10 April 2008

Siri AKU MAHU menjadi drama TV.

Assalamualaikum semua,

Kak Ain baru sahaja selesai berbincang dengan sebuah syarikat produksi TV. Mereka berminat untuk menukarkan novel-novel di dalam siri AKU MAHU ke dalam bentuk drama bersiri.

Kak Ain memang gembira dengan berita ini. Cik Abang sedang sibuk membuat persiapan agar semuanya berjalan lancar. Semua ini masih lagi dalam peringkat perbincangan. Kak Ain berharap kerjasama ini akan berjaya.

Bolehlah kita melihat karektor-karektor daripada novel AKU MAHU dilakonkan oleh pelakon remaja kita.

Siri drama ini akan disiarkan dalam 13 episod. Jadi Kak Ain sedang sibuk menyiapkan sinopsis untuk 13 buah buku. Mhhh, sekarang ini Kak Ain ada 10 tajuk sahaja. Kena cipta lagi 3 tajuk buku.

Berikut adalah 10 tajuk yang Kak Ain sudah rancangkan :

1. AKU MAHU POPULAR
2. AKU MAHU SAIZ S
3. AKU MAHU BULI
4. AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA
5. AKU MAHU BERGAYA [Tajuk ni tak best, boleh bagi idea tak?]
6. AKU MAHU LESEN P
7. AKU MAHU BERTUDUNG
8. AKU MAHU JADI ROMEO
9. AKU MAHU BAHAGIA
10. AKU MAHU JADI JUTAWAN

Adik-adik boleh beri cadangan tambahan bagi 3 tajuk novel AKU MAHU?

Wasalam
AinMaisarah

47 comments:

cutegirl_balqis said...

hai kak ain...yang AKU MAHU BERGAYA tu apa kata kalau kak ain buat the wannababes tu nak bergaya macam paris hilton,beyonce dan sebagai nya...kak ain boleh ceritakan macam mana usaha mereka bertujuh untuk bergaya sehabis mungkin dan kak ain juga boleh selitkan pertandingan di antara THE WANNABABES & THE NORMAL SIZE.....mereka bertanding untuk kelihatan kumpulan mana yang paling bergaya.....


balqis juga mahu cadangkan tajuk AKU MAHU SEMPURNA....macam mana ??? memang kita semua diciptakan oleh ALLAH tiada yang sempurna tapi kak ain boleh ceritakan bagaimana kumpulan THE WANNABABES yang tidak reti bersyukur mahu menjadi sempurna dan di gilai oleh ramai jejaka yang kacak.....

itulah cadangan dan idea yang kreatif laa jugak daripada balqis....harap kak ain menerinma nya....saya gembira dapat beri cadangan untuk kak ain....

cutegirl_balqis said...

balqis rasa tajuk yang balqis ingin cadangkan adalah......


1.AKU MAHU SEMPURNA



2.AKU MAHU KOLEKSI PERFUME (tak kira laa kak ain nak buat apa barang atau jenama seperti:
AKU MAHU KOLEKSI BARANGAN LV @ AKU MAHU KOLEKSI PERFUME INCANTO....AKU MAHU KOLEKSI PERFUME THE BODY SHOP pun boleh)



3.AKU MAHU MELANCONG KE LUAR NEGARA ( linda amat mencemburui fasha,shasha,nana,fazura,sazzy dan diana hanya kerana kawan-kawan baiknya itu pernah ke luar negara sedang kan dia langsung tidak pernah menaiki kapal terbang !!! dia terpaksa mereka pelbagai pembohongan setiap kali mula persekolahan selepas cuti penggal....dia sudah bosan !!! dia akan melakukan apa sahaja asalkan dia dapat ke luar negara seperti london atau paris....dia dapat menikmati setiap keindahan dan dapat bershopping sakan di sana....apakah yang akan dilakukan oleh linda untuk memenuhi impian nya yang tidak kesampaian itu ??? )


itu laa tajuk balqis...tajuk yang ketiga itu balqis ada siapkan sipnosis nya....kak ain jangan gelakkan tau....balqis saja nak mencuba mereka sipnosis seperti yang kak ain lakukan....

balqis harap sangat kak ain menimbang cadangan balqis niey....thanx kak ain...

