Showing posts with label Gambar-Gambar AinMaisarah. Show all posts
Showing posts with label Gambar-Gambar AinMaisarah. Show all posts

28 April 2009

Nostalgia Kenangan: Gambar-Gambar Pesta Buku 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pesta Buku Antarabangsa 2009 sudah melabuhkan tirainya. Sepanjang 10 hari Pesta Buku berlangsung, Kak Ain sentiasa cuba meluangkan masa ke PWTC.

Paling lama Kak Ain berada di PWTC bagi memenuhi sesi berjumpa pembaca adalah pada hari Ahad lepas. Kak Ain berada di gerai PTS tepat pukul 2.00 petang dan meminta diri makan tengahari pukul 5.00 petang.

Kak Ain sampai hilang suara bercakap-cakap dengan para pembaca semua. Keadaan bertambah sukar kerana suara Kak Ain sejak azali macam kartun. Kecil dan halus. 

Maka apabila Kak Ain mahu berkomunikasi dengan para pembaca, suara Kak Ain perlu mengatasi kebisingan para pengunjung yang penuh berhimpit macam sardin di gerai PTS, kekuatan sistem speaker gerai Hijjaz bersebelahan dan juga kenyaringan bunyi pengumuman demi pengumuman mempromosikan penulis-penulis yang datang.

Kak Ain mohon maaf sekiranya ada kekurangan dan kesilapan ketika melayan para pembaca semua. Sesungguhnya Kak Ain sangat gembira dapat berjumpa anda semua. Kak Ain juga jadi berkobar-kobar mahu terus menulis sebanyak mungkin, selagi ada permintaan di luar sana.

Okey, harap dapat jamu mata dengan gambar-gambar di bawah. Enjoy the pictures!

Bersama Ching Wei yang kecil molek orangnya dan ibunya yang jelita. Ching Wei juga sudah mendaftar menjadi pelajar Sri Bangsar. Yeay! TQ dear!

Ini satu-satunya gambar penuh AinMaisarah bersama dua pembaca bernama Alyia dan Syafiqah. Dua adik-beradik ini setia menunggu dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Terima kasih kerana sudi menemani Kak Ain ya!


Kak Ain bergambar bersama ibu dan anak yang seiras wajah mereka.



Ini gambar Kak Ain bersama pembaca bernama Iman. Comel! Nak peluk-peluk bawa balik! =D


Cik Adik berkaca mata ini juga pembaca buku AinMaisarah. TQ for coming dear!



Alaaa.... cantiknya tudung gaya Eqin yang dipakai oleh pembaca yang seorang ini! Kak Ain teringin sangat nak pakai tudung Eqin... tapi muka tak sesuwai! =(




Dua adik-beradik ini punya mata yang hampir sama dengan mata AinMaisarah. Orang selalu kata mata Kak Ain mata Panda. 


Bersama pembaca bertudung putih: Atikah
Bersama pembaca berbaju kadet: Ain yang comel! =D


Bersama pembaca cilik. Tak silap Kak Ain... umurnya baru 9 tahun! 


Bila pandang kamera, sila buka mata besar-besar. Jangan berkelip!


Bersama pembaca berambut perang semulajadi bernama Nik. Wah! Kak Ain sangat admire rambut adik yang seorang ini!


Kak Ain bergambar dengan Cik Adik Iman iaitu salah seorang pembaca terawal Aku Mahu Popular. Iman?? Kenapa tak perkenalkan diri awal-awal?? =(  Tak sempat nak sembang panjang-panjang.


Hmm... gambar banyak yang blur... Cik Abang susah nak stabilkan kamera kerana kawasan gerai PTS sangat terhad ruang kosongnya. Penuh sesak dengan pengunjung yang berjuta-juta lemon banyaknya!


Antara wajah-wajah pembaca buku AinMaisarah


Kak Ain mempromosikan buku terbaru iaitu buku ke-10 AinMaisarah bertajuk Buletin Sri Bangsar: Kini Berwajah Baru. Harapnya semua pembaca suka dengan siri terbaru ini ya!


