20 March 2011

Debaran Pesta Buku Kian Menghambat dan Menakutkan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Doa Kak Ain, semoga semua berada dalam lindungan dan rahmatNya. Apa khabar semua?

Semoga semua sihat ya? Kak Ain sendiri sihat walafiat. Semakin tembam... hehehe!

Alhamdulillah, AinMaisarah pemilik blog ini mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan berterusan yang ditunjukkan oleh pembaca buku dan pengikut di blog. Selalu Kak Ain dapat banyak e-mel peringatan, minta masukkan entri baru di blog. 

Sebenarnya bukan Kak Ain sengaja tidak mahu menulis catatan di sini. Ikutkan hati, Kak Ain rindu mahu berkongsi kisah dan cerita kehidupan. Banyak gambar-gambar menunggu mahu dibuat penceritaan.

Namun... sungguh Kak Ain tidak berkesempatan menulis yang panjang-panjang!

Tambah lagi, sekarang ini tarikh Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2011 makin mendekati. Tarikh 22 April 2011 makin menghantui. Kak Ain jadi takut mahu memeriksa kalendar. Kak Ain sakit dada  melihat hari-hari berlalu pergi dan timbunan kerja menjelang Pesta Buku.

Kerja apa yang banyak sangat? Oh! Tidak percaya ya? Okey... mari Kak Ain senaraikan:

1) Menjaga kerja-kerja produksi buku-buku yang akan terbit ketika Pesta Buku.


Ikut perancangan, sempena Pesta Buku nanti... AinMaisarah dan dua orang penulis bersama iaitu Kak Izanor Sharif dan Abang Azanil Fitri akan keluarkan empat buku baru.

Keduanya adalah siri baru iaitu 'Siri Dongeng Sri Bangsar' dan 'Siri Superhero Sri Bangsar'

Kak Ain perlu edit, buat penulisan tambahan dan baca empat manuskrip. Setiap manuskrip adalah sepanjang 200 mukasurat. Ini bermakna Kak Ain perlu membuka mata seluas-luasnya, mengawalselia 800 mukasurat penceritaan!

Hingga saat ini, tiga manuskrip sudah selesai ditekuni. Ada satu lagi. Ada satu lagi. Ada satu lagi @__@ (Sebut berulangkali dengan nada beri motivasi pada diri sendiri!)

2) Menulis enam novelcomel baru sempena Pesta Buku




Seperti biasa, keunikan produk novel remaja AinMaisarah adalah koleksi novelcomel kami.

Kali ini, pakej jualan buku di Gerai Pink AinMaisarah sudah ditetapkan disertai dengan novelcomel terbaru. Satu sahaja masalahnya... Kak Ain belum siap menulisnya! (Huh! Panik... panik... panik!)

Buat pengetahuan, setiap satu novelcomel adalah setebal 20 mukasurat. Maka tuntutan menulis keseluruhan enam buah novelcomel adalah sebanyak 120 mukasurat. Mesti siap dalam dua minggu lagi supaya boleh dicetak sebelum 22 April 2011!

3) Persiapan hiasan Gerai Pink AinMaisarah




Membuka gerai ketika Pesta Buku, tentunya mesti ada perhiasan gerai. Haa... ingat lagi contoh dekorasi gerai Kak Ain pada tahun 2010? Memang semua pink. Memang meriah kerana mahu tarik perhatian pembaca buku remaja. 

Tahun ini, tentunya Kak Ain mahu ada pembaharuan. Mestilah dekorasi berbeza. Barulah semua pembaca tertanya-tanya dan mahu datang ke PWTC bagi melihat kelainannya. Jika boleh, Kak Ain mahu hias gaya butik fesyen! Baru ada stail dan sinonim dengan gaya remaja masa kini yang jadi pembaca buku Kak Ain!

Namun pada yang sama, Kak Ain tidak boleh berlebih-lebih mengatasi bajet yang ditetapkan pihak pengurusan. Tuan Pengurus berulangkali mengingatkan. Dekorasi mesti praktikal, cantik dan tidak membazir. Jika boleh, segala bahan mesti dikitar semula. Bolehlah digunakan bagi menyertai pameran buku berikutnya.

