Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Moga semua pembaca blog ini berada dalam lindungan dan rahmatNya, Amin.
Alhamdulillah! Syukur! Lega! Mari senyum lebar-lebar sebagai permulaan entri ini.
^____________^
Yeay! Yezza! Kak Ain kini sudah boleh kembali menulis blog tanpa rasa bersalah!
Heheheh... sebenarnya walaupun sebelum ini Kak Ain beritahu kononnya mahu menanam cita-cita padu memasukkan entri blog pada kadar sekerap selalu... akhirnya ia tetap menemui jalan buntu!
Mengapa? Ini kerana beberapa minggu lepas, masa Kak Ain dipenuhi dan didominasi persiapan...
PERJUMPAAN TAHUNAN PEMBACA AINMAISARAH 2012!
Sememangnya Kak Ain teruja sangat apabila pihak Menara KL sudi memberi ruang menggunakan Dewan Galeri sebagai lokasi pertemuan bersama pembaca.
Kak Ain pula memanglah tercari-cari tempat alternatif setelah banglo di Titiwangsa yang ditempah tahun lepas... tidak boleh digunakan kerana sudah penuh tarikhnya disewa untuk majlis-majlis perkahwinan =(
Mujur dihulurkan peluang kedua, maka dengan sepenuh jiwa raga Kak Ain cuba realisasikan perjumpaan tahunan kali ini di Menara KL supaya jadi semeriah mungkin dan seceria boleh!
Alhamdulillah, persiapan tahun ini dibantu sepenuhnya oleh staff Blink Book Sdn. Bhd. dan Blink Trading Sdn. Bhd. (ini syarikat baru milik Kak Ain yang ditubuhkan bagi mengendalikan program jualan buku ke sekolah-sekolah, pesta buku dan pertemuan pembaca)
Dahulu Kak Ain ingat lagi, setiap kali pesta buku dan ada acara ground event ... pasti Kak Ain sendiri berperanan menjadi ~ Pemasang Langsir Paling Berjaya!
(bukti bergambar 1 - tahun 2010)
(bukti bergambar 2 - tahun 2011)
Tahun 2012 ini tidak lagi, tahun ini Kak Ain dapat bantuan kerahan tenaga oleh staff-staff. Jadi Kak Ain lebih berperanan melaksanakan:
TUGAS 1) Menandatangani 200 buku terbaru berjudul Mr. Right Selebriti supaya pada hari acara boleh bermesra dengan pembaca (120 buku Kak Ain dapat tandatangan pada malam sebelum acara. Manakala 80 buku lagi, Kak Ain tandatangan pada pagi kejadian. Mujur selesai tandatangan kesemuanya!)
TUGAS 2) Mengambil tugas sehari suntuk, membeli hadiah-hadiah dengan duit poket sendiri bernilai RM1000. Hadiah-hadiah pun Kak Ain beli yang comel-comel, tetapi pada masa yang sama... boleh digunakan secara maksima oleh pembaca. Kak Ain suka lampu LED yang sesuai diletakkan di meja belajar. Kak Ain geram dengan beg Hello Kitty yang boleh dibawa ke sekolah. Kak Ain sendiri beli tiga botol air warna-warni untuk kegunaan ketika beriadah. Harapnya pembaca semua turut suka pilihan hadiah Kak Ain ya!
TUGAS 3) Membantu menyusun meja dan kerusi di dalam dewan dengan harapan badan nampak kurus sedikit sehari sebelum bertemu pembaca. (Errr... ini kurang berjaya!)
Selesai segalanya... Kak Ain betul-betul dapat menarik nafas lega. Syukur kerana pentas dan dewan siap pada masanya (kami hias dari pukul 6.00 petang hingga 12 tengah malam)
Dan Kak Ain paling bahagia apabila kehadiran pembaca dan penyokong AinMaisarah memenuhi dewan pada hari kejadian. Hilang langsung penat, letih dan rasa susah hati yang terpendam!
Keseronokan bertemu pembaca sebegini sememangnya bagaikan pengecas semangat buat Kak Ain. Berbaloi segala usaha mengadakan perjumpaan tahunan dan Kak Ain sentiasa mengharapkan pertemuan demi pertemuan kita boleh mengukuhkan tali silaturrahim antara semua.
InsyaAllah, perjumpaan ini akan berterusan dengan tema yang lebih menarik lagi pada tahun hadapan. Oh, doakan juga Kak Ain dapat lokasi yang bagus dan tajaan hadiah emas Poh Kong untuk perjumpaan tahun 2013 ya? ;-)

Kak Ain akhiri entri kali ini dengan senyuman penuh kelegaan kerana tanggungjawab-tanggungjawab tahun 2012 hampir selesai dilunaskan semuanya. Alhamdulillah!
