Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Doa Kak Ain, semoga semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah berada dalam keadaan sihat, ceria dan sejahtera.
Entri blog kali ini, Kak Ain ingin mewar-warkan tentang aktiviti terdekat AinMaisarah. Selalu Kak Ain buat pertemuan pembaca dan pomosi buku di kawasan sekitar KL dan Selangor. Tahun 2011 ini, Alhamdulillah dibukakan juga pintu peluang bertemu pembaca di Melaka. Ya! Kali ini Kak Ain akan ke Melaka. AinMaisarah akan berada di Kampung Buku bagi bertemu pembaca-pembaca novel AinMaisarah.
Banner promosi juga sudah siap untuk Kak Ain kongsikan bersama semua pembaca.
Lokasi: Kampung Buku Melaka
Tarikh: Sabtu, 29 Januari 2011
Masa: 12 tengah hari - 3 petang
Bagi yang mahu tahu di mana lokasi Kampung Buku Melaka, di sini Kak Ain kongsikan panduan arahnya ya:
Panduan arah: Keluar di tol Ayer Keroh di selatan Utara – Selatan PLUS Highway. Dari tol, kira-kira sekitar 3km dan kemudian belok ke kanan di McDonald’s dan Taman Buaya Melaka. Ikut papan tanda untuk ke Kampung Buku Malaysia Melaka.
Kepada pembaca Melaka, 30 pembaca pertama yang hadir akan menerima goodie bag daripada pihak Kampung Buku. Kak Ain pula akan adakan pelbagai kuiz dengan memberikan pelbagai hadiah novelcomel, button badge The Wannababes dan macam-macam lagi.
Pembaca Melaka, marilah datang ramai-ramai jumpa Kak Ain supaya boleh:
AMBIL GAMBAR BERSAMA DAN BERAMAH MESRA =)
JUGA BAWA SEMUA BUKU AINMAISARAH SUPAYA KAK AIN BOLEH TURUNKAN TANDATANGAN =)
Mari kita ke Kampung Buku Melaka ramai-ramai pada hari Sabtu ini! Jumpa di sana!
Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Kredit gambar-gambar diberikan di bawah hakcipta Khair Zawawi, pembaca AinMaisarah yang macho sekali.