~with lots of love just for you~

nURuL bALqIS

ainmaisarah said...

Salam,

WAH! bagusnya cadangan daripada Balqis ni. Untunglah Kak Ain ada orangbantu Kak Ain generate idea.

Kak Ain suka cadang balqis ni. Kak Ain telah masukkan dalam buku planning Kak Ain.

Gembiranya rasa ada orang bantu kurangkan beban Kak Ain berfikir.

TERIMA KASIH BALQIS!

wasalam
AinMaisarah

Anonymous said...

Aku mahu kahwin lari.
AKu mahu hantaran murah.
Aku mahu lulu periksa
Aku mahu ibu tiri
Aku mahu adik angkat
Aku mahu ke London
Aku mahu jadi playgirl

-Syakirah Al-Razi-
-Si bunga kemboja-

cutegirl_balqis said...

it's ok kak ain....balqis gembira dapat kurangkan beban kak ain....thank a lots sebab terima cadangan balqis .....

spiesgirls said...

pies@anisassalmmualaikum kak ain,

kak ain anis rasa idea balqis tu bagus ...cume kalau kak ain rasa tajuknya iaitu aku mahu bergaya x best,,,,,kak ain tukarlah kepada aku mahu berfesyen....

ok x??

berikut adelah beberapa tajuk yg anis cadangkan...

~aku mahu berfesyen
~aku mahu pergi ke "seven wonders
of the world"
~aku mahu buat umrah
~aku mahu tinggi
~aku mahu berjaya
~aku mahu jadi doktor
~aku mahu adik baru
~aku mahu akak angkat
~aku mahu bershopping
~aku mahu rumah banglo
~aku mahu memasak
~aku mahu berenang
~aku mahu sepit rambut
~aku mahu laptop
~aku mahu kereta ferarri
~aku mahu 5a
~aku mahu 8a
~aku mahu 10a

itulah antara cadangan yg anis kemukakan,,kak ain pilihlah yg mana kak ain rasa sesuai dan kalau kak ain rasa sumenya x sesuai ..x pe anis x marah...ialah sumenya utk kejayaan kak ain juga


salam ceria
spies@anis

NuriY said...

my idea: AKU MAHU STYLE
: AKU MAHU GLAM

najwaamira said...

Kak Ain,ini cadangan saya:-

Aku Mahu Popular Hollywood
(kali ini pula buat cerita yg dia nak popular hingga ke hollywood)

2.Aku Mahu Kahwin

3.Aku MAhu Jelajah Seluruh Dunia

Ok x idea tu??Nanti boleh x kak Ain balas email saya?Drama tv tu siarkan dlm tv mana?saya dah agak dah suatu hari buku kak Ain boleh jadikan drama tv!!!Selamat maju jaya kak AIn!!

aini said...

salam k.ain

idea kte..

AKU MAHU BOYFRIEND
AKU MAHU PANDAI
AKU MAHU MELANCONG
AKU MAHU PERGI UMRAH
AKU MAHU RUMAH BESAR

buat mase ni tu je la kot..

Anonymous said...

Hai Kak Ain....


Aku Mahu Balas Dendam
Aku Mahu Style
Aku Mahu Cinta
Aku Mahu Berlakon



Iklas daripada,
~Siti Nabilah aka Bella~

Izzie Izzati said...

ermm..inilah yang ada dalam fikiran saya;

Aku Mahu Bebas
Aku Mahu Cantik
Aku Mahu Ceria
Aku Mahu Cinta
Aku Mahu Impian Tercapai
Aku Mahu Jadi Pandai
Aku Mahu Jumpa Ain Maisarah (atau mana-mana artis lainlah)
Aku Mahu Kaya
Aku Mahu Kawan
Aku Mahu Sihat

p/s:kalau ada yang kak ain berkenan tapi nampak ada sikit yang tak sesuai,akak boleh tukar.contohnya;
Aku Mahu Impian Tercapai..akak boleh tukar macam ni:
Akku Mahu Mencapai Bintang

mengarut je idea saya ni.blogspot sekarang tak boleh buka sebab service not available.

