18 July 2009

Aduan Program Jelajah Sekolah AinMaisarah

Assalamualaikum,

Hari ini Kak Ain sedang sibuk menyusun stor buku bagi persediaan program Jelajah Sekolah AinMaisarah. Sambil-sambil mengemas, Kak Ain membaca emel para pembaca. Kak Ain selalu mendapat emel dan mesej meminta Kak Ain pergi ke sekolah selain Selangor.

Dalam banyak-banyak emel itu, Kak Ain ada terima satu emel dengan tajuk "Aduan Program Jelajah Sekolah". Takut pula Kak Ain melihat surat aduan Majlis Perbandaran mana pula yang masuk ke dalam peti emel Kak Ain.

Assalamualaikum,

Kepada yang dihormati Kak Ain,

Untuk makluman Kak Ain, saya baru pertama kali menghantar email kepada Kak Ain, harap email ini sampai kepada Kak Ain dan harap Kak Ain sudi membuka dan membaca email saya.

Tujuan saya menghantar email kepada Kak Ain adalah untuk mengadu tentang program Jelajah Sekolah Kak Ain itu. Saya tidak bersetuju sangat dengan cadangan Kak Ain yang hendak jelajah sekolah di sekitar Klang dan Selangor saja. Untuk makluman Kak Ain, saya dan ramai rakan-rakan di sekolah saya juga meminati karya dan buku Kak Ain. Kami semua berharap, harapan kami segunug tingginya ingin berjumpa dengan Kak Ain.

Selama ini Kak Ain hanya mengadakan pesta buku di Kuala Lumpur. Kami tidak dapat dan tidak mampu untuk menghadiri pesta buku itu di Kuala Lumpur kerana jauh, jadi bila lagi kami berpeluang untuk berjumpa dengan Kak Ain??

Kami terigin sangat-sangat nak berjumpa,beramah mesra,serta menangkap gambar bersama Kak Ain. Saya juga teringin hendak seperti peminat-peminat lain yang berada di Kuala Lumpur dan yang pernah berjumpa serta menangkap gambar bersama Kak Ain seperti yang dipamerkan di blog Kak Ain.

Saya harap Kak Ain dapat pergi ke sekolah saya iaitu SMK Dato' Sulaiman, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor atau mengadakan pesta buku di Batu Pahat, Johor. Saya harap Kak Ain mempertimbangkan permintaan saya ini.

Saya juga berharap kak ain mengunjungi blog saya www.zainina-happygurlz.blogspot.com. Saya juga telah mendaftar diSekolah Sri Bangsar, username saya di Sri Bangsar ialah:gadis anggun.

Selain itu saya juga ada mereka cerita yang bertajuk “Ia hanya mimpi” di penulisan kreatif. Saya harap kak ain sudi membacanya serta memberi serba sedikit komen, jika ada kelapangan.

Akhir sekali, saya mendoakan supaya Kak Ain ceria selalu dan terus menghasilkan buku-buku yang menarik serta berkualiti pada masa akan datang.......saya pasti membelinya!

Salam ceria,

Dari peminatmu,
Zainina bt Mohd Ajam,
(Batu Pahat, Johor)

Apa pendapat pembaca Rumah Pink AinMaisarah yang lain? Sila masukkan di bahagian komen dibawah.

Harapnya pihak pengurusan AinMaisarah boleh membaca komen-komen ini dan membincangkan cara membawa Kak Ain ke negeri-negeri lain selain Selangor.

Salam Sayang,
AinMaisarah

28 comments:

M E Z said...

MeZ setuju... MeZ pun Nak jumpa Kak Ain di Kedah..
Kak Ain datang la juga ke SMK KUlim, Kedah.

Alya said...

Setuju sangat-sangat, Kak Ain!

P/s ; Alang2 Kak Ain nak datang sekolah MeZ di Kulim, datanglah Sungai Petani sekali. Kan dekat je =p

Salam,
Alya .

M E Z said...

Setuju ngan Alya..

♫ ♥ farah ada ♫ ♥ said...

Saya pun setuju sangat-sangat!

Kasihanilah peminat-peminat Kak Ain yang berada di luar negeri Selangor dan Kuala Lumpur ni..
Kami pun teringin nak beramah-mesra, bergambar bersama dan semestinya melihat muka Kak Ain secara live!
Saya tak pernah berpeluang untuk menghadirkan diri walau satu pun aktiviti Kak Ain..
Dan saya pasti ramai lagi peminat Kak Ain yang senasib dengan saya..
Jadi saya harap, Program Jelajah Sekolah Ain Maisarah dapat diluaskan lagi ke seluruh negara..

Salam sayang,
Farah Ada Syuhada

Anonymous said...

setuju!!
xkan kak ain pergi kl ngan selangor jerk

pergilah negeri sembilan
kita orang pon nak tgok muka comel kak ain secara LIVE:)

Farahani said...

Farah pun setuju kak ain.

ya.betul kata Mez,Alya n Farah Ada.Ada juga peminat yang ingin bertemu KAK Ain selain Selangor dan Klang.Mungkin,mereka sangat sangat mahu bertemu Kak Ain di sekolah mereka sendiri.

Farah setuju 100%!:D

M E Z said...

Farahanie, Farah, Nabila & Alya. Kita Geng.. :p

hakif nasako said...

miera pun setuju....datang la ke kuantan juga...miera pun nak sangat jumpa dengan kan ain sekali lagi..

aleena nabila said...

Saya Setuju.. sebab saya kat Batu Pahat, Jhor juga.

- Hana

aleena nabila said...

