11 October 2009

Hujung Minggu ke Majlis Perkahwinan dan Rumah Terbuka

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Salam hujung minggu semua!

Hujung minggu begini, semua sibuk bercerita tentang jemputan rumah terbuka. Kak Ain sendiri menggagahkan diri menelan pelbagai ubat-ubatan yang berbiji-biji supaya dapat hadirkan diri memenuhi jemputan yang diberi.

Sekarang ini memang Kak Ain terasa badan belum cukup sihat. Ada lagi saki-baki virus selsema + batuk + pening kepala yang cuba menguasai . Tetapi Cik Abang kata tak baik menolak jemputan orang.

Ini wajah AinMaisarah yang cuba-cuba menghilangkan pucat dengan bantuan lipstik pink dari MAC. Berjayakah? Apa kata anda?

Majlis perkahwinan yang Kak Ain hadiri semalam adalah majlis perkahwinan Carrie Kirana (pengulas novel terkemuka yang pernah memberikan rating 4 bintang kepada novel Kak Ain bertajuk Aku Mahu Popular)

Majlis berlangsung di Dewan Ibukota, Gombak. Ketika majlis tersebut, Kak Ain sempat berjumpa dengan kumpulan penulis Jemari Seni bersama bos besarnya iaitu Kak Nor Suraya.


Staf penerbitan PTS yang ceria turut menghadirkan diri iaitu Tuan Aizat dan Tuan Irfan Jani. Isk! Jeles sungguh AinMaisarah dengan beg duit atas meja tuuuu =D


Kak Ain juga bertegur sapa dengan penulis tersohor Kak Lily Haslina Nasir, tetapi tidak sempat bergambar bersama =( Mungkin lain kali ya!

Oh! Tentunya Kak Ain mahu kongsikan bersama gambar Carrie Kirana yang menjadi tumpuan sebagai ratu sehari.


Pengantin berarak memasuki dewan.


Zoom Malaysia! Eh, salah! Zoom gambar pengantin.


Pelamin singgahsana yang berkonsepkan kuning keemasan.

Hidangan nasi minyak bersama ayam masak merah, rendang daging, dalca dan secubit acar buah. Memang menyelerakan!


Begitulah kemeriahan majlis perkahwinan Carrie Kirana. Malang sekali, Kak Ain tidak berpeluang bergambar bersama pengantin kerana pukul 3.00 petang, Kak Ain perlu bergerak keluar dari dewan. Ada undangan rumah terbuka yang lain pula. Kali ini Kak Ain ke rumah adik angkat Cik Abang sewaktu di UKM.

Di sana, sekali lagi Kak Ain dijemput menikmati pelbagai jenis juadah. Ada nasi lemak, bihun sup, pulut rendang, kuih-muih dan buah-buahan. Alhamdulillah! Banyaknya nikmat makanan!

Di situ juga, Kak Ain berjumpa dengan Nabilah dan Najwa. Dua pembaca buku AinMaisarah yang comel orangnya. Seronok dapat berbual panjang dengan mereka.


Lebih havoc, Nabilah dan Najwa mempunyai geng tersendiri. Semuanya membaca buku AinMaisarah! Waaa.... ini sudah bagus! Tolong sebar-sebarkan dan promosikan novel Kak Ain pada semua di sekolah ya!

Geng mereka berlima ini turut mempunyai nama tersendiri. Bukanlah geng pengembaraan Upin dan Ipin, sebaliknya diberi nama yang punya nilai komersial. Geng Cooler Ghost dianggotai oleh Nabilah, Najwa, Atiqah, Amalina dan Amalia.


InsyaAllah, ada rezeki kita jumpa lagi ya!

Itu cerita rumah terbuka yang dihadiri semalam. Hari Ahad ini ada beberapa undangan rumah terbuka lagi. Sekiranya ada masa, Kak Ain ceritakan dalam entri!

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan Kak Ain. Doa Kak Ain, moga-moga pengunjung Rumah Pink berada dalam kesejahteraan yang berpanjangan.

8 comments:

Misz Purplez said...

Salam Kak Ain,

mcm sedap je nampak nasi minyak tuuu...apapun, nasib baik kesihatan Kak Ain sudah beransur pulih..

Misz Purplez said...

hehe...tak sangka dapat jadi 1st commenter...

Aim said...

Semoga Kak Ain cepat pulih!
:)

Anonymous said...

semoga cepat sembuh kak ain !!!!!!!!!!

Anonymous said...

nak bergambar ngan kak ain jugak !

Ikin said...

Assalamualaikum Kak Ain,
Saya dah bank in duit untuk novel yg saya pesan.
Kak Ain,
Nape saya ngan kawan saya belum dapat kad raya dari Kak Ain?

SayaAinaMardhia said...

ni yang jeles nih tengok banyak gambar kak ain ngan pembaca yang lain..
datang lah kedah kak ain..

Fatihah N. said...

Seronoknya!

Selamat Pengantin Baru kepada mereka~ :):)