Anonymous said...

Assalamualaikum....
Ni antara cadangan saya:

- AKU MAHU KAWAN
- AKU MAHU HIDAYAH
- AKU MAHU DIA
- AKU MAHU FAIR AND LOVELY
- AKU MAHU KAHWIN

Wassalam kak ain...

marsya said...

AKU MAHU CINTA
AKU MAHU MENUNAIKAN UMRAH
AKU MAHU KAWAN-KAWAN
AKU MAHU KEDAMAIAN
AKU MAHU KENYANG
AKU MAHU DIA

Anonymous said...

Hai.... Ni cadangan kami:

- AKU MAHU LESUNG PIPIT
- AKU MAHU COMEL
- AKU MAHU BIJAK
- AKU MAHU KASUT TUMIT TINGGI
- AKU MAHU KELUAR ASRAMA
- AKU MAHU TERBANG
- AKU MAHU ADIK
- AKU MAHU SEKSI
- AKU MAHU KANTA LEKAP( Bagi Ina)
- AKU MAHU JADI PUTERI

Salam sayang,
We twin sisters...

lyanadhyrah said...

saya rasa boleh buat tajuk nie kot>.
AKU MAHU SWEET
AKU MAHU PERFECT
AKU MAHU BIJAK
LASTLY, AKU MAHU SEMUA!!

nurul hidayah roslan said...

salam kk ain,

dayah bercadang nak suruh kak ain buat novel:-

-aku mahu berjaya
-aku mahu kereta baru
-aku mahu rumah banglo

♪♫I am Princess♪♫ said...

Salam Kak Ain,

1.Aku Mahu Dia
7 ahli the wannababes mahu kan dia...
2.Aku Mahu Mahkota
7 ahli the wannababes mahu mendapatkan mahkota untuk menjadi RATU PELAJAR SRI BANGSAR.
3.Aku Mahu Jadi Model
7 ahli the wannababes ingin menjadi model kerana ingin menambat hati si kacak fahrin.
4.Aku Mahu Nyanyi
7 ahli the wannababes menunjukkan bakat mereka di Tom Tom Bak walaupun mereka masih muda.
5.Aku Mahu Makan
Widya,Edrina dan Umi mahu makan banyak2 lagi!Ahli The Size S perlu berusaha lagi.
6.Aku Mahu Minta Maaf
Sambungan untuk AKU MAHU BULI..untuk menceritakan kisah cara the wannababes hantar dan mengarang surat kepada Mimi Monira..dan apa akan terjadi pada kisah seterusnya terhadap mimi monira....
7.Aku Mahu Luahkan Perasaan
7 ahli the wannababes luahkan perasaan meraka kepada jejaka idaman hati.
8.Aku Mahu Berubah
7 ahli the wannababes cuba untuk berubah demi untuk mendapatkan pujian dari jejak idaman hati...pelik sungguh ya,....,..

Tu ajelah yg Rina nak kongi idea...
Dah buntu ni..
Wassalam,
♪♫Siapa lagi kalau bukan Rina!♪♫

hayati said...

salam kak ain..

saya cadangkan:-

-aku mahu kawan baik
-aku mahu si dia
-aku mahu ke Australia (utk blaja/ Australia tu boley tukar kepada apa2 negara)
-aku mahu main gitar (masuk pertandingan)
-aku mahu bilik sendiri
-aku mahu laptop sendiri
-aku mahu jadi ratu (tak kesah la ratu ape pon.. ratu nyanyi ker.. ratu muzik ker.. ratu teak wan do kerr.. ratu silat ker..)
-aku mahu tawan perpustakaan (kantin ker.. lab kerr.. kelas kerr..)
-aku mahu tangkap gembar (boley tangkap ape-ape jerr)
-aku mahu hidup di kampung

semoga idea saya menjana ilham untuk kak ain...

salam ikhlas,
Nurhayati Nadhirah

♪♫I am Princess♪♫ said...

