02 July 2008

AinMaisarah di Singapura : Bahagian Akhir

Assalamualaikum buat semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah,

Entri kali ini adalah entri terakhir mengenai lawatan Kak Ain di Singapura. Sebelum-sebelum ini Kak Ain sudah masukkan beberapa entri ketika berada di sana. Sebenarnya masih ada banyak lebihan gambar yang belum dimasukkan. Kak Ain memang pastikan mengambil gambar banyak-banyak. Buat kenangan dan simpanan masa depan.

Habis Kak Ain jelajah segenap hotel dan bergambar di sana-sini. Kak Ain sendiri tak pasti bila lagi Kak Ain akan jejakkan kaki di sini. Cik Abang sudah beritahu awal-awal, masa hadapan susah nak pilih hotel ini lagi kerana caj akses internetnya terlalu mahal. Apabila dengar Cik Abang kata begitu, makin laju tangan Kak Ain mengetik kamera merakam memori.

Oleh kerana terlalu banyak beban kerja yang menunggu, Kak Ain tak sempat nak nukilkan ceritanya panjang-panjang. Jadi entri ini lebih bersifat entri koleksi gambar semata-mata.

Enjoy cuci-cuci mata ya!

Dalam banyak-banyak kawasan di luar hotel, kawasan kolam renang Ritz Carlton sangat aman damai. Paling menarik adalah pancuran air yang sekali tengok macam hujan tiruan. Cantik sangat!



Kak Ain juga sempat bergambar dengan piano yang diletakkan di lobi hotel. Jangan risau. Kak Ain hanya berlakon sahaja. Tidak menekan apa-apa! Heheh =D


Ini pula adalah pintu masuk hotel Ritz Carlton. Sekali tengok, macam sarang lebah! Setiap masa dan ketika dijaga oleh pekerja-pekerja hotel yang segak berpakaian.


Kak Ain juga sempat merakam aksi dua minah saleh yang baru keluar dari ruang makan buffet. Gaya keduanya kelihatan sudah teramat kenyang =D Heheh.


Ini pula gambar sekitar kawasan hotel. Betul-betul bersebelahan dengan Ritz Carlton adalah hotel Mandarin Oriental. Hotel ini adalah hotel pertama yang Kak Ain menginap ketika zaman bulan madu dulu. Di Mandarin Oriental, ruang biliknya tidak seluas Ritz Carlton. Namun ianya tetap penuh ditempah sepanjang musim Communicasia 2008 ini. Perhatikan gambar di bawah. Mandarin Oriental – Ritz Carlton – Singapore Flyers lokasinya berdekatan sahaja.


Selain kawasan sekitar hotel, Kak Ain juga tentu merindui bilik qada' tidur di Singapura ini.



Kak Ain harap semua berpuas hati dengan laporan Kak Ain di Singapura. Kak Ain tunaikan janji berkongsi semua gambar yang dirakam di sana. InsyaAllah tahun depan, panjang umur dan murah rezeki, Kak Ain ke Singapura lagi.... Kak Ain kongsi cerita lagi.

Salam Sibuk,
AinMaisarah

12 comments:

(xxxx~Miss^-^Anis~xxxx) said...

salam kak ain!

selamat kembali ke tanah air kak ain..kak ain mesti bestzz gi saner..

kak ain jangan lupe ker blog anis....

watchaa...........

BalqisBasri (^^,)v said...

hotel ritz calton tu memang best laa Kak Ain...
Klau Balqis pegi Singapore,Balqis nak tdo laa kat hotel tu...
hehehehe...

p/s;Kak Ain,bila buku Aku Mahu bergaya nak keluar ???

BalqisBasri (^^,)v said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

lola nak mempromosikan hotel yang berada di negara kita hotel yang paling best lola pernah pergi ialah hotel eagle bay yang terletak di langkawi selamat mengunjung disana entah betul ke tidak ayat saya

Anonymous said...

Kak Ain...
selamat kembali!
saya tunggu buku terbaru...
bile nak kuar sebenarnye?

yang tak sabar,
ecah95

MIRA said...

Hotel tu memang best.Dulu,Mira pergi pun besar biliknya.Sempat berenang lagi di pool tu.Padahal,kat rumah Mira pun ada pool:p

Anonymous said...

selamat kembali ke kl kak ain..
hujan emas di negeri org..
hujan batu di negeri sendiri..
lebih baik negeri sendiri..
kan kak ain???

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain ,

Hanis suka sangat gambar Kak Ain bersama piano tu . Comel !
:D

AinMaisarah said...

Salam Spies@Anis,
Oh! Lamanya tak dengar khabar Anis! Semoga sihat dan ceria selalu ye. Sebenarnya Kak Ain tak tenang di Singapura, asyik teringatkan Rumah Pink saja... heheh

Dear Balqis,
Kalau nak ke Singapura, Kak Ain cadangkan jangan duduk kawasan hotel Marina Bay (hotel Ritz ni kawasan Marina Bay) kerana jauh dari stesen MRT (=LRT) dan shopping complex. 15 minit jalan kaki baru sampai. Duduklah kawasan Orchard. Shopping dekat, MRT depan mata... lebih seronok dan tak perlu pakai teksi langsung!

Dear Lola,
Percaya atau tidak, Kak Ain belum sampai lagi ke Langkawi dan melihat helang besar itu! Huhuh! Ini kerana Kak Ain tak pernah ada urusan di sana. InsyaAllah di masa depan, sekiranya Kak Ain ke Langkawi... tentu Kak Ain akan cuba menginap di hotel yang Lola promosikan itu. Thanks dear!

Dear Ecah,
Buku baru InsyaAllah hujung bulan Julai atau awal bulan Ogos. Sabar... sabar... =D

Dear Najwa,
Kak Ain tak sempat masuk pool. Lagipun pakai tudung...mesti mat saleh tengok semacam. Kak Ain hanya sempat ambil gambar banyak2 saja.

Dear Fatin,
Kak Ain rasa hujan batu di negara Singapura, hujan emas di negara Malaysia. Semua mahal sangat di Singapura tu! Tapi yang seronoknya barangan fesyen dan jenama ada lebih banyak koleksi di sana. Itu yang Kak Ain suka Singapura.

Dear Hanis,
=D terima kasih dear. Kembang hidung ni sikit sebab kena puji! Heheh... =D

Salam Sayang,
AinMaisarah

MIRA said...

Hmm,kak Ain x pernah pergi Langkawi?Mcm x percaya je..Saya menginap di Mali Best Resort..Dekat dgn pantai tau!Kemudahan semua ada..

Restoran mudah dicari.Jln kaki je!
KAlau pergi Makam Mahsuri,jgn lupa makan sup gamat dan beli benda2 gamat.

Pendek kata,setiap tahun,mesti pergi 3 kali atau lebih sbb mira balik kampung di Perlis,akn naik feri.Best tau!!

MIRA said...

Nanti,kak Ain gunalah kereta sewa..Kak Ain dah Cik abang je kan?Sewa je kereta proton Saga..Sewanya lebih murah daripada kereta2 lain.

Farah Hanum said...

salam kak ain....
wah!!!tak sangka cantik betul hotel tu....saye tengok air pancut tu....cantik,teringin pulak nak ke sana.....

yang teringin nak pergi Singapore...
farah_hanum.