Huh! Memang susah mahu jadi ala-ala interior designer, pada masa yang sama... kerja penulisan masih menimbun menanti diselesaikan! Hingga saat ini, Kak Ain masih belum dapat kata putus, gaya bagaimana mahu digunakan bagi menghias Gerai Pink AinMaisarah di PWTC tahun 2011 ini.

Jadi, antara kesibukan penulisan dan edit cerita, Kak Ain perlu buat lawatan ke IKEA, Nilai 3 dan kedai-kedai dekorasi terkemuka bagi menyiapkan gerai pink secantik mungkin, buat tatapan semua.


4) Persiapan hadiah dan pakejing 





Satu yang membuatkan Gerai Pink AinMaisarah unik adalah setiap pembeli berpeluang menerima hadiah-hadiah menarik. Tahun lepas, kita ada teddybear dan kuda laut pink yang boleh dimenangi. Tahun ini Kak Ain mahu tambah hadiah yang menarik minat remaja. Tetapi hadiah apa ya? Aduh... mesti buat kajian dan sebut harga lalu diserahkan kepada Tuan Pengurus.

Pakejing buku juga penting. Tahun lepas, kita tawarkan Set Box The Wannababes. Hitam anggun yang bergaya. Kak Ain sendiri suka sangat desainnya!

Tahun ini bagaimana pakejing buku-buku di Gerai Pink AinMaisarah? Kita belum boleh tunjuk lagi kerana ianya suprise! =)

Jika mahu tengok... mesti datang sendiri ke gerai pada 22 April 2011 hingga 1 Mei 2011 nanti bagi mengetahui pakejing menarik buku-buku kami!

Ini maklumatnya :

  1. Kedai Pink AinMaisarah di PWTC Kuala Lumpur.
  2. Kedai Pink AinMaisarah berdekatan dengan Bank CIMB atau Restoran Riverside di dalam bangunan PWTC.  Ruang ini dipanggil "ruang legar" PWTC.
  3. Tarikh dan masa : 10 pagi hingga 9 malam setiap hari dari 22 April hingga 1 Mei 2011.
  4. Kak Ain akan berada setiap hari di kedai. InshaAllah.


5) Tanggungjawab menulis dengan Berita Harian 





Dalam kesibukan menjelang Pesta Buku ini, Kak Ain tetap tidak boleh meninggalkan rutin-rutin lain yang menjadi tanggungjawab Kak Ain.

Satu yang paling genting dan penting adalah tanggungjawab menulis untuk Berita Harian. Kak Ain mesti menulis 10 mukasurat setiap minggu. Ini adalah bagi mengisi kolum 'Ruangan Novel' yang diberikan kepada Kak Ain. Haaa... jangan lupa beli Berita Harian setiap hari Sabtu ya! Boleh baca kisah The Wannababes novel bersiri bertajuk 'Jutawan Gedik'

6) Program Jelajah Sekolah AinMaisarah tetap diteruskan





Tahun 2011 ini, Kak Ain meneruskan program bertemu pembaca di sekolah-sekolah. Program yang dinamakann 'Program Jelajah Sekolah AinMaisarah' masih dijalankan dengan giatnya. Hingga ke hari ini, sudah ada 69 buah sekolah yang Kak Ain lawati.

Kadangkala, sampai demam-demam Kak Ain dibuatnya. Ini kerana, setiap kali pergi ke sekolah... Kak Ain akan membuat ucapan di perhimpunan, memberi bengkel 1 jam dan menandatangan buku-buku di meja pameran.

Bayangkan... setiap satu sekolah, Kak Ain perlu tandatangan, berjumpa, bersalam, bergambar dan bermesra-mesraan dengan sekurang-kurangnya 400 orang pelajar!

Apabila balik ke rumah, Kak Ain penat sangat dan sudah jadi selembik lempeng. Hehehee... =) Tetapi Kak Ain tetap teruskan aktiviti ini kerana melalui aktiviti inilah Kak Ain dapat bertemu pembaca dan bakal pembaca. Kak Ain dapat beritahu perkembangan terkini. Kak Ain dapat mengenali pembaca dengan lebih erat lagi!

