25 April 2008

Ulasan Pembaca 2 : Aku Mahu Teman Tapi Mesra

Salam semua,

Hari ini Kak Ain nak berkongsi ulasan buku daripada Cik Balqis. Kak Ain terpaksa edit ulasan Cik Balqis kerana semua perkataan dalam huruf kecil. Harapnya Cik Balqis boleh perbaiki lagi kaedah penulisan tersebut.


Assalamualaikum Kak Ain,

Balqis dah baca buku AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA. Saya rasa geram, marah, kasihan dan kelakar.

Saya geram sebab widya yang berubah sebegitu drastik. Saya tidak menyangka itu akan berlaku. Saya ingat setelah menjalinkan hubungan dengan Mr.Lobak-Lobak, Widya akan menjadi lebih baik. saya rasa kecewa dengan sikap Widya.

Saya juga rasa tak puas hati dengan Edrina kerana tidak berterus-terang kepada 5 orang kawan rapatnya bahawa dia menyukai Zaidi. Setelah Huda menyukai Zaidi baru Edrina berasa tergugat.

Saya juga berasa kelakar hingga tidak berhenti-henti ketawa ketika membaca perbualan di antara Huda dan Edrina. Ketika mereka berdua berbual tentang "Robert Kiyosaki" yang kelakarnya, semasa Huda menyebut tentang ROBERT BERDAKI memang kelakar sangat.

Saya berasa kasihan melihat Hana, Huda dan Nita menjadi penyebab berlakunya kerenggangan di antara Widya dan Edrina serta Umi.....

Setelah membaca buku Kak Ain,saya mendapat bermacam-macam feelings. Sesungguhnya buku Kak Ain memang best. Saya tabik kepada Kak Ain dan Kak Ain adalah penulis novel kegemaran dan kesukaan saya.

Thank you Kak Ain because you make my day more happy with your book !!!



Oleh Cutegirl_Balqis
e-mel : cutegirl_balqis@yahoo.com
Blog : http://balqis95.blogspot.com
Dari Taman Puchong.

Terima kasih Balqis atas ulasan buku AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA.

Wasalam
AinMaisarah

6 comments:

cutegirl_balqis said...

Sorry laa Kak Ain.Mulai hari ini,Balqis akan tulis dengan menggunakan Pemahaman dan Tatabahasa yang betul.Maaf Kak Ain.Mesti menyusahkan kak ain kan ????

cutegirl_balqis said...

Sorry laa Kak Ain.Mulai hari ini,Balqis akan tulis dengan menggunakan Pemahaman dan Tatabahasa yang betul.Maaf Kak Ain.Mesti menyusahkan kak ain kan ????

ainmaisarah said...

Salam Balqis.

Terima kasih kerana sudi memberi komen yang membuatkan Kak Ain bersemngat nak menyambung cerita Impiana III.

Balqis tak menyusahkan Kak Ain. Kak Ain cuma tukarkan bahagian huruf besar di setiap awalan ayat. Kak Ain menitikberatkan hal-hal tatabahasa ini kerana mahu Balqis dan para pembaca tidak membuat kesilapan yang sama ketika menjawab soalan peperiksaan.

Jadi Kak Ain galakkan penggunaan bahasa Melayu lengkap di Rumah Pink ini. Anggap sahaja ianya latihan tambahan dari Cikgu AinMaisarah ye!

:D

cutegirl_balqis said...

Baik Cikgu Ain....hehehehe...Okay Kak Ain....Terima Kasih di atas nasihat Cikgu Ain...

ima said...

kak ain....best lah buku aku mahu teman tapi mesra,......buku impiana 3,bler nak kuar....tapi kan,knpe cover buku impiana 2,macam x sesuai jer....

baitie said...

Assalamualaikum Kak Ain.Saya sebenarnya minat sangat dengan buku-buku Kak Ain.Tetapi masih banyak lagi buku Kak Ain yang saya belum baca.Tak pe lah kak ain,saya tak boleh lama lama.
assalamualaikum kak ain.