20 January 2009

AinMaisarah & Cookies

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Malam ini Kak Ain berazam nak diet. Tak mahu makan nasi berlauk. Tak mahu makan nasi beriyani. Tak mahu makan mi goreng mamak. Tak mahu makan nasi goreng kampung pedas yang sangat sedap lagi menjilat jari di Serai Wangi.

Hmmm... tapi Kak Ain sangat lapar! =( Perut asyik bunyi keriuk-keriuk tanpa henti =(

Cik Abang dah makan 1 kilo anggur, jadi Cik Abang dah kenyang. Kak Ain tak makan anggur tu sebab masam sangat. Sejak azali lagi AinMaisarah memang tak suka makanan masam-masam.

Oleh kerana lapar, Kak Ain ke dapur mencari sumber makanan. Ternampak dua balang biskut comel yang Kak Ain terima pada hari Jumaat lalu. Kak Ain terus bancuh kopi O dan menikmati biskut yang sangat sedap itu!

Sekarang Kak Ain sudah tersenyum gembira. Kak Ain sudah kenyang setelah hampir separuh biskut hilang dari balang!

Inilah gambar balang biskut tersebut.


Cantik sangat kan... kan.. kan! Kreatif sungguh Kak Lis letak bunga & riben pada balang.

Buat pengetahuan semua, biskut ini telah dihadiahkan oleh Kak Lis. Kak Ain jumpa Kak Lis pada hari Jumaat lepas. Kami membuat temujanji bertemu kerana Kak Lis membeli empat buku siri Aku Mahu untuk adiknya, Cik Adik Alfi Khairunnisaa'.

Kak Lis juga membuat perniagaan menerima tempahan cookies, cakes & brownies di laman webnya iaitu http://cookiesbrownies.blogspot.com/

Kepada sesiapa yang mahu menempah, boleh ke alamat laman web itu ya! Biskut buatan Kak Lis memang dijamin segar dan sedap!

Apa yang membuatkan Kak Ain lebih terharu, Kak Lis juga ada menulis ulasan buku yang dibelinya tempohari. Ulasan itu diletakkan di blog Kak Lis. Ada juga disisipkan di bahagian komen Ulasan Buku AinMaisarah di Rumah Pink ini.

Salam AiN..

apa khabar? Kak LiS nak komen isi buku yang kaK Lis beli tempoh hari (kak LiS beli untuk adik, tapi kak Lis tumpang sekaki la hehe)

Aku Mahu Size S
- Cerita ni best sangat. Bayangkan Kak lis yang dah tua ni pun seronok membacanya. Kagum dgn semangat 3 dara Vogue dan 3 dara yang 'comel' untuk turunkan berat badan semata2 teruja untuk menyarung koleksi Amin. Kalau kak lis lah, ermm belum tentu lagi sanggup makan daun dan isi perut dengan buahan je.

Aku Mahu Buli
- Sedih cerita ni. Ingatkan lepas Syazel beritahu hal sebenar, MIMI monira kembali ke sekolah. Ermm...Ain tak bercadang ke nak menulis tentang perihal MIMI Monira setelah dibuang sekolah?

Aku Mahu Popular
- BEST! Best! best! memang best. Paling kelakar tentang iron rambut tu. Masa baca, Kak Lis terbayang iron rambut yang selalu salon guna tu tapi bila baca sampai part yang ada ilustrator tu..masya Allah..guna iron baju rupanya. Memang kelakar habis. Kak Lis & Alfi, baca sampai pecah perut..
- Rasa-rasanya, Ain ada tak bercadang nak tulis tentang dua kawan rapat ni kehidupan mereka di Universiti pulak...

Aku Mahu teman tapi mesra
- Yang ni kak lis tak sempat baca lagi sebab tak berkesempatan. Nanti balik kampung lagi, Kak Lis baca lagi.

Teruskan menulis Ain...

Terima kasih Kak Lis atas segala kebaikan yang dihulurkan. Semoga Allah melimpahkan kerahmatan dan keberkatan atas kehidupan Kak Lis sentiasa. Amin!

Salam Sayang,
AinMaisarah

19 comments:

BalqisBasri (^^,)v said...

hohohoh...
sedapnya kak ain mkn cokkies tu...
tak nak ajak balqis yaa...
hehehe...
btw, tak sabar nak jumpa kak ain kat pesta buku...
meletop punya laa...
vogue gituu :D

Anonymous said...

la..\\

mmg sdp kuih tuh

Anonymous said...

sy baru balik sek,
xtukar bj, terus bukak comp

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

ada entri baru k.ain..

FUHHH! SONOK SGT! ;p

eheheheh.. tol ckp balqis...cookies tuh nmpk sdp!
nk ckeet k.ain??

sayang k.ain,
misz qiqin

The Cookies Bar said...

Salam Ain,

Kak Lis terharu + teruja dengan apa yang Ain tulis kat blog Ain ni. yang buat Kak Lis lagi excited, Cookies Kak Lis mengenyangkan Ain.. :)

Ain, tak perlulah nak balas cookies. Kak Lis ikhlas bagi kat Ain tempoh hari. Manalah tau balang cookies Kak Lis tu boleh bagi inspirasi untuk Ain terus menulis novel yang best-best lagi.

Salam dari Kak Lis.

Anonymous said...

baguslah kak ain...

Anonymous said...

Wah ... macam sedap!!!
Nak sikit..??!!

.:Maira:.

NuriY said...

Kak Ain, hari ni saya makan nasi beriyani!! :p

Farisah Adriana ♥ said...

