07 July 2009

Program Jelajah Sekolah: AinMaisarah ke SMK Perimbun, Cheras

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah. Hari ini Kak Ain menerima jemputan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun, Cheras bagi menjayakan Program Jelajah Sekolah AinMaisarah.

Inilah gambar sekolah yang akan Kak Ain jelajah pada minggu ini.



Tarikhnya adalah pada 9 - 10 Julai 2009 iaitu pada hari Khamis dan Jumaat ini.

Kak Ain juga diberikan slot 20 minit ketika waktu perhimpunan untuk berkongsi info tentang kerjaya penulisan. Mujur sekolahnya di Cheras. Dekat sahaja dengan rumah Kak Ain di Taman Desa. Tetapi perlu pergi awal juga bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan jalanraya.

Haaa.... siapa di antara pengunjung Rumah Pink yang bersekolah di SMK Perimbun, bolehlah buat date berjumpa dengan Kak Ain ya! =D Kak Ain akan berada di sekolah tersebut dari pagi sampai petang, selama dua hari.

Doakan semuanya berjalan lancar.

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Pada 28 dan 29 Julai 2009, InsyaAllah Kak Ain akan memenuhi jemputan SMK Telok Panglima Garang pula.

19 comments:

Farahani said...

salam kak ain!

bila kak ain akan ke sekolah farah dan adakah kak ain telah mendapat jemputan dari Sekolah Kebangsaan Jalan 3?:D

Fatihah N. said...

Wah
bestnyer ;)

♥Yanie♥ said...

Kak Ain ada dapat jemputan tak datang sekolah saya? Cikgu saya nak jumpa Kak Ain. =D
nama sekolah saya SMK (P) Bukit Kuda.
Dekat Klang.

Farisah Adriana ♥ said...

Kak AIn...
dtg larh ke MRSM Batu Pahat...
Nk jmpe Kak Ain sgat2...
Rmai gak org len yg menanti....
=D
xD

Anonymous said...

bestnyerr jalan jalannns sekolah tewww.. ehehe, salamm

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam kak ain,

saya slh seorg drpd pelajar SMK PERIMBUN. wahh.
tak sabar nak jumpa kak ain.
bile cg ckp, cg jemput VIP untuk esok. igtkan ibu bapa je. sbb esok hari penyampaian buku rekod. tibe2 pengetua sekolah ckp, tetamu VIP lagi 2 org. kak ain dgn pelumba motosikal(petronas). saye terus menjerit. nasib baek perlahan. hehe. okeoke. nnt kite wat date oke. selamat datang ke sekolah kami. ; )

kyna razak

aiReeN said...

Salam Kak Ain!!

wah seronoknya blh wat tour ke skolah2.. urm btw Kak Ain biler nak keluarkan Impiana 3?? Itu satudrpd novel yg sy sangat minati... k best luck 2 you Kak Ain!!!

Ain_chan said...

Salam Kak Ain ,

Eee...seronok bila dapat tahu yang Kak Ain akan pergi ke sekolah SMK PERIMBUN sebab Miyabi adalah salah seorang daripada pelajar SMK PERIMBUN....gembira sangat-sangat sampai tak tahu nak cakap apa..hehehe...okeylah harap kita akan berjumpa di sana ya Kak Ain...Miyabi nak cakap WELCOME TO SMK PERIMBUN!!!
Kak Ain cayok!!!!

a.t.h.i.r.a.h :) said...

wah!!
nmpknye k.ain da nk mlakan jlajah..
herm..
sye kne bg twu ckgu sye nie!!
nnt k.ain akn dpt jmputn dr skola sye..
tnggu eh k.ain..
best la k.ain..
klu g jay bee ckp eh..
;)

Anonymous said...

Kak Ain,
dtg lah sekolah saya.
Kat putrajaya ;)

Qilazati said...

salam kak ain..
kila nak tanya niey..
k.ain ade x rancang nak p
smk permpuan kapar,klang??
saje jer nak tanye..
sebab kat sek ade dengar cite
kak ain nak datang....

Sally.Lacroixx™ said...

hai kak ain,
sy pun slh seorang pljr Perimbun,
best sgt dpt jumpa kak ain(:
hope tomorrow dpt jmpa lagi :D
btw, mcm mana sekolah kitaorg? hahaha :)

fashionableSHUHA said...

Kak ain datang lagi dekat SMK Perimbun tau. seronok dengar kak ain bercerita,lagi2 masa novel tu.

Ayyn said...

Assalamualaikum,penulis yang tengah h0t skrang.Hello..kak AiN.Wow..best tuh..Kak AiN datang lah sekolah ain...Sekolah AiN ialah SK KOMPLEKS KLIA.Kalo kak ain jual buku ptsone..mesti habis ah...Ape pon...kak ain ialah penulis kegemaran ain..Bubbye..Sory kak ain

Ayyn said...

SK KOMPLEKS KLIA

Ayyn said...

Assalamualaikum,penulis yang tengah h0t skrang.Hello..kak AiN.Wow..best tuh..Kak AiN datang lah sekolah ain...Sekolah AiN ialah SK KOMPLEKS KLIA.Kalo kak ain jual buku ptsone..mesti habis ah...Ape pon...kak ain ialah penulis kegemaran ain..Bubbye..Sory kak ain

RaRa aZHYieRa said...

wow,best giler)*-*

Siti Azlina said...

k.ain..sye salah sowg bekas pljar smk perimbun..mse k.ain dtg sye d tngkatan 5...ble k.ain maw dtg lg ke smk perimbun..?sye akn dtg ble k.ain ade nnt... =)