Please kak Ain datang oke! siapa sokong?

Alyia Farzana said...

Saya setuju sangat>3!!!!Betul kata Nabilah tuh!!!Tapi saya cuma takut kak Ain penat jerk kalau jalan jauh2!!!!So kak Ain fikirlah baik-baik cadangan saya k!!!

anahasanah said...

aKak Ain...Tahun depan ada tak lagi jelajah sekolah ain maisarah???

iklansebentarbersamabuku said...

Assalamualaikum Kak Ain.

Aim setuju dengan Zainina!
Aim teringin nak jumpa Kak Ain.
Tapi.. Kak Ain hanya buat program itu sekitar Selangor dan Kuala Lumpur saja! =(

Salam Cadang,
Aim

Farisah Adriana ♥ said...

Saya sangat setuju !
lebyh2 lagi yg mengomen org batu phat !
G batu phat Kak Ain...
please !!
pergi ke MRSM BAtu Pahat...
Ramai yg menanti...
Bukan hnya d Lembah Klang sja !
=D

iseul said...

Saya setuju dengan zainina. walaupun saya duduk di KL, tapi kesian dengan mereka yg brada di negeri selain KL n selangor.mereka juga ingin bertemu dengan kak ain.mereka juga teringin hendak merasa bertemu dgn kak ain seperti mana yg kami di sini rasa.
sy sendiri rasa bersalah sbb x dpt kongsi keseronokan dgn mereka.sy harap kak ain dapat luangkan masa utk bertemu mereka.

nurinayusri said...

Saya setuju Kak Ain!

Kalau dah singgah Batu Pahat, singgahlah Kluang sekali..

Ramai peminat Kak Ain yang ingin berjumpa dengan Kak Ain..

(Kalau ada rezeki, datang sekolah saya tau Kak Ain

Salam,
Nina.

nurul hidayah roslan said...

Salam kak ain,

dayah tak tahulah nak setuju atau tidak,sebab maybe kalau nak negeri-negeri yang lain tu boleh,tapi mesti susah sebab nak kebe beli tiket lagi kan? Mungkin agak sulit. So,ape yang perlu kite buat adalah sabar . Tapi kak ain mesti akan ke negeri lain juga kan?

wasalam,
~dayah~

Y~A~N~A THE BLOG said...

betul tu kak ain...
kami yg berada di luar negeri selangor dan KL
pun nak beramah mesra dgn Kak Ain..
Kalau boleh dtglah perak..
Yana skool kat SMK Jati...
dtglah...
rmi peminat kak ain kat skool yana!!!

a.t.h.i.r.a.h :) said...

kn sye da ckp!!
k.ain kne pgi jhor..
sye stuju dngn cdngn bdak ue..
jngn lpe sngga ke jay bee!!
=p

farah syahida said...

saya pown setuju sgt2...
klo kak ain dtg ke kedah jgn lupa dtg sklh farah sekali..
sekolah maktab mahmud alor star...

G o r g e o u s said...

bt0l 2!!
anis p0n sk0ng pew yg k0rang ckp 2
alang2 kak ain pegi Kedah 2
dtglah skali kat Ipoh
kak ain xprnah dtg ip0h kew??
kat ip0h p0n dew jgak pminat kak ain
anis sk0lah kat SMK Perempuan Methodist Ipoh
anis ngan geng2 anis pminat kak ain
ktaowg bru lpas hbis bce bku
(buletin seri bangsar - kini berwajah baru)

precious treasure said...

tak setuju sgt coz nanti kak ain nk ulangalik susah and menyusahkan.... api kak ain boleh la macam set for one month kak ain pergi kedah....then pastu terus ke kelantan ala2 program jelajah asia m.u. tu

alya sabrina

precious treasure said...

ummm... kak ain, komen saya yg kat atas tu tapi tau bukan api...sorry...

Hasanah Najiihah said...

hana pun stuju! buat la kat putrajaya... putrajaya la...kak ain kan tak penah g skolah putrajaya...huhuhu...dekat jerk..kawan2 saya sume teringin nak jumpa k.ain...sbb saya slalu citer kat dyeorg pasal ainmaisarah! :D

Khadijah Kadir said...

Salam...
Kak Ain datang la ke SMK Bertam Indah,Kepala Batas,Pulau Pinang..

b u d a k said...

Ana setuju x95719!!!!!!!!
dataglah pekan pahang.....

-eLla- said...

ZAHIDAH SETUJU SANGAT DENGAN MEZ AND ALAYALYA .KAK AINMAISARA DATANG LA KE KEDAH KALAU TAK DAPAT DATANG KE SEKOLAH ZAHIDAH SMKLANGGAR .NANTI KAK AINMAISARA BAWA SEMUA NOVEL COMEL YANG KAK AINMAISARA TULIS TAU .ZAHIDAH MEMANG NAK BELI MELALUI KAK AINMAISARA GUNA WANG POS TAPI AYAH ZAHIDAH TAK BAGI. DAN KALAU KAK AINMAISARA DATANG KAT KEDAH BOLEH ZAHIDAH MINTA KAK AINMAISARA TANDATANGAN UNTUK SEMUA BUKU KAK AINMAISARA YANG ZAHIDAH BUAT KOLEKSI.ZAHIDAH HARAP SANGAT KAK AINMAISARA MEMPERTIMBANGKAN PERMINTA PEMINAT -PEMINAT KAK AINMAISARA DI KEDAH.

RaRa aZHYieRa said...

fia pun setuju gak..
nanti gi lah skolah kak fia,Amira Najwa kat SM.SULTAN ABDUL HALIM.