13 June 2008

Kejutan Dari AinMaisarah

Assalamualaikum buat semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah,

Selamat hujung minggu Kak Ain ucapkan. Alhamdulillah, hari ini Kak Ain berjaya menghantar 3/4 hasil manuskrip kepada pihak PTSOne. Ada 1/4 lagi baki cerita yang perlu diperiksa buat kali terakhir sebelum dihantar. InsyaAllah Sabtu dan Ahad ini Kak Ain mahu langsaikan segalanya.

Penat rasanya asyik memandang manuskrip. Kak Ain berehat sebentar dan mahu memasukkan entri baru buat tatapan semua. Sebenarnya sudah agak lama gambar-gambar ini terperam. Cik Abang baru sahaja edit gambar-gambar malam ini. Cik Abang pun sibuk sepanjang minggu. Jadi harapnya semua memahami.

Entri kali ini Kak Ain ingin berkongsi cerita tentang sebuah keluarga yang sangat ceria lagi cool tak terkata.

Bulan lepas, Kak Ain menerima e-mel kiriman ayahanda keluarga tersebut iaitu En. Jalaluddin. Di dalam e-mel itu, En. Jalaluddin menjemput Kak Ain meraikan suprise party majlis harijadi anaknya yang tersayang bernama Abby (Untuk rekod: Selalunya Cik Abang memang keberatan memenuhi jemputan ke majlis-majlis begini. Ini kerana Cik Abang seorang yang sibuk dan kurang masa berehat. Tetapi oleh kerana En. Jalaluddin adalah rakan baiknya, maka dapatlah Kak Ain hadir bersama Cik Abang ke majlis ini)

Membaca e-mel itu, Kak Ain sungguh terharu dan tak menyangka. Seorang bapa sanggup bersusah payah merancang majlis harijadi anaknya.

En. Jalaluddin dan isteri telah berpakat membuat kejutan ini. Semua anak-anak beliau sedikit pun tidak mengetahui bahawa Kak Ain akan hadir sama dalam majlis tersebut.

Kami bertemu di Restoran Nandos, Jusco Taman Maluri. Tiba sahaja di meja, En. Jalaluddin terus memperkenalkan Cik Abang dan Kak Ain kepada anak-anaknya. Abby nampak sedikit tergamam, tak terkata apabila mengetahui AinMaisarah berada di depan mata. Mungkin malu agaknya. Terus terang, Kak Ain pun segan juga.

Namun kemesraan keluarga ini menyebabkan Kak Ain hilang rasa kekok dan segan. En. Jalaludin dan isteri amat peramah. Abby pula banyak berkongsi cerita dengan Kak Ain tentang buku-buku AinMaisarah yang pernah dibaca.

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil ketika majlis harijadi tersebut.


Mula-mula kami dijamu dengan ayam nandos yang pedas dan lazat sekali. Ada juga nasi goreng, sup cendawan dihidang dengan roti garlic dan hidangan sampingan yang lain. Penuh meja dibuatnya! Bila perut sudah kenyang, datang pula cheese cake Secret Recipe khas untuk Cik Adik Abby. Memang kegemaran Kak Ain ni.


Kemudian kami bergambar dengan adik beradik Abby. Kak Ain juga berkenalan dengan dua kakaknya yang ceria iaitu Zana dan Alyn. Dihujung sekali adalah adik lelaki Abby yang dipanggil Adik.


Ini pula adalah hadiah Kak Ain kepada Abby. Apa hadiahnya? Isinya adalah NovelComel yang eksklusif, tidak terjual di mana-mana kedai buku.


Tak disangka-sangka, selepas itu Kak Ain pula menerima hadiah daripada ibu Abby (Oh, segannya tak terkata!) Ianya adalah pen Sheaffer yang amat istimewa, kerana terukir nama AinMaisarah di atasnya.


Kak Ain ingin mengucapkan selamat hari jadi kepada Abby.

Semoga dipanjangkan umur,
Dimurahkan rezeki,
Diberkati Ilahi.

Sekali lagi Kak Ain mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Jalaluddin sekeluarga atas jemputan dan hadiah yang telah diberikan.

