambar balang biskut tersebut.


Cantik sangat kan... kan.. kan! Kreatif sungguh Kak Lis letak bunga & riben pada balang.

Buat pengetahuan semua, biskut ini telah dihadiahkan oleh Kak Lis. Kak Ain jumpa Kak Lis pada hari Jumaat lepas. Kami membuat temujanji bertemu kerana Kak Lis membeli empat buku siri Aku Mahu untuk adiknya, Cik Adik Alfi Khairunnisaa'.

Kak Lis juga membuat perniagaan menerima tempahan cookies, cakes & brownies di laman webnya iaitu http://cookiesbrownies.blogspot.com/

Kepada sesiapa yang mahu menempah, boleh ke alamat laman web itu ya! Biskut buatan Kak Lis memang dijamin segar dan sedap!

Apa yang membuatkan Kak Ain lebih terharu, Kak Lis juga ada menulis ulasan buku yang dibelinya tempohari. Ulasan itu diletakkan di blog Kak Lis. Ada juga disisipkan di bahagian komen Ulasan Buku AinMaisarah di Rumah Pink ini.

Salam AiN..

apa khabar? Kak LiS nak komen isi buku yang kaK Lis beli tempoh hari (kak LiS beli untuk adik, tapi kak Lis tumpang sekaki la hehe)

Aku Mahu Size S
- Cerita ni best sangat. Bayangkan Kak lis yang dah tua ni pun seronok membacanya. Kagum dgn semangat 3 dara Vogue dan 3 dara yang 'comel' untuk turunkan berat badan semata2 teruja untuk menyarung koleksi Amin. Kalau kak lis lah, ermm belum tentu lagi sanggup makan daun dan isi perut dengan buahan je.

Aku Mahu Buli
- Sedih cerita ni. Ingatkan lepas Syazel beritahu hal sebenar, MIMI monira kembali ke sekolah. Ermm...Ain tak bercadang ke nak menulis tentang perihal MIMI Monira setelah dibuang sekolah?

Aku Mahu Popular
- BEST! Best! best! memang best. Paling kelakar tentang iron rambut tu. Masa baca, Kak Lis terbayang iron rambut yang selalu salon guna tu tapi bila baca sampai part yang ada ilustrator tu..masya Allah..guna iron baju rupanya. Memang kelakar habis. Kak Lis & Alfi, baca sampai pecah perut..
- Rasa-rasanya, Ain ada tak bercadang nak tulis tentang dua kawan rapat ni kehidupan mereka di Universiti pulak...

Aku Mahu teman tapi mesra
- Yang ni kak lis tak sempat baca lagi sebab tak berkesempatan. Nanti balik kampung lagi, Kak Lis baca lagi.

Teruskan menulis Ain...

Terima kasih Kak Lis atas segala kebaikan yang dihulurkan. Semoga Allah melimpahkan kerahmatan dan keberkatan atas kehidupan Kak Lis sentiasa. Amin!

Salam Sayang,
AinMaisarah

23 June 2008

Cover Baru IMPIANA

Salam semua pengunjung Rumah Pink,

Kak Ain baru sahaja menerima contoh cover baru buku IMPIANA daripada pihak PTSOne. Kak Ain belum lagi memilih cover mana yang sesuai untuk menjadi cover baru buku IMPIANA. Oleh itu Kak Ain ingin meminta pendapat semua pengunjung Rumah Pink ini.

Cover A


atau

Cover B


Sila berikan komen, di bawah, Kak Ain dikehendaki membuat keputusan malam ini. Harapnya ahli kelab teman Tapi Mesra dapat membantu Kak Ain membuat keputusan cover mana yang bakal dijadikan cover baru buku IMPIANA.

Wasalam
AinMaisarah

10 June 2008

Senaraikan Novel Remaja PTS Anda.

Assalamualaikum semua,

Apa khabar? Kak Ain harapkan minggu ini menjadi minggu produktif untuk semua. Cuti sudah tamat. Persekolahan bermula kembali. Jadi semua mesti rajin-rajin belajar ya!