1 lagi..
Kalau Kak Ain setuju nak buat siri aku mahu menjadi drama dlm tv,
Jangan lupalah ajak Rina sekali berlakon..yerk..heheh..
Rina pon nak masuk dlam tv...
Nanti glamor lah sikit..
Org lain pon kak ain ambik la jugak..
mcm najwa amira ke..
riha ke..
saya ke..[ulang lagi]
sara imanina ke..
farah asyikin ke..
sepupu saya,Ratu Anis [nama glamor aje] ke..
balqis ke..

Pastu ajak la mila dan dafi ajak berlakon sekali..heheh..nanti sempatla berkenalan dengan Dafi..heheh...bye.

najwaamira said...

Tapi Rina,Mira rasa nanti pelakon2 itu semua pelakon remaja la.Fasha,fasha sandha,Shasha,Shasha Elit(kot) dan sebagainya lah.Betul x kak Ain?

sara imanina said...

salam kak ain,

kali ini Sara mahu memberi idea untuk cerita AKU MAHU BERGAYA..

1)Aku Mahu Bergaya - Dia anak orang berada.Namun ada perkara yang merunsingkan fikirannya sejak kebelakangan ini....DIA TIDAK PANDAI BERGAYA ! Pelbagai insiden lucu yang berlaku apabila dia nekad untuk mengubah gayanya yang terlalu normal kepada gaya yang penuh percikan glamor. Akhirnya dengan bantuan Fasha, ketua The Wannababes, dia berjaya mengubah personaliti dirinya dan diterima menjadi salah seorang ahli ~ The Wannababes.

idea di bawah ini pula,tajuknya AKU MAHU SEMPURNA.Sara bukan mahu meniru tajuk balqis, tetapi memang terlintas di fikiran sara.

AKU MAHU SEMPURNA - Dia bertubuh kecil kerana mengikut susuk tubuh keturunannya.hinaan yang sering dilemparkan kepadanya membuatkan dia terfikir bagaimana caranya untuk menjadi tinggi lampai yang pada fikiran manusia biasa, ia benar-benar mustahil untuk dicapai.mana ada cara untuk membuatkan seseorang itu tinggi !
akhirnya dia berjaya menutup mulut orang yang sering menghinanya walaupun bukan dengan cara yang difikirkannya satu ketika dahulu.tetapi dengan cara apabila dia berjaya melayakkan diri mewakili Malaysia dalam permainan 'Chess'. bukan setakat itu, dia juga berjaya memperolehi 13A's dan menyambung pelajarannya ke OXFORD !!

Bagaimana, okay tak..hihihi..jauh juga fikiran Sara melayang...

sara imanina said...

tentang angan rina yang mahu berlakon sama,Sara ucapkan tahniah kerana berjaya meluahkan perasaan rina tu.
walaupun kak ain ambil pelakon2 remaja, kak ain boleh mengambil peminat2 kak ain sebagai pelakon sampingan..jadi pelajar form 1 sekolah seri bangsar.

ok lah,
wasalam...

~ Sara Imanina 2008 ~

elly said...

Salam Kak Ain...