Hye Kak Ain..Selamat berdiet...
Hurmm..Sedap nmpk cookies tuh...
Mak saye pon suka g kat blog cookies tuh...Hurmm...kak Ain punyer buku mmg besh r...!!!Betul kater Kak Lis..!!!Hehehehe...
Anyway..akhirnya Kak Ain tulis gak en3 terbaru...(setelah sekian lama menunggu)hehehe...Okay ler buhbye!!


Salam from,
FariSaH...=)

dAyah said...

hi kak ain. bile agaknya impiana 3 nak kuar?? lame nyeeeee...saya mase bulan puasa je makan kuih macam thuh...hehe..bile raye langsung x usik. weeeeheee

AinMaisarah said...

Salam Balqis,
Alaa... Kak Ain nak ajak. Tapi ingatkan Balqis tidur awal sebab hari sekolah =D Kita jumpa di Pesta Buku 2009 nanti ya! Kita makan buku sama-sama. Heheh =D

Salam Hana,
Memang sedap cookies tu. Kak Ain sekali hadap dah habis setengah balang! Heheh... Tadi Kak Ain ada jenguk blog Hana tetapi tak sempat tinggalkan jejak. Kak Ain nampak gambar Hana pakai tudung! Aduh! Manisnya! Boleh kalah Heliza! =D Alhamdulillah. Teruskan ya!

Salam Misz Qiqin,
Cookies yang tinggal setengah balang malam tadi, sudahpun habis malam ni! =D Tak apa.. tak apa. Lain kali Kak Ain jumpa Qiqin, Kak Ain belanja biskut Chips More okey! =D Kak Ain tak pandai buat cookies sendiri. Kena berguru dengan Kak Lis dulu!

Salam Kak Lis,
Memang kenyang makan cookies tu. Ain paling suka choc cookies!
Makan satu tak cukup.
Makan dua tak puas.
Makan tiga nak lagi.
Akhirnya habis satu balang! =D
Memang datang semangat terus... tetapi bukan semangat menulis. Datang semangat nak tidur! =D Heheh. Thanks again Kak Lis!

Dear Anonymous,
Terima kasih menjenguk di sini. Lain kali tinggalkan nama supaya Kak Ain boleh mengenali orangnya ya. =D

Dear Maira,
Cookies-cookies tersebut sudah selamat dihadam dalam perut Kak Ain. Next time, Kak Ain beri sekeping dua pada Maira ye =D Apa alamat Maira? Kena pos ni! Jangan abang posmen makan tengah jalan sudahlah =D

Dear Nuriy,
Amboi... sedapnya nasi beriyani. Kak Ain suka sangat sangat nasi beriyani kambing. =( Ok... fuh! fuh! fuh! AinMaisarah jangan tergoda... kuatkan iman... mesti diet bagi melaksanakan azam 2009!

Dear Farisah,
Terima kasih banyak-banyak-banyak sebab sudi sokong Kak Ain. Nak kena bagi rasuah cookies ni =D Apapun, Kak Ain memang sedang cuba meng'update' blog ini sekerap mungkin. Itu antara azam 2009. Doakan Kak Ain rajin-rajin selalu ya.

Salam Hidayah,
Buku Impiana III sedang dalam proses penulisan. InsyaAllah dijangka keluar bulan April 2009 ni. Kak Ain sebenarnya sangat stress dengan Impiana III, maklumlah kali ini cerita penutup. Hmmm... apapun, Kak Ain tak akan putus asa! Doakan Kak Ain dapat siapkan secepat mungkin ya!

Salam Sayang,
AinMaisarah

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=hPEhi6EbyxY&feature=related

Anonymous said...

salam..

sdapnyer kak ain mkan cookies.

aper2 pon,jgn lupe yg kak ain nk berdiet.. SLAMAT mnjalani diet

p/s:mak sy klau diet die mkan bihun jer klau bekfast.

Farisah Adriana ♥ said...

Hurmmm...akhirnya Kak Ain jwb jgk erk komen saye...SUKERNYER..hurmm.. tapi sayer jelez gak sebab Kak Ain kater Hana pakai tudung nmpk manish..hahaha...x der ler gurau ajerkk...Kak Ain..buat pengetahuan Kak Ain...gmbr niy..bkn gmbr sayer tau..!!Saya bertudung..hahahaha...
Klaka ajerk macam nak promote diri..hohohoho!!!

Anonymous said...

yang anonymous tu saya kak ain=D




nuraina amirah

Anonymous said...

sebenarnya ada blog tapi malaslah nak type

Anonymous said...

wah, bestnye....

kak ain, esok sweet sixteen saya.... bestnye....

harap-harap, se"sweet" cookies tu ye...

tata

Anonymous said...

Hye, Kak Ain! Wah, sedapnye biskut tu. Apa-apa pun, saya akan selalu mendoakan akak supaya sihat sentiasa. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana akak telah memberi saya kesempatan untuk mencari kawan yang lebih ramai. Saya ingin bertanya, dari manakah kak Ain mendapat idea-idea yang hebat-hebat belaka untuk menulis novel-novel kak Ain. Sekian , itu sahaja dari saya. Wasalam...

Serena said...

hai kak ain..

mungkin btl cakap kak lis mingkin lepas nie kak ain blh buat novel comel tentang mimi monira yang telah dibuang sekolahh itu...

-Inez

Unknown said...

assalamualaikum kak ain..
saya baru je nak berjinak jinak dengan karya kak ain ni...
mula mula saya nampak kawan saya baca buku Aku Mahu Saiz S...saya tengok macam best je...terus saya pinjam...lepas itu...saya dah suka gila dengan buku kak ain...semua buku kak ain tulis saya dah beli..hehe...seronok sangat..tapi aya belum beli Impiana 2...tak sempat...bila pameran buku dekat PWTC tu...saya nak pegi..
okey la..
all the best kak ain..good luck in your next book!!...^_^