Haaa... banyak sungguh tuntutan kerja AinMaisarah. Itu belum lagi cerita tentang tanggungjawab menjaga hamster, basuh baju, kemas rumah, kawalselia kontraktor di rumah dan tuntutan berkeluarga. Oh... sampai esok pun tidak habis menulis di blog ini.

Namun, inilah kehidupan. Inilah tanggungjawab. Kak Ain selalu pegang kata-kata azimat yang dititipkan oleh suami Kak Ain.

"Usaha biasa-biasa... dapat kejayaan biasa. Usaha luar biasa, memberi kejayaan luar biasa juga."


Jadi AinMaisarah... berusahalah! Nanti habis segala penat-lelah, boleh pergi bercuti! Oh... tidak sabar mahu pergi bercuti lagi!



Salam Sayang,
AinMaisarah

31 comments:

Azlina Ahmad said...

Semoga berjaya!

Syah Sheera said...

Hurm..Asslmkum..
Hy Kak Ain..
Wish U GUD LUCK for Pesta Buku pd bln April naty..
hurm...ni la mse yg sgt sy tnggu...
Insya-ALLAH naty sy akn singgah di Kedai Buku akak ye...

PUTERA RIBUT said...
This comment has been removed by the author.
PUTERA RIBUT said...

Good Luck Kak Ain..
Tak sabar rasanya nak jumpa Kak Ain lagi semasa pesta buku tu nanti :)

Kamila Husna said...

semoga kak ain sihat selalu.....^^

D'ya Marshmello said...

wah..tak sabar la nak pegi Pesta Buku..boleh jumpa kak ainn..hehehe..
jom lawat blog pinky D'ya..

http://miss-dya.blogspot.com

Anonymous said...

Saya mahu 'teddybear'.

Kak Ain!
Kak Ain memang nampak gayanya penat sangat.

Apa pun, semoga berjaya dan terus bercahaya dalam bidang penulisan.

Tahniah dengan kejayaan-kejayaan ini!

aisya hazirah said...

saya nak datang!
xnk ktinggln lgi.
hermmm...boleh x kak ain dtg sek saya?

aDyRa HanUm said...

assalamualaikum..

kak ain saya mesti sure dtgla sbb b'day saya masa 22.4... novel kak ain akan jadi hadiah b'day saya... kak ain bila boleh tahu Fasha & Amir ada dkt sana?? nanti bgtau yer..tq:>

Anonymous said...

good luck Kak Ain. banyak betul keraja dan tanggungjawab Kak Ain kan. harap pesta buku di PWTC nanti berjalan lancar. what the mind believes, the body can achieves... semoga berjaya !

athirah nazar said...

kak ain, dekat pesta buku nnt ade jual novelcomel ke ?

Amira said...

kak ain, jangan risau pesta buku kat PWTC nanti pasti saya akan serang ke kedai kak ain dulu yaa. ibu saya pon dah bagi lampu hijau untuk pesta buku tu nanti. hehe..
tak sabar nak jumpa kak ain. saya tertunggu2 pesta buku nie datang dari tahun lepas lagi. saya suka dengan kerja kak ain.

Anonymous said...

sbar ya kak ain..seperti kata Tuan Pengurus tadi,klw usaha luar biasa,insyaAllah kejayaan pasti luar biasa juga..teruskan!!peminat dan pembaca sentiasa ada dgn kak ain!!
ya ya chaiyok chaiyok!!

Unknown said...

ksiannyer kak ain..! Taper, sye slalu doakan kak ain! ^.^

Nurina Izzati said...

jumpa di sana ya kak ain!
insyaAllah
=)

Anonymous said...

Assalamualaikum.Kak Ain.Semoga berjaya masa PESTA BUKU nanti!Baca Kak Ain tulis pun dah buat saya x sabar.Tapi rasanya masa tu macam saya kena pergi PLKN je.Geram pulak rasa...!uwahhh~_~....!Boleh tak saya cadangkan kat PLKN tu supaya pergi PESTA BUKU 2011?Logik tak?

