Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selamat hujung minggu semua! Seperti biasa, hujung minggu begini Kak Ain tentu masukkan entri baru buat tatapan pengunjung Rumah Pink.
Kali ini, Kak Ain mahu berkongsi info sebagai seorang penulis. Kak Ain mahu menunjukkan gambar-gambar premis penerbit PTS Sdn. Bhd... penerbit yang telah menerbitkan 10 buku AinMaisarah selama ini.
Inilah gambar pejabat PTS yang berlokasi di Batu Caves. PTS telah membeli dua buah bangunan yang terletak bersebelahan bernilai hampir RM2.4 juta! Kini PTS dalam rangka membeli bangunan ketiganya bagi menambah ruang stor yang sudah terlalu padat.
Seperti yang dilihat, tingkat bawah berfungsi sebagai stor yang menempatkan beribu-ribu judul buku terbitan PTS.
Okey.... mari kita tengok lebih dekat gambar-gambar dalam stor PTS!
Haaaa.... banyaknya buku! Memang seronok berada di sini. Macam berada di TESCO.... tapi TESCO yang hanya jual buku!
Ini pula rak yang menyimpan buku-buku AinMaisarah. Kak Ain bernasib baik apabila masih terdapat 30 set terakhir buku Aku Mahu ke New York. Apalagi, semuanya habis Kak Ain borong untuk Kedai Pink AinMaisarah.
Tapi malangnya buku Aku Mahu Teman Tapi Mesra sudah lama kehabisan stok. Katanya masih menunggu untuk ulangcetak. Begitu juga buku Aku Mahu Popular dan Impiana II. Buku Aku Mahu Buli pun tinggal 20 naskah sahaja lagi.
Okey.... mari kita naik ke tingkat dua pula! Tingkat dua ini menempatkan ruang pejabat. Ada juga terpamer buku-buku PTS yang tersusun rapi di atas rak. Para pengunjung boleh membeli buku terus dari PTS dan memilih dari ruangan ini.
Kak Ain harap para pembaca dan peminat buku-buku PTS sentiasa menyokong buku-buku keluaran PTS. Kak Ain juga mendoakan PTS semakin berkembang maju pada masa hadapan.
Buat pengetahuan, Kak Ain sedang sibuk merangka Program Jelajah Sekolah AinMaisarah dengan membawa buku-buku PTS ke sekolah anda. Kak Ain juga sudah mendapat beberapa e-mel jemputan. Kak Ain ucapkan ribuan terima kasih. Pihak pengurusan kini mula mengatur jadualnya. InsyaAllah mulai minggu hadapan Kak Ain akan mulakan Program Jelajah Sekolah AinMaisarah.
Kepada pembaca yang ingin menjemput Kak Ain ke sekolah, silalah hubungi pihak pengurusan. Hantarkan e-mel anda kepada syaizul@meta-dome.com
Salam Sayang,
AinMaisarah
19 comments:
Kak Ain, kenapa kak Ain tak dapat datang sekolah saya masa hari ini, sabtu, 4.07.2009???Saya pun tak tahu ada aktiviti apa lagi masa bulan julai nih....
Syabas PTS!
Tingkat dua cantik.hihi~
bagus2 la...
semoga PTS terus success pada masa hadapan..AMIN!!!
(Kak Ain..Impiana 3 bila nk keluar?)
bestnyer!kak ain datanglah ke negeri sembilan...
x bestlah klau kak ain x datang sekolah nbilah..:(
Salam kak ain,
huhu..lawanya stor PTS. Lebih lawa & kemas berbanding dekat MPH atau mane-mane kedai yang menjual buku. Huuhuuh..
Gool luck kak ain!
kak ain,stor pts tu ade kat mane eh?
semoga kak ain terus maju n maju.
kenapa kak Ain tak balas mesej saya?
Tapi apa-apa pun saya doakan supaya buku IMPIANA cepat disiapkan...Amin..
byknyer buku pts!rambang mata tgk..
best nyer.kak ain datang lah kat sekolah ain...katnegeri sembilan..Ramai kat sekolah ain minat buku-buku kak ain...plez:)
Banyak nyer buku..kalau ain nampak..ceh curi lah satu stor ke 3 stor ker..Cewah...Ain ni memang giler buku lah jugak terutamanyer PTSONE.Ptsone nier favorit ain...Sory eh kak ain tak dapat pakai google nyer accout..ain dah lupe....password yang luper..hihihihui
Kak Ain mai la juga Kedah...
Teringin nak bergambar dengan Kak Ain & bersembang dengan Kak Ain.
bagus ;)
best gilaaaaaa
lwanye tmpt dye.
nk mcm p'pstakaan ade nk kte mcm kdai bku mph pon ade..
bku kt ctu sti bst2 kn..
huhu..
kmas dan t'atur..
bley g sne x??
hehehe=)
smoga PTS trus b'jaya la..
amin..
hrp2 impiana3 cpt kluar..
Bestnye!!!!
Luv PTS !!!
-click my LINK...!!-
wow,kak ain,kita boleh dtg kat bangunan pts tu pastu beli terus buku di tingkat 2 ya? nanti kalau pergi kl,suruh ayah singgah lah....
kak,beberapa minggu yg lepas,saya beli buku tak bisa memilihmu,dah habis baca tu,macam tergantung pulak ceritanya.....kena bookplus jugak ke?
tak ada tak bisa memilihmu 2 ?
kak ain,jelajahla sekolah saya yerk.....saya suka sangat buku pts....
Wah
Bestnyer dalam stor PTS
penuh dgn buku
LAUTAN BUKU~
waa...
bestnyew..
Byak sgat2 buku !
Wow..bset..datang lah sekolah ain tau..
kak ain,saya pernah pergi beli buku PTS dekat tingkat 2.yang tingkat 1 tu saya hanya melihat dari luar.tingkat 2 saya beli buku disana.cantik sangat tingkat 2 tu.
Post a Comment