30 June 2008

AinMaisarah kembali ke Kuala Lumpur

Salam buat semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah,

WAH!!! Rindunya Kak Ain dengan rumah sendiri! Hampir dua minggu ditinggalkan dan dijenguk pada kadar sekejap-sekejap sahaja. Entri yang ditulis ketika Kak Ain berada di Singapura dan Johor juga Cik Abang yang masukkan. Kasihan Kak Ain tak ada internet selama dua minggu lamanya!

Hari ini Kak Ain sudah kembali ke Kuala Lumpur. Hari ini Kak Ain bertugas memeriksa e-mel yang bertimbun macam Gunung Himalaya. Hari ini Kak Ain meluangkan masa membaca satu per satu komen para pembaca semua. Terima kasih Kak Ain ucapkan kerana sudi memeriahkan Rumah Pink AinMaisarah sepanjang ketiadaan Kak Ain. Kak Ain sangat menghargainya!

Hari ini, tugas paling genting lagi yang penting yang perlu diselesaikan adalah urusan pembelian buku dan NovelComel yang telah dipesan oleh para pembaca. Kak Ain akan mula membuat penghantaran bagi semua pesanan tertangguh. Harap kepada sesiapa yang sudah membuat bayaran, sila semak nama-nama di bawah ini.

1) Nama: Azra Syamimi Rozlan
Buku: Tak Bisa Memilihmu
Bayaran: Wang Pos (sudah diterima)
Status: Akan dihantar dengan pos laju

2) Nama: Farah Azaliya bt Mahadi
Buku: Pakej NovelComel
Bayaran: Cek CIMB (sudah diterima)
Status: Akan dihantar dengan pos biasa

3) Nama: Hazirah (kawan Abby)
Buku: Pakej NovelComel
Bayaran: Akaun Maybank (sudah diterima)
Status: Akan dihantar dengan pos biasa

4) Nama: Siti Farah Hanum
Buku: Aku Mahu Popular
Bayaran: Akaun Maybank (sudah diterima)
Status: Akan dihantar dengan pos laju

5) Nama: Puteri Amira
Buku: Aku Mahu Buli
Bayaran: Akaun Maybank (sudah diterima)
Status: Akan dihantar dengan pos laju

6) Nama: Nur Amirah Hanim Rahim
Buku: NovelComel
Bayaran: Akaun Maybank (sudah diterima)
Status: Akan dihantar dengan pos biasa

7) Nama: Umi Adrina Khalid
Buku: Aku Mahu Teman Tapi Mesra & Tak Bisa Memilihmu
Bayaran: Wang pos (sudah diterima)
Status: Akan dihantar dengan pos laju

8) Nama: Nur Shuhadah Syairah
Buku: Aku Mahu Teman Tapi Mesra
Bayaran: Cek RHB (sudah diterima)
Status: Akan dihantar dengan pos biasa


Kak Ain harap nama-nama di atas dapat memeriksa butiran info pembelian. Sila maklumkan semula kepada Kak Ain sekiranya ada sebarang kesilapan. InsyaAllah Kak Ain akan menghantar buku-buku dalam minggu ini juga.

Kepada pengunjung lain, Kak Ain akan masukkan gambar-gambar saki-baki memori di Singapura. Huhuhu... sedihnya! Kak Ain hanya akan ke Singapura lagi bulan Disember 2009. Sabar menunggu Kak Ain masukkan gambar-gambar itu ya!

Salam Rindu,
AinMaisarah

11 comments:

Anonymous said...

askm... kk ain saye br jek blk sek pnat sgt tp boring lah nape kk ain g singapore hah nak bercuti ker
klu kat sane kk ain nak g singapore bape jam????????
klu kat JB x smpi sejam pon hehehe



salam ....

Anonymous said...

salam,,
dear my beloves kak ain..
maryam ada satu soalan yg sgt membebankan minda belah kiri niyh..
kenape pakej novelcomel yg maryam tempah sejak lebih sebulan lalu xkunjung tiba ke rumah?maryam membuat nayaran melalui akaun maybank..tp peliknya posmen datang ke umah tnpa bawa sampul yg menjadi idaman kalbu..soalan maryam:apakah faktor yg membawa kepada masalah ini???
kak ain..apa2 penjelasan,tolong ke testi maryam..=)
lost_always@yahoo.com atau www.friendster.com/smjmka

segala jasa baek n budi bicara kak ain sangat maryam hargai!!!wassalam.

Anonymous said...

Kak Ain!!
Rindunyeeeeeeeeeeeee!
Balik jugak Kak Ain.
Bile Kak Ain nak chatting lagi?
Lama sgt dah tak bual dgn Kak Ain

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain ,

Lama juga yer Kak Ain di Singapura.
Nanti Kak Ain masukkan gambar saki-baki di Singapura tu yer ?
:)

Anonymous said...

kak ain nama kawan abby tu hazirah lar...

MIRA said...

Nanti kak Ain cpt2lah masukkan gamabar2 tu...X sabar!

Rindunya kat kak Ain!!Haha...

Visit my blog ya..

najwaamira-diary.blogspot.com

Alya said...

Salam kak ain,
ingatkan dah tetap dekat Singapore dah ,. hehe ... Mesti banyak pengalaman kak ain .. bestnyer..
alya pernah pi , tapi beberapa hari sahaja...
Semoga kak ain sihat sejahtera untuk meneruskan kerjaya kak ain..
aminn...

salam terlebih sayang,
alyathelipas.
muzicsfanatics.blogspot.com
(Silalah melawat yer,,)

Farah Hanum said...

salam kak ain...
rindunye...saye kat kak ain...erm...kak ain nak bagi lagi ke saki baki gambar kat singapura tu??mesti banyakkan???erm...ok kak ain...godd luck!!!

wassallam....
farah_hanum.

afiqah said...

Rindunyer..kat kak ain,lame giler x update.Saye dh masukkan duit bukan saye ayah saye dah masukkan duit melalui online,tau!!Kak ain kalau saye beli bku dpt sekali dgn novelcomel ke???x sabar nak dapat buku tu.Harap2 kak ain pos cpt sikit, dh lme megidam ni!!!Jangan lupe prgilh bg saye,k!!(Byknyer perimtaan saye.Sowylah klau menyusakn kak ain...)

salam rindu,
afiqah

Anonymous said...

Salam kak Ain,
kalau nk novelcomel tu tanpa beli buku dr rumah pink, kene hntr 10 name org yg suke buku kak Ain kan?
Blh lg ke?

Yang menuggu respons kak Ain, Nadzirah..

Anonymous said...

Salam Kak Ain.

I have safely received the Novel Comel and RM 7. Thank You.