22 May 2011

Di Balik Tabir: Kedai Pink AinMaisarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semoga pengunjung Rumah Pink sentiasa sihat dan ceria. Kak Ain sendiri baru baik demam =( Demam paling lama dalam sejarah kehidupan. Hampir berbelas hari suhu badan turun naik. Sekejap sihat. Sekejap rasa betul-betul tidak larat.

Alhamdulillah, kini keadaan Kak Ain semakin okey setelah makan suplement berbotol-botol secara konsisten. 

Pasa masa yang sama, merehatkan diri kerana sebelum ini begitu hebat bekerja membuat persiapan Pesta Buku 2011. Oh! Cerita fasal Pesta Buku, Kak Ain belum tulis laporan blog lagi! =( Ish... ish... ish! Banyak sungguh kenangan manis sepanjang tempoh 10 hari yang telah berlalu. Bermula 22 April 2011 hingga 1 Mei 2011, ianya betul-betul seperti sebuah perayaan bagi pencinta buku!


Sebenarnya seminggu sebelum pesta buku lagi, Kak Ain sudah berdebar semacam. Pelbagai persiapan perlu dibuat. Usaha menjayakan gerai bukanlah satu kerja yang senang.

Oleh itu, dalam entri blog kali ini, biarlah Kak Ain ceritakan tentang segala persiapan di belakang tabir Kedai Pink AinMaisarah. Haaa... ini cerita eksklusif yang hanya diketahui oleh 9 orang individu. Individu-individu inilah yang sama-sama berusaha menjayakan Kedai Pink hingga menjadi realiti.

Alhamdulillah, ini merupakan tahun kedua Kak Ain menyewa gerai sewaktu Pesta Buku PWTC. Tahun lepas Kak Ain sudah berkampung di Dewan Tun Abdul Razak. Ingat lagi dekorasinya dan memorinya?


(foto ihsan www.abuafham.blogspot.com)

Tahun ini Kak Ain berubah angin. Menyewa tapak gerai di ruang legar PWTC pula. Sama seperti tahun lalu, Kak Ain masih menyewa sebanyak dua gerai. Inilah rupa gerai kosong yang belum dihias.



Mungkin ada yang bertanya, mengapa Kak Ain tidak tambah bilangan gerai? Tahun lepas ambil dua... tahun ini ambil dua juga. Mengapalah tidak luaskan lagi tanah jajahan menjual?

Secara jujurnya, kos menyewa gerai di PWTC adalah sangat mahal. Bagi dua gerai pun, Kak Ain bayar RM 11,600. Sekiranya sewa tiga gerai, sudah mencecah RM16,000. Itu belum lagi masuk kos tenaga pekerja, kos cetak merchandise, kos hiasan, kos hadiah dan segala macam lagi kos yang memerlukan banyak sangat 'ongkos'!

Haa... satu lagi kos yang tertinggal mahu Kak Ain sebut adalah kos menyewa lori. Sehari sebelum Pesta Buku, sebuah lori disewa khas bagi mengangkut semua buku-buku dan keperluan. Kami  bertolak dari rumah Kak Ain ke PWTC seawal pukul 7.30 pagi. Pukul 8.00 pagi sudah mula mengangkat-angkat barang. 


Huh! Memang macam proses pindah rumah! Siap bawa dua kerusi pink dari rumah Kak Ain =)




Mujur kerja angkat mengangkat barang-barang berat dilakukan oleh petugas lelaki Kedai Pink AinMaisarah yang sangat berdedikasi.



Alhamdulillah, kerja mengangkat siap dalam masa satu jam. Pukul 9.00 pagi, semua sudah berkumpul bagi memulakan usaha menghias. Tahun ini Kak Ain dan Tuan Pengurus bersetuju menggunakan tema 'blue + pink'. Bukan 'pink' semata-mata walaupun nama kedai adalah 'Kedai Pink AinMaisarah'. 

Ia bagi meraikan juga pelancaran penerbitan baru milik Kak Ain sendiri iaitu Blink Book Sdn. Bhd. Nama 'Blink' diambil dari gabungan perkataan 'blue + pink'. Malah empat buah buku baru AinMaisarah ketika Pesta Buku adalah di bawah penerbitan Blink Book. 

Bagi gerai tahun ini, kami menggunakan prop utama lampu-lampu LED yang dibeli di I-City, Shah Alam. 



Bagi tugas memasang lampu, ia dilakukan oleh penulis baru iaitu Azanil Fitri. Panjat tangga sana sini... memang seperti seorang Superhero Super 3G yang sejati! =)




Tugas Kak Ain pula memasang langsir biru dan merah jambu. Kak Ain gunakan kain organza yang dibeli di Jackel.




Tetapi malangnya kain organza yang dibeli tidak mencukupi =( Aduh.... sudah beli 30 meter organza pink dan 30 meter organza biru... ia tetap tidak cukup! Memang banyak yang diperlukan bagi menutup papan-papan putih di belakang gerai. Lalu Kak Ain dan Tuan Pengurus segera bergegas ke Jalan TAR.




Sudah terlanjur berada di Jalan TAR, kami singgah ke kedai karpet. Mahu cari apa? Tentunya karpet pink bagi menghias gerai supaya nampak glamor ala-ala The Wannababes! =)




Selesai membeli-belah dengan begitu ekspress di Jalan TAR, kami kembali semula ke PWTC. Waktu itu, begitu banyak lagi belum dilakukan. Buku belum disusun. Pakej-pakej belum disiapkan. Hadiah-hadiah belum digantung. Memang... memang waktu itu Kak Ain sendiri merasakan segalanya tidak mungkin siap!