Elly cadangkan :

1.Aku mahu kucing(pilih mana mana ahli wannababes yg alergi dgn kucing tapi suka kucing.dia berjumpa dengan doktor peribadi utk merawat.kerana tergila gilakan kucing,dia sanggup melakukan pembedahan walaupun sudah dilarang oleh doktor peribadinya.dia tetap degil.sampai suatu hari kulitnya sudah menjadi teruk dan ahli kumpulan the wannababes menolong utk menyempurnakan kulitnya.mereka mencari duit dengan bekerja sebagai apa-apa yang menggelikan pada cuti sekolah)

2.Aku mahu kekal muda(kmpulan the wannababes merasakan bahawa mereka sudah kelihatan tua.mereka juga terkejut kerana ada beberapa jerawat tumbuh dikulit mereka yang bersinar itu.mereka juga merasakan bahawa ramai lelaki-lelaki semakin menjauhkan diri daripada the wannababes.mereka juga sering diejek oleh pelajar-pelajar nakal)

3.Aku mahu rambut lurus(sazzy sudah bosan dengan rambut ikal mayangnya itu.dia berazam ingin menyimpan rambut yang lurus pula.dia tidak memberitahu ahli-ahli the wannababes yang lain kerana dia mahu membuat kejutan sempena ulangtahun persahabatan mereka.tetapi,sazzy menghadapi pelbagai dugaan)

Elly sudah pening memikirkan tajuk2nyer!Elly harap kak ain terima cadangan2 elly.satu pun jadilah.mcm nak tercabut otak elly:D

farah~amira said...

salam kak ain...
FIGHTING LA .....
bile nak d'siarkn?
kat tv ae?
nanti kalau dah siap gi taw la farah.....
cadabgan farah:aku mahu bertaubat

Anonymous said...

Kak Ain buat buku:

Aku Mahu Hilang Stress
Aku Mahu Kemenangan
Aku Mahu Kawan Yang Jujur

zafirah

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM Kak Ain,

Cadangan sauya ialah AKU MAHU MENARI
mengisahkan seorang budak perempuan yang suka menari tetapi ayah dan ibunya tidak bersetuju dengan keinginan dia..

itu saja yang syaza dapat fikirkan kalau syaza idea lagi syaza kasi tau...

Anonymous said...

Ni cadangan saya:

- AKU MAHU CINCIN ITU
- AKU MAHU MELUKIS
- AKU MAHU DIA
- AKU MAHU SEMUA
- AKU MAHU KE PARIS


Salam sayang,
Dhira

scorpyx said...

askum kak ain,
saya MAHU BERLAKON CERITA TU
1-aku mahu tengku affin(untuk ina)
2-aku mahu trendy
3-aku mahu handphone
4-aku mahu semuanya

Riha said...

Tajuk yang Riha cadangkan:

1. Aku Mahu Bertudung
2. Aku Mahu Jadi Selebriti
Riha dapat fikir 2 je... yang Aku Mahu Bergaya tu apa kata Kak Ain tukar jadi

AKU MAHU JADI VOGUE

Tambah sikit elemen tajuk Bahasa Inggeris.... tak pun

Aku Mahu Jadi Model

Amacam? Sesuai tak?

irahazira said...

Salam Kak Ain.

Banyak betul ya responden untuk entri ini? ;D

Cadangan Hazira hanyalah untuk siri terakhir Aku Mahu yang bakal menjadi siri drama TV! Waah teruja betul Hazira. Hanya satu harapan Hazira, jangnlah hendaknya drama tersebut disiarkan pada hari persekolahan. Hari Ahad malam adalah waktu paling sesuai! Tolong pertimbangkan ;/

