10 April 2008

Ulasan Pembaca 1 : AKU MAHU SAIZ S

Salam semua,

Kak Ain ingin berkongsi ulasan oleh Cik Adik Riha mengenai novel AKU MAHU SAIZ S.

Ulasan novel Aku Mahu Saiz S

Salam kak Ain,

Riha memilih untuk mengulas novel ke-2 kak An yang bertajuk Aku Mahu Saiz S. Riha rasa novel tu banyak memberi pengajaran. Antaranya ialah bersyukur dengan paras rupa yang dikuniakan Allah dan menerima takdir dengan hati terbuka.

Kedua, menghargai persahabatan. Seterusnya, tolong-menolong. The Size S menolong Kelab Size XL menguruskan badan, betul tak? Banyak lagi pengajarannya. Riha bagi 4 bintang pada novel ini. Jalan ceritanya menarik, cara mengakhiri ceritanya pun, agak baik.

Novel novel kak Ain yang lain pun bagus juga, seperti Tak Bisa Memilihmu. Novel tu membolehkan kita mengetahui serba sedikit tentang masyarakat Indonesia.

Kesimpulannya, novel Kak Ain memang best dan bagus! Tapi, buku sekolah jangan dilupakan!


Ulasan oleh :

Nurfarihah Bt Jamil, berumur 11 tahun adalah salah seorang ahli Kelab Teman Tapi Mesra AinMaisarah, yang kini menetap di Rawang, Selangor.

Mahu berkenalan dengan beliau? Silalah ke blog comelnya : firataurus.blogspot.com

Ataupun boleh menghantar e-mel : riha97@yahoo.com.my

Kak Ain akan berkongsi ulasan daripada ahli-ahli kelab Teman Tapi Mesra AinMaisarah di Rumah Pink ini. Selalu-selalulah hadir di Rumah Rink ini untuk membacanya.

Untuk mendaftar sebagai Ahli Kelab Teman Tapi Mesra AinMaisarah sila klik di sini. >>AKU MAHU JADI AHLI<<

Jika anda ingin membuat ulasan buku sila klik di sini. >> AKU MAHU BUAT ULASAN <<

wasalam
AinMaisarah

10 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum,
kak ain...
saya nak tanye kak ain...
kenape kak ain x pernah balas e-mel sye?
kak ain benci kat sye ke?
kalu benci.....

sukahatilah...

tapi walauapapun,
sye tetap minat buku2 kak ain.....

Wasalam,
Najwa

najwaamira said...

Salam kak Ain,

Nanti boleh x kak Ain kongsi dgn pembaca lain ulasan saya pula?

ainmaisarah said...

Salam,

Ada 2 Najwa di sini?

Kak Ain kurang membalas emel minggu ini kerana terlalu sibuk.

Kak Ain tak membenci sesiapa kecuali orang-orang yang menentang agama Islam.

Najwa Amira,

Kak Ain cadangkan Najwa pilih salah satu buku Kak Ain, dan buat ulasan mengenai 1 buku sahaja. Tapi janganlah pendek sangat.

Nyatakan perasaan Najwa ketika membaca buku tersebut. Apa kelebihan atau kekurangan buku tersebut.

InshaAllah, Kak Ain akan paparkan ulasan Najwa pula.

wasalam
AinMaisarah

♪♫I am Princess♪♫ said...

Salam Kak Ain,

Saya juga ingin memberi ulasan saya juga tapi mungkin lama sikit sebab Rina sekarang TERLALU sibuk.Sampaikan mi goreng yang terhidang pon tak dpt dimakan.Rina kena tepati masa sekarang.Rina nak fokuskan kepada pelajaran kerana Rina akan berperang dengan medan peperiksaan pada lepas hari raya adilfitri nanti.Peperiksaan yg mungkin sebahagian sekolah agama sahaja yg mengambilnya..UPKK..

Kak Ain,berita TERbaru...,

AKU MAHU 8A,

Saya dah cancelkan.

Saya dah buat cerita lain...
Bertajuk 'Kehidupan Dua Bintang'.
Cerita tu Rina buat guna disket.
Bila dah siap,Rina akan emelkan
kepada Kak Ain dan akan memberi
ulasan itu.

Sorry ya Kak Ain,Rina tidak dapat hadir ke PWTC pada hari yang ditetapkan oleh Kak Ain sendiri.

♪♫I am Princess♪♫ said...

Tapi,buku2 Kak Ain jugak ialah pilihan selama-lamanya untuk saya...
Buku Kak Ain menarik sangat.
Sampai kawan saya tak nak beli tapi nak pinjam aje dari saya.Dorang minat!

najwaamira said...

Saya nak komen buku Aku Mahu teman tapi mesra.(KAk Ain boleh gelar NajwaAmira sebagai Mira ok?)

Secara jujurnya Aku Mahu Teman Tapi Mesra memang mengajar Mira supaya tidak bercinta sewaktu bangku sekolah.Ini kerana kemungkinan pelajaran kita akan merosot.Seterusnya,Mira dapat belajar yang kita hendaklah sentiasa mengambil berat tentang kawan kita.Walaupun ia dianggap sebagai jaga tepi kain orang,tetapi kita pasti tidak mahu sahabat kita ditimpa kesusahan betul tak kak Ain?Kalau kita ada perasaan pada seseorang pun,biarlah kawan dulu..Buat sementara,jadilah Teman Tapi Mesra.Kalau dah berjaya bolehlah luahkan perasaan masing-masing.

Saya beri markah 98 per 100 markah untuk Aku Mahu Teman Tapi Mesra.

Perasan Mira tentang buku ini adalah Mira dapat rasakan bahawa persahabatan The Normal Size bersama walau apa pun cabaran walaupun Widya tiada bersama.

Komen Mira pula kalau boleh,kak Ain cubalah buat peribahasa yang menarik contohnya ada udang di sebalik mi..Buku kak Ain sememangnya MELETOP!!!

Anonymous said...

akum kak ain,
saya cadangkan tajuk:
=aku mahu hebat
=aku mahu gembira
=aku mahu smart/kemas

itu lah saje yg saya dapat fikir setakat ini.

salam sayang,
smartgirl

Anonymous said...

assalamualaikum,
kak ain!
saya orang baru kat sini.
ini pun kali pertama buka laman web ni.
saya memang minat buku kak ain dan kak farihah.

Anonymous said...

hai kak ain.
kak ain sihat ke?
saya nak cadangkan tajuk untuk buku kak ain.

1.aku mahu dikelilingi peminat
2.aku mahu feminin
3.aku mahu jadi bintang

Anis Qamarina Bt Kamaruddan said...
This comment has been removed by the author.