Haaa... nak tahu perkembangan terbaru Kak Ain minggu ini? Mmmhh, novel ke-8 Kak Ain masih belum siap, ada sikiiiiiiit sahaja lagi =D Heheheh. InsyaAllah, Jumaat ini Kak Ain mesti menyelesaikannya. Bagi novel kali ini, Kak Ain menulis lebih tebal dari biasa. Ini sebagai memenuhi permintaan ramai yang mahukan kepuasan membaca buku Kak Ain.

Selain sibuk menyiapkan novel, Kak Ain juga sentiasa memerhatikan perkembangan Rumah Pink ini. Kak Ain lihat pengunjung di sini masih belum mesra antara satu sama lain. Kak Ain tahu, memang susah nak memulakan bicara. Ini kerana kita semua berbeza pendapat. Berlainan lokasi. Pelbagai lapisan umur. Tambahan pula masing-masing tidak pernah bersua muka. Namun, ada satu persamaan pada semua pengunjung Rumah Pink ini. Persamaannya adalah: Kita semua pembaca buku-buku PTS.

Kak Ain merasakan adalah baik memulakan sesi ramah mesra dengan berbicara mengenai buku-buku PTS yang ada dalam koleksi peribadi anda. Jadi, hari ini Kak Ain ingin para pengunjung melakukan sedikit kerja internet [kerja sekolah dari sekolah, kerja rumah dari rumah, jadi Kak Ain gunakan istilah kerja internet sebab ianya datang dari internet]

Apa kerja internetnya?

Kak Ain mahu sesiapa sahaja yang membaca entri ini menyenaraikan semua buku-buku PTS yang sudah dimiliki [bukan buku yang dipinjam ye!] Hanya buku-buku PTSOne dan PTS Syok! boleh masuk senarai.

Ini contoh senarai koleksi buku PTSOne dan PTS SYOK! yang dimiliki oleh Kak Ain:

1) AKU MAHU POPULAR
2) AKU MAHU SAIZ S
3) AKU MAHU BULI
4) AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA
5) IMPIANA
6) IMPIANA II
7) TAK BISA MEMILIHMU
8) REMAJA@PTSONE
9) DUNIA INI SEDERHANA KECIL
10) DEAR YAYAH 4

Yang memiliki buku di atas,
AinMaisarah

Itulah contoh senarai yang Kak Ain mahu semua pengunjung tuliskan di bahagian komen. Ingatan buat semua: SENARAIKAN NAMA BUKU SAHAJA, TIDAK PERLU NAMA PENGARANGNYA.

Tujuan menyenaraikan buku-buku ini bukanlah nak menunjuk-nunjuk. Tetapi ianya bagi berkongsi informasi agar selepas ini bolehlah diadakan perbincangan lanjutan sesama ahli Kelab Teman Tapi Mesra mengenai buku-buku yang telah dibaca. Bolehlah juga bertukar-tukar pendapat dan cerita.

Semoga dengan usaha ini, dapatlah mengeratkan lagi silaturrahim sesama pengunjung semua.

Yang memberi kerja internet,
Cikgu Jambul Kembang AinMaisarah

21 May 2008

Berkongsi Novel AinMaisarah Dengan Ibubapa

Assalamualaikum buat semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah,

Dalam entri kali ini, Kak Ain ingin berkongsi satu lagi ulasan buku. Kali ini disumbangkan oleh Cik Adik Nurul Farhana atau lebih suka menggunakan nama glamornya ~ Farah.


Kak Ain tertarik dengan ulasan ini apabila mengetahui Cik Adik Nurul Farhana @ Farah turut berkongsi membaca novel Aku Mahu Teman Tapi Mesra dengan ibunda tercinta.