Berbalik kepada cadangan terakhir tadi. Apa kata, Kak Ain buat judul "Aku Mahu Ain Maisarah!" untuk siri yang ke-13 tu.
Watak-watak dia boleh teridiri dari kumpulan The Size XL yang sudah tentu novel kegemaran mereka keluaran PTSOne dan penulis kegemarannya ialah AIN MAISARAH! Farah dan Ina pun sesuai. Watak-watak merekalah yang gian sangat nak menemui Ain Maisarah. Sampai akhirnya masing-masing bertemu di Pesta Buku PWTC! Di samping itu, Kak Ain bolehlah juga selitkan perasaan Kak Ain, ketika bertemu peminat-peminat Kak Ain sepanjang Pesta Buku 2008 yang lalu! Hmm, watak-watak The Wannababes pulak semestinya memandang rendah kepada mereka yang ingin sangat nak berjumpa dengan Ain Maisarah. Iyalah, mereka semua tak memandang langsung dekat orang-orang tempatan. Pujaan mereka sudah tentu mereka yang popular di negara barat. Tapi kan, tanpa disedari oleh ahli TW yang lain, ada 2 orang ahli daripada kumpulan TW yang sebenarnya minat juga kepada Ain Maisarah! Sampailah akhirnya bila semua dah terserempak di Pesta Buku, 2 ahli tersebut yang senyap-senyap datang tanpa pengetahuan ahli lain, terkejut bila lihat diri masing-masing di booth PTS. mereka 2 turut terjumpa Farah, Ina dan ahli-ahli The Normal Size. hah lagilah terkejut! Dekat sekolah bukan main mengata, tengok-tengok terjumpa kat situ. Sama macam menjilat ludah sendiri! Macam tulah kisahnya. Harap Kak Ain pertimbangkan.

Saya tak sabar menanti untuk menonton Siri Aku Mahu di kaca TV!!! ;D

Anonymous said...

assalmuakum, kak ain...

apa kater kak ain buat

- aku mahu bergaya tu tkr kpd aku
mahu melaram...
- aku mahu teman istimewa/hidup
- aku mahu kahwin..
- aku mahu enjoy
- aku mahu bebas
- aku mahu jadi selebriti
- aku mahu cinta
- aku mahu berjaya

itulah cadngan syer utk drama tv siri aku mahu.... klo kak ain x setuju pun x per... x ksh.. sbb drama psl novel yg kak ain buat....
wassalam

::fatin:: said...

askum kak ain..
fatin dah perah otak untuk ni..
ok..
antara tajuk yang fatin nak cadangkan ialah

:: Aku Mahu Cemerlang SPM ::
kak ain boleh tulis macam mana The Normal Size nak cemerlang SPM. Sambil-sambil tu pula kak ain boleh juga tulis ada something yg berlaku..

:: Aku Mahu Kekal Langsing ::
The Normal Size berikrar untuk kekal lansing hingga dewasa kelak!

:: Aku Mahu Dia Berubah ::
Kak Ain boleh ceritakan kat sini macam mana Wannababes boleh berubah...

:: Aku Mahu Koleksi Sendiri ::
Contoh koleksi handphone ke , lipstick , pingat , yang paling penting Sijil Penghargaan!

:: Aku Mahu Dia Tahu ::
Contohnya The Normal Size nak ahli-ahlinya tahu yang mereka amat sayangkan satu sama lain..

:: Aku Mahu Jadi Artis ::
Cita-cita seseorang untuk jadi Artis.

:: Aku Mahu Kawan Rapat ::
Nak kawan baik sampai ke akhir hayat..Cewah!

:: Aku Mahu Jadi Penulis ::
Macam td juga cita-cita watak dlm cerita kak ain tu nanti.Contohnya , fatin sendiri.Sejak jumpa kak ain di PWTC tempoh hari , fatin semakin berkobar-kobar untuk menjadi penulis apabila sudah dewasa kelak.fatin juga pernah menulis cerpen untuk majalah sekolah.

Lastly , fatin amat setuju dengan balqis yg memberi cadangan Aku Mahu Sempurna.Sesuai benar dengan koleksi-koleksi buku kak ain yang lain..

ila said...

AKU MAHU MASUK AKDEMI FANTASIA....
itu je la kak ain....
hahhahahaha

Nurul said...

Assalamualaikum, Kak Ain.
Saya ingin mencadangkan beberapa tajuk iaitu:

1. Aku Mahu Berdansa
(Ahli the Wannababes ingin menyertai satu pertandingan berdansa yang diadakan di sekolah mereka. Kali ini mereka terpaksa bersaing dengan Si Umi Aidah yang rupa-rupanya mempunyai bakat terpendam. Note: Umi Aidah boleh ditukar dengan orang lain)

2. Aku Mahu Make Over
(Fasha dan Shasha terpaksa bersaing untuk menjadi 'puteri' Sri Bangsar. Namun begitu, gelaran 'puteri Sri Bangsar' telah menjadi milik seorang pelajar yang mempunyai penampilan yang comot pada permulaannya-dicaci oleh the wannababes dan bertukar menjadi cantik selepas dimake over)

Itu sahaja idea saya buat masa ini. Macam mana, okey tak?