Adik dan kakak, sama-sama jadi pembaca buku AinMaisarah


Ada juga yang belikan buku untuk anak saudara, adik sepupu dan anak jiran tetangga. Baguslah!


Sesi penerangan tentang buletin fizikal yang diberi percuma dengan setiap pembelian buku BSB. Sekiranya mahu membaca buletin online, sila klik www.buletinsribangsar.com

Soalan lazim yang Kak Ain akan tanya: Pernah masuk Rumah Pink AinMaisarah? 
Jangan lupa klik www.ainmaisarah.com ya!


Okey semua... setakat ini dahulu gambar yang dapat Kak Ain kongsikan bersama. Kak Ain sedang menunggu gambar yang diambil oleh pihak PTS pula.

Sekiranya ada pembaca yang mengambil gambar bersama dan mahu dipaparkan di sini, sila e-mel gambar tersebut kepada syaizul@meta-dome.com ya.

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Harapnya panjang umur... murah rezeki... diberi kesempatan... kita semua dapat berjumpa lagi di Pesta Buku Antarabangsa 2010 pula! Amin!


19 August 2008

Laporan AinMaisarah di MPH Mid Valley: Bhg 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini bertarikh 20082008.

Hari ini juga genaplah 200 entri yang telah dimasukkan dalam Rumah Pink AinMaisarah. Harapan Kak Ain, pengunjung di sini terus setia menjenguk dan mengekalkan hubungan baik sesama sendiri.

Bagi entri kali ini, seperti dijanjikan, Kak Ain memasukkan gambar-gambar pula. Terima kasih diucapkan kepada Saudara Firdaus Ariff dan Cik Adik Ira Hazira atas ihsan gambar-gambar yang dihantar.

Inilah gambar Kak Ain sewaktu memperkenalkan diri. Bagi sesi pengenalan diri AinMaisarah, Kak Ain gunakan bantuan multimedia slide show presentation. Isk! Rasa macam buat presentation depan pensyarah zaman muda-muda dulu! =D




Ini pula antara penonton yang hadir. Alhamdulillah kerusi yang disediakan pihak MPH penuh. Ramai yang terpaksa berdiri. Lain kali kita duduk atas lantai sajalah, lebih seronok!



Ini gambar yang diambil ketika permainan berlangsung. Lihat sahaja aksi-aksi pengunjung yang hadir dan turut sama mengambil bahagian dalam permainan. Masing-masing bersemangat mahu menang!



Seperti semua sedia maklum, Geng Kak Ain kalah. Kami telah didenda ketuk ketampi lima kali. Memang gamat semua orang ketawakan kami! Tak apa... tak apa. Ada lori ada bas, ada hari boleh balas. Lain kali Geng Kak Ain akan menang punya!


~nota gambar: Amboi! Ada pakcik di belakang gambar yang gelakkan kita!~

Setelah selesai permainan, Kak Ain menandatangani buku-buku yang dibeli.


~nota gambar: Kepada Azyan, tolong kirimkan salam Kak Ain pada ibu yang sangat sporting menunggu hingga habis majlis~

Selesai sesi tandatangan, kami bergambar pula. (Tudung Kak Ain tak betul, hampeh sungguh!) Ini adalah beberapa gambar yang sempat diambil. Kak Ain betul-betul menghargai semua yang sudi hadir. Kepada ibubapa yang setia menunggu hingga majlis berakhir, ribuan terima kasih diucapkan!


~nota gambar: Siapa adik lelaki paling kiri ni? Adik Hanis ye?~


~nota gambar: Semua orang berdiri tegak. Kak Ain seorang senget semacam. Demi nak menyeimbangkan ketinggian~


~nota gambar: Mengapa muka Balqis berkerut semacam ni? Hanis tersenyum sentiasa. Aimi kekal serius~


~nota gambar: Cik Adik IraHazira datang membawa 4 orang kawan ke Mid Valley. Jasamu dikenang!~

InsyaAllah di lain kesempatan, Kak Ain harapkan kita semua dapat berjumpa lagi. Sekiranya boleh, Kak Ain mahu lebih ramai yang hadir. Kita gamatkan lagi MPH! Kita tunjukkan kepada pengurusan MPH, sesi acara buku penulis Melayu juga boleh mendapat sambutan.

