17 December 2012

Perjumpaan Tahunan Pembaca AinMaisarah: 2011 vs 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Moga semua ceria-ceria sentiasa ^___^ sepertimana cerianya mentari yang kekal bersinar setiap pagi, tanpa jemu dan gagal melengkapkan tugasan azali.

Amboi... berbunga-bunganya bahasa Kak Ain dalam memulakan entri blog kali ini! Hehehe... tentulah berbunga-bunga kerana hati Kak Ain pun masih mekar berbunga bahagia bila mengingati tarikh:


2 Disember 2012. 


Tarikh ini mencatatkan sejarah sebagai tarikh Perjumpaan Tahunan Pembaca AinMaisarah buat kali kedua.



Eh? Perjumpaan sudah masuk kali kedua? Bila yang pertama? Haaa... mungkin ada yang sudah terlupa atau baru mengetahui perkembangan Kak Ain sebagai penulis, sebenarnya bermula tahun lepas lagi... perjumpaan pembaca ini dibuat secara tahunan supaya AinMaisarah dapat bertemu para penyokong dalam keadaan lebih santai dan luas ruang. 

Selalu bila jumpa AinMaisarah sahaja, mesti Pesta Buku...




Jadi tahun lepas, Kak Ain memulakan aktiviti pertemuan pembaca... di luar kawasan pesta buku. Paling penting, ada suntikan elemen aktiviti kreativiti yang menghiburkan supaya pembaca merasai pengalaman berbeza bersama AinMaisarah. 

Ketika perjumpaan pertama tahun 2011 di Banglo Pink, antara aktiviti untuk pembaca adalah:

1) Spa memanjakan muka, hilangkan stress belajar yang melanda.



2) Manicure mencantikkan kuku, biar rapi dan bersih selalu.




3) Sesi berinai, ramai seronok melihat corak bunga pada tangan. 




4) Sesi main mekap-mekap, dibuat oleh jurusolek pofesional.




5) Fotoshot kenangan, memori yang tidak mungkin dilupakan.




6) Kafe Pink, semua makanan minuman memang pink habis!




7) Penceramah jemputan, Coach Sha in the house ^___^




8) Aktiviti luar, tembak sasaran paintball gaya tentera cilik.




Wah! Bila ingat-ingat kembali, Kak Ain dapat rasakan semula keseronokan dan kehangatan pertemuan di Banglo Pink. Memang seperti mengadakan sebuah majlis perkahwinan! Para pembaca juga boleh datang ke Banglo Pink untuk bertemu AinMaisarah dan beraktiviti mengikut masa yang sesuai sepanjang pukul 8.00 pagi hingga 9.00 malam, selama 3 hari 2 malam. Secara umumnya, Kak Ain memang sangat puas hati dengan hasil akhir perjumpaan ini.

NAMUN... masih ada dua kelemahan jelas iaitu:

1) aktiviti di Banglo Pink terlalu tertumpu kepada pembaca perempuan. Kasihan sangat pada pembaca lelaki yang macho-macho belaka, mereka hanya dapat ikuti permainan paintball dan ceramah. 

2)  masa perjumpaan terbahagi kepada tiga hari, jadi pembaca tidak dapat bertemu serentak dan tidak berkenalan rapat sesama sendiri.

Atas sebab itulah, perjumpaan tahunan kedua untuk tahun 2012 dibuat perubahan drastik supaya memenuhi kehendak pembaca lelaki dan perempuan. Kak Ain juga rasakan setiap perjumpaan, mesti ada tema-tema yang berlainan supaya pembaca kekal tertunggu-tunggu dan tidak sabar mahu turut serta!

Mari kita lihat pula aktiviti perjumpaan pembaca kali kedua yang diadakan di Menara KL tempoh hari dengan tema: 


PERANG RUMAH SUKAN: SEKOLAH SRI BANGSAR
(err... pada sesiapa yang tidak tahu, Sekolah Sri Bangsar adalah latar tempat untuk semua penceritaan novel AinMaisarah. Sekian untuk makluman. Jadi sekarang boleh teruskan membaca blog ^___^)


1) Naik Menara KL (Habis kami kuasai menara, jadi Menara Pink!)



2) Posing Menara Bersama Pembaca (Siap ada bendera Sekolah Sri Bangsar!)



3) Menonton Teater Horey Horey (err... ini pihak Menara KL wajibkan)




4) Makan Tengah Hari (Makanan pink dari luar tidak dibenarkan)




5) Berkumpul semula di dewan, sesi mesti kenal nama ahli rumah sukan




6) Sukaneka bermula! Cabaran pertama: Roket Kertas Meluncurlah!



7) Cabaran Kedua: Lastik Watak Jahat Sri Bangsar (lastik sampai tumbang ya!)





8) Cabaran Ketiga: Bina Menara Dongeng (mesti kukuh dan kreatif!)