Assalamualaikum Warahmatulallah kepada Kak Ain,

Novel bertajuk Aku Mahu Teman Tapi Mesra sudah habis dibaca oleh saya. Novel ini mempunyai banyak pengajaran yang terselit dan tersepit dan menyebabkan ibu saya yang amat tidak suka membaca novel juga boleh jatuh hati bila membaca bab pertama novel Kak Ain. Apa lagi, saya teruslah mempromosikan novel-novel kak ain yang telah dimiliki oleh saya kepada ibu saya. Ibu saya juga berjanji akan membeli semua novel terbaru Ain Maisarah tetapi dengan syarat ibu saya perlu membaca dahulu novel-novel itu. Sungguh hebatnya novel Kak Ain sehingga menarik minat kaum ibu.

Walaupun ada sedikit cerita ringkas dan langsung tidak berkaitan dengan cerita sebenar, ia dapat menginsafkan saya. Sekarang, saya lebih suka mencontohi sikap Edrina yang selesai solat Maghrib, dia akan membaca Al-Quran dan berzikir sambil menunggu waktu solat Isyak.

Selepas saya mengamalkan sikap ini, pelajaran lebih senang masuk.

Selain itu, pengajaran yang saya perolehi berdasarkan cerita ini ialah kita tidak boleh terlalu mengikut perasaan. Saya berasa marah dengan sikap Widya yang sanggup berchatting dengan Mr.LobakLobak selama tiga jam dalam sehari. Sikap ini saling tak tumpah seperti sikap kakak saya. Akibat dari perbuatannya ini, dia telah mendapat tempat tercorot dalam kelasnya pada ujian bulanan bulan 3. Semenjak dari hari itu, dia telah memutuskan hubungannya dengan rakan alam sibernya dan menumpukan sepenuh perhatiannya kepada pelajaran kerana tahun ini dia akan menghadapi SPM.

Walau bagaimanapun, tidak semua sikap Widya yang harus dimarahi kerana ada sesetengah sikapnya yang perlu dicontohi seperti Widya yang menghargai rakan-rakannya yang telah menghadiahkannya pelbagai bentuk dan jenis hadiah untuk memujuknya. Sejurus selepas itu, dia terus melafazkan perkataan maaf kepada lima orang rakannya itu. Jika kita juga mengamalkan sikap ini, orang akan berasa bahagia kerana kita sudi menghargai pemberiannya.

Saya juga berasa kelakar kerana disesetengah bab seperti perbualan Edrina dengan Huda ketika mereka berada di makmal komputer, Huda menggelar Robert Kiyosaki sebagai Robert Berdaki. Ini menyebabkan Farah berguling-guling ketawa. Kelakar sungguh gelaran itu.

Sebelum mengakhiri emel ini, saya sertakan satu rangkap pantun yang tak indah dibaca dan didengar.

Kalau pergi melawat Kedah,
Jangan lupa melawat Melaka,
Jangan lupa beli novel Ain Maisarah,
Sebab semuanya best-best belaka.

Sampai sini sahaja dahulu emel saya kerana Kak Ain mungkin sudahpun berasa bosan membaca emel saya yang tidak sebagus dan langsung tidak setaraf dengan novel-novel hasil karya Kak Ain. Saya juga mendoakan agar Kak Ain sentiasa berjaya menghasilkan novel yang baru. Amin.

Salam Sayang,
Nurul Farhana atau nama glamornya, Farah


Sesiapa yang ingin berkenalan dengan Cik Adik Farah, silalah e-melkan kepada: ghostblood5452@yahoo.com

Terima kasih diucapkan atas ulasan ini. Kak Ain merasa cukup gembira apabila pembaca-pembaca novel dapat mengambil pengajaran disebalik setiap cerita. Moga-moga nasihat yang Kak Ain nukilkan secara halus dapat dicontohi dan diteladani.

Selepas ini harapnya semua pembaca mencontohi Cik Adik Nurul Farhana @ Farah. Kongsilah buku Kak Ain bersama ibubapa. Semoga dengan berbuat demikian, para pembaca dapat merapatkan lagi hubungan dengan ibubapa masing-masing. Dengan itu juga, ibubapa tentu dapat lebih memahami kerenah dan gelagat remaja masa kini.

