23 May 2008

AinMaisarah di Pembukaan Pesta Buku Popular

Salam buat pengunjung Rumah Pink AinMaisarah,

Hari ini Kak Ain sempat singgah menjenguk KL Convention Centre berdekatan dengan rumah ikan jerung Aquaria tu. Apa yang ada di sana? Tentulah Pesta Buku Popular yang akan berlangsung sepanjang minggu cuti persekolahan nanti. Majlis perasmian pembukaannya berlangsung petang tadi. InsyaAllah esok dewan pameran akan dibuka kepada pengunjung umum pula.

Dewan pameran di sini memang luas. Kak Ain sukakan cara pihak POPULAR menyusun buku-buku. Cantik, kemas dan mudah dicapai. Ada dua dewan pameran. Satu dewan khas mempamerkan buku-buku bahasa Cina. Satu dewan lagi menggabungkan pameran buku Melayu dan Inggeris.

Lihatlah sendiri betapa luasnya dewan ini!


Kak Ain seperti biasa tentulah akan membuat lawatan ke bahagian buku remaja. Alhamdulillah kesemua tujuh buku Kak Ain ada di sana. Sesiapa yang mencari buku AinMaisarah, sila dapatkan dengan tawaran istimewa diskaun 10%. Cepat, cepat! Sebelum stok kehabisan!


Kepada pengunjung Pesta Buku Popular, pencarian buku juga dimudahkan dengan label-label kategori. Jadi pergi sahaja ke bahagian Novel Remaja bagi mendapatkan novel-novel PTSOne yang meletup ceritanya!


Setelah menjelajah ke seluruh dewan pameran, Cik Abang cuit supaya melihat jam di tangan. Pukul 7.45 malam. Nampaknya Kak Ain tak dapat tunggu majlis makan-makan sempena perasmian kerana perlu keluar menunaikan solat Maghrib. Kak Ain sempat capai apa yang nak dibeli dan terus ke kaunter bayaran. Staf-staf kedai buku POPULAR yang bersemangat mahu bertugas kelihatan beramai-ramai berbaris dan berkampung di dewan ini!


Kepada semua peminat buku, jangan lepaskan peluang ke dewan KL Convention Centre bagi merasai sendiri kehebatan pameran buku besar-besaran. Bermacam buku ada. Pelbagai tajuk menunggu di sana.

Apa tunggu lagi? Pergi jangan tak pergi! =D

Salam Sayang,
AinMaisarah

21 comments:

:: Fatin Hanani :: said...

salam kak ain..
pesta buku popular ni dibuka dari hari apa ke hari apa?
pukul bape ke pukul bape???

najwaamira said...

Salam kak Ain,

Saya pun nak pergi Popular Book Fest hari ini.Fatin,Popular Book Fest buka hingga 1 Jun.Pkl 10 am-10pm.Kita jumpa di Putrajaya ya Fatin!

sara imanina said...

Salam kak ain,

Insya-Allah sara pergi.tapi tak tau bila...

okay, dah nak balik kampung ni.. pulang kl balik hari isnin...

Anonymous said...

Salam ain,

Buku ain tak sampai-sampai lagi.
Kenapa ye?
Dah seminggu tunggu =(
Tak sabar nak baca ni...

Anisah Sulaiman@Rnysa
A-5 Jalan Merbau
Taman Melayu Jaya
31900 Kampar Perak

Izzie Izzati said...

Cantik juga kAK AIN kita nie,ya?
Sepanjang cuti ni tak dapat pergilah..
Sebab..
tak ada masa nak pergi Pke Kuala Lumpur..

::fatin:: said...

thanks mira!!!
pasti..kita jumpa di sana nanti..

ainmaisarah said...

Salam Fatin,
Kak Ain rasa ada baiknya jangan pergi hari Sabtu Ahad. Dewan akan penuh macam tin sardin! Ini berdasarkan pengalaman Kak Ain ke sana tahun lepas. Jadi mungkin Fatin boleh pergi hari Isnin-Jumaat. Lebih banyak ruang nak memilih. Lebih udara nak bernafas.

