21 June 2009

Aku Mahu Bersenam!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Buat semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah, selamat bercuti-cuti hujung minggu Kak Ain ucapkan. Apalah agaknya aktiviti manusia-manusia lain ketika hari Sabtu dan Ahad ya?

Kak Ain sendiri hari ini bangun pukul 5.30 pagi. Siap-siap pakai baju sukan dan kasut sukan.

Masuk sahaja Subuh, terus solat dan bergerak ke Bukit Jalil iaitu rumah mak mertua Kak Ain. Kami berjanji nak bawa Opah jalan-jalan di taman.

Taman pilihan minggu ini adalah Taman Rekreasi di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras.


Sampai pukul 7.30 pagi. Kak Ain ingat, Kak Ain datang paling awal. Rupanya..... perasan sungguh! Taman sudah penuh dengan manusia-manusia yang lebih rajin dan lebih awal datang bersenam!


Mereka yang beramai-ramai ini sedang melakukan aktiviti senamrobik yang diadakan di taman tersebut. Riuh-rendah sungguh semua yang ikut serta. Seronok!


Di satu sudut pula, satu kumpulan sedang bersenam pilates. Bukan main liuk-lentuk badan masing-masing! Boleh angkat kaki, pusing pinggang dan julang badan ke atas dengan mudah!

Tetapi dalam ramai-ramai, Kak Ain rasa kumpulan yang mengamalkan tai chi adalah yang paling banyak sekali memonopoli taman. Ada hampir sepuluh kumpulan berasingan yang berkumpul, memasang radio yang hanya mengeluarkan bunyi "Uh... Uh... Uh...." dan bergerak lembut mengikut ketua mereka.


Nampak mengasyikkan dan Kak Ain teringin nak turut serta. Tapi masalahnya, Kak Ain tak faham bahasa Cina! =(

Okey, sudah lihat semua orang bersenam.... apa pula jenis senaman AinMaisarah?

Heheh.... Kak Ain tak bersenam hari ini. Kak Ain hanya tolak kerusi roda Opah sahaja! Tetapi mengejutkan juga apabila baju basah lencun. Apabila melalui kawasan bukit yang tinggi, adik ipar Kak Ain di sebelah yang mengambil alih tugas menolak kerusi roda tersebut.


Opah seronok dibawa keluar begini. InsyaAllah ada masa kami nak bawa ke Taman Tasik Titiwangsa pula. Perlu biasakan diri beriadah begini untuk jaga kesihatan.

Kepada semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah, bila kali terakhir anda bersenam? Adakah macam Kak Ain juga yang sudah 3 bulan tak pakai kasut sukan?

Isk... Isk... Isk! =(

Salam Sayang,
AinMaisarah


15 comments:

nabilah said...

bestnyer!!
msti kak ain turun berat badan..:)

MeZ said...

Rajin nye Kak Ain bersenam...

♥Nurul Aqilah Binti Suhaizam♥ said...

Qila Dh setahun tak pakai kasut sukan...haha

eerapeace said...

Ameera pun dah setahun tidak bersukan...
hehehe...

-tirah- said...

saya tak terkira!ho.ho.ho..kadang2 aje.

Qt~Me0w said...

wah,, dekat taman seri permaisuri?
dah dekat ngan rmah me0w,.

alyiafarzana said...

Hai kak Ain,
Dah lama saya tak komen kat Rumak Pink Ain Miasarah sebab saya tengah sibuk dengan peperiksaaan pertengahan tahun saya yang belum lagi habis.=(Ermm lagi satu, kalau blog saya dah direnovate saya jemput kak Ain lawat saya punya blog yerk!!!!Jgn lawat sekarang yerk!!!hihihihi..nak bagi suprise!!!Yang pasal bersenam tuh, saya selalu bersukan kat rumah kawan saya sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.Teruk kan?Hihihihi.....

smart first,pretty later said...

Wah,baguslah Kak AiN Maisarah...

smart_asya said...

sejak seminggu dua minggu ni, rasa malas pulak nak b'senam. takde mood...

DJ Farahani said...

Wah !

Farah bersenam masa Ahad yang lepas .. :P Tak ingatlah Kak Ain . ..

Kak Ain , buatlah buku baru fasal Aku Mahu Bersenam! :D

DJ Farahani said...

Eh ,


Lagi satu ya Kak Ain . :D

Opah Kak Ain suka bersenam ya ? :D Ramai betul orang datang berjoging . :D

Kak Ain ! Mari datang blog Farah ! :)

+Fatihah+_+Ory+ said...

Hehhe
:) Bersenam selalu wlupun di rumah!

EzzAty96 said...

saya kalau senam pun sekadar senam kat sekolah je..itupun kalau ada Pendidikan Jasmanilah..

jaCq said...

alah, sy tinggal dkat jer ngan tmn tasik permaisuri. sll gak g ptg2 jogging ngan kwn2. best tmpat 2 untuk bersenam coz ramai orang. tapi x tau plak kak ain g kat situ. lgpun hari 2 sy baru sampai dari sarawak. neway, jom la gi ramai2 kat dataran merdeka utuk program senam seni 27 hari bulan ni. sihatkan badan dan amalkan gaya hidup sihat!! heheh...

k, chow lu..

Aleena said...

kak ain.. Hana panggil nenek belah mak opah :P