Wassalam,
AinMaisarah
p/s:
~Kak Ain belum dengar lagi ada pembaca berkongsi novel AinMaisarah dengan guru di sekolah. Harapnya di masa akan datang, dapatlah Kak Ain dengar berita gembira ini pula.
~Oh! Jangan tak tahu, ada sekumpulan jururawat yang membaca novel Kak Ain juga! Ini semua hasil promosi Cik Adik Dayah. Terima kasih daun keladi kepada Dayah! :D

01 May 2008

Pantun II - Promosi Novel AinMaisarah

Assalamualaikum,

Kak Ain ingin berkongsi satu lagi pantun yang mempromosikan novel AinMaisarah. Kreatif juga pantun ini. Memang Kak Ain tak sangka pembaca-pembaca buku Kak Ain amat kreatif orangnya.

Apa kata lepas ini buat cerpen pendek mengenai Sekolah Menengah Sri Bangsar? Mungkin kisah Makcik Sarepah pemilik kantin. Boleh juga reka kisah tentang kucing KenotKenot, si penunggu setia kantin. Kak Ain nak kumpulkan cerpen pendek mengenai Sekolah Menengah Sri Bangsar. Kak Ain juga merancang cerpen pendek ini dibukukan.

Okey semua. Semoga pantun ini menjadi penghibur di hari cuti.

Dari utara sampai selatan,
Barat dan timur di tempat lain,
Buku kak ain mendapat sambutan,
Begitu juga diri kak ain...

Buat kerja sungguh lama,
Melihat tengok, simpati kasihan,
Aku mahu popular buku pertama,
Saiz S pula menyusul kemudian

Jika diri membesar matang,
Jangan pekak mesti peka,
Impiana kisah 10tahun mendatang,
Aku mahu buli pula asas kisah mereka

Berasa sedih guru kesayangan bersara,
Sayu di hati hanya dipendam,
Perihal rakan di teman tapi mesra,
Impiana 2 pembalasan dendam

Dalam hotel terasa sejuk,
Kurangkan sejuk buka tingkap,
Tak bisa memilihmu menjadi tajuk,
Kumpulan 6ixth sense menjadi pelengkap

Hati baik berniat murni,
Mendapat pahala tiada rugi,
Sekian saja pantun saya kali ini,
Ada rezeki saya tulis lagi.

Pantun ini kiriman kreatif:
Cik Adik Nurhayati Nadhirah
atau MeLUVE
Emel: yati.muhamad@yahoo.com.aug

Pantun Promosi Novel AinMaisarah

Assalamualaikum,

Wah! Seronoknya! Hari ini adalah cuti hari Pekerja. Apa perancangan hari cuti begini? Kak Ain sendiri sibuk dengan kerja-kerja penulisan. Tapi hari ini Kak Ain nak ketepikan dulu pening kepala merangka ayat dan nak bergotong-royong dengan Cik Abang membersihkan rumah.

Sebelum Kak Ain mula mengemas rumah, Kak Ain ingin berkongsi pantun yang sangat kreatif datangnya daripada Cik Adik SpiesGirl.

Spiesgirl mencipta pantun yang mempromosikan kesemua buku Kak Ain. Terima kasih Spiesgirl.


Burung jelatik beribu-ribu,
Burung jeladan seekor sahaja,
Rumah Kak Ain sudah diserbu,
Jangan lupa beli bukunya.

Burung kasih terbang ke kenai,
Terbang bersama burung camar,
Jika anda ingin terkenal,
Jangan lupa beli buku Aku Mahu Popular.

Pak cik ali pak cik abu,
Pergi ke kedai manis,
Jika anda budak gemuk,
Bacalah buku Aku Mahu Saiz S.

Kambing pak cik mengembek-ngembek,
Dibawanya sebakul guli,
Jika anda budak lembik,
Belilah buku Aku Mahu Buli.