Anonymous said...

hee....x sab2 sangat nak jumpa ngan Kak Ain dan borong semua buku2 yang saya belum ade....:D

Unknown said...

Hee XD Bestnya ! Mesti cantik kan ? Kalau boleh nak borong semua aksesori & buku-buku yang ada :) Hehehehehe

Sharifah Aimy Hafiza said...

Hee XD Besnya ! dahlah 22 April tu birthday saya :) Harap2 harap nanti dpt hadiah ! Kalau boleh semua barang yang ada tu saya nak borong !

SetiaUsaha IT said...

huhu kesian kak ain, x pe ayah saya kata jumaat ni mungkin dia free, leh la dia bwk saya pi pesta buku.

Aina Amir said...

assalamualaikum kak ain
Gud luck kak ain!
saye rasa saya akan dtg ke kedai pink nanti kak ain!doakan kan saye datang ke dpt dtg ke sane!

Amalia Hazirah said...

assalam ... kak ain,
saye hrp , kak ain akn berjaya membawa tanggungjawab kak ain pada pesta buku nanti dan seterusnya ..
semoga kebolehan dan bakat kak ain dan kwn2 yg selama ini bekerja keras untuk memajukan ekonomi negara .. semoga kak ain dan kwn2 membawa satu kejayaan yg besar dan amat bermakna ..

tq ! iloveyoursweetsmile

Farah Hanum said...

Dah lama saya tak bukak blog Kak Ain yg Pink ini,bukak2 sahaja terus ada perkataan "Pesta Buku".Pantang saya lihat perkataan ini,rasa nak serbu PWTC tu nanti dan borong buku banyak2 :D.Oh saya harap Kak Ain cepat2 habis menulis.Tak sabar saya ingin membaca 4 buku novel dengan novel comel! :L
Berusaha Kak Ain! :)

Najah Nf's said...

sonoknyer!!kak ain dg skolah sye!

PRINCESS OF ORANGE ! said...

Hai! Assalamualaikum.. Kak Ain sihat tak?
Kak Ain tak jual kotak warna hitam tu ker sempana Pesta buku PWTC ?
klau Kak Ain jual bagitahu harga dia yer...

PRINCESS OF ORANGE ! said...

Hye! Assalamualaikum... Kak Ain sihat? kalau sihat alhamdulillah....mmmm..kotak warna hitam tu berapa ringgit yer Kak Ain?
ada jual ke kat dewan PWTC sempena pesta buku ?

miss monchi said...

assalamualaikum ..
alaa .. x dpt g pesta bku coz mggu 2 x b0le balek asrma .. :'(
bile KAK AIN nk dtg sk0la sy ?
SMK SERI BINTANG UTARA ?
plizz la dtg .. ;)

nora amila ghazali said...

hai akak.. nora ada tengok akak dalam tv aritue.. waaa dh berjaya sangat2 dah sekarang... nak minta kommen cikit boleh??? nora ada wat short story... meh la jenguk..

http://noraamila.blogspot.com/2011/03/short-story-aku-bersyukur-menjadi.html

Farah Iwani l'impressionante said...

salam kak ain..
im ur bggest fan!
i love readng ur book so freakng bad
btw, gud luck on ur bg day
i prmise i'll b thre dring th book fair on 26th of april i guess
coz i'll be hving my school field trip tht dy
(n tht is im stll alive-insha allah)
pls pray 4 me to get good rsults coz i jst fnshed my 1st term exam
i'll alwys pray 4 u 2 scces in th world n hre aftr
anothr thng..cn u pls follow my blog? tq!! =)

www.ilourvesimpleness.blogspot.com

Raihana Mesllowes said...

Assalam kak,
sorilah komen saya ni out of the title tapi sy cume nk ckp jgn lupa lawat sekolah saya tau!!

Sekolah Kebangsaan Seksyen 7.

p/s: harap kak ain sudi lawat sekolah saya yang biasa-biasa je. tak bertaraf tinggi pun...

:)

kerek girl said...

Kak Ain boleh ke dtg skolah sya
ramai pembaca novel kak Ain kt sini
Saya harap kak Ain dapat dtg ke sekolah saya :D