Salam Sayang,
AinMaisarah

25 May 2008

Posing-Posing di MPH, Alamanda

Assalamualaikum diucapkan buat semua pembaca,

Rasanya belum terlambat untuk Kak Ain mengucapkan selamat bercuti buat pembaca-pembaca yang menuntut ilmu di sekolah. Dua minggu ini isilah sebaik mungkin dengan melakukan aktiviti berfaedah. Contohnya membaca buku-buku AinMaisarah! =D Heheh.

Seperti dijanjikan, hari ini Kak Ain mahu berkongsi gambar-gambar yang diambil bersama pembeli buku di MPH, Alamanda. Kepada yang sudi datang dari jauh, ribuan terima kasih diucapkan. Kepada pembaca di sekitar Putrajaya, Bangi dan Kajang... moga-moga ada rezeki kita boleh jumpa lagi!

Kak Ain dimaklumkan bahawa pihak PTSOne ada rancangan mahu membuat kunjungan ke cawangan MPH dan POPULAR di kawasan lain pula. Mungkin di masa akan datang, bolehlah Kak Ain berjumpa dengan ramai lagi pembaca!

Kita mulakan mencuci mata dengan gambar-gambar di bawah. Enjoy!

Inilah gambar Balqis dari Puchong. Balqis adalah antara pengunjung aktif di Rumah Pink AinMaisarah. Ini kali kedua Kak Ain berjumpa Balqis. Jika hendak lihat lebih banyak gambar majlis ini, boleh juga lihat di blog Balqis. Sila klik >>SINI<<


Gambar ini pula diambil ketika kami berdua masih tidak bersedia! Kak Ain dan Najwa Amira masih ketawa-ketawa.


Inilah dua sekawan yang begitu sporting hingga ke hujung majlis. Syiqin dan Aimi dari kumpulan The Poison. Ngeri sungguh nama kumpulan Cik Adik berdua. Ini mesti musuh utama The Wannababes!


Siapakah yang berada di tengah-tengah Kak Ain dan Farihah Iskandar @ Kak Yayah? Namanya Amalina. Amalina ada beritahu Kak Ain, Amalina berkawan baik dengan Dayah dan kakaknya Syifa. Hai! Dayah memang banyak membantu Kak Ain mempromosi buku. Pada jururawat dipromosi. Pada kawan-kawan apatah lagi. Terima kasih Dayah!


Ini pula gambar pembaca bernama Sarah. Kak Ain suka baju Sarah. Boleh pinjam tak? (Kak Ain berhalusinasi kononnya muat pakai baju comel tu!)


Gambar di bawah ini adalah bersama Cik Adik Addina atau lebih mahu dikenali sebagai Add. Sangat cool orangnya. Ingat ya! Jangan lupa mendaftar keahlian Kelab Teman Tapi Mesra AinMaisarah!


Gambar ini diambil bersama Aqilah dan Raihana. Aqilah membeli buku Aku Mahu Teman Tapi Mesra. Selamat membaca ya!


Kak Ain juga sempat berjumpa pembaca bersaiz XS. Oh! Sangat kecil lagi comel. Namanya Syuhada. Syuhada datang bersama adiknya (yang bersaiz XXS... Kak Ain sangat cemburu!)


Ini gambar bersama pembaca. Sila perhatikan betul-betul gambar di belakang. Siapakah jejaka memakai baju Superman itu? Adakah dia Superman sebenar? Adakah itu Faizal Tahir? Sesiapa ingin berkenalan dengan Superman macho ini sila klik >>SINI<<


Jangan tak tahu, pembaca novel AinMaisarah semuanya comel-comel belaka. Pendek kata memang Fasharina bt Tan Sri Hisham pun kalah!


Selain tandatangan buku, Kak Ain juga melatih diri senyum dan jangan terkelip mata bila bergambar. Jadi macam patung sekejap!