Anonymous said...

Ini tajuk yg saya rasa kak ain boleh guna dalam tajuk2 buku kak ain:
1)aku mahu buat duit
2)aku mahu pink
3)aku mahu tengku affin
- Nana dan Fazura berebutkan
Tengku Affin,lastly Ina yg dapat .Ok x?Buatlah cerita ni happy ending.
4)aku mahu fahrin
5)aku mahu ponteng(The Wannababes nak ponteng untuk pergi enjoy kat Pavillion,KLCC or whatelse.)
6)aku mahu mini skirt
7)aku mahu holiday
8)aku mahu the wannababes(Pelajar -pelajar Sri Bangsar nak join The Wannababes,tapi mereka tak ada duit untuk berfesyen seperti The Wannababes.)
9)aku mahu LV(Farah dan Ina mahukan beg LV untuk setanding dengan Fasha .)
10)aku mahu better than Fasha
11)aku mahu hutang
- Salah seorang pelajar Sri Bangsar mahu menggayakan Barangan jenama The Wannababes,tetapi dia tidak mempunyai wang untuk membeli barang yg harganya dropdead punya x berpatutan....Jadi dia berhutang dengan The Wannababes.Akhir sekali dia tidak dapat melangsaikan hutang itu. Jadi The Wannababes mendenda dia dengan sesuka hati...(kalau boleh letak nama Ainina orang yang kena denda tu.....)

::fatin:: said...

tambah lagi sket kak ain..

::Aku Mahu Beri Hadiah::
Nak bagi hadiah kat ibu sempena Hari Ibu tp x tau nak bagi apa..

::Aku Mahu Kembali Normal::
Seseorang yg over nak sangat kembali ke asal setelah dipulau oleh rakan-rakan baiknya.

nur nyssa qyla said...

Salam Kak Ain,

Apa kata Kak Ain buat cerita tentang:
1)The Cute Babes
2)The Macho Group

Kak Ain ceritakan kisah mereka pulak untuk buku baru dalam siri AKU MAHU...

Rekalah Group Baru dalam Sekolah Menengah Sri Bangsar untuk budak-budak menengah rendah (Form1&2) yang teruja nak tiru gaya kakak-kakak TW

Anonymous said...

puteri said:kak ain puteri mencadangkan apa kata kak ain buat tajuk 'aku mahu bercuti'.ingat x dlm karya kak ain yg RAHSIA LINDA fasha ada mencadang untuk bercuti di paris,milan.kak ain buatla mengisahkan linda yg kurang kemewahan hendak bercuti tetapi kenyataannya dia tidak mampu...fasha mula mengesyaki dan menyiasat apa yg terjadi pada linda....apabila fasha tahu kekurangan linda fasha berbincang dgn ahli lain.fasha bercadang untuk membantu inda tapi di bangkang oleh fazura...tetapi ramai ahli yg mengikuti fasha berbanding fazura.fazura muncuba sedaya upaya menghasut ahli2 lain...dan selebihnya sy tinggalkan pada kak ain yang kreatif menulis la...sy tahu tajuk sy ada sedikit sama dgn cutegirl balqis tapi bg sy jln cite nye agak berlainan.klu kak ain pilih cita saya jgn lupa kata idea asal dr puteri nadhira...hehehe..x delah bergurau je...as'kum

ash_haidah said...

kak Ain.... saya cadang kan ....
tajuk AKU MAHU MENANG.. cerita nie tentang the wannababes bergaduh dengan the saiz s.... diaorang nie bergaduh sebab popular jugak... salah satu kumpulan yang menang akan jadi pengacara tambahan dalam tv3....

kutucyber said...