Dear Mira,
Memang tak rugi pasang cita-cita ke Pesta Buku Popular. Selain beribu tajuk buku dipamerkan, ada juga dijual stationaries yang comel-comel sangat! Tak cukup duit nak beli semua. Heheh.

Salam Sara,
Selamat balik kampung. Semoga seronok dan gembira bercuti di sana bersama keluarga. Have a safe journey , dear!

Dear Izzie,
Alhamdulillah dan terima kasih atas pujian. Nanti bila jumpa Kak Ain upah gula-gula. =D Izzie duduk di mana? Mungkin Kak Ain boleh beritahu Izzie sekiranya ada program pesta buku berhampiran tempat kediaman Izzie.

Salam Hujung Minggu,
AinMaisarah

ainmaisarah said...

Dear Anisah @ Rnysa,
Ain minta maaf atas keterlewatan menerima NovelComel itu. Ain sudah poskan minggu lepas lagi. Mungkin kerana alamat berlokasi di Perak, jadi lewat sedikit menerimanya.

Harap-harap minggu hadapan NovelComel itu akan selamat sampai ke tangan Rnysa. Sekiranya tidak dapat juga, hubungi Ain secepat yang boleh ye. Mungkin Ain cuba usaha menghantarnya semula.

Ribuan maaf atas kesulitan,
AinMaisarah

cutegirl_balqis said...
This comment has been removed by the author.
cutegirl_balqis said...

Salam Kak Ain...best nya book fair tu....bile tarikh mula dan bila pula tarikh ahirnya ???? Insyaallah,Balqis akan datang ke sana......Penulis PTS ade datang tak macam kat pesta buku ari tu ????

Jumpa Kak Ain di Alamanda !!!

Izzie Izzati said...

Saya duduk di rumah.Acah jer la.
Saya duduk di Kuantan.
Apa kata kalau saya bagi Kak Ain Cadbury atau Fererro Rocher KALAU kita jumpa nanti?

najwaamira said...

Salam kak Ain,

Kejap lagi saya nak pergi Putrajaya.Kak Ain tahu x tingkat berapa MPH tu??Takut lambat pula sampai kalau mencari..

syiqynn//thepoison said...

najwa sayang..hehe..
mph tuh dekat tingkat 1 bahagian selatan.klu najwa dah smpi dekat parking lot lps tu masuk..najwa jalan terus sampai ke air pancut(bulatan),pastu najwa tgk kedai levi's.najwa masuk ikut jalan tu..jalan terus nanti nampak lah mph..hehe

najwaamira said...

Thx kak Syiqynn!!!!

farah said...

salam kak ain..
pesta buku ni sampai bile?
dari pukul berapa sampai berapa?
kat mana?
maaf banyak tanya.

syiqynn//thepoison said...

welcome najwa !!!

farah said...

salam kak ain..
nanti kat sini kak ain ada ke macam yang dekat pesta buku PWTC tu?

farah said...

salam kak ain,

boleh tak saya tempah siap2 nvel Aku Mahu Bergaya? saya nak jadi orang yangpertama memiliki novel itu.saya akan masukkan wang dalam akaun maybank secepat mungkin.

~Princess-Rina~ said...

Salam Kak Ain,

Best nye kalau dpt pergi..
Tapi sayang..
Rina ada kelas tambaham untuk UPKK nanti..
Rabu ni pulak Insyaallah Rina akan bertolak ke Mekah.
Doakan Rina sihat sejahtera di sana ya :).

Permintaan Kak Ain masih segar di ingatan Rina.Mungkin Kak Ain suatu hari nanti dpt anak kembar seperti yg dihajatkan..Amin..

Minta-mintalah kaki Rina x lenguh nak bertawaf sekeliling Kaabah nanti....

Salam Kiss Kiss,
~Rina_PrincessRina_~

nurul hidayah roslan said...

salam kk ain,

Dayah pon nak pergi ke pesta buku popular...dayah nak ajk papa dayah..mesti best giler!!huhuhkk ain ape pekerja dia buat ??kenapa dia orang beratur panjang lebar tu??hih


wasalam ,
dayah:P

farah said...

salam kak ain..
mase akak pergi sini, akak beli buku ape? hehehhe.sibuk je nak tanye.kak ain jagan lupa approve saya dalam friendster