Salam Sayang,
AinMaisarah

22 comments:

IZZ HAZWANI. said...

Wah! Cutenyer Abby tu!
Umur dia berapa,Kak Ain?
Saya pun suka cheese cake,tap kalau makan bebanyak,muak pula.
Bertuahlah si Abby ni.
Inilah yang membuatkan kami cemburu.
Betul tak kawan-kawan?
HEHEEH...

Jika setuju,taip YA
Jika tidak
setuju,taip TIDAK

Anonymous said...

salam kak ain,

wah, bestnye. saya pun mesti terkejut kalau kak ain ada kat depan mata saya. anyway happy birthday abby.

izzati,
mestilah saya vote YA! hehehe

anyway kak ain,
bulan julai ni sebuk lah saya sebab saya ada 2 peperiksaan (saya form 3), dan 2 perkhemahan yang perlu saya pergi(saya librarian).

saya harap kak ain doakan agar saya dapat menjawab peperiksaan dengan baik ye. hehehe
okeylah, sampai sini je. bye

wasalam,
Nurul

Anonymous said...

bestnye ader kak ain kat bufday abby!
cantik pen kak ain tu!



salam,
shaikha.

Farah Hanum said...

salam kak ain....
wah best ye...hari jadi abby...happy birthday abby!!!!saye pilih ya cemburu betul dapat berjumpa dengan penulis yang terkenal iaitu kak ain....ermmm...saye pun suka chesee kek tapi kalau makan banyak-banyak muak juga...ok kak ain sampaikan salam saye kat abby ye...

wassaalllam..
farah_hanum.

Anonymous said...

sedapnyer kek tu!
nak juga!
anyway,Abby nampak tembam and cute

Izzati,
saya memilih YA!

MIRA said...

Wah!!!Bestnya Abby!!!Kak Ain dpt datang ke birthday party tu!!Berapa umurnya kak Ain?

Izzati,

Saya pilih YA!!!

nurul hidayah roslan said...

Salam kak ain,


Wah! bestnye kak ain dapat datang Birthday abby!!!!Dayah pilih YA kak izzati!!!:):)


wasalam,
dayah

BalqisBasri (^^,)v said...

Kak Ain !!!
Saya rasa Abby memang bertuah laa sebab ayah dia jemput Kak Ain pergi kat Burfday Partee dia....
Wani,akak pilih YA...
Memang akak jeles tengok Abby...
hehehehe....
Pape pun,Selamat Hari Jadi Abby..

p/s:walaupun dah lepas...

A. Izzati said...

Salam kak ain yang comel lagi berbakat... emm seronoknya si abby tu, kalau la kak ain bole dtg majlis ari jadi sye... apakan daya, x pe la... dpt tengok gambar pon jadi lah kan...

Fazlin Ibrahim said...

salam kak ain,

hepi berday abby!!!
bestnya dia dpt jumpe kak ain..
ayah dia pon best gak..
uhhuhuuu..
buat berday party lagi..
kat nando plak 2...

cantik lar pen kak ain ada nama akk lagi..
besnya kalau fazlin dpt gak(gurau jer)

kalau macam 2, nnti berday fazlin.
fazlin ajak kak ain lar..

fazlin pon pilih ya gak..
bes 2 kalau penulis dtg menyambut berday kita sama2.
bkn penulis biasaa tp penulis terkenal mcm kak ain yg diminati org ramai.

Anonymous said...

salam k.ain..

wah..beruntung nyer abby tu!dapat tgk akk secara xclusive lagi..hehehe

cute2 la adik beradik dia tu..dia x join kelab ainmaisarah ni ker?

FaRah said...

salam kak ain..
wah..seronoknya abby..kak ain, kalau nanti ada majlis hari jadi saya boleh tak kak ain datang untuk memeriahkannya?bolehlah..insyallah kak ain dan cik abg akan disediakan tempat duduk VIP.

Anonymous said...

mosti sedap kan cis kek tuh. umur Abby tuh berape ah kk ain.dah la kat restoren die sambut ari jadi die kan mosti best kak ain kan




salam.....

Anonymous said...