Burung jelatik burung jeladan,
Jalan sama si rama-rama,
Jika anda tak ada kawan,
Bacalah buku Aku Mahu Teman Tapi Mesra.

Pokok manggis berbuah masam,
Buah mangga sedap dimakan,
Jika anda ingin cerita seram,
Belilah buku Impiana.

Ali pergi ke kuala,
Ali pergi bersama perahu,
Kisah tebaru menjelang tiba,
Belilah buku Impiana2 jika ingin tahu.

Anis Syairah bt Mohd Yusop
dari Klang, Selangor.
Berumur : 11 tahun
Nak berkenalan silalah ke blog Cik Adik spiesgirl : wwwspies-girls.blogspot.com
Ataupun e-mel : izzynia_cool@yahoo.com

Wasalam
AinMaisarah

26 April 2008

Pantun Promosi NovelComel

Assalamualaikum,


Rumah Pink Ain Maisarah sudah ramai pengunjung,
Kalau boring jom kita makan jagung.

Selalulah datang Rumah Pink ini,
Supaya dapat tahu berita terkini.

Siapa yang nak beli novel comel,
Silalah klik komen label.

Jom kite beli novel comel yang cute ini,
Sebab tengah murah ni!!!.... :D



Pantun ini direka oleh Ahli Kelab Teman Tapi Mesra [KTTM] iaitu Cik Adik Dayah. Untuk berkenalan dengan cik adik ini, silalah emel : dayah_bear97@yahoo.com.my

Terima kasih atas usaha mempromosikan NovelComel Kak Ain.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, sila klik >>>SINI<<<

wasalam
AinMaisarah

25 April 2008

Ulasan Pembaca 2 : Aku Mahu Teman Tapi Mesra

Salam semua,

Hari ini Kak Ain nak berkongsi ulasan buku daripada Cik Balqis. Kak Ain terpaksa edit ulasan Cik Balqis kerana semua perkataan dalam huruf kecil. Harapnya Cik Balqis boleh perbaiki lagi kaedah penulisan tersebut.


Assalamualaikum Kak Ain,

Balqis dah baca buku AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA. Saya rasa geram, marah, kasihan dan kelakar.

Saya geram sebab widya yang berubah sebegitu drastik. Saya tidak menyangka itu akan berlaku. Saya ingat setelah menjalinkan hubungan dengan Mr.Lobak-Lobak, Widya akan menjadi lebih baik. saya rasa kecewa dengan sikap Widya.

Saya juga rasa tak puas hati dengan Edrina kerana tidak berterus-terang kepada 5 orang kawan rapatnya bahawa dia menyukai Zaidi. Setelah Huda menyukai Zaidi baru Edrina berasa tergugat.

Saya juga berasa kelakar hingga tidak berhenti-henti ketawa ketika membaca perbualan di antara Huda dan Edrina. Ketika mereka berdua berbual tentang "Robert Kiyosaki" yang kelakarnya, semasa Huda menyebut tentang ROBERT BERDAKI memang kelakar sangat.

Saya berasa kasihan melihat Hana, Huda dan Nita menjadi penyebab berlakunya kerenggangan di antara Widya dan Edrina serta Umi.....

Setelah membaca buku Kak Ain,saya mendapat bermacam-macam feelings. Sesungguhnya buku Kak Ain memang best. Saya tabik kepada Kak Ain dan Kak Ain adalah penulis novel kegemaran dan kesukaan saya.

Thank you Kak Ain because you make my day more happy with your book !!!



Oleh Cutegirl_Balqis
e-mel : cutegirl_balqis@yahoo.com
Blog : http://balqis95.blogspot.com
Dari Taman Puchong.

Terima kasih Balqis atas ulasan buku AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA.

Wasalam
AinMaisarah

20 April 2008

AinMaisarah Berkongsi E-Mel Pembaca

Assalamualaikum,

Kak Ain menerima e-mel ini malam tadi. Dalam banyak-banyak e-mel, Kak Ain ingin berkongsi e-mel ini kerana ia ditulis dengan bahasa yang lengkap. Selalunya Kak Ain menerima e-mel dengan bahasa singkatan yang Kak Ain sendiri tidak faham.