Namun dengan kerjasama semua staff Kedai Pink dan juga penulis Izanor Sharif yang sudi bersusah payah membantu. Sudahlah Kak Izanor datang jauh dari Seremban... TQ so much Izanor for your effort and time!




Akhirnya... tepat pukul 8.30 malam, segalanya selesai!




Setelah 12 jam berhempas pulas, akhirnya langsir siap dipasang. Lampu semua menyala dengan baik dan terang. Meja dan segala susun atur kedai sudah betul-betul terletak. Maka secara rasminya, segala urusan hiasan dapat dijayakan!

Buku-buku dan pakej juga sudah disusun siap-siap bagi menanti kehadiran para pembaca yang menyerbu pada hari pertama Pesta Buku iaitu 22 April 2011.



Paling Kak Ain bersyukur kerana semua empat buku baru yang dijadualkan keluar ketika Pesta Buku 2011, sempat siap dan dapat menemui pembaca tepat pada masanya! Alhamdulillah... terasa berbaloi dan berbayar segala usaha sebaik melihat empat anak kembar Blink Book Sdn. Bhd. selamat dilahirkan.




Sungguh, walau tersangat penat dengan segala persiapan... pengalaman sepuluh hari berkampung di PWTC merupakan sesuatu yang tidak mungkin dilupakan. Memang segala penat lelah dan pengorbanan waktu tidur kerana menulis terasa berbayar sebaik bertemu pembaca di Pesta Buku!

Dan inilah wajah-wajah yang menjayakan Kedai Pink AinMaisarah bagi tahun 2011. Terima kasih tidak terhingga Kak Ain ucapkan. Selepas ini... atas usaha semua dan kejayaan gerai tahun ini, kita akan ke Genting Highlands bagi meraikan! =) Yippie!


(dua lagi staff iaitu Ira Hazira dan Ikhram tiada dalam gambar)

Oh... panjangnya entri blog kali ini! Maklumlah... jarang-jarang update blog! Hehehe...

Nanti Kak Ain sambung lagi entri tentang kenangan ketika Pesta Buku yang tidak mungkin dilupakan ya! Jumpa lagi....

Salam Sayang,
AinMaisarah

17 comments:

Amilia Najiha :) said...

best kn kak ain pesta buku :) epy sgt dpt tndatgn kak ain w'pun lia tak pegi..senior lia tlg belikan ehehe , kak ain lia pun bru lega demam..dua mggu kejap suhu naik turun..tp skrg dh ok :) ainmaisarah menulis beribu-ribu perkatan ! syg kak ain <3

Anonymous said...

sy x bkesempatan dtg..aaaaa..trasa rugi....

nornajmina said...

kak ain dalam buku hero rebut popular ade nama sye!nor najmina :)

Nurul Syazwana said...

aik... kak ain baru habis demam. saya pun. sekarang tengah batuk2. kak ain ingat saya lagi tak? Syazwana!!! hehehehe. Kak Ain, buku-buku Kak Ain semua best2... ^.^

Latifah said...

wow! sangat berdedikasi semua orang.
*kagum*
hope dapat jumpa kak Ain lagi tahun depan :)

tiqa said...

Saya ada datang ke gerai pink kak ain, tapi saya tak sempat minta tandatangan kak ain. :(

Mona said...
This comment has been removed by the author.
Mona said...

Setuju dgn kak ain. Pesta buku memang betul-betul syurga bagi pencinta buku. Saya smpai sana rasa mcm nak menjerit-jerit. dlm hati saya kagum tgk bnyak buku. Semuanya best-best pulak tu. Tapi apakan daya, duit yg sya bwa x ckup nk beli smua tu. sye ade beli buku kak ain, hero rebut popular. Best sgt. Saya byngkan Najmina dan Alfi bersanding. Mesti serasi..

hehhehe~

grawwrbabe. said...

kaka... cedih nye xdpt pergi ke pesta buku.. hani ikuti semua buku2 akak... semua telah mencuitkan hati hani :) love u kaka :)

Nur said...

Kak Ain! saya dah beli novel Cinderellah vs Rapunzellah! tpi tak cukup duit nak beli Duyung Diva...huhuhu (suka citer duyung sbnrnya!)

Bestlah novel tu! sbb Kak Ain ada masukkan sdkit pasal Anime Jepun! LOL
(saya ni animanga fanatik~!)

PS: novel CvsR tu sbnrnya bli kongsi duit ngan kawan...

wan haleena rusydah said...

best la k ain.. haleena smpt ambilgmbr lg ngan k ain.. msti k ain pnat kan sbb da la nk tndatngn bnyk.. pas2 suma nk tngkp gmbr lak 2.. isy3..

Cik Egg Tart said...

Salam, kak ain. Sye wktu 2 dh prgi awl dh kak ain, kire second dey pesta buku tu la. Tp, sye x jumpe kak ain.Rugi la...kwn sye jumpe kak ain, tp x pe la...bkn rezeki sye agknye.Skurg-kurgnye, antre sye & kwn2 sye, sye yg pling awl dpt amik gmbr ngan kak ain (dulu la). Pastu bru diorang ikut sye dpt sign kak ain & gmbr kak ain.

Unknown said...

best lah. saye ade prgi kak ain tpi sekejap jew.

Aliah ramli said...

kak ain mcm mane nak masukkan lagu dalam blog.....

Anxie said...

kak ain,saya ada tulis novel pendek kat blog saya harap kaka ain leh tengok dan bagi komen

Anxie said...

kak ain,saya ada tulis novel pendek kat blog saya harap kak ain leh tengok dan bagi komen

cwEety chA said...
This comment has been removed by the author.