Saya sokong YA!
Tak adillah kalau Abby je yang dapat jumpa Kak Ain secara eksklusif.
Tapi tak apalah.
Mungkin Kak Ain sibuk,kan?

CreepieNisa said...

Kak Ain, cemburu saya dengan abby, cutenye abby macam kak Ain! Kalau hari jadi saya, saya pun nak ajak kak ain... boleh?

AinMaisarah said...

Dear Izzati,
Amboi! Sudah mulakan undian di sini! =D Janganlah cemburu. Tahun depan boleh jumpa Kak Ain di Pesta Buku.

Dear Nurul,
Kak Ain ucapkan selamat berjaya untuk PMR. Tingkatkan usaha. Gandakan ulangkaji. InsyaAllah beroleh kejayaan. Jangan terkejut jumpa Kak Ain. Kak Ain hanya manusia biasa yang bermata dua dan berjerawat di muka.

Dear Shaikha,
Pen itu memang cantik. Kak Ain sayang nak pakai. Ini pertama kali Kak Ain terima hadiah pen yang ada tertulis nama Kak Ain. Memang terharu rasanya!

Dear Farah Hanum,
Kak Ain memang suka cheese cake. Kalau ikut-ikutkan, boleh makan 2-3 potong sekaligus. Tetapi ketika majlis harijadi Abby, Kak Ain makan sepotong sambil mengawal ayu =D heheh.

Dear Anonymous,
Memang Cik Adik Abby comel orangnya. Kak Ain nak cubit-cubit pipi dibuatnya! =D

Dear Najwa,
Umur Abby 11 tahun. Sama baya dengan Najwa. Bolehlah geng-geng.

Dear Dayah,
Kak Ain harap dapat jumpa Dayah lagi juga. Di Pesta Buku 2009 nampaknya :(

Dear Balqis,
Memang Abby bertuah punya ibubapa yang sangat sporting dan cool orangnya.

Okey, komen orang lain Kak Ain balas sekejap lagi. bye!

Wassalam,
AinMaisarah

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain ,

Wah Wah !
Beruntung cik adik Abby ni ya ?
Cheese Cake kegemaran Hanis juga.
Kalau perut tengah lapar , bukan 2-3 keping , 4-5 pun mampu hadam di perut .
:pp

Izzati , Hanis jawab YA

FaRah said...

izzati, saya taip YA

Anonymous said...

salam kk ain,
wah-wah beznya adik abby yang comel tu dpt jumpa kk ain...
xadil la dia dpt jumpa..wani,akk pilih YA..apa2pun slamat ari jd abby..
kk ain,tasha nak bgtau kk ain..tasha ada buat cerpen bru tapi blom abis..lagi sikit je..disbbkn x de masa..tu la lambat habis..tp tasha ada wat sinopsis di blog tasha wat tatapan semua...ni natasha yang tashapopular tau..tapi blog dh tukar..sbb hari tu dh rosak blog lama..ni link blog bru..

natasha4ever.blogspot.com

lawatla..

salam syg,
~**NaTaShA**~

Anonymous said...

hye. ni abby :)
terime kasih banyak2 kak ain, n kwn2 yang puji abby. muahaha. gurau je. birthday abby tahun ni yg paling best, sbb ada kak ain ! ;)

AinMaisarah said...

Dear Hanis,
Isk! 4 keping kek sekali hadap?? Hebat! Hebat! Kak Ain tabik spring! =D

Dear Farah,
Jangan cemburu. Jumpa Kak Ain di Pesta Buku 2009. Mesti meriah!

Salam Tasha,
Kak Ain sudah ke blog. Cuma belum tinggalkan jejak. InsyaAllah dalam masa terdekat ini ye. Teruskan menulis di usia muda. Boleh but buku bersama Kak Ain bila habis periksa. Nak tak?

Dear Abby,
Oh! Cik empunya diri sudah munculkan diri! =D Ramai nak berkenalan dengan Abby di sini. Jadi selalu-selalu singgah di sini. Ajak Kak Zana, Kak Alyn, Mama dan Ayah sekali! =D

Salam Sayang,
AinMaisarah

~BLOSSOM~ said...

TAK!!!
TAK!!!
TAK!!!
TAK!!!
TAL!!!
TAK!!!