19 June 2009

Pembaca 1Malaysia AinMaisarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat pagi Sabtu semua!

Apa khabar semua pembaca AinMaisarah? Kak Ain rasa semuanya sedang sibuk mengasah pensil, membasuh kasut dan mengulangkaji pelajaran kerana sudah kembali ke sekolah.

Kak Ain pula seperti biasalah, sibuk menulis. Walaupun stress menulis, Kak Ain sentiasa dihiburkan dengan emel-emel yang dikirimkan oleh pembaca buku AinMaisarah. Salah satu yang menarik perhatian Kak Ain adalah emel yang dihantar oleh seorang pembaca berbangsa Cina. Namanya Cik Adik Tricia Wong.

Hello Sis Ain Maisarah,

Thank you for reading my email. I know you are super busy writing your superb books.

Actually, I'm your loyal reader since you came up with the book Aku Mahu Popular. At that time, I was 16 years old and your book was the first Malay book that I bought. Your writing was interesting! I felt like reading teenlit novel from an oversea writer!

From that, I followed your novels without fail like Aku Mahu Saiz S and Aku Mahu Teman Tapi Mesra. I was really amazed when you came out with Impiana and Impiana II. It was a thriller novel and I like it too!

I never thought of reading a Malay book, but your book is an exception. Now I'm 18 years old and entering my college years, yet I'm still waiting for your new book.

Keep writing your novel, because I enjoy it! Congrats!

Sincerely,
TW (my initial is the same like The Wannababes!)
Kepong.


Haaaa..... inilah e-melnya yang Kak Ain rasa memang sweet sangat! Kak Ain harap satu hari nanti dapat berjumpa dengan Cik Adik Tricia ya! Terima kasih atas kiriman e-mel semangat ini. Ianya amat membantu Kak Ain yang sememangnya sedang pecah kepala melangsaikan manuskrip-manuskrip tertangguh =(

Dulu-dulu waktu baru mula menulis, Kak Ain tidak menyangka novel tulisan Kak Ain akan dibaca oleh masyarakat berbangsa lain. Kak Ain pernah berangan-angan dengan Cik Abang. Apabila sudah ada banyak judul novel AinMaisarah versi Bahasa Melayu di pasaran, Kak Ain mahu beralih menulis novel remaja dalam Bahasa Inggeris pula.

Tujuan dan matlamatnya cuma satu.... mahu menarik dan memikat hati pembaca remaja berbangsa Cina dan India pula. Itulah cita-cita Kak Ain. Kak Ain mahu buku-buku Kak Ain dapat dibaca, difahami dan disukai oleh masyarakat Cina dan India juga!

Kak Ain sendiri mengambil bidang TESL. Jadi tak ada masalah nak menulis dalam Bahasa Inggeris. Cumanya.... perlu kukuhkan nama dalam kategori novel remaja melayu dahulu, kemudian jika ada rezeki, Kak Ain akan masuk ke dalam kategori novel remaja berbahasa Inggeris pula.

Itulah matlamat Kak Ain selama ini. Tetapi matlamat itu jadi berubah ketika Pesta Buku baru-baru ini. Ketika Pesta Buku 2009, buat kali pertama Kak Ain berjumpa dengan beberapa pembaca berbangsa Cina yang membaca buku AinMaisarah walaupun ianya dalam bahasa Melayu!

Salah seorangnya adalah Cik Adik Nathlyn.


Nathlyn sanggup datang ke majlis pelancaran buku AinMaisarah dan membawa sebeg besar buku-buku Kak Ain yang dimiliki rakan-rakannya untuk ditandatangani. Kawan-kawan Nathlyn kebanyakannya berbangsa Cina.

Salah seorang rakan Nathlyn juga turut hadir ke Pesta Buku iaitu Cik Adik Ching Wei.


Ching Wei ada menulis di blognya mengenai Kak Ain:

Here's a shocked news!
U know wat?
AinMaisarah, my FAVOURITE author had visited my blog!
She had leave a comment too.

It's totally unaware babe~
All her books are very interesting!
Me and my classmate had addicted to it!
We are holding her books all the time!
Me, Wan, Er, Izzyani, How Yee, Naziera, Nisa, Amirah, Fariha!

