04 September 2010

Kisah AinMaisarah & Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semoga semua pembaca buku AinMaisarah berada dalam lindungan dan rahmatNya. Moga mendapat limpahan kerahmatan dan keampunan dalam bulan Ramadhan yang mulia.

Sedar tidak sedar... kita sudahpun sampai ke penghujung bulan Ramadhan. Tinggal beberapa hari sahaja lagi, Syawal pula akan menjelma.

Tahun ini Kak Ain sambut Ramadhan pada usia 28 tahun. Tahun ini juga, Ramadhan terasa amat berbeza.

Apa yang berbeza?

(1) Kak Ain baru sedar... sekarang Kak Ain tak boleh berbuka puasa dengan makanan yang banyak-banyak. Cukuplah sepinggan nasi dan segelas air panas.




Kalau ada kuih depan mata pun, Kak Ain takkan larat nak sentuh. Kenyang sangat rasanya!

(2) Namun begitu, walaupun AinMaisarah makan pada kadar biasa-biasa... tahun ini juga buat pertama kalinya berat badan Kak Ain tak turun-turun langsung.




Hatta 1 kilogram, 500 gram mahupun 100 gram! Berat Kak Ain statik sahaja =( Oh! Stress sungguh! Selalunya berat badan Kak Ain senang turun ketika bulan Ramadhan. Hmm... ini mungkin bermakna, kadar metabolisma badan makin menurun sejajar dengan peningkatan usia. Nampaknya lepas ini Kak Ain kena rajin bersenam gaya lari-lari anak dan lompat bintang demi untuk kuruskan badan!

(3) Ramadhan kali ini turut rasa berbeza kerana setiap kali bersolat terawikh... mesti Kak Ain berjumpa dengan pembaca yang kenal AinMaisarah.




Tahun lepas, tiada pula Kak Ain ditegur ketika bersolat. Hmm... rasanya makin ramai boleh cam muka Kak Ain kerana Kak Ain sudahpun menanggalkan spek PRADA apabila memasukkan gambar di blog dan Facebook.

Haaa... ingat lagi spek PRADA yang suatu ketika dahulu menjadi imej AinMaisarah di blog?


Heheheh... zaman kegemilangan dulu-dulu, rajin betul edit semua gambar! =)

(4) Ramadhan tahun ini juga buat pertama kali Kak Ain tetap menjalankan Program Jelajah Sekolah AinMaisarah. Sekolah pertama yang Kak Ain pergi dalam bulan Ramadhan adalah SK Bukit Jalil. Malah tarikh program jatuh betul-betul pada tanggal 1 Ramadhan!

Kak Ain tak sangka, sambutan di SK Bukit Jalil begitu menggalakkan. Mungkin kerana para pelajar tidak perlu makan ketika rehat, maka semua menyerbu meja pameran. Kak Ain sendiri dikerumuni para pelajar tidak henti-henti.




Paling Kak Ain tidak boleh lupa... ketika sesi petang, seluruh pelajar dari darjah 1 hingga darjah 3 diaturkan supaya bertemu Kak Ain.




Ya! Pada hari pertama Ramadhan, Kak Ain menandatangan, bersalaman dan bercakap-cakap dengan hampir 400 orang pelajar selama tiga jam... tanpa henti!

Ya Allah, ketika itu Tuhan sahaja yang tahu betapa keringnya tekak Kak Ain! Tetapi pada masa yang sama, ianya satu peluang dan ruang promosi yang sangat Kak Ain hargai. Tidak pernah lagi ada sekolah yang mengatur supaya SEMUA pelajarnya bertemu AinMaisarah. Selalunya hanya pelajar yang berminat dengan buku atau bidang penulisan sahaja akan berjumpa dengan Kak Ain di meja pameran.

Sememangnya Kak Ain begitu menghargai usaha dan inisiatif tambahan yang dilakukan oleh guru-guru SK Bukit Jalil. Ianya turut membuatkan pengalaman 1 Ramadhan AinMaisarah tahun ini sungguh berbeza sekali!

(5) Tahun ini juga, Ramadhan Kak Ain dan Cik Abang disambut di rumah baru. Walaupun rumah masih berselerak dengan bermacam kotak dan kerusi-kerusi pun belum dibuka pembalutnya...




... hati Kak Ain tetap rasa tenang. Mungkin ianya timbul daripada kesyukuran terhadap nikmatNya yang begitu melimpah-ruah. Betapa selama ini hidup Kak Ain terlalu dipermudahkanNya.

Selalu Kak Ain bisikkan pada hati sendiri, "Maka nikmat Tuhan yang manakah mahu aku dustakan lagi?"

=( Memang terlalu banyak nikmatNya... tetapi terlalu sedikit amalan Kak Ain sebagai hambaNya. Bilalah agaknya Kak Ain boleh berubah menjadi manusia yang lebih baik? Harapnya biarlah perubahan itu berdikit-dikit tetapi berkekalan. Itu yang Kak Ain mahukan.

Itulah kisah Ramadhan AinMaisarah pada usia 28 tahun. Tahun hadapan... moga-moga ada entri blog Kak Ain menyambut Ramadhan pada usia 29 tahun pula.

Kepada semua pembaca blog AinMaisarah, Kak Ain mengambil kesempatan untuk meminta maaf sekiranya Kak Ain pernah melakukan kesilapan. Kak Ain hanyalah insan lemah yang punya 1001 kekurangan. Jadi sempena Ramadhan ini, Kak Ain mohon ampun dan maaf pada semua.

Jika ada terkasar bahasa,
Jika ada tersilap dalam berkata-kata,
Jika ada perbuatan yang tidak kena,
AinMaisarah memohon maaf yang tidak terhingga.

Salam Ramadhan,
AinMaisarah

12 comments:

fatihahnur ♥ said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri :)
Wahh, seronoknya siapa2 yg terserempak dgn Kak Ain masa tarawih.. Auww , jeles sayaa :D

lastly, mohon maaf zahir dan batin ;)

miraapple.blogspot.com said...

selamat hari raya ....,
semoga panjang umur , diberkati Allah dan dapat tulis banyak lagi buku cerita ....Aminnnnn ....

kak ain , nape tak nak datang sekolah saye ?? kalau kak ain datang lah best ... terasa sempurna hidup sayaaa ....

maafkan saya kalau saya terkasar bahasa ....

Hana Itsuki said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri kak ain.. Mesti best diorang dapat jumpe kak Ain..

anis nabilah said...

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin

nor atiqah said...

Selamat hari raya juga untuk kak ain. ^_^

Shaheera said...

Selamat Hari Raya Kak Ain !

www.afrinaazmi.com said...

selamat hari raya kak ain.. :)

Ema said...

Selamat Hari Raya kak Ain..
Wahh..rajin2la kak Ain pergi solat tarawih yer..
moga2 kak Ain dapat bertemu dengan malam 1000 bulan..

Kak Ain - post la banyak gambar umah kak Ain,mesti lawa kan..PINK punya!

lilsyamine..... said...

selamat hari raye kak ain.....bertuah siape yg dapat jumpa kak ain masa terawih kan...cemburunye....apapon..selamat hari raya saya ucapkan.....;)

WaNiE..! said...

Selamat Hari Raya Kak Ain :)
Maaf Zahir dan Batin ;p

AdlinaHanisah said...

Kak Ain !!
Selamat Hari Raya Aidilfitri ..
Maaf zahir dan batin ..
Rajin2laa berkunjung ke blog sye yg tak seberape ni kak ain ..
KAK AIN THE BEST !

Hana & Aimy said...

kak ain..biler kak ain nk gi skolah sayer?