9) Cabaran Keempat: Posing Perarakan Rumah Sukan. (Amboi, rumah hijau posing gaya tabik AinMaisarah)




10) Cabaran Kelima: Twinlimpic Sri Bangsar (merangkumi 4 permainan melucukan ~ tiup belon sampai pecah, masukkan benang dalam jarum, alihkan kacang dengan chopstik, alihkan buku tanpa tangan dan bawa bola ping-pong dalam sudu.)



11) Pengumuman Juara Rumah Sukan, Sekolah Sri Bangsar (Jeng... jeng... jeng! Siapa tahu rumah sukan mana yang menang?)




12) Pengumuman Hadiah Atlet dan Anugerah Pembaca AinMaisarah. (Tahniah... tahniah! Pakai beg hadiah Kak Ain ketika pergi ke sekolah dan belajar rajin-rajin ya!)




13) Sesi Posing di Photo Booth Cantik (tajaan Kak Asyiqs Bridal yang baik hati!)




14) Sesi Tandatangan Buku (ramai bawa berat-berat  dari rumah semua buku AinMaisarah, Kak Ain terharu sangat!)




15) Selesai, bersurai, berpeluk-peluk dan lambai-lambai. 

Fuh... bila disenaraikan semua aktiviti begini, Kak Ain rasa perjumpaan tahun 2011 dan 2012 sama seimbang kesukaran merealisasikannya. Sama letih, sama penat dan sama-sama kerja keras. Namun demi pembaca, Kak Ain pasti akan teruskan aktiviti perjumpaan sebegini untuk tahun-tahun berikutnya!

Pada Kak Ain, ini medan terbaik mahu mengeratkan hubungan antara penulis dan pembaca. Kak Ain juga mahu pembaca berkenalan sesama sendiri dan berukhwah Fillah buat selama-lamanya. Itulah harapan Kak Ain dan moga-moga ia berjaya. Amin.

InsyaAllah untuk tahun 2013 nanti... kita akan buat tema lain pula. Tema apa ya? Kepala Kak Ain sudah mula membayangkan tema-tema menarik dan juga lokasi perjumpaan yang lebih menambat hati.

Haaa..
. ada cadangan wahai pembaca kreatif semua?

^_______^ Kita jumpa lagi dalam entri blog berikutnya ya!

Salam Sayang,
AinMaisarah

13 comments:

Faridzuan said...

Assalamualaikum kak Ain. Wah, bukan main meriah lagi perjumpaan tahunan dengan pembaca, saya sangat cemburu okey! Harap dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang, manalah tahu nanti saya belajar di Semenanjung, ada rezeki dapat jumpa Kak Ain lagi! :)

Unknown said...

Assalamualaikum Kak Ain. Wah seronoknya. Kalau ada kat Sabah lagi best. Susah lah nak pergi Semenanjung nak jugak jumpa akak. Huhuhu sobsobsob.

Nur Syazwani said...

Assalamualaikum..hemm bestnya aktiviti pesta buku tahunan pembaca AinMaisarah...malangnya saya balik kampung...tak apa..tahun depan. saya akan usahakan lagi...

Nαtαshα Amer © said...

Wah. Pada pendapat saya, aktiviti tahun ini tidak kurang menariknya. Saya sendiri hadir dan menyaksikan keseronokan pada hari tersebut. Berharap agar dipanjangkan umur supaya boleh hadir perjumpaan akan datang!

Nαtαshα Amer © said...

Wah. Pada pendapat saya, aktiviti tahun ini tidak kurang menariknya. Saya sendiri hadir dan menyaksikan keseronokan pada hari tersebut. Berharap agar dipanjangkan umur supaya boleh hadir perjumpaan akan datang!

Darah Manis said...

Salam Kak Ain, Perjumpaan anjuran Kak Ain tahun 2012 memang bagus, cuma ruang untuk berkenalan terlalu sedikit huhu peserta hanya tertakluk dalam rumah sukan ,masing-masing ..tak dapat mahu usha ahli rumah lain(hehe abaikan ayat ini..semoga tahun hadapan kak Ain berjaya mendapat sponsor dan berjaya membuat KEM PINK(ala-ala perkhemahan motivasi sambil berseronok gitu) hendaknya.. :)

adlina mazlan said...

Tahun 2011 lagi best!!

Unknown said...

Wah..BESTNYE!!
Banyak aktiviti yg menarik..:)

Unknown said...

spa pun ada?? wah..bestnya..hehehehe

Unknown said...

Kak ain hbatnya buat pjumpaan. Kami sentiasa sokong kak Ain. Smoga trus bjaya dlm industri ini dn bjaya dnia akhirat! Amin..

MyRaLolY said...

seronok dan bergembira habis para peserta. hope kak ain dpt buat begitu lagi pada tahun hadapan dan myra harap kak ain sukses dalam bidang ini....^_^

Eira 01 said...

kak ain..boleh saya tau bila perjumpaan tahun ini diadakan?saya sudah tidak boleh buka fb.. :(

Eira 01 said...

kak ain..boleh saya tau bila perjumpaan tahun ini diadakan?saya sudah tidak boleh buka fb.. :(