Salam,

Maaf. Idea dari orang tua...hihiihi

1. aku mahu ngetop
2. aku mahu jadi doreamon
3. aku mahu hadiah Noble
4. aku mahu jadi Menteri
5. aku mahu bahagia
6 aku mahu main bola
7. aku mahu kaya

Anonymous said...

Hai kak Ain.......

1)AKU MAHU HAPUSKAN FASHA

2)AKU MAHU KEMBALI KE PANGKAL JALAN

3)AKU MAHU KERJA BARU

Ini ideanya.

AKU MAHU KERJA BARU:Kisahnya tentang Shasha yg telah dibuang kerja oleh Dato'Saidini kerana fail Dato'Saidini yg amat penting lagi sulit telah hilang secara tiba-tiba!Sebelum fail Dato'Saidini hilang,Dato'Saidini telah memberi Shasha fail itu.Kini bermulalah Shasha mencari kerja baru.Ahkirnya,Shasha telah menjadi DJ Radio dan juga wartawan untuk akhbar Harian Metro.Dapatkah Shasha untuk menjadi DJ Radio HOTFM dan wartawan sekaligus?

siti fatimah said...

assalamualaikum kak ain

saya cadangkan

AKU MAHU TEMAN SEJATI
AKU MAHU HANDPHONE CANGGIH
AKU MAHU LAPTOP APPLE

yang aku mahu bergaya tu sy rasa ok apa tajuk dier

~zuwεεи.cαmεliα~ said...
This comment has been removed by the author.
Nur Syahrulsyazwani Adliana bt md desa@md delishah said...

bila kak ain cakap nak buat drama tv saya terus syok..!! nanti nak siar kat tv mana??? hopefully kak ain akan success selalu... chaiyok!!!

AnodCoco said...

salam kak ain. ini cadangan saye.

1. Aku Mahu Disayangi
2. Aku Mahu Dihargai
3. Aku Mahu Dicintai

Itu je yg dpt saye bagi. Sbb suggestion yg lain semua org dh tulis. Kak ain, gunalah pelakon mengikut nama artis yg kak Ain guna. Cth, Fasha - Fasha Sandha, Sazzy - Sazzy Falak.
Kak Ain mesti bagitau tau di saluran berapa drama AKU MAHU ditayangkan.

~ Keep it up! ~

wan nur Aliah said...

Kak Ain, saya ni Wan Nur Arliana! Saya cadangkan 3 tajuk Aku Mahu.

1. Aku Mahu BFF

Mengisahkan Mimi Monira di sekolah barunya setelah dibuang dari Sri Bangsar. Dia tiada teman mahupun kawan. Semua mengutuk dan mencacinya. Sehinggalah dia bertemu dengan Nur Safiya.

2. Aku Mahu Safiya Semula!

Ini adalah siri kedua tentang Mimi Monira dan Nur Safiya. Rupanya, Safiya sudah ingin berpindah ke Sarawak. Mimi kecewa benar! Lalu Mimi mencari rakan baru. Harapannya hilang apabila tiada rakan sebaik Safiya.

3. Aku Mahu Cantik.

Ini kisah lain pula! Mengisahkan Farah dan Ina yang dahulunya mahu jadi popular,kini mahu menjadi cantik! Kini, rancangan itu diberi dari Ina. Pelbagai cara mereka mahu jadi cantik! Sanggup mereka melaburkan duit semata-mata mahu cantik!

Sekian, terima kasih.

mamyladystylist said...

aku mahu banglo pink..kak ain boleh buat 7 siri..setiap 1 siri tu ada kena mengena dengan setiap ahli the wannababes..akak juga boleh buat sejarah untuk cerita tu macm berhantu dan mcm2 lgi lah..kedua;aku mahu bebas..macm cerita fasha dengan family dia yang asyik bergaduh tu..jadi maksudnya fasha nk bebas dari keluarganya...itu sajalah kak ain saya dah tak ada idea lain