Gambar terakhir, Kak Ain adakan juga sesi temuramah dengan pembaca. Apa soalan yang Kak Ain selalu tanya? 1) Pernah ke www.ainmaisarah.com? 2) Pernah baca buku AinMaisarah? 3) Apa pendapat adik tentang buku Kak Ain? Hah! Banyaknya soalan. Penat Cik Adik di bawah ini menjawabnya!


Okey. Harapnya berpuas hati dengan gambar-gambar yang dipaparkan. Kepada para pembaca yang mengambil gambar dengan Kak Ain, harapnya dapatlah berkongsi bersama. E-mel gambar kepada maisarah_ain@yahoo.com

Salam Sayang,
AinMaisarah

23 May 2008

AinMaisarah di Pembukaan Pesta Buku Popular

Salam buat pengunjung Rumah Pink AinMaisarah,

Hari ini Kak Ain sempat singgah menjenguk KL Convention Centre berdekatan dengan rumah ikan jerung Aquaria tu. Apa yang ada di sana? Tentulah Pesta Buku Popular yang akan berlangsung sepanjang minggu cuti persekolahan nanti. Majlis perasmian pembukaannya berlangsung petang tadi. InsyaAllah esok dewan pameran akan dibuka kepada pengunjung umum pula.

Dewan pameran di sini memang luas. Kak Ain sukakan cara pihak POPULAR menyusun buku-buku. Cantik, kemas dan mudah dicapai. Ada dua dewan pameran. Satu dewan khas mempamerkan buku-buku bahasa Cina. Satu dewan lagi menggabungkan pameran buku Melayu dan Inggeris.

Lihatlah sendiri betapa luasnya dewan ini!


Kak Ain seperti biasa tentulah akan membuat lawatan ke bahagian buku remaja. Alhamdulillah kesemua tujuh buku Kak Ain ada di sana. Sesiapa yang mencari buku AinMaisarah, sila dapatkan dengan tawaran istimewa diskaun 10%. Cepat, cepat! Sebelum stok kehabisan!


Kepada pengunjung Pesta Buku Popular, pencarian buku juga dimudahkan dengan label-label kategori. Jadi pergi sahaja ke bahagian Novel Remaja bagi mendapatkan novel-novel PTSOne yang meletup ceritanya!


Setelah menjelajah ke seluruh dewan pameran, Cik Abang cuit supaya melihat jam di tangan. Pukul 7.45 malam. Nampaknya Kak Ain tak dapat tunggu majlis makan-makan sempena perasmian kerana perlu keluar menunaikan solat Maghrib. Kak Ain sempat capai apa yang nak dibeli dan terus ke kaunter bayaran. Staf-staf kedai buku POPULAR yang bersemangat mahu bertugas kelihatan beramai-ramai berbaris dan berkampung di dewan ini!


Kepada semua peminat buku, jangan lepaskan peluang ke dewan KL Convention Centre bagi merasai sendiri kehebatan pameran buku besar-besaran. Bermacam buku ada. Pelbagai tajuk menunggu di sana.

Apa tunggu lagi? Pergi jangan tak pergi! =D

Salam Sayang,
AinMaisarah

04 May 2008

KTTM : Gambar Kelab Teman Tapi Mesra AinMaisarah

Assalamualaikum kepada semua pengunjung Rumah PINK AinMaisarah,

Kak Ain telah menerima beberapa gambar lagi daripada ahli Kelab Teman Tapi Mesra KTTM. Sesiapa yang telah mendaftar di Kelab Teman Tapi Mesra AinMaisarah secara automatik menjadi ahli.

Yang belum mendaftar silalah klik >>SINI<< dan isi maklumat yang diperlukan di bahagian komen.

Berikut adalah gambar beberapa ahli KTTM. Enjoy!








Ahli kelab yang belum menghantar gambar silalah hantar gambar tersebut melalui e-mel maisarah_ain@yahoo.com.

Sesiapa yang sudah menghantar gambar, Kak Ain akan masukan gambar dalam entri secara beransur-ansur. Oleh itu harap bersabar ya. {Cik Abang adalah seorang yang sangat sibuk}

Wasalam
AinMaisarah