27 January 2011

AinMaisarah Bertemu Pembaca Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Doa Kak Ain, semoga semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah berada dalam keadaan sihat, ceria dan sejahtera.

Entri blog kali ini, Kak Ain ingin mewar-warkan tentang aktiviti terdekat AinMaisarah. Selalu Kak Ain buat pertemuan pembaca dan pomosi buku di kawasan sekitar KL dan Selangor. Tahun 2011 ini, Alhamdulillah dibukakan juga pintu peluang bertemu pembaca di Melaka. Ya! Kali ini Kak Ain akan ke Melaka. AinMaisarah akan berada di Kampung Buku bagi bertemu pembaca-pembaca novel AinMaisarah.

Banner promosi juga sudah siap untuk Kak Ain kongsikan bersama semua pembaca.





Lokasi: Kampung Buku Melaka
Tarikh: Sabtu, 29 Januari 2011
Masa: 12 tengah hari - 3 petang

Bagi yang mahu tahu di mana lokasi Kampung Buku Melaka, di sini Kak Ain kongsikan panduan arahnya ya:

Panduan arah: Keluar di tol Ayer Keroh di selatan Utara – Selatan PLUS Highway. Dari tol, kira-kira sekitar 3km dan kemudian belok ke kanan di McDonald’s dan Taman Buaya Melaka. Ikut papan tanda untuk ke Kampung Buku Malaysia Melaka.

Kepada pembaca Melaka, 30 pembaca pertama yang hadir akan menerima goodie bag daripada pihak Kampung Buku. Kak Ain pula akan adakan pelbagai kuiz dengan memberikan pelbagai hadiah novelcomel, button badge The Wannababes dan macam-macam lagi.

Pembaca Melaka, marilah datang ramai-ramai jumpa Kak Ain supaya boleh:

AMBIL GAMBAR BERSAMA DAN BERAMAH MESRA =)



JUGA BAWA SEMUA BUKU AINMAISARAH SUPAYA KAK AIN BOLEH TURUNKAN TANDATANGAN =)




Mari kita ke Kampung Buku Melaka ramai-ramai pada hari Sabtu ini! Jumpa di sana!

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Kredit gambar-gambar diberikan di bawah hakcipta Khair Zawawi, pembaca AinMaisarah yang macho sekali.

17 comments:

aQ!LaH said...

alah kak
biler akak nk prg kelantan?
nk SNGT jumpa akak
huhuhu
kl blh dtglah tanah merah
huhuhu
:D

kinderbueno said...

yeaa! nnti bleh jmpe kq ain! :D

[are~tiQah] said...

Beznyerlah pmbce2 yg kt melaka tuh..

Khair Zawawi said...

Terima kasih tayang susuk saya di sini (^_^)

aE-nUl~~ said...

kak ain ble nak datang kelantan...
jeles la...
nak jumpe kak ain...^-^

BummBle BeE said...

Bila akak nk dtg kedah??
kami peminat akak kat sini tggu tau...

Anis Najwa said...

Salam Kak, terima kasih kerana sudi bergambar & beri autograph td...happy sgt..Anis akan terus sokong akak...love u
p/s : pic td Anis dh upload kt fb...check k

NuraynaDiba said...

jealous lh...anyway bila kk nk dtg JB?
x pwas ati x dpt jmpa kk mse kt angsana ari 2uh...
: (

afika jafri said...

alah kak... dtg arr jb lak..
x pown dtg seremban..dua2 tmpat tinggal sye..
hehe... dtg arr kak..

WaFa Baek ! said...

kak ain ! nty kak ain dtg kt putrajaya pulakk taw ! nk jmpe dgn kak ain :D

143me said...

slm kak Ain,boleh tak kak Ain senaraikan pcapaian kak Ain samaada sbgai novelis ke..sbenarnya saya nak buat pmbentangan ttg tokoh2 yg bjaya sprt kakAin dan sy perlu tahu pcapain kak Ain utk mlengkapkan pmbentangan sy..thanks

||aLeaSaRa|| said...

hye sis!kite br je discharge dr hospital putrajaya(17 feb-19 feb)sbb demam denggi.dulu masa bujang mmg hantu novel.dah kawin bz nak baca tapi bila mak ngan adik2 gila bc hasil karya sis....kite lak jatuh cinta lagi dan lagi.2 novel kite baca di hospital tau!yg best kite siap promote novel sis kat nurse2 dan kite lak lupa nk promote blog kite sdri huwaa....all the best sis!

nur dini said...

bile nak datang penang jeles la!!!!!!!!!!!!!

princess said...

alah..k.ain datanglah terengganu...
e-lah dah lame nak sangat2 jumper k.ain..
datanglah cnie...
pleazzzz.....

Chie Arisha said...

Dtglah melaka lagi !

eyrah said...

kak ain dtg la ipoh....

babyie49 said...

Wah si0knya ! tpi saia d sekitar Sabah. . I hope Kak Ain dtg . .
eHehe . .