^___________^
(Senyuman lega merangkap senyuman Nemo)
Jaga diri dan jaga peribadi. Jumpa lagi!
Salam Sayang,
AinMaisarah
44 comments:
senyumlah selalu Kak Ain :)
semoga terus bersemangat untuk menulis dan teru menulis ya =D
dan semoga maju dan sihat sentiasa
pegh...terbaik.. penuh orang tu...heheehe.. memang akan hilang penat.. hahaha.. event ni la yang aman wan kena pakai pink tu kan?hehehehe
Rindunya nak baca novel Kak Ain. ;)
TAHNIAH...
Sekadar mengenali sebagai rakan blogger dan penulis. belum berkesempatan bertemu muka
Assalamualaikum,wah berjalan lancar!Nana cemburu tengok mereka yang datang mesti dapat hadiah... Tahun depan Kak Ain mesti buat yang gempak tau!
Salam Sayang,
Nana Dayana
wah!!meriah betul tengok pejumpaan tahunan kak ain tahun 2012 ni,malangnya x dapat pergi,hehe
teringin pergi jugak,, tapi rumah jauh. xpelah, len kali kiter brtemu lagi ya kak ain
assalamualaikum kak ain..
sy minat kat sume karya kak ain.. kalau boleh kak ain buatlah satu perjumpaan tahunan kak ain kat sabah pulak.. sy harap sngt perjumpaan tu akan diadakan di sabah walaupun sekali..
cantiknye pentas tu...tpi tak berkesempatan nk pergi... =(
Assalamuaaikum Kak Ain. Minta Maaf menganggu, tapi saye ada satu soalan. Buku-buku Kak Ain ada tak dijual di laman internet atau online shop? Saya memang nak beli buku Kak Ain tapi tak berkesempatan sebab masalah tempat. Buku Kak Ain hanya dijua di Malaysia sahaja bukan? Jadi saya memang tak boleh belila buku Kak Ain sebab saya bukan berada di Malaysia. Minta maaf la saya hantar komen yang panjang macam ini. Harap Kak Ain sudi jawab :)
kak ain :) mane nak bace ceriter2 mr right berkopiah yg dah lepas ??
Kak ain boleh ke kak ain pergi kat sekolah damia at SK SETIAWANGSA.kalau pasal nilam kak ain akan beri basikal pink ke sebab dmia nak sangat basikal pink tu.
Kak ain please comentttttttt
Saya harap Kak Ain dapat terbitkan banyak lagi novel.Yang lagi menarik malahan cantik.Saya suka semua novel Aku Mahu...
Saya mempunyai cita-cita yang sama seperti Kak Ain.Saya mahu jadi seperti Kak Ain juga!Seorang novelis yang bijak malahan cantik.
Kak Ain ni cutelah.He...he...he
wah,kak ain!!terbaik lah!cayoik2!!
Kak Ain,saya ada pergi ke Pesta Buku Antarabangsa 2013 di PWTC.Saya ada ambil gambar bersama Kak Ain.Tetapi saya tengok gambar saya dalam laman web:www.blinkblink.my/pestabukupwtc2013 tak ada pun...Boleh tak Kak Ain masukkan gambar saya di dalam facebook Kak Ain.Saya pergi ke pesta buku npada hari Rabu[1 Mei 2013].
I love U Kak Ain !
I love you kak Ain maisarah.
Hai kak Ain.Nama saya balqis.Umur saya 10 thn.Awak idola saya kak Ain Maisarah.
Kak ain memang cute.suara kak ain comel.
Assalammualaikum, saya pminat smua karya Kak Ain... Sya tk jmu membaca smua buku Kak Ain trutama bku keluaaran trbaru sprti bku ''Aku mahu, Projek dn lain x2... Saya hrp Kak Ain dpt trbitkan karya buku Kak Ain yng bru...
assalammualaikum kak ain,
saya nur aini dari kedah.saya minat sangat novel novel kak ain.semuanya best-best belaka.
saya sebenarnya nak mintak sesuatu dari kak ain.... boleh tak...saya nak tahu email kak ain? itu saja sebenarnya..kalau kak ain boleh bagi,tolong post kat email saya....(kat bawah sekali nanti saya sertakan email saya).kalau tak boleh .....takpelah..... i also have wishes...selamat hari raya aidilfitri dan semoga terus maju bagi tahun 2014 ini...
ini email saya....(sorry lah email saya ni panjang dan pelik sikit)
manahaainaizaiq@gmail.com
sorryla kalau menyusahkan kak ain....bye...
salam aidilfitri,
nur aini
Assalamualaikum, kepada yang berminat dengan PANDORA, bolehlah ke blog PAILLETE CLOSET.
http://pailletecloset.blogspot.com/

gg
Post a Comment