E-Mel Aina Yasmin teratur. Adik Yasmin juga dapat menyampaikan maksud tujuan e-mel dengan berkesan.

Kak Ain menggalakkan adik-adik agar menghantar e-mel yang lengkap setiap kali berurusan dengan Kak Ain. Anggaplah ia sebagai latihan penulisan bahasa.

Di sini Kak Ain kongsikan e-mel tersebut :

Hai Kak Ain,

Assalamualaikum dan apa khabar? Saya ialah salah seorang peminat Kak Ain yang baru menjadi ahli Rumah Pink AinMaisarah. Di sini, saya ingin memperkenalkan diri.

Nama saya Aina Yasmin Bt. Zulhaime. Tarikh lahir saya ialah 1/9/1995. Baru masuk alam sekolah menengah. Saya mempunyai 3 adik beradik(nak masuk yang keempat). Menetap di Seremban,Negeri Sembilan tetapi bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Kurshiah, Kuala Pilah. Saya bersekolah di sana kerana ibu saya merupakan seorang guru yang mengajar di sana. Jadi, saya berulang tiap-tiap hari. Penat....

Kak Ain,

Sejak mengetahui alamat e-mail Kak Ain, saya menjadi teruja kerana Kak Ain merupakan novelis atau pengarang Malysia yang pertama saya minati. Hasil kerja Kak Ain amat memikat hati saya. Kak Ain pandai manggambarkan hidup remaja zaman sekarang dan menasihati mereka dengan kata-kata tersurat di dalam nove-novel Kak Ain.Pendek kata, novel Kak Ain adalah novel 2 in 1. Buku motivasi dan novel remaja. Antara buku-buku Kak Ain yang saya miliki ialah (mengikut urutan mana satu dibeli dahulu):

1. Aku Mahu Saiz S (rating 4/5)
2. Aku Mahu Popular (rating 4/5)
3. Aku Mahu Buli (rating 4/5)
4. Impiana (rating 5/5)
5. Impiana II (rating 5/5)
6. Aku Mahu Teman Tapi Mesra

Buku no. 4 dan 5 dapat membuat saya merasakan erti sebenar membaca. Impiana II berjaya membuat saya menangis membacanya buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Saya sangat menantikan Impiana III. Saya juga sedang menunggu Aku Mahu Bergaya.

Untuk pengetahuan Kak Ain, salah seorang adik saya iaitu Aina Fatini bercita-cita untuk menjadi seorang pengarang dan dia lagaknya berkebolehan. Boleh Kak Ain berinya sedikit tips? Umurnya baru 10 tahun tetapi amat minat akan bidang sastera. Bagaimana dia boleh mengembangkan bakatnya?

Saya berminat untuk mengenali Kak Ain dengan lebih dekat lagi. Paling kurang pun dapat tahu tarikh lahir Kak Ain pun cukup. Bolehkan?

Buat masa ini, e-mail ini agak simple dan tidak mempunyai sebarang gambar kerana saya hanya mahu berkenalan dengan Kak Ain dahulu. Harap Kak Ain sudi membalas e-mail ini.



Wasalam
AinMaisarah

10 April 2008

Ulasan Pembaca 1 : AKU MAHU SAIZ S

Salam semua,

Kak Ain ingin berkongsi ulasan oleh Cik Adik Riha mengenai novel AKU MAHU SAIZ S.

Ulasan novel Aku Mahu Saiz S

Salam kak Ain,

Riha memilih untuk mengulas novel ke-2 kak An yang bertajuk Aku Mahu Saiz S. Riha rasa novel tu banyak memberi pengajaran. Antaranya ialah bersyukur dengan paras rupa yang dikuniakan Allah dan menerima takdir dengan hati terbuka.

