22 January 2011

Hujung Minggu Bersama Berita Harian dan The Wannababes

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Selamat berhari minggu! Semoga sihat sejahtera dan ceria sentiasa ya!

Pagi-pagi Sabtu begini, Kak Ain mempunyai tugas khas. Bangun lepas Subuh, terus bergegas ke kedai mamak berhampiran. Pesan kopi panas berasap, roti canai garing cicah dal dan mendapatkan senaskah surat khabar Berita Harian. Terus buka di mukasurat ini:




Oh, heaven! Membaca tulisan sendiri terpapar di suratkhabar arus perdana, memang tidak tergambar perasaannya. Sekejap Kak Ain hanyut dalam angan-angan... menjadi wartawan tersohor seperti Kak Cham yang terkenal mengendalikan Anugerah Bintang Popular Berita Harian.




Ini gambar kenangan Kak Ain bersama Kak Cham sewaktu bermesyuarat di pejabat Berita Harian. Sungguh berbesar hati AinMaisarah dapat bertemu wartawan tersohor ini! Satu hari nanti... Kak Ain mahu tuntut ilmu kewartawanan daripada Kak Cham. Mana tahu boleh bertukar profesyen... daripada penulis novel remaja kepada wartawan fesyen! Hehehehe.... tingginya angan-angan!

Alhamdulillah, tahun 2011 ini permulaan yang baik buat AinMaisarah. Membaca cerita The Wannababes di akhbar Berita Harian membuatkan senyuman Kak Ain terukir secara automatik. Watak The Wannababes sudah makin popular kerana masuk berita! Oh, makin diva perangai mereka! Hehehe... =)

InsyaAllah nanti The Wannababes akan direalisasi menjadi drama TV pula. Perbincangan sedang giat dijalankan dan Kak Ain mengharapkan doa semua pembaca agar urusan ini dipermudahkan.

Okey! Siapa belum baca kisah The Wannababes dalam novel bersiri terbaru AinMaisarah... mesti dapatkan Berita Harian hari ini kerana cerita Kak Ain dipaparkan setiap hari Sabtu. Minggu ini sudah masuk episod ke-dua.

Jika tertinggal siri episod pertama, jangan risau... jangan khuatir. Boleh baca di sini www.jutawangedik.com

Namun Kak Ain hanya boleh paparkan episod siri pertama sahaja. Siri seterusnya, jika ingin tahu samada The Wannababes berjaya dalam cabaran RM1 juta... mesti dapatkan Berita Harian setiap hari Sabtu ya!

Jaga diri semua!

Salam Sayang,
AinMaisarah

18 comments:

Unknown said...

tak sabar nak baca! \^.^/

AinMaisarah said...

Aretiqah

^___^ Mari baca kisah The Wannababes. Kisah Fasha dan Cikgu Putra yang bagaikan mahu meletus perang dunia ke-tiga!

IZZ HAZWANI. said...

Kak Ain, kalau tak sempat baca siri 1 mcm manma?

IZZ HAZWANI. said...

Okay takpelah. Kak ain dah reply kt fb :)

Nur Nadya said...

nadya dah baca jutawan gedik ni. sangat best la kak ain! siri 1&2. mmg itu yg dikejarkan pagi td slpas breakfast trs cari paper. x sabar utk siri berikutnya =)

sofiyyah shaifful said...

=(

wan haleena rusydah said...

kak ain best sngt..
Hmm kak ain nk tnya ckit..
ari2 dlm bookplus tbm..
yg last 2 kan bla antar sally atau dewi x receive p0wn..

Anonymous said...

Besar bunga.

Anonymous said...

dah baca...
tak sabar tunggu episod 3, hehe...
erm, Kak Ain... terima kasih paparkan episod 1...
minggu lepas tak ingat nak beli, hehe~

Cik Gadis Pink (Cik Pinky) said...

kak Ain cerita yang Kak Ain cakap ni, pukul berapa cerita ini berlangsung di tv? dan di tv apa?

aeinaa said...

kak ain aein da beli da bh... hrp2... the wannababes nnt buat drama kuar kat tv3 ok....

Anis Diyana said...

best best!

αииɛ ƨαм said...

Kak Ain, pilih tv3 la.
saya tak ada astro.

Unknown said...

love u kk ain..u ar the bestttt
btw,ayna snggup kjut my dad pgi2 buta smata2 utk soh bli brita hrian...

AyemRawi said...

kaka ain buat lah movie psl THE WANNABABES !

Sharifah Nur Afifah said...

kak Ain,buatla dalam bentuk buku,susahla nak beli surat khabar..

Anonymous said...

kak ain ble nak siap jutawan gedik ni tak sabar nak baca

Anonymous said...

saya tak sempat nak bace siri 2-8.

Macam mane kak ain?