Wanna know more about her?
Visit her blog! And do register yourself at Sri Bangsar school!


Apabila Kak Ain melawat blog Ching Wei, dapat dilihat majoriti rakan-rakannya adalah berbangsa Cina. Kak Ain harapkan rakan-rakan Ching Wei yang lain juga akan mengikuti buku karya AinMaisarah ya!

Sekarang ini, setelah dua tahun menjadi penulis dan mempunyai sepuluh buku..... rasanya matlamat dan cita-cita Kak Ain sudah berubah. Mendapat maklumbalas daripada beberapa orang pembaca seperti ini membuatkan Kak Ain sedar bahawa Kak Ain berada di landasan yang betul.

AinMaisarah mahu menjadi penulis buku-buku remaja berbahasa Melayu yang dibaca oleh bangsa-bangsa lain juga.

Oh! Buku AinMaisarah bukan sahaja dibaca oleh pembaca berbangsa Cina. Pembaca berbangsa India juga tidak dilupa =D


Ini gambar Kak Ain bersama pembaca di Pesta Buku 2009. Mereka membeli buku BSB: Kini Berwajah Baru. Ketika bersalam, salah seorangnya berkata pada Kak Ain, "Keep on writing. Your book is the best."

Okey! Matlamat sudah jelas. Matlamat AinMaisarah mahu menjayakan buku-buku berkonsepkan 1 Malaysia! Sekarang ini hanya perlu fokus dan kerja kuat! (Ceh ceh ceh! Cakap macam orang politik!)

Doakan Kak Ain berjaya ya!

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Haa.... siapa ada kawan-kawan di sekolah yang berbangsa Cina dan India tetapi membaca buku Bahasa Melayu tulisan Kak Ain? Boleh kongsikan bersama? Kak Ain nak tahu juga.

20 comments:

Anonymous said...

betul2 buku kak ain is the best!!

p/s; ade kawan cina sy dia pinjam buku aku mahu teman tapi mesra drpd sy dia kt the best malay book that i've read!!!

Anonymous said...

betul2 buku kak ain is the best!!

p/s; ade kawan cina sy dia pinjam buku aku mahu teman tapi mesra drpd sy dia kt the best malay book that i've read!!!

c h i n g w e i said...

Hello Kak Ain.
Terima kasih sebab sudi tulis sedikit saya.
Kak Ain,sebenarnya hampir separuh classmate saya ada baca buku Kak Ain.
Kawan-kawan saya yang berbangsa India juga baca.Serta kawan-kawan yang berbangsa Melayu.
Dan pernah juga saya dan kawan-kawan saya promote blog Kak Ain dan buku-buku Kak Ain di kelas saya.=)
Saya berharap Kak Ain akan terus menulis buku-buku yang 'awesome'.
All the best!
-ChingWei-

Farahani said...

Salam Kak Ain !


Yaa !Kak Ain !Kawan Farah yang nama dia I'ezzah tu pun dia kata beli semua buku Kak Ain Maisarah . Dia kata Kak Ain Maisarah terer ! :D Wah !Kawan Farah pun dah minat sebab Farah beri dia baca buku BSB tu ! :D Cayalah Kak Ain !You are the best ! :)


Kak Ain nak tahu ?

Farah pernah bermimpi jumpa Kak Ain tahu ! :D Hehehehh .. Harapharap dapat jumpa Kak Ain !

♥Yanie♥ said...

Hye
Nama saya pun ada kat blog kak Ain(Izzyani)=D
Ching Wei yang tulis
Ramai kawan kat kelas saya baca buku Kak Ain.
Melayu ke cina ke india ke
Diorang pun bace.

M E Z said...

HAri tu ada MeZ bawa buku Kak Ain pi sekolah. Ada kawan nak pinjam (melayu). MeZ ada tinggalkan buku atas meja(waktu rehat). Masuk2 je tengok buku kak Ain dah tak ada. Ingat dah hilang. Hampir nangis. :p Tengok2 ada sorang classmate india ni dia baca.. MeZ ada marah sebab tak minta kebenaran..

chika said...

semua buku kak Ain semuanyer best...