Kedua, menghargai persahabatan. Seterusnya, tolong-menolong. The Size S menolong Kelab Size XL menguruskan badan, betul tak? Banyak lagi pengajarannya. Riha bagi 4 bintang pada novel ini. Jalan ceritanya menarik, cara mengakhiri ceritanya pun, agak baik.

Novel novel kak Ain yang lain pun bagus juga, seperti Tak Bisa Memilihmu. Novel tu membolehkan kita mengetahui serba sedikit tentang masyarakat Indonesia.

Kesimpulannya, novel Kak Ain memang best dan bagus! Tapi, buku sekolah jangan dilupakan!


Ulasan oleh :

Nurfarihah Bt Jamil, berumur 11 tahun adalah salah seorang ahli Kelab Teman Tapi Mesra AinMaisarah, yang kini menetap di Rawang, Selangor.

Mahu berkenalan dengan beliau? Silalah ke blog comelnya : firataurus.blogspot.com

Ataupun boleh menghantar e-mel : riha97@yahoo.com.my

Kak Ain akan berkongsi ulasan daripada ahli-ahli kelab Teman Tapi Mesra AinMaisarah di Rumah Pink ini. Selalu-selalulah hadir di Rumah Rink ini untuk membacanya.

Untuk mendaftar sebagai Ahli Kelab Teman Tapi Mesra AinMaisarah sila klik di sini. >>AKU MAHU JADI AHLI<<

Jika anda ingin membuat ulasan buku sila klik di sini. >> AKU MAHU BUAT ULASAN <<

wasalam
AinMaisarah

08 April 2008

Ulasan Buku AinMaisarah

Assalamualaikum,

Kak Ain selalu menerima komen yang bagus dan juga cadangan yang hebat mengenai buku-buku Kak Ain.

Mulai hari ini Kak Ain ingin berkongsi ulasan-ulasan dan komen-komen yang datang daripada pembaca-pembaca buku Kak Ain. Kak Ain akan sediakan satu kategori entri untuk memaparkan ulasan pembaca buku di Rumah PINK ini.

Tetapi ada syaratnya, mudah sahaja, iaitu :

1. Ayat dan bahasa yang digunakan mesti menggunakan bahasa melayu lengkap. Kak Ain tak mahu perkataan seperti, sy, dgn, skull dan lain-lain.

Anggaplah seperti adik-adik menghantar karangan kepada guru di sekolah. Anggaplah juga ianya sebagai salah satu cara mengasah bakat menulis. Boleh tak?

Kak Ain harap adik-adik boleh memberi komen dan ulasan yang bagus mengenai buku-buku AinMaisarah.

Sila mulakan di bahagian komen di bawah :

wasalam
AinMaisarah

13 March 2008

KOMEN ANDA TENTANG IMPIANA 1 DAN IMPIANA 11

Salam semua,

Bila buku IMPIANA II akan berada di pasaran? InsyaAllah dalam minggu depan.

Namun ada di antara adik-adik yang telah mendapat buku IMPIANA II dengan pembelian terus daripada Kak Ain.

Kak Ain ingin membaca komen adik-adik yang telah membaca buku IMPIANA I dan juga IMPIANA II.

Masukkan komen adik-adik di bahagian komen entri ini. Kak Ain tak kisah, komen baik ke atau komen tak baik, tetapi yang penting ianya mestilah tulus ikhlas dari hati, chewah. Haaa... itulah yang Kak Ain mahukan okay.

Apa yang Kak Ain sedang buat sekarang ini?

1) Kak Ain sedang membaca dan mengedit draf terakhir TAK BISA MEMILIH untuk di hantar ke kilang cetak.

2) Kak Ain sedang menunggu draf AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA dari pihak PTS ONe untuk edit. Harapnya dapat siapkan sebelum Jumaat 15 Mac 2008.

Okaylah, itu sahaja dari Kak Ain hari ini.

Sesiapa yang dah dapat buku IMPIANA II tu, baca buku tu jangan sampai lupa makan.

Wasalam
AinMaisarah