16 November 2009

Kedai Pink AinMaisarah Masib Belum Di Buka

Assalamualaikum,

Ini adalah satu pengumuman penting. Pihak pengurusan AinMaisarah masih menerima beberapa tempahan buku daripada para pembaca blog.

Oleh itu kepada semua pembaca yang telah membuat pembayaran, sila baca pengumuman ini dan sampaikan kepada ibubapa.

Kedai Pink AinMaisarah telah ditutup pada bulan Julai 2009, pengumumannya telah dilakukan di sini. Bermula dari tarikh itu pihak pengurusan telah mengalihkan segala banner yang berkaitan dengan Kedai Pink AinMaisarah.


Kedai Pink AinMaisarah masih ditutup kerana 3 sebab utama ;

1) memberi ruang kepada AinMaisarah untuk menulis 2 buah buku untuk bulan disember dan 3 buah buku yang bakal dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2010.

2) memenuhi jemputan Program Jelalah Sekolah AinMaisarah.

3) kehabisan novelcomel yang masih belum siap dicetak.

Pembukaan kedai akan diumumkan selepas pada bulan hadapan bersempena pelancaran buku BSB-Perang Rumah Sukan.

Buat masa ini, kami ingin memohon jasa baik para pembaca yang telah membuat pembayaran untuk bersabar sehingga bulan Disember 2009. Jika anda mahu dipulangkan wang anda, sila emelkan kepada syaizul@meta-dome.com, nyatakan jumlah bayaran yang telah dibuat, bila bayaran telah dibuat dan sertakan nombor bank akaun. Kami akan masukkan wang itu ke dalam akaun bank anda secara online.

Kepada yang sanggup bersabar hingga bulan Disember, kami akan berikan sedikit hadiah cenderahati bersama pembelian anda, sebagai tanda mohon maaf atas kelewatan membuat penghantaran.

Terima kasih.
Pengurusan AinMaisarah

11 comments:

αииɛ ƨαм said...

ala..
huhu..
sy dah lame nak beli buku trus dr Kak Ain..
kena beli kat kedai buku la nmpaknye..

Ema | Memoir said...

Salam kak ain..

SELAMAT MAJU JAYA DALAM menulis buku kak ain yang seterusnya..
saya doakan kak ain dapat menulis buku sehebat siri aku mahu..
x sabar nak lihat buku baru terbitan kak ain..he3

p/s : berila klu sikit pasal buku t'baru kak ain

fieka weirdo said...

fieka tnggu ..

miyna si mereng said...

kak ain
saya sanggup bersba!
hehe

Ikin said...

Ikin aan tungg...:]

fela said...

seb baek kak ain inform n mak pon pam (x kn mrh nyer )

Izzah said...

Kak Ain, saya adalah pembaca yang telah membuat pembayaran pada bulan Jun yang lalu (kalau tak silap).. tetapi saya masih belum menerima buku yang saya kirim. Soalan saya adakah buku yang saya kirim akan dihantar pada bulan Disember ini?
Anyway, saya harap buku yang saya kirim akan sampai pada bulan Disember ini...

Unknown said...

ala bencinya...mesti mama marah saye kalau sampai tahun depan tak dapat buku yang saye beli terus dr kak ain....nampaknye kene beli kat PWTC 2009...

Unknown said...

kak ain mcm mana nak hantar e mail kat kak ain sebab kak ain cakap kene letak alamat email RUMAHPINK@GMAIL.COM tapi saye ade tempah novel comel kat kak ain sampai sekarang saye tak hantar lagi email kat kak ain saye harap kak ain ajr saye mcm mane nak hantar email...saye guna nmbr acount mama saye namenya NORLIA BT ABDULLAH saye harap kak ain terima number acount

Hasanah Najiihah said...

k.ain...sya dh byr duit beli noVel comel...tp smpi skang x dpt....still nk tunggu..xmau duit!

HR by HaziqRidzuan said...

Salam, Kak Ain...
buku BSB-Perang Rumah Sukan akan dilancarkan bila dan di mana?
sangat-sangat ingin tahu...(^_^)