Anonymous said...

buku2 kak ain yang paling best aida pernah bace :)
teruskan usaha kak ain.
caiyok2 !!

Fatihah N. said...

ada
kawan saya,cinaaaaa

Unknown said...

you are the best...
Ain Maisarah!!!!!

sya_syi said...

kak ain saya sokong kak ain nak buat buku bahasa inggeris tu.. bukan hanya sekadar menarik minat orang berbangsa lain untuk membaca buku kak ain.. tetapi.. boleh meningkatkan penggunaan bahasa inggeris di kalangan pelajar.. sekaligus kita boleh berhibur sambil belajar.. =)

Icha ellyza said...

u r the best kak ain...
teruskn menulis buku2 yang menarik..

Eeza Nieza said...

Salam..
Sy amat b'bangga atas kejayaan besar Ain!T'sgt2 bsr rupanya.Untung Ain ade cik abg yg m'beri sokongan & galakan spnjg masa..
Buat pngetahuan Ain,sy ni dh t'lbh umur sbenarnye tuk join sekolah ni.hihi..tp disebabkan tarikan drpd penulisan Ain,m'buatkan sy t'dorong tuk meneruskan p'bacaan karya2 Ain.
Buat masa ni sy cuma ada buku siri Aku Mahu ke New York(1&2).Kalau Ain nak tahu,sehari sebelum habis m'baca buku t'sebut,mak saya sibuk pula nak b'kongsi baca.Dia sgt tertarik dengan kulit buku tersebut.Mak saya seorng guru sek rendah.Saya harap mak saya dapat mem'promote'kan karya Ain di sekolahnye =)
Satu je permintaan sy,harap di bahagian sudut 'Berkongsi cerita', Ain dapat melirikkan sendiri tulisan tangan Ain yg original..Saya suka tengok tulisan Ain yg comel bulat2 tu..mmg dari zaman sekolah dulu sy suka!kita penah sekelas dulu la Ain! hehehe..Harap2 Ain blh cam siapa saya =)
Pas ni sy nak gi Mph nak cari buku Impiana pula.Tadi kat kdai buku jumpa yg bahagian 2 je.Nmpknya bhgian 1 tu btul2 laris nmpaknya..
Akhir kata,sy akan cuba mnyokong Ain dr blkg.Esok2,sy akan bg galakan m'baca pula pd anak2 saya =)
salam

Eeza Nieza said...
This comment has been removed by the author.
mal887 said...

hah...
Kalau dah begitu jadinya...TUBUHkan KELAB PEMBACA AIN MAISARAH..pasti dapat sambutan

syakira said...

salam utk kak ain...sy nak tanye cam ne nak jadi ahli kelab kak ain??sy teringin sangat nak jadi ahli kelab kak ain

Nadzirah Asdy said...

hello kak ain .

sya nk tanya buku impiana 3 dah keluar ke ?
saya memang minat kt kak ain n buka2 yg kak ain tulis .
saya harap kak ain akn trus mnulis bku2 yg lgi best !
selamat maju jaya ! :)

[nadja@kuching]

Unknown said...

saya sangat suka novel karya ain maisaah ialah idola saya dan 2 orang lagi sepupu saya yang menyukai novel karya ain maisarah terutama nya 10 tahun akan datang iaitu impiana the series!!!saya suka novel inpiana nak kakak saya juga novel karya ainmaiarah kerana kak ain telah mengunakan nama artis kesukaan nya.

Unknown said...

nama nama artis ialah

1)FASHARINA-FASHA SANDHA
2)SHASHA-SASHA SAIDIN
3)SAZZY-SAZZY FALAK
4)NANA-DJ NANA
5)FAZURA-FAZURA GOL&GINCU
6)LINDA-LINDA RAFAR
7)DIANA-PUTERI DIANA

Unknown said...

saya sangat suka novel karya ain maisaah ialah idola saya dan 2 orang lagi sepupu saya yang menyukai novel karya ain maisarah terutama nya 10 tahun akan datang iaitu impiana the series!!!saya suka novel inpiana nak kakak saya juga novel karya ainmaiarah kerana kak ain telah mengunakan nama artis kesukaan nya.