05 July 2009

Kedai Pink AinMaisarah Di Tutup Sementara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pihak Pengurusan AinMaisarah membuat keputusan untuk menutup Kedai Pink AinMaisarah pada hari Isnin, 6 Julai 2009.

Kedai Pink AinMaisarah akan dibuka kembali pada 15 Ogos 2009 setelah buku terbaru AinMaisarah masuk ke dalam pasaran.

Kedai Pink AinMaisarah ditutup kerana :

1) Beberapa naskah buku AinMaisarah sudah kehabisan di gudang PTS.
2) Novelcomel yang belum siap dicetak dikilang.
3) AinMaisarah ingin fokus kepada program Jelajah Sekolah dan menyiapkan buku terbaru.
.

Kepada pembaca yang telah membuat pembayaran, jangan risau. Kami akan membuat penghantaran buku terakhir pada 6 Julai. Sesiapa yang telah menempah tetapi belum membuat pembayaran, sila buat pembayaran hari ini atau esok sahaja.

Kepada pembeli yang belum menerima buku tetapi telah membuat pembayaran, sila maklumkan kepada e-mel ini : kedaipink@gmail.com

Kepada pembeli yang belum mendapat Novelcomel, jangan risau. Nama anda telah kami masukkan dalam senarai hutang Novelcomel AinMaisarah. Kami akan mula menghantar Novelcomel tersebut pada 15hb Ogos 2009.

Sebarang urusan pembelian buku, sila e-mel kepada kedaipink@gmail.com.

AinMaisarah tidak akan menjawab emel berkaitan pembelian buku.

Sekian terima kasih.

Syaizul
Tokei Kedai Pink AinMaisarah
Pengurus AinMaisarah

13 comments:

Anonymous said...

alah..x bestlah camnih!

AinMaisarah said...

Salam Nabilah,

Alaa.. sementara waktu saja. Kak Ain taknak kecewakan pembeli yang terpaksa tunggu lama untuk dapat buku.

Buku Kak Ain banyak yang dah habis. Kak Ain sendiri pun dah tak ada buku untuk jual.

Kita doakanlah supaya PTS cepat cetak buku-buku Kak Ain yang dah habis tu.

Salam Sayang,
AinMAisarah

Shahira~Shasha said...

lama ke? dari bulan 7 ni?sampai bulan 8?wow,lama3

Anti CZ Crew said...

Fuyooo....lamanya...

Alyia Farzana said...

A'ahlah tak bestlah macam nih..Saya harap supaya PTS tuh cepet2 cetak buku-buku kak Ain Maisarah cepat2 k???Wah, mesti banyak kak Ain punya buku dah dijual kan?sebab tuh habis...tahniah kak Ain!!!

Anonymous said...

lama tu ;(
sedihnya

M E Z said...

15 Ogos buku baru Kak Ain keluar ek..
Tak sabar la pulak..

Shera :) said...

nasik baik xlamer..

diari hari ku said...

kak ain nape buku saye x sampai sampai lagi hah??sye da hantar email kat kedaipink.gmail.com tuh...
bla saye boleh dapt buku tu?

Farah_Adilah said...

la patut lah saya tempah buku tak dapat2 lagi!!!kecewa

precious treasure said...

kak ain, saya balik kampung utk 4 months and maybe over sebab mak saya bersalin..tapi ayah ada kat rumah la..buku saya tak dapat lagi la akak:(

alya & aisyah

Ikin said...

Kak Ain,

Nape novel yg sy pesan x smpi lg?

Saya risau kalau2 kak Ain x dpt duit yg ikin masukkan... >_<

nurasyikin96@yahoo.com.my

Inamina said...

salam kak ain...

kak ain,boleh tak saya bayar duit buku yang saya order hari itu bayar hari isnin nanti?terlupalah nak pergi bank hari ini....lagipun saya ada aktiviti koko kat sekolah...jadi terlupa sangat...sorry yek???....saya akan bayar hari isnin nanti,okey?

salam...