02 January 2012

Selamat Tinggal Memori 2011 - Bahagian 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, Kak Ain amat bersyukur diberi peluang hidup setahun lagi. Diberi kepanjangan umur sehingga ke hari ini. Diberi kesempatan bekerja dan berusaha hingga mencapai umur 30 tahun mengikut kalendar Masihi.
Errr.... ada gaya AinMaisarah sudah 30 tahun? @____@


Secara peribadi, tahun 2011 adalah tahun yang penuh warna-warni buat Kak Ain. Kak Ain akan cuba buat rumusan bergambar bagi entri kali ini ya!

JANUARI 2011



Tahun 2011 amat manis pembukaannya kerana pada tarikh 1 Januari 2011, Kak Ain menerima paparan media muka hadapan di Berita Harian. Waktu itu gambar Kak Ain lebih besar daripada gambar PM Dato' Seri Najib Tun Razak, tahu! Hehehe.... ia memang penyuntik semangat ala-ala Livita buat Kak Ain mengharung 2011!

Pada Januari 2011 juga, Kak Ain memulakan penulisan novel bersiri selama 40 minggu bertajuk 'Jutawan Gedik'. Sungguh Kak Ain berterima kasih kepada pihak Berita Harian kerana membuka peluang kerjasama dan promosi. InsyaAllah, moga-moga ia berterusan pada tahun-tahun mendatang. Amin!




FEBRUARI 2011

Bulan Februari, Kak Ain keluar majalah. Sebelum ini memang pernah beberapa kali keluar majalah, namun kali ini lebih istimewa kerana Kak Ain dipilih menjadi cover girl muka hadapan majalah tersebut.

Inilah gambarnya:



Ops... silap-silap! Perasan diva setaraf Dato' Siti Nurhaliza sekejap =) Hehehe... baiklah, kepada yang terlepas isu Februari 2011 Majalah Anis... inilah gambar dan sisipan cerita mengenai AinMaisarah sebagai penulis novel.



Bulan Februari 2011 juga menyaksikan Kak Ain mengorak langkah berbeza apabila membuka penerbitan sendiri. Sebelum ini semua buku-buku tulisan Kak Ain diterbitkan di bawah naungan PTS Sdn. Bhd. Bermula Februari 2011, Kak Ain mempunyai penerbitan sendiri yang diberi nama BLINK BOOK Sdn. Bhd.



Sebenarnya Kak Ain dapat banyak pertanyaan. Mengapa Kak Ain tidak menulis dengan PTS lagi? Merajuk? Bergaduh? Atau sudah tidak sehaluan?

Oh, bukan... bukan... bukan! Sebenarnya Blink Book Sdn. Bhd. adalah syarikat gabungan antara Kak Ain dan 2 orang pemegang saham PTS sendiri iaitu Puan Ainon Mohd. dan Tuan Arief Hakim Sani. Mereka juga menjadi pelabur utama syarikat ini dengan memberi suntikan modal. Malah syarikat besar PTS masih lagi merupakan syarikat yang mengedarkan buku-buku BLINK ke seluruh Malaysia.

Ini kenyataan rasmi oleh Puan Ainon Mohd. iaitu pengasas PTS di laman webnya. InsyaAllah, Kak Ain sangat berpuas hati bekerjasama dengan penerbitan PTS dan harapnya hubungan baik ini kekal hingga bila-bila.

Bulan Februari juga, Kak Ain akan ingat kenangan manis dijemput ke Pesta Buku Brunei. Ini kali kedua Kak Ain ke sana dan ia lebih istimewa kerana Kak Ain pergi bersama sasterawan negara iaitu Dato' A. Samad Said! Berharga sungguh pengalaman ini kerana dapat mendengar cara Bapak Samad bekerja dan berusaha menjadi penulis lagenda.




Satu yang hebat tentang Bapak Samad, orangnya sangat menepati masa! Apabila berjanji mahu ke mana-mana, Bapak akan menunggu di lobi hotel, 15 minit sebelum masanya. Dan nasihat yang paling Kak Ain semat dalam hati adalah supaya terus kuat mengharungi dunia buku dan penerbitan... walau apapun cabaran.




Moga-moga akan ada lagi jemputan majlis bersama Bapak Samad yang sangat Kak Ain hormati karisma, kejayaan, ketabahan dan kehebatan penulisannya!

MAC 2011

Setiap tahun, Kak Ain menyambut ulangtahun kelahiran pada tarikh 5 Mac. Tahun ini Kak Ain dapat hadiah Mac Book Air daripada Cik Abang suami. Yeay!


Namun hadiah ini sebenarnya diterima kerana komputer riba Kak Ain hilang dicuri! Cermin kereta dipecahkan dan perompak begitu laju melarikan komputer yang diletak di tempat duduk belakang! Walhal kami hanya pergi makan sekejap selama 20 minit sahaja. Waktu itu, 10 siri Jutawan Gedik (bersamaan 80 mukasurat penulisan) hilang langsung kerana Kak Ain tidak sempat buat salinan. Huhuhu!

Itu sebabnya suami Kak Ain gantikan dengan Mac Book Air yang ringan. Buat pengajaran... jangan sesekali tinggalkan komputer dalam kereta!

APRIL 2011

Tahun 2011, Pesta Buku Antarabangsa PWTC bermula pada tarikh 22 April. Tahun 2011 juga merupakan tahun kedua Kak Ain mengambil bahagian. Keluar duit poket sendiri sebanyak RM10,400 bagi menyewa dua gerai selama 10 hari Pesta Buku. Itu belum lagi masuk kos hiasan gerai, hadiah-hadiah buat pembaca dan gaji pekerja. Oh! Ikutkan memang banyak modalnya!




Macam biasa, Kedai Pink AinMaisarah tampil berbeza kerana dekorasi gerainya memang over. Hehehe.... ^___^ Ini antara gambar kenangan sewaktu Kak Ain pasang langsir blink-blink. Semangat ala-ala hari raya Aidilfitri!



Penatnya menyiapkan gerai, hanya Allah yang tahu! Dari 10 pagi hingga 10 malam, barulah segalanya siap. Namun segala penat terasa berbayar apabila Kedai Pink menerima kunjungan pelanggan yang penuh sesak!



Sebenarnya Kak Ain selalu berbahagi perasaan apabila mahu menghadapi pesta buku. Seronok mahu jumpa pembaca buku, tetapi pada masa yang sama... takut menghadapi suasana stress melayan terlalu ramai orang. Bayangkan, beginilah suasana pembaca yang beratur meminta tandatangan, setiap kali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.




Sampaikan bergambar pun sudah sakit-sakit mata... kerana banyak kamera dan berposing dengan berlainan pembaca!




Apapun, rasa seronok tetap memonopoli kerana tahun 2011... Kak Ain menang gerai terbaik di PWTC. Jualan buku-buku juga amat menggalakkan. Paling hebat tentulah peluang berjumpa pembaca yang datang dari jauh dan dekat. Kak Ain memang amat menghargainya!

Bagi tahun 2012 ini, Kak Ain sudah menempah 3 gerai di ruang legar PWTC. Harap semua pembaca doakan supaya dapat tempat strategik ya!

MEI 2011

Bulan Mei merupakan bulan rezeki kerana Cik Abang suami serta syarikatnya Cardyna Sdn. Bhd. terpilih menjadi syarikat yang menerima kemudahan kilang di bawah fasiliti usahawan MARA. Hanya 18 syarikat yang terpilih dan kilang seluas 5000 kaki per segi ini tidak perlu berbayar sewa selama 2 tahun! Wuhuuuu.... jimat duit sewa! (Sekiranya menyewa kilang sebesar keluasan tersebut di kawasan sekitar KL/Selangor, sewanya boleh mencecah RM10,000 sebulan!)




Kilang ini akan menghasilkan jus roselle, jus buah-buahan dan RO Drinking Water. Sekarang Kak Ain sedang bodek-bodek, meminta keluarkan air minuman The Wannababes, mengambil inspirasi air minuman Hello Kitty ini:




Bolehlah semua pengunjung dan pembaca yang singgah Kedai Pink AinMaisarah di Pesta Buku PWTC hilangkan dahaga dengan meminum air yang berpakej cantik sebegini! Harapnya impian Kak Ain dapat direalisasi!

JUN 2011

Oh.... rasanya setakat ini dahulu entri memori 2011 dan ianya perlu bersambung ke Bahagian 2. Ini kerana Kak Ain sudah penat sangat mencari satu per satu gambar kenangan sepanjang 2011! @____@

Bila mahu sambung ya? Hmm... sekiranya ramai memberi komen pada entri blog ini, maka Kak Ain akan buat sambungannya secepat mungkin! Sekiranya kurang komen, Kak Ain buat sambungan cerita tahun 2013 pula! Hehehe! ^___________^ 

Salam Sayang Jumpa Lagi,
AinMaisarah

36 comments:

Khair Zawawi said...

TERBAIKLAH!

KAK AIN,
DOAKU KAK AIN AKAN TERUS MAJU JAYA.
AMIN YA RABBAL ALAMIN.

-Peminat Setia-

~Fatini Hamdan~ said...

Kak Ain, rasa terhibur membaca entri terbaru Kak Ain ni. Hehehe, semoga Kak Ain menjadi lebih hebat dalam tahun 2012. :)

ツ Inas Cikinas ツ said...

Seronok baca cerita kak ain , sambung lagi .

Gediq Girl said...

Best baca entri baru Kak Ain ni...Sambung secepat mungkin ye,hehehe...Sayang Kak Ain,mmuahh !!!

wanie :) said...

Kak Ain, sambung lagi cerita ni :)
semoga terus berjaya di tahun 2012 :)

-Yang sentiasa mengikuti kak ain sejak lima tahun yang lalu-

Siti Nur Aisyah said...

takpe sambung cepat cepat kak Ain.:)

Sarah De'chocolates said...

Best sangat..cerita nie...sambung la cepat cikit ye..

Iman said...

Kak Ain, seronok membaca entri kali ini. Sambung cepat ya! Tidak sabar mahu menunggu. Hehe.

Fatin Nadhirah said...
This comment has been removed by the author.
Fatin Nadhirah said...
This comment has been removed by the author.
Fatin Nadhirah said...

Kak Ain! Fatin seronok dan terhibur membaca entri kali ini. Harap tahun 2012 lebih bagus dan lebih baik dari tahun 2011. Kak Ain ,cepat cepatlah sambung entri kali kedua. Tidak sabar menunggu.. Hehe..:)

-peminat setia Kak Ain yang sentiasa menyokong Kak Ain-

Fatin Nadhirah said...

Kak Ain! Fatin seronok dan terhibur membaca entri kali ini. Harap tahun 2012 lebih bagus dan lebih baik dari tahun 2011. Kak Ain ,cepat cepatlah sambung entri kali kedua. Tidak sabar menunggu.. Hehe..:)

-peminat setia Kak Ain yang sentiasa menyokong Kak Ain-

aidayusni said...

Alhamdullillah. Rezeki Kak Ain kann? Kak Ain cepatlah sambung bahagian kedua, tak sabar nak baca. Aida doakan Kak Ain sentiasa sihat wala'fiat untuk terus menulis buku dengan idea yang bestbest ya? (x

Cahaya :) said...

Entri Kak Ain memang menarik. Haha.. Saya paling suka gambar yang Kak Ain tersilap letak. Gambar di majalah tu. Hahaha..

FaZeeRa said...

banyaknya kenangan sweet Kak Ain... hehe... cepat2 tau sambung cerita ni... peace! =)

Lisa said...

Sambung cepat Kak Ain.
Tak puas lah.
Hehe.

azizahrahmah said...

kak Ain . bestlah entri kak Ain. sambunglah cepat . hehe

Nurul Zahidah "ID@H" said...

Assalamualaikum..

Selamat Tahun baru kak Ain.Semoga tahun 2012 lebih banyak buku yang menarik.Saya harap kak Ain sambung bahagian 2 lebih awal.

-Peminat Cilik-

Zinnirah said...

Wah baguslah kak Ain.....:) Saya doakan kak ain berjaya dunia dan akhirat....
p/s: cepatla sikit sambung bahagian kedua...hehehe...

ramzankasirin said...

kak ain dan abang amal,

terima kasih tak terhingga kerana berpeluang bekerjasama dan menimba pengalaman bersama-sama kak ain dan suami tercinta abang amal sepanjang 2011. hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya.

semoga dipermudahkan segala urusan dan dilempahkan rezeki di hari-hari yang mendatang...insyaallah.. :-)

Yusra Ysf said...

; kak AinMaisarah :) congratulationsss ya ? tahniah diatas kejayaan kakak sepanjang 2011 :) moga moga air wannababes jadi kenyataan ya ? yeay ! semoga 2012 lebih baik dari tahun 2011 . muahx !

best regards;
Yusra Ysf

Yusra Ysf said...

; chopp ! Januari Februari April Mei Jun semua bahasa melayu, tup tup Mac dalam english ? wuhuuu, untunglahhhh dapat MacBookAir ;) i loike that .

Scha Dania said...

Kak Ain ,bilakah pesta buku akan diadakan lagi???Saya teringin berjumpa dengan kak Ain...Dan apakah tajuk novel terbaru kak Ain....??

Scha Dania said...

Kak Ain,apakah alamat e-mel Kak Ain???

Ashya' said...

best sangat baca entri k.ain... k.ain sambung lagi yer... saya akan sentiasa doakan k.ain.. Insya-Allah.. k. ain terus maju yer.. chaiyok!!!

Amira Atiqah said...

Jumpa blog kakak time tengok Nona tadi. :) sukanya cover novel kakak :) keep on writing ye kak, may Allah bless. nak follow kakak.

Alia Halim said...

Hi kak Ain ;D
Alia suka sngat dengn semmua buku yg kak ain tulis awesome sangat btw alia pon otw tngah tulis novel ;D

deno said...

kak ain.. dyg minat sgt kak ain!!! nak jumpa sgt kak ain... bila agaknya kak ain nak dtg terengganu...? tahniah kak ain :) dyg dah baca jutawan gedik, kakak dyg beli masa pesta buku kat kl baru2 nie, mmg best! :)

Ismail Fitry said...

Salam,

Saya teringin nak baca blog saudari tapi sangat susah sebab warna tulisan dan latar belakang tiada kontra. Boleh tak tukar sekurangnya warna tulisan dan juga saiz tulisan supaya mudah dibaca.

Mawar munawarah said...

Assalamualaikum,

Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengadakan sebuah program khidmat masyarakat bagi menghidupkan perpustakaan desa di Kampung Bukit Bangkong, Sepang pada 17 Mac 2012.

Objektif program ini adalah selain menghidupkan perpustakaan desa sebagai pusat ilmu dan bahasa, ia juga bertujuan untuk menghidupkan sunnah Rasulullah SAW iaitu membaca di kalangan warga kampung.

Salah satu aktiviti yang akan dilaksanakan adalah forum Bicara Cinta Buku - perkongsian pengalaman membaca bersama warga kampung pada jam 2.30-4.30 petang.

Besarlah harapan kami sekiranya pihak puan dapat hadir bagi mempromosikan agenda baik ini. Mohon puan hubungi saya - 012-3150616 secepat mungkin bagi makluman lanjut. Sekian , terima kasih.

~Stifler~ said...

Assalamualaikum , saya nak tahu kesudahan novel Tak bisa Memilihmu, siapa yang Adi pilih?, and were the book was based on real story or what? I really need to know! PLease inform me at ezzry@rocketmail.com 0r text me, 0142742706

farynn miss said...

kak ain, ta sabar rasanya nk jumpa kak ain kat pesta buku di PWTC 2012 nanti.

Syahida's blog said...

Lawa blog kak ain maisarah...:)...kak ain suka warna pink ke?

Erissa said...

Seronok baca buku Kak Ain. XD XD XD

Nur Dina Izzati Mohd Basri said...

Assalamualaikum kak ain maisarah!
Saya suka membaca buku kak ain.Seronok baca blog kak ain. Saya tidak ada banyak buku kak ain. Sepupu saya baru mula membaca buku Hero VS Pengemis Gedik hasil nukilan kak ain.

Wassalam,
Dina Izzati

Nur Dina Izzati Mohd Basri said...

Assalamualaikum kak ain maisarah!
Saya suka membaca buku kak ain.Seronok baca blog kak ain. Saya tidak ada banyak buku kak ain. Sepupu saya baru mula membaca buku Hero VS Pengemis Gedik hasil nukilan kak ain